Tuesday 8 May 2012

Tun Dr Mahathir Saran Rakyat Berhati-hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Realiti hari ini, kesejahteraan dan keamanan di Malaysia sedikit demi sedikit merosot dek pertelingkahan barisan pembangkang yang tidak pernah berpuas hati dengan kerajaan dan barisan kerajaan yang sentiasa dipersalahkan walaupun bertungkus lumus memberikan yang terbaik.

Bukannya untuk memuji atau bertindak berat sebelah, namun inilah realitinya yang mana kebaikan daripada pihak kerajaan tidak dijadikan modal perbincangan tetapi keburukan yang sedikit dicela setinggi bukit.

Rakyat Malaysia juga, sedikit demi sedikit terpengaruh dengan permainan individu yang berperanan dan dipertanggungjawabkan untuk menawan Putrajaya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Begitu juga dengan mahasiswa, masing-masing dengan ideologi masing-masing. Pelbagai isu yang dibangkitkan demi untuk mempertahankan ideologi sendiri tanpa mengambil kira perpaduan dan kesejahteraan ummah.

Maka, Middle Voices bawakan pesanan ringkas daripada Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang sangat berpengalaman di dalam menjaga dan mencapai keserasian kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan ucapan beliau,

"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara lain" 

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden AS, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula

"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit. 

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," 

"Sudah berkali kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak. 

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," 

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri." 

- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

Prologue: Middle Voices melalui Safira Safri ingin mengajak semua sahabat Middle Voices untuk berfikir sejenak. 

Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah pada masa sekarang selain daripada berbincang?

Apakah demonstrasi yang menggugat keamanan boleh menggantikan perbincangan meja bulat yang berlangsung dengan sempurna?

Apakah Kerajaan hanya bersidang, dan menteri kabinet hanya muncul tatkala Pilihanraya Umum?

Apakah kita selama ini terabai dan kerajaan tidak pernah memerhatikan kita atau kita tidak pernah ambil tahu akan usaha kerajaan?

Apakah jasa mereka yang cuba merobekkan hati pejuang tanah air sehingga kita percayakan kata-kata mereka, dan apakah pula rasanya jika kita diletakkan ditempat pejuang yang berhabisan darah demi untuk mendapatkan keamanan dan keharmonian sesama kita?

Fikirkan sejenak...

Setiap jawapan kepada persoalan ini ada pada kita. Tenangkan fikiran, dan tanyakan diri ini. Apakah pernah aku fikirkan dan berterima kasih kepada kerajaan? Fikirkan dengan baik tanpa prejudis. Pesan sahabat Safira, "gunakan hati dan akal dan gunakan juga iman untuk membuat pertimbangan." - Nur Atikah Shaari.

#Alhamdulillah, saya telah menjawabnya dengan baik. Terima kasih Middle Voices.

1 comment:

  1. Dia adalah Raja Projek IC di Sabah!...

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!