Sunday 6 May 2012

Pelajar UiTM BANGKIT Menentang Khalid Ismath

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM.

Shah Alam, 4 Mei 2012 merupakan satu titik permulaan kebangkitan mahasiswa UiTM melalui Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman universiti itu yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan.



Waris Wawasan yang mewakili suara hampir 100,000 mahasiswa UiTM jelas akan imej universiti itu yang selama ini dipergunakan oleh seorang pelajar Sarjana Muda Undang undang tahun ke-2 UiTM yang bernama Khalid Mohd Ismath yang juga merupakan Naib Presiden sebuah persatuan haram yang dinaungi oleh Pihak Pembangkang iaitu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I).

Kronologi Gerakan Waris Wawasan

 1. Tepat jam 8.30 pagi di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, satu memorandum diserahkan kepada Y. Bhg Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM bagi menggesa Universiti Teknologi MARA untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath. Memorandum tersebut telah pun berjaya diserahkan kepada Naib Canselor UiTM.




2. Tepat 9 pagi di bangunan yang sama satu sidang media telah dibuat bagi menyatakan hasrat sebenar penghantaran memorandum kepada Naib Canselor UiTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan tujuan untuk menggesa tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath yang telah memburukkan imej universiti, membantah memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Khalid Ismath yang selama ini menerima bantuan kewangan daripada duit rakyat Selangor, dan Saranan teguran tegas terhadap tindakan pemimpin pembangkang yang bertentangan dengan kedaulatan undang undang negara dan saranan penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara.


3. Tepat jam 10.30 pagi di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, Memorandum Bantahan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I) telah berjaya diserahkan kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri selangor melalui pegawai khas beliau yang diwakilkan.


4. Tepat jam  11 pagi di hadapan Istana Mestika, Shah Alam, Memorandum Saranan Teguran Tegas Terhadap Tindakan Pemimpin Pembangkang Yang Bertentangan Dengan Kedaulatan Undang Undang Negara dan Saranan Penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara telah berjaya diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor melalui Pegawai Khas Istana kepada DYMM Sultan Selangor.


5. Tepat jam 2 petang sebaik sahaja menunaikan solat jumaat, Gerakan Waris Wawasan sekali lagi telah berjaya menyerahkan memorandum yang sama kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk  Saranan Teguran Tegas Terhadap Tindakan Pemimpin Pembangkang Yang Bertentangan Dengan Kedaulatan Undang Undang Negara dan Saranan Penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Di Raja di Istana Negara selepas dipersetujui oleh ASP Shahar yang merupakan Pegawai Polis yang menjaga keselamatan istana dengan membenarkan seorang wakil daripada gerakan untuk naik masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk menyerahkan memorandum saranan.

Waris Wawasan Diperkarangan Istana Negara untuk pemeriksaan Keselamatan oleh ASP Shahar
sebelum dibenarkan masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu
Tahniah diucapkan kepada Waris Wawasan kerana telah berjaya menyerahkan kesemua memorandum tuntutan kepada penama yang ditujukan. Middle Voices memuji tindakan kalian yang bangkit untuk menjaga nama baik universiti selain menangkis suara songsang Khalid Ismath yang mencalarkan imej dan reputasi UiTM sebagai sebuah Universiti Bumiputra Terbesar Di Malaysia. 

Namun satu persoalan yang wujud di fikiran Safira Safri adalah, dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif univesiti itu yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?

#Tepuk dada tanya diri sendiri apakah aku sudah menjalankan tanggungjawab yang diberi??

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!