Showing posts with label TUN M. Show all posts
Showing posts with label TUN M. Show all posts

Wednesday, 5 September 2012

Mahathir Bin Mohamad; "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia"

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Middle Voices tertarik dengan tulisan nota daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berkenaan "Tak akan Melayu hilang di dunia" seperti yang dibawah:

1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?

2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.

4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.

5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

#Ditulis oleh: Dr Mahathir Bin Mohamad, Rabu, 5 September 2012 pada jam 1.58 pm.

Sunday, 1 April 2012

BUMIPUTERA YANG BERDAFTAR SEMAKIN PUPUS



Kenapa orang muda sekarang tidak ada kesedaran untuk menjaga tanah air sendiri, kemana perginya semangat nenek moyang yang dulu? Mungkin betol apa yang TUN M pernah cakap, melayu mudah lupa, mereka lupa dengan perjuangan nenek moyang mereka membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Saya sedih, rata rata  sahabat saya tiada kesedaran untuk mendaftar mengundi, kenapa jadi macam itu? Sepatutnya peluang mengundi ini mesti dilakukan dan dinantikan, kerana dengan platform inilah kita dapat memilih siapa pemimpin yang kita perlukan, bukan dengan cara berdemonstrasi, kerana demonstrasi bukan budaya kita, bukan ajaran islam.

Menurut Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian yang melakukan kajian  menunjukkan bilangan mereka yang tidak berdaftar adalah tinggi di kalangan Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam 
di Sabah dan Sarawak, dan golongan yang berusia antara 21 dan 30 tahun yang tinggal  kawasan bandar.

Dengan statistik ini, ia amat menggerunkan kerana bilangan yang tidak berdaftar dari kalangan Bumiputera adalah yang tertinggi, macam mana kita hendak pertahankan tanah air kita, tak kan kita nak biarkan orang yang tidak sepatutnya ambil alih perjuangan kita, kita mesti ingat orang melayu ni, dari segi ekonomi dan pendidikan kita sudah ketinggalan jauh, teramat jauh dari bangsa Cina dan India, Melayu sekarang ini cuma ada kuasa politik, hilang kuasa politik, kita melayu tinggal nama sahaja.

Adakah kita hendak biarkan bangsa bukan islam yang memerintah negara kita? Adakah kita nak jadi macam Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, sedikit demi sedikit mereka merampas tanah yang dulunya adalah tanah orang melayu, tapak masjid pun mereka sanggup jual, takkan kita nak biarkan situasi ini berlaku di negara ini.

Come on la, frens. Ayuh bangkit, keluarkan dirimu, tonjolkan dirimu pertahankan hak kita, keluarlah dirimu dari kepompong kesenangan, open your eyes, see the world, negara ini amat memerlukan dirimu, this is our beloved land, jangan biarkan bangsa lain memerintah, jangan biarkan Malaysia menjadi seperti Singapura. Hilang identiti dibumi sendiri.

Teringat saya dengan kata kata seorang bekas tentera, “saya tidak rela, saya tidak halalkan Malaysia jatuh ke tangan bangsa lain, disebabkan kecuaian kamu semua”. Frens, tanggungjawab kita amat besar, Malaysia ini adalah amanah dr nenek moyang kita, jangan kita persiakan amanah mereka.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA, DAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH.