Saturday 12 May 2012

VC UiTM; Saya akan jumpa @MPPUiTMShahAlam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Middle Voices ingin mengulas lanjut berkenaan entri MPP UiTM Gagal Sampaikan Suara Pelajar UiTM yang ditulis oleh rakan penulis Middle Voices; Siswa UiTM sendiri.

Menurut siswa UiTM, entri tersebut ditulis adalah untuk menguji tahap sensitifnya MPP UiTM ketika berhadapan dengan isu-isu sensitif yang melibatkan universiti dan mahasiswa UiTM, mahupun organisasi perwakilan itu sendiri.

"Tujuan penulisan saya tidaklah untuk mengkritik MPP secara membabi buta, tetapi lebih kepada menguji tahap sensitifnya MPP UiTM bila ada isu yang menyentuh imej universiti, dan pelajar UiTM. Termasuk dengan MPP itu sendiri." - Siswa UiTM

Ujarnya lagi,

"MPP sepatutnya menyampaikan suara pelajar UiTM di dalam setiap isu yang melibatkan imej universiti dan sebarang isu-isu sensitif yang menyentuh sensitiviti UiTM sebagai universiti tolong melayu. Namun, tindakan mendiamkan diri atau memberi alasan untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berbangkit hanya akan memburukkan lagi imej UiTM."

"Isu Khalid Ismath, sepatutnya MPP harus keluarkan kenyataan bahawa Khalid bukanlah mewakili suara pelajar UiTM, namun kegagalan Farid, YDP MPP berbuat demikian telah mengundang malu kepada pelajar UiTM dan khasnya pelajar Fakulti Undang undang yang sedikit sebanyak terjejas sampai wujudnya Waris Wawasan dan bangkitnya Penuntut Undang-undang untuk menyatakan pendirian mereka sendiri demi untuk menepis malu kerana nama fakulti terpampang di dada akhbar. Jika begitu baik tak perlu ada MPP kalau mahasiswa perlu bercakap demi pihak mereka sendiri."

"Saya tak nafikan MPP juga seorang pelajar dan bukannya saya nak tuding jari tak tentu pasal. Ada yang tanya, kenapa saya tak tuding jari pada HEP? kenapa nak tuding jari pada HEP, come onlah..HEP bukan badan yang dilantik untuk mewakili pelajar. Takkanlah HEP pulak yang nak buat press conference menyampaikan suara pelajar UiTM? Apa tugas MPP jika HEP yang akan sampaikan suara pelajar? jadi itulah rasionalnya saya persoalkan kegagalan MPP berbuat demikian."

"Kalau ikutkan, malu MPP dengan entri saya hanya sedikit atas kesilapan mereka sendiri berbanding malu pelajar UiTM, staff UiTM, serta penuntut undang undang UiTM yang terbeban akibat MPP yang diam membisu. Kalau betul MPP sudah berbincang dengan VC tentang pendirian mereka, kenapa VC boleh kata "saya akan berjumpa dengan wakil @MPPUitmShahAlam untuk mendengar pendirian mereka, Insya-Allah..". Ini bermakna mereka belum berjumpa VC untuk berbincang berkenaan isu kampus yang melibatkan Khalid Ismath. Jadi salah ke jika saya persoal mana kredibiliti MPP yang memegang amanah dan kepercayaan saya dan 50,000 mahasiswa UiTM yang mengundi mereka??"

Sebelum itu, Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang pernah ditanya oleh siswa UiTM melalui laman sosial twitter @siswazontengah akan pendapat beliau terhadap entri tersebut dan beliau menjawab akan mengaturkan satu perjumpaan dengan majlis perwakilan itu untuk mendengar pendirian mereka.

Dato' Sahol yang menjawab pertanyaan siswa UiTM

Prologue: Middle Voices ingin mengajak semua mahasiswa untuk berfikiran lebih matang tanpa sebarang prejudis. Hal ini kerana, mahasiswa yang menentukan untuk menilainya daripada pandangan yang positif ataupun negatif.

Pada pandangan SS sendiri, entri yang ditulis siswa UiTM hanyalah satu teguran atau peringatan mesra sebagai pemilih kepada perwakilan yang diberi mandat untuk menjalankan tugas badan eksekutif pelajar itu.

Jika kita lihat dari aspek yang lain, ianya sama seperti kita, mahasiswa yang mengkritik kepimpinan kerajaan pada hari ini yang mana kita akan mengkritik kerajaan dimana sahaja jika kerajaan mengabaikan tuntutan kita dan tidak mentadbir negara dengan baik. Malah kita bersetuju bahawa mengkritik kerajaan itu hak kita kerana kita yang mengundi mereka.

Secara pulangannya, tidaklah menjadi satu kesalahan jika siswa UiTM mempersoalkan tindakan MPP UiTM yang berdiam diri atau memberi komen 'play safe' seperti yang dinyatakan siswa UiTM sedangkan imej universiti ketika itu tercalar tanpa sesiapapun daripada perwakilan itu bangkit membersihkan nama baik UiTM.

Surat Perlantikan Executive Caretaker
Selain itu, mahasiswa juga boleh merujuk kepada surat perlantikan semula MPP UiTM sebagai Executive Caretaker yang mana dinyatakan pada perenggan empat (4) oleh Naib Canselor UiTM;

"Semoga dengan perlantikan ini, saudara/i akan menjalankan tanggungajawab yang diamanahkan dengan baik dan bersama-sama menjalankan tugas demi kepentingan pelajar dan juga universiti."

Jelas melalui perenggan tersebut bahawa tugas MPP bukan sahaja demi kepentinagn pelajar malah universiti yang sekaligus mewajarkan MPP untuk mewakilkan suara mahasiswa UiTM di dalam menjaga nama baik UiTM untuk kepentingan bersama.

Oleh yang demikian, seharusnya mahasiswa melihat entri tersebut dari sudut yang positif dan tidak menganggap entri tersebut sebagai provokasi sedangkan ianya merupakan suara mahasiswa UiTM sendiri.

Selain itu, mengulas kepada komen entri tersebut;

"kalau saudari rasa mpp gagal menyampaikan isi hati pelajar, saya cadangkan saudari sendiri bertanding untuk menjadi mpp pada penggal hadapan. buktikan kata-kata saudari." - Anonymous

Dari pandangan Safira Safri pula, sangatlah tidak molek jika mahasiswa memberikan cadangan seperti ini seolah MPP itu tidak boleh ditegur ataupun dikritik; atau adakah perlu untuk UiTM membuka kerusi umum agar wujud satu badan yang boleh menegur majlis perwakilan itu secara terus seperti di universiti yang lain? Adakah itu lebih baik daripada teguran itu disampaikan oleh mahasiswa sendiri?

Sebaik itu, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa dan mahasiswa UiTM khasnya untuk memberikan pertimbangan yang baik terhadap isu-isu yang diutarakan agar tidak disalah tafsir hanya kerana pencampuran emosi yang menjejaskan pertimbangan yang tertib.

Diharapkan dengan ulasan ini dapat menjernihkan semula pandangan mahasiswa terhadap isu yang dibangkitkan agar mahasiswa dapat berkongsi pendapat secara ilmiah, santun dan berpekerti selain memerli atau menggunakan kata kata kesat yang akhirnya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada sesiapapun.

#MPP UiTM sudah cukup bagus dengan penjagaan kebajikan mahasiswa, namun badan eksekutif ini akan lebih berfungsi jika mereka memaksimumkan mandat dan fungsi mereka sebagai wakil kepada mahasiswa. Selamat bermuzakarah...

2 comments:

  1. MPP playsafe sebab..HEP byk masuk campur kot? HeP bukan mewakili suara mahasiswa tp HEP byk jgk bg arahan secara ghaib,cuma org xhighlightkn je...semua tahu.. Saya slaku mahasiswa ttp mnyokong kepimpinan MPP skrang, byk prgram2 yg mncorakkan ilmiah dan tidak cmpur tgn dlm hal2 politik... UiTM ttp dihati..

    ReplyDelete
  2. Apa sumbangan besar MPP thn ini? Rasanya MPP sem ni plg lama sampai ada executive committee.....tp habuk pun takde. Ketua (ydp) gagal nak buat ape2 pd mahasiswa dan universiti. Patut letak jawatan dan bg yg lebih layak pegang, apatah lg ada yg ckp sesama MPP pun saling tak sefahaman.

    P/s: sy berterima kasih pd MPP lepas yg dipimpin abg ridhwan, mereka berjaya membuat jejantas utk kemudahan stp mahasiswa yg digunapakai sehingga kini.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!