Sunday 4 August 2013

Halau Pelajar Keluar UiTM; MPP Enggan Mohon Maaf

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA, Exco Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Nazurah Badrul Zaman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa organisasi itu tidak akan meminta maaf kepada pelajar UiTM berikutan isu MPP menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur.

Kenyataan berkenaan dibuat melalui laman sosial Twitter-nya sebaik isu menghalau pelajar tidak bersyukur menjadi perbualan hangat dalam kalangan mahasiswa kampus melayu itu.


Nazurah menulis "I will not apologize for something that is true," sebagai respon kepada isu yang melibatkan rakan exconya, Maryam Jamadi yang mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Kenyataan yang dimaksudkan sebagai bersetuju dengan tindakan menghalau pelajar tidak bersyukur selain menegaskan bahawa dia (MPP) tidak akan meminta maaf kerana bersangkaan bahawa kenyataan Maryam disifatkan sebagai benar.

Sementara itu, beberapa kumpulan mahasiswa yang menyedari akan tindakan Nazurah hari ini mempersoal akan kredibiliti perwakilan itu selain bercadang akan memboikot Pilihan Raya Kampus akan datang kerana kesal memiliki perwakilan Aspirasi yang tidak menghormati pandangan mahasiswa.

Maryam, dua minggu yang lalu dilaporkan telah menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur sebaik mendengar permintaan pemimpin pelajar untuk menuntut kerusi umum pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan datang.

Sebelum itu, rakan media Siswa Zon Tengah telah beberapa kali menghubungi mereka untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Yang Di Pertua MPP UiTM berkenaan isu menghalau pelajar, namun sehingga sekarang kenyataan itu ternyata meleset dan tidak dibalas.

Kronologi:

1. Pemimpin Pelajar UiTM sebulat suara mengusulkan Kerusi Umum dipertandingkan pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, JPP pada Pilihan Raya Kampus akan datang. [Info]

2. Exco Kerjaya dan Hubungan Majikan yang tidak berpuas hati dengan permintaan yang disifatkan tidak bersyukur telah mengeluarkan kenyataan menghalau mahasiswa UiTM. [Info]

3. Kenyataan 'HALAU' menjadi isu dan bualan mahasiswa kampus yang kemudian menuntut permohonan maaf daripada organisasi perwakilan pelajar tersebut.

4. Respon daripada Exco Komunikasi Korporat MPP UiTM, bahawa organisasi perwakilan pelajar itu tidak akan meminta maaf kerana kenyataan Maryam disifatkan sebagai benar.

5. Siswa Zon Tengah menghubungi MPP untuk mendapatkan kenyataan rasmi, dan dijanjikan seberapa segera, namun kenyataan tersebut ternyata meleset kerana tiada jawapan balas berhubung isu menghalau pelajar UiTM.

Prologue: Siswa Zon Tengah berpandangan, bahawa jika sikap MPP yang Precious dan tidak boleh dikritik ini diteruskan, mungkin boleh menjejaskan kepercayaan mahasiswa dalam kampus terhadap organisasi perwakilan itu.

Tambahan lagi, setiap exco mereka begitu ghairah mengeluarkan pandangan daripada kritikan pelajar seolah mereka telah lakukan yang terbaik dalam mewakili suara mahasiswa UiTM, walaupun ia sebenarnya baru bermula.

Persoalannya, jika MPP telah mewakili suara pelajar UiTM dengan baik, mengapa wujudnya gerakan seperti GAMUS, MMP dan yang terkini UiTM Insider?

Mahasiswa Melayu Progressif dalam satu kenyataan pernah bertanya? adakah MPP ini bermaksud Majlis Perwakilan Pentadbiran?

#Tahniah mahasiswa UiTM kerana memiliki MPP yang mewakili suara anda tanpa boleh ditegur dan dikritik...

10 comments:

  1. Btul gakkkkk...... Mane ade respons dari MPP...... Haritu bace gak kat tweet siswazontengah, MPP laki tu, xigt nama, dia kate YDP nak buat kenyataan rasmi..... Hmmm..... Dah dkat sbulan rasenye ni....

    ReplyDelete
  2. Tak tahu bersyukur memang patutpun dii halau..penderian tegas nazurah di sanjung

    ReplyDelete
  3. makin teroklah aku tengok dorang ni...

    ReplyDelete
  4. jangan asyik tahu nak halau je kalau tak bersyukur, ingat bumi ni milik Allah s.w.t dan semua isi bumi milikNya, kamu patut lihat diri sendiri, adakah bersyukur sepanjang menjadi hamba Allah di muka bumi ini ? kalau tidak, Allah tidak pernah keluarkan kenyataan nak halau kamu dari bumi dia. Setiap orang ada pendapat masing masing, jangan tahu dengan pendapat awak sendiri, wallahualam, bukan saya nak cari gaduh, cuma sama sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain, sifat angkuh dan ego adalah sifat syaitan, ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi yang cerdik akalnya, jazakallah.

    ReplyDelete
  5. Bising la korang ni. Belajar diam2 tak boleh ke? Time aku belajar dulu takda aku ambil tahu langsung pasal MPP ni. Elok je aku jadi kaya dah kerja sekarang. Banyak complaint pon tak kemana juga. Kalau aku jadi bos, tak ingin aku nak ambil korang yang banyak complaint ni kerja. Yang penting Uitm tetap dihati aku. Rezeki memang dari Allah, Uitm pula buka peluang untuk aku mulakan kehidupan aku sebagai seorang yang berjaya

    ReplyDelete
  6. middle voice pilih bulu. boooo. berani publish la komen aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, notis ini hanya sementara dan akan dipadam semula. Jika komen saudara setakat nak beritahu MV pilih bulu, mencarut dan sebagainya, pihak kami tak teragak untuk tidak mempamerkannya. Terima kasih.

      Delete
  7. dik kerana tidak mahu ambil tahu hal MPP melahirkan MPP yang tidak reti mendengar suara rakan-rakan mahasiswa yang lain.

    natijahnya tidak mahu mendengar kritikan, langsung tiada perbincangn, lagi teruknya terus melebel orang sebagai tidak bersyukur, org mengkritik tujuan untuk membina, kerana mahu melihat UITM yang lebih baik.

    jangan keluarkan hujah dangkal, jPP dikritik kerana dilihat mereka tidak menjaga kebajikan dengan baik.

    ReplyDelete
  8. orang melayu memang suka gaduh...benda kecik pun nk gaduh,benda besar lagilah....contohilah bangsa lain yang kuat ikatan kerjasama antara bangsa dia contohnya orang Cina...

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!