Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, 6 May 2013

Mahasiswa UNISEL Gembira; Bakal Terima Pendidikan Percuma

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Keputusan resmi Pilihan Raya Umum ke 13 di Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada jumlah keseluruhan sebanyak 56 kerusi DUN. 

Pakatan Rakyat diumumkan telah berjaya memenangi 44 kerusi manakala Barisan Nasional hanya berpuas hati dengan kemenangan 12 kerusi DUN di negeri itu. Menurut SPR, PAS dan DAP memegang jumlah kerusi yang sama sebanyak 15 manakala PKR menang sebanyak 14 kerusi DUN sahaja.

Kemenangan Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Selangor dengan majoriti 2/3 kerusi DUN merupakan suatu berita gembira buat seluruh mahasiswa Universiti Selangor kerana bakal dihidangkan dengan yuran percuma, elaun sara hidup serta penghapusan hutang PTPTN.

Wakil media Middle Voices ketika menghubungi salah seorang mahasiswa universiti itu diberitahu;

"Saya gembira dan sangat bersyukur...akhirnya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan 2/3 kerusi DUN, lagi-lagi mereka menjanjikan pendidikan percuma termasuk memberikan elaun sara hidup serta melunaskan hutang PTPTN mahasiswa UNISEL... Insya Allah," 

katanya yang gembira dengan pengumuman keputusan pilihanraya umum bagi DUN negeri Selangor. Mahasiswa tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Azrul turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

"....tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya mempertahankan Selangor sekali lagi," katanya lagi.

Prologue: Middle Voices berharap agar kemenangan 2/3 kerusi DUN Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat digunakan sebaik mungkin dalam mentadbir urus negeri dan mahasiswa di Universiti Selangor.

Janji Pakatan Rakyat bolehlah diaplikasikan atau lebih tepat ditunaikan terlebih dahulu di Universiti Selangor bagi meyakinkan rakyat bahawa manifesto Pakatan Rakyat bukanlah hanya satu janji manis yang ditabur hanya ketika pilihan raya dan menjadi kurap sebaik berjaya menakluki sesebuah kerusi.

Kepada mahasiswa UNISEL, tahniah kerana anda bakal terima pendidikan percuma daripada kerajaan negeri yang sekaligus mencipta dan melakar sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia menerima pendidikan percuma secara total selepas Universiti Teknologi MARA.

#Pendidikan percuma merupakan hak mahasiswa UNISEL, tunaikan janji manismu...

Tuesday, 30 April 2013

MUSMA Tipu Mahasiswa UiTM?? "Mahasiswa UiTM Ditipu Lagi"

Assalamualaikum dan Salam perpaduan.

Pengerusi MUSMA
Middle Voices sebelum ini telah mengeluarkan entri bertajuk Safwan Anang Tipu Mahasiswa UiTM, seperti yang dijangka, sekali lagi Middle Voices dituduh memfitnah kumpulan mahasiswa jalanan seperti GM13 yang telah cuba untuk memperdayakan mahasiswa UiTM.

Namun, bukti telah dikemukakan, hanya mahasiswa yang bijak akan menilainya dengan mata sendiri, dan bukannya membutakan mata, sambil mengeja 'mata' tetapi berbunyi 'mulut'.

Hari ini, Middle Voices sekali lagi akan berkongsi maklumat kepada mahasiswa UiTM, agar cakna dengan sekeliling mereka bahawa mereka sedang ditipu oleh kumpulan mahasiswa yang menjadi agen kepada Parti Pembangkang.

Ada yang bertanya, mengapa pergerakan GM13 dan MUSMA dipersoal, sedangkan Siswa4U juga bergerak menyokong parti Barisan Nasional, namun tidak pula dipersoal penulis Middle Voices?

Jawapannya mudah;

Siswa4U secara khususnya telah mengisytiharkan penglibatan mereka menyokong parti Barisan Nasional dan kepimpinan parti itu yang meletakkan mereka sebagai sukarelawan yang jujur, ikhlas dan tidak memperdaya mahasiswa di Malaysia.

Berbanding dengan GM13 dan MUSMA yang bergerak atas tiket mahasiswa dan tidak menjadi agen kepada mana-mana parti politik tanpa mengira haluan kanan ataupun kiri. Namun, apa yang berlaku adalah dusta semata-mata.

Saksikan tayangan di bawah dengan teliti;


"Jadi di sini ingin ditegaskan bahawa MUSMA bukanlah satu pertubuhan yang berpihak pada mana-mana parti politik di Malaysia ini" kata Huzaifah, Pengerusi MUSMA

Shah Alam, dekat Pasar Malam Padang Jawa bertarikh 26 April 2013, Pengerusi MUSMA, Saudara Mohd Huzaifah Mokhtar yang juga merupakan pelajar UiTM telah ditemui menyebarkan risalah berbentuk promosi kempen yang berpihak kepada Parti Islam Se-Malaysia.

Menurut sumber, Huzaifah yang ketika itu turun ke pasar malam tersebut bersama Khalid Samad, yang merupakan calon PAS bagi parlimen Shah Alam telah diarahkan untuk berbuat demikian. Turut serta menyebarkan risalah ialah bekas MPP UiTM Shah Alam, saudara Muhammad Syafiq.

Namun, tindakannya yang menyebarkan risalah PAS telah berjaya dihidu wakil media Middle Voices yang ketika itu turut berada di sana untuk membuat liputan. [rujukan]

Sementara itu, sukarelawan Siswa4U juga dilaporkan turun di pasar malam yang sama sekaligus berlakunya pertembungan antara sukarelawan Siswa4U dengan pengerusi MUSMA.

MUSMA yang merupakan gerakan baru atau pertubuhan baru di UiTM telah memberitahu media bahawa mereka tidak terlibat atau menyokong mana-mana parti politik. 

Namun, adakah dengan menyebarkan manifesto dan risalah undi PAS merupakan satu tindakan neutral atau non partisan atau tidak menyokong parti politik?

MUSMA pada sidang media yang sama turut menjelaskan bahawa pengamalan politik matang merupakan antara objektif pergerakan mereka dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa UiTM.

Namun, apakah gambar Saudara Mohd Muin yang merupakan barisan hadapan dalam sidang media MUSMA ini mengamalkan politik matang?


"ayuh memilih politik matang" kata Mohd Muin, namun di sebalik ruang sesawang facebooknya tersergam indah kematangannya dalam mengamalkan pertuturan 'politik matang'.

"sokong umno dapat sampah" jelas bahawa etika amalan politik secara matang tidak diamalkan oleh barisan hadapan kepimpinan MUSMA, namun hanya manis dibibir, masam di anak tekak.

Prologue: Mahasiswa UiTM telah ditipu oleh GM13, dan kini sekali lagi kumpulan yang kononnya tidak menyokong mana-mana parti politik muncul untuk menarik mahasiswa UiTM.

Benarlah, kenapa mahasiswa UiTM menjadi tumpuan untuk diperdaya agen pembangkang dek kerana 50 ribu pengundi muda bakal menterjemahkan pilihan mereka pada 5 Mei ini.

Kepada mahasiswa UiTM, buatlah pilihan anda dengan bijak. Kajilah mereka yang matang dalam berpolitik, atau memilih mereka yang neutral tetapi berselindung disebalik parti pembangkang yang ingin meraih undi semata-mata.

Kepada MUSMA, bagaimanakah pertubuhan anda akan bebas ideologi menyokong parti politik jika hampir kesemua 'orang kuat' MUSMA merupakan kumpulan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Malah, seperti dijangkakan, Gabungan Mahasiswa Merdeka dan GM13 seakan mempunyai nama baru berbunyi MUSMA setelah menerima penolakan hebat daripada mahasiswa UiTM.

Mahasiswa tak perlu mengaku neutral atau non partisan jika ingin menyokong mana-mana parti politik kerana itu hak anda! namun, menipu mereka yang tidak berpolitik dengan taktik non partisan, sebenarnya andalah yang terdiri daripada mereka mereka yang terdesak akan sokongan. 

#UiTM sentiasa dihatiku, mahasiswa UiTM bijak memilih...

Saturday, 27 April 2013

Khalid Samad Enggan Salam Zul Nordin; Calon Parlimen Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Khalid Samad (PAS), enggan salam dengan Zul Nordin (BN)
Shah Alam, dekat sini semalam secara kebetulannya berlaku pertembungan antara dua calon parti Barisan Nasional, Datuk Zulkifli Nordin dengan calon Parti Islam Se-Malaysia, PAS Haji Khalid Samad yang turun bagi mempromosikan kempen pilihanraya masing-masing.

Calon Barisan Nasional, Zul Nordin yang begitu mesra menghampiri rakyat kemudiannya sedar akan kehadiran calon pas, Khalid Samad dan terus mendekatinya untuk bersalaman sebagai contoh mengamalkan politik secara sihat dan professional.

Lainnya, sebagai orang islam yang mementingkan hubungan persaudaraan antara muslim, Zul Nordin mendekati Khalid Samad untuk bersalaman dengannya, namun Khalid Samad bertindak menyembunyikan tangannya kerana enggan bersalam dengan calon Barisan Nasional itu.

"Ce tengok, dia tak nak salam, ce tengok...." kata Zul Nordin yang tersenyum sinis ketika Khalid Samad menarik tangannya daripada menyambut salam dan mengalihkannya ke belakang.


Kejadian ini disaksikan sendiri oleh peniaga-peniaga dan pengunjung pasar malam padang jawa sebaik pertembungan kedua calon Parlimen Shah Alam ini menarik perhatian orang ramai.

Sementara itu, seramai hampir 50 orang mahasiswa Sukarelawan Siswa4U turut serta bertemu masyarakat di situ bersama calon Barisan Nasional bagi membuktikan sokongan padu mahasiswa terhadap calon Barisan Nasional.

Friday, 26 April 2013

Juru Kamera Middle Voices ditemplak Petugas Kempen Khalid Samad

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

"Tidak terbuka, malah menghambarkan...." itulah kata-kata yang dilontarkan oleh juru kamera Middle Voices sebaik dimaki oleh petugas kempen calon PAS, Khalid Samad hanya kerana mengambil gambar calon ketika turun di Pasar Malam di Padang Jawa, Shah Alam.

"Saya hanya ambil gambar seorang calon wakil rakyat, salah ke?" soal juru kamera MV lagi kerana berang dengan makian yang dihamburkan kepadanya secara ambil mudah dan tidak bertanya dengan baik.

Kejadian itu berlaku pada ketika Khalid Samad dan beberapa orang penyokongnya turun di pasar malam tersebut untuk mempromosikan kempen pilihanraya mereka.

Sebelum itu, Khalid Samad dikatakan naik angin apabila petugasnya gagal menghalang Sukarelawan Siswa4U yang secara mesra mendekatinya lalu menyerahkan flyers "Manifesto Pakatan Bukan Janji" yang membezakan manifesto Barisan Nasional dengan manifesto Pakatan Rakyat.

Gara gara itu, petugas kempen Khalid Samad bertindak melepaskan geram kepada juru kamera Middle Voices dengan memakinya malah cuba merampas kamera tersebut dihadapan peniaga-peniaga pasar malam.

Turut menjadi perhatian, pertembungan calon PAS antara calon Barisan Nasional bagi bahagian Parlimen Shah Alam, DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga yang menampilkan Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Haji Nawawi Md Zin, dan Ustaz Yusof Din.

Saturday, 20 April 2013

[Edisi Wajib Baca] Islam atau Melayu Sedang Terancam Di Malaysia

Assalamualaikum, peringatan penulis;

"Ketepikan ego dan politik kamu sebelum engkau mengorak bacaan kamu ke bawah"

Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak Melayu sibuk dengan demonstrasi dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Jiwa muda mereka berkobar, kerana itu memang menjadi kelaziman bagi darah muda seperti mereka.

Namun, ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Seakan boleh dijangka, penulisan ini juga tidak akan begitu popular, kerana segala yang berkaitan akan dilabelkan sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan. Tapi tidaklah menjadi cubaan, jika suatu masa nanti, anak muda rasa seperti yang telah dirasa nenek moyang kita suatu ketika.

Kini, perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Perancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. 

Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor anak muda begitu penting. Keupayaan anak muda dengan generasi intelek bergelar mahasiswa cukup penting. Keupayaan darah muda, tak dinafikan berjaya menggoncang dunia. Benar kata pujangga "berikan aku 10 jiwa muda, akan ku ranapkan segala harta dunia,". 

Pergerakan anak muda juga cukup kuat, momentum agama terlempar sebagai isi kepada perjuangan mereka. Nah, manakan tidak berjaya menarik perhatian, syurga dijadikan sebagai jaminan. Tapi anak muda lupa, bahawa urusan pendaftaran ke pintu syurga, bukanlah tugas seorang manusia.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, kewujudannya begitu dominan dengan usaha yang sedang dijalankan. Keupayaannya dalam memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS dan golongan muda.

Walaupun jelas, rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. 

Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.
Istana Kampong Gelam kini Malay Heritage Centre di Singapura

Mungkin ada anak muda yang lupa untuk menyingkap sejarah kesultanan melayu singapura, Istana Kampong Gelam, dulunya megah berdiri, segak bergaya. Kini istana itu menjadi sebuah muzium ternama, ternama dengan reka bentuknya. "Malay Heritage Centre" lagi megah dari dulu, tapi jiwanya sudah tiada. Sultannya pula hanya bertakhta dan duduk dengan sebuah nilai yang dipanggil Dollar Singapura.

Berbalik kepada tajuk penulisan ini, Apakah yang membuatkan mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP telah berjaya membuktikan bahawa usaha dan pakatan kepada rancangan mereka kian membuahkan hasil. Anwar telah dilantik sebagai Kapten bagi menutup segala kebocoran tentang perancangan mereka. 

Dengan masalah peribadi dan moral Anwar sudah cukup untuk melenyapkan bibit-bibit rahsia yang bocor ke telinga PAS dan anak muda. 

Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew akan dibenarkan memerintah Malaysia buat sementara, syarat PRU13 daripada PAP kepada DAP.

"Sebelum saya mati, saya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun seminit," pesan Lee Kuan Yew kepada Dr. Chan Men Hin. 

Tidak hairanlah kenapa Lee Kuan Yew kerap ke Pulau Pinang berjumpa dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Semuanya hanyalah untuk memastikan perancangan rapi berjalan dengan lancar.

Sumber dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya di dorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO. 

Golongan muda pula diasah agar bangkit tunjukkan jiwa membara. Tunjukkan mereka punya kuasa, biarpun akhlak ditolak ketepi, biarpun manusia dipanggil babi, biarpun kalimah Allah dipermainkan. Anak muda akan setia pada mereka. Kerana anak muda ini gemuruh, jiwa mereka suka memberontak.

Namun, dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. 

Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Menurut sumber terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita yang sibuk untuk bertanding. Yelah, jiwa muda, alangkah gahnya seorang anak muda bergelar ahli parlimen. Ahli perundangan yang berhak membuang undi kepada penetapan dasar di Dewan Rakyat.

Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari ummat Islam. Ini rahsianya, bacalah dengan serius dan ketepikan prasangka yang kononnya penulisan ini fitnah dan tidak benar hanya untuk sementara sahaja.

1. PERTEMUAN DENGAN WAKIL GEREJA DAN DANA LUAR

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang PRU 13.

Tambahan lagi, Dana PRU yang diperoleh daripada para penderma Kristian di luar dan dalam negara sudah cukup mewah untuk menampung keseluruhan kos berkempen pada PRU 13 ini. Termasuk juga membiaya golongan muda yang cenderung kepada mereka.

Buktinya, Jeff Ooi yang menyampaikan pesanan penderma, bahawa mereka inginkan suatu kejutan pada keputusan Pilihan Raya Umum 13 ini sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan mereka.

2. PASUKAN PRU DARIPADA SINGAPURA

Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu Pakatan Rakyat yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS.

Ada yang tidak percaya bahawa kereta sokongan daripada Singapura telah masuk ke Johor untuk mempromosikan kempen bersihkan Malaysia. Inilah kumpulan yang diarah oleh Lee Kuan Yew sendiri.

Menurut sumber, modus ini tidak melibatkan PAS. Hal ini kerana cubaan menguji keteguhan pas gagal ketika Guan Eng mendesak penggunaan kalimah Allah yang ditolak Majlis Syura. 

Biarpun Nik Aziz, Hadi Awang dan Mat Sabu amat bersetuju dengan usul itu.

3. KHALIMAH ALLAH UJI SENSITIVITI ISLAM MELAYU

Isu penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam Bible Versi Melayu turut menjadi bahan cubaan kepada sensitiviti orang melayu Islam. Nyata, DAP berjaya di Pulau Pinang sebaik mengumumkan usulnya. PAS, melalui Nik Aziz begitu gembira dengan khabaran itu malah bersetuju.

Cuma sedikit kerisauan muncul, apabila Majlis Syura PAS menolak penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Versi Melayu tersebut. Tapi masih lagi tidak menjadi halangan, kerana Anwar telah membuat kenyataan akan terus menyokong penggunaan kalimah tersebut walaupun PAS menolak.

Yang cukup membimbangkan, kejayaan besar DAP ialah apabila PAS berjaya manjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan, kononnya majlis ini berat kepada kerajaan. Maka rakyat tidak perlu mendengar nasihat daripada majlis ini yang menghimpunkan ulama UMNO.

4. RANCANGAN MENOLAK NEGARA ISLAM BERJAYA

Biarpun dahulu PAS bercadang untuk tubuhkan negara Islam, namun sejarah telah tercatat bahawa cita-cita itu tidaklah menjadi perangsang dan impian perjuangan PAS masa kini. Negara Islam bertukar kepada Negara Berkebajikan.

Alasannya, kebajikan adalah sebahagian daripada unsur-unsur negara Islam. Walaupun dahulu Hadi Awang mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC, namun kini, PAS pula yang berkerjasama dengan Kafir yang jelas menentang Islam.

Biarpun Karpal dengan semberono dan bangga mengugut PAS, "Negara Islam? Over my dead body!". Apakah anda lupa? Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

Sekadar isu laungan azan, tidak lagi dipandang serius oleh Islam di Malaysia atas pemikiran asas menghormati jiran tetangga seperti yang telah berlaku sejak bertahun lamanya di Singapura.

5. RANCANGAN MEMASUKKAN SEMULA SINGAPURA KE DALAM MALAYSIA

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat Pakatan mesti menubuhkan kerajaan selepas PRU 13 walaupun hanya dengan kemenangan majoriti mudah.

Hari ini, seramai 28,000 pengundi baru yang telah daftar mengundi di Gelang Patah datangnya dan asalnya daripada negeri Perak dan sekarang bekerja di Singapura. Pengundi ini adalah terdiri dan majoritinya kaum cina. Inilah rancangan Lim Kit Siang yang ingin menjatuhkan kubu kuat Barisan Nasional di Gelang Patah.

Hasilnya, dengan kemenangan majoriti mudah, maka Singapura akan di bawa masuk ke dalam Persekutuan sebagai wilayah baru. Inilah rancangan terbesar Lee Kuan Yew bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini.

Ada antaranya, golongan muda, ahli PAS yang tidak percaya. Katanya, tidak mungkin Singapura boleh masuk dalam Malaysia sebagai sebuah negeri ataupun wilayah.

Walaubagaimanapun, Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan, dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 2 (a); Parlimen boleh melalui undang-undang menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan; 

Menurut perlembagaan, keputusan majoriti tanpa dua pertiga ahli dewan sudah cukup untuk meluluskan usul memasukkan Singapura sebagai wilayah baru bagi Persekutuan atau Negara Malaysia.

Apakah yang akan berlaku sekiranya Singapura dimasukkan ke dalam Persekutuan sebagai sebuah wilayah baru? 

6. PARLIMEN MAJORITI DUA PER TIGA KERUSI

Singapura memiliki 87 Kerusi Parlimen dengan kemenangan besar PAP pada Mei 2011 yang lalu sekaligus memberi mandat kepada Lee Kuan Yew untuk terus menghapuskan melayu Islam di Singapura.

Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya 87 kerusi ini bercampur dengan majoriti mudah Pakatan Rakyat? Mereka akan membentuk kerajaan majoriti dua per tiga sekaligus boleh mengusulkan pindaan kepada perkara-perkara tertentu termasuk menghapuskan Akta Hasutan dan membuat pindaan bagi menamatkan kedaulatan Raja Melayu.

Jangankan cerita kedudukan istimewa melayu, kesemua yang berkaitan dengan islam termasuk Islam sebagai agama persekutuan akan ditukarkan kepada Agama Kristian.

7. PEMECATAN HASSAN ALI SEBAGAI EXCO AGAMA

Pemecatan Dr. Hassan Ali sebagai Exco Agama di Negeri Selangor telah berjaya dispin oleh PAS atas desakan Anwar Ibrahim. Ini satu lagi petanda buruk yang tidak dilihat oleh anak muda dan PAS.

Hassan Ali yang menjalankan siasatan kerana curiga dengan Gereja Kristian di Selangor yang membawa masuk Islam Melayu ke dalam gereja dan mendapati ada dan wujud cubaan memurtadkan orang melayu telah dipecat.

Untuk menutup dan mengelakkan ramai pengikut PAS beralih arah, maka PAS adakan cerita bahawa Hassan Ali tamak akan duit dan khuatir sekiranya tidak dicalonkan pada PRU 13. Adakah kita sedar?

Prologue: Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka.

Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri? Apakah soalnya nanti? Penulisan ini hanyalah cubaan menipu golongan muda? Penulisan ini suatu fitnah kepada PAS atau Pakatan Rakyat?

Sayangnya inilah realiti anak muda, PAS, dan UMNO yang masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. 

Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh pada suatu ketika dahulu serta kepimpinan ulama Islam yang mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

#Jika anda rasakan bahawa ini suatu fitnah, maka ini merupakan satu lagi kejayaan DAP, kerana Islam di Malaysia tidak lagi sensitif kepada serangan saraf oleh Kristian dan Kafir ini.

Friday, 12 October 2012

UiTM Perak Nafi Kerjasama Parti Politik Pembangkang

Perak, Seri Iskandar dekat Universiti Teknologi MARA malam tadi, Pengarah program gotong royong di Pasir Panjang Segari menafikan pernah menjalankan aktiviti bersama atau dengan kerjasama mana-mana ahli politik pembangkang seperti PAS.

Terdahulu, kelmarin Middle Voices melaporkan sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.

Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.

Pernyataan sekumpulan mahasiswa kampus Perak itu kemudiannya disangkal sekeras-kerasnya oleh Izzati Alias, Pengarah program gotong royong tersebut yang juga penuntut Fakulti Pengurusan Perniagaan di kampus itu sebaik mendapati terdapat perselisihan faham diantara mahasiswa kampus Perak berkenaan aktiviti yang dijalankan.

Izzati ketika dihubungi rakan penulis Middle Voices menjelaskan bahawa kunjungannya bersama ahli Kelab Alam Sekitar UiTM Perak ke program rekreasi tersebut adalah untuk memenuhi undangan Sahabat Alam Malaysia, SAM dan penyertaan mereka telahpun mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.

"Tujuan program ini adalah untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu dan tiada kaitan dengan ahli politik yang sama turut hadir," tegas Izzati yang turut menjelaskan bahawa kedatangan wakil politik adalah diluar kawalan berikutan pihak penganjur iaitu SAM telah menjemput orang ramai untuk turut serta di dalam aktiviti tersebut.

Menurutnya lagi, pihak SAM juga telah menjemput Pengarah Perikanan Negeri Perak namun beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.

Menjawab kepada persoalan laporan Middle Voices kelmarin berkenaan status pendaftaran kelab tersebut sebagai sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Izzati menegaskan kelabnya sebagai berdaftar.

"Kelab Alam Sekitar UiTM Perak adalah berdaftar dan penyertaan kami ke program tersebut hanya untuk lawatan dan gotong-royong sahaja seperti yang terkandung di dalam surat undangan daripada SAM." katanya ketika bercakap kepada rakan penulis Middle Voices semalam.

Mengulas lanjut pertanyaan rakan penulis Middle Voices berkenaan cubaan PAS untuk memanipulasikan penyertaan kelabnya melalui laman blog Media Perak yang cuba memuatkaitkan dengan bantahan PAS terhadap Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel kelulusan kerajaan negeri, Izzati menjawab;

"Kami sentiasa menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana kami percaya pihak kerajaan telah menyelidik sedalam-dalamnya sebelum melakukan pembangunan di kawasan berkenaan,"

"Diharap kenyataan saya ini dapat menjelaskan isu yang berbangkit dan tidak menyalahkan pihak kami serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," katanya lagi yang kemudian memohon agar penyertaan mereka tidak disalah ertikan selain meminta agar nama baik Rektor UiTM Perak tidak diheret bersama demi menjaga imej baik universiti dan Kampus Seri Iskandar.


Selain itu, Izzati turut memberikan penjelasan pada ruangan komen di blog dan fan page Middle Voices dengan harapan agar kenyataannya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Prologue: Middle Voices meneliti percanggahan maklumat yang diterima adalah jelas dan tidak menafikannya. Rakan penulis Middle Voices juga memohon maaf kepada Rektor UiTM Perak sekiranya terdapat percanggahan daripada apa yang diwar-warkan berkenaan aktiviti mahasiswa kampus itu kelmarin.

Walaubagaimanapun, Middle Voices memuji Pengarah progam, Izzati Alias kerana berani dan bersedia tampil menjelaskan perkara yang sebenar sebelum dimanipulasikan oleh mana-mana penglibatan politik seperti cubaan Media PAS Perak yang mengaitkan gambar aktiviti gotong royong tersebut dengan bantahan projek yang diluluskan kerajaan negeri.

Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, bersamalah kita mendokong aspirasi kerajaan demi untuk pembangunan negara ke arah Wawasan 2020 dengan pembentukan perpaduan yang mantap dan jitu melalui Gagasan 1 Malaysia.

Diharapkan agar mahasiswa UiTM Perak lebih berhati-hati untuk membuat sebarang bentuk program diluar kampus agar perkara yang sama tidak berulang kembali.

#Jika kita benar, maka kita tidak perlu bimbang, kerana kebenaran itu pasti akan membenarkannya muncul...

Wednesday, 29 August 2012

Cina, India Jika Berniat Menganut Islam Boleh Contohi Artis Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.

Kebelakangan ini Middle Voices dan rakan-rakan siswa yang lain memerhatikan perkembangan dan gaya lagak Artis Malaysia yang bersunguh-sungguh menyertai parti-parti politik dengan alasan Kembali ke Pangkal Jalan.

Malah, ada yang menjadikan alasan menyertai parti politik untuk mendidik dan mengasuh anak sendiri ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah.

Adakah ini merupakan acuan dan lukisan sejarah atau ajaran agama agar mana-mana golongan manusia yang hendak kembali ke jalan Allah perlu menyertai parti-parti politik?

Hilangkah fungsinya pusat-pusat ilmuan, pakar-pakar motivasi serta ulama-ulama popular islam sehingga wujudnya satu kewajipan atau keperluan berparti hanya kerana ingin kembali ke pangkal jalan?

Middle Voices dan rakan siswa hari ini ingin menegur Keras kepada semua Artis Malaysia agar jangan mengelirukan peminat dan mahasiswa demi agenda tersirat dengan menggunakan tiket islam untuk menyertai mana-mana parti politik.

Teguran ini juga Middle Voices tujukan kepada segelintir artis seperti Bob Lokman, Abby Abadi dan juga Hairie Othman yang begitu menonjol dengan tindak tanduk mendekati islam tetapi diwar-warkan melalui cabang-cabang politik sehingga boleh mengelirukan golongan muda, belia dan mahasiswa khasnya.


Kepada Bob Lokman, usaha murni untuk ke jalan Allah atau untuk berdakwah itu akan sentiasa mendapat pujian, tetapi jika Bob Lokman berfikiran bahawa dengan memasuki PAS maka anak Bob Lokman akan dapat pulang ke jalan Allah. Itu seolah mempermainkan islam.

Mahasiswa dan Safira Safri sendiri menolak tindak tanduk artis yang menyertai PAS yang kononnya menyedari kelemahan diri sedangkan banyak lagi cabang perkongsian ilmu agama yang boleh menjurus kepada keperibadian islam dan kependidikan pemantapan aqidah islam.


Begitu juga dengan Pelakon Popular Abby Abadi, Middle Voices atau Safira Safri tidak berniat untuk menulis tentang saudari dengan tujuan mengaibkan, tetapi hanya sekadar memberi teguran dengan pendekatan yang Abby gunakan dalam mendekati Islam.

Tidak salah jika Abby berminat untuk menyertai mana-mana parti politik di Malaysia termasuk Barisan Nasional, DAP dan sebagainya.

Namun pendirian memasuki PAS kerana ingin mendekati islam seolah mengajar remaja, mahasiswa dan golongan belia untuk pulang ke pangkal jalan dengan tiket murni ahli seumur hidup PAS adalah tidak seharusnya diwar-warkan kerana ianya hanya mengelirukan umat islam terutama remaja dan anak kecil yang menjadi ikutan dek pengaruh sebagai seorang Artis Popular.


Begitu juga dengan Hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman yang kini dimaklumkan telah menyertai PAS untuk mendekati Islam yang akhirnya mempunyai agenda tersendiri untuk keuntungan berganda.

Apakah ini yang Artis Malaysia banggakan dengan mendekati Islam? Adakah selepas ini orang cina dan india yang ingin menganuti islam perlu menyertai PAS untuk mengucap kalimah Syahadah?

Apakah yang akan kalian jawab di akhirat kelak tatkala anak muda mengikuti kalian untuk mendekati islam dengan bermegah sebagai ahli PAS seumur hidup? Adakah ini caranya? Adakah kalian benar-benar terdesak untuk sesuap nasi sehingga sanggup menyertai PAS dengan tiket islam hanya untuk mendapatkan keuntungan di setiap corong-corong ceramah anjuran PAS??

Apakah agenda kalian yang sebenar?

Middle Voices ingin menegaskan sekali lagi kepada semua Artis Malaysia agar tidak memperjudikan islam di medan politik dengan publisiti murahan.

Jika anda, Artis Malaysia ingin ke pangkal jalan mengapa tidak mengikuti jejak langkah Ustazah Nurbahyah, Dr Asri, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus? Adakah mereka ini golongan yang pada awalnya menyampaikan dakwah selepas mewar-warkan keahlian PAS mereka?

Jawapannya ada pada anda sendiri. Jalan anda, anda yang pilih. Tapi, jangan heret kami untuk sertai jalan songsang anda.

Coretan sebelum beredar:

Kepada mahasiswa dan golongan muda belia, Middle Voices nasihatkan agar anda tidak tertipu dengan budaya mendekati islam melalui medan politik yang kononya membendung akhlak dan rohani namun kebelakangan ini goyah dek rakan seperjuangan sendiri kerana nafsu putrajaya lebih berbanding islam itu sendiri.

""PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam." - BERNAMA

#Wallahualam Bissawab...sekadar menegur yang termampu dengan jari, sebelum menggunakan hati...

Sunday, 5 February 2012

Mak Lampir; Adam Adli TARIK DS Azizan

Middle Voices ingin menambah sedikit persoalan berkenaan entri Safira Safri yang berjudul; Aziz Bari Terpalit "Buta Undang-undang"

Tapi kali ini SS ingin menarik perhatian mahasiswa untuk menilai golongan siswa kontroversi yang menjadi kekuda lampir seperti mak lampir dalam drama genre seram Indonesia.

Kenapa Adam Adli, SS gelarkan seperti mak lampir?
Kerana apa? kenapa? kenapa? dan kenapa?

Jawapannya kerana, mak lampir ini suka berteriak dan suka menggangu ketenteraman orang kampung dan sama seperti Adam Adli yang suka berteriak dan tiada rasa tanggungjawab kerana memalukan universiti serta mahasiswa UPSI.

Jadi apa kaitannya dengan DS Azizan?

Begini; DS Azizan baru baru ni menggelar Aziz Bari buta undang-undang kerana cuba masuk campur dalam hal pentadbiran universiti, KUIN.

Kemudiannya datanglah mak lampir dengan tuntutan kononnya tindakan DS Azizan tidak menghormati mahasiswa dan curang dengan peraturan Buku Jingga.

Malah mak lampir ini juga turut mengugut DS Azizan dengan ini,



"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya berjanji kosong" - Adam Adli


Sebenarnya mak lampir silap, di dalam ugutannya dia terlupa bahawanya tidak semua mahasiswa selampir Adam Adli.

Mahasiswa faham bahawa peraturan itu perlu ada, maka jika peraturan itu tidak diikut dan setiap kali dituruti digelar tidak bertanggungjawab maka SS kategorikan Adam Adli sebagai lampir yang tak sekolah.

Sedangkan Islam penuh dengan peraturannya! walaupun Islam itu syumul dan mudah. Jadi kalau mudah dan syumul kenapa mesti ada peraturan? Kerana kebebasan mutlak itu bukanlah saranan Islam yang sebenarnya.

Tidak seperti Adam Adli yang meminta kebebasan ni, kebebasan tu seolah ingin hidup tanpa peraturan dan berlagak seperti penentu hala tuju mahasiswa hari ini.

Mungkin juga kedudukan Adam Adli si Lampir ini sama seperti Aziz Bari??

Dijanjikan sesuatau mungkin?? Mungkinkah?

Prologue: Middle Voices tidak dididik untuk menghakimi dan mengadili tindakan Adam Adli, namun penulisan ini hanyalah berbentuk kiasan agar mahasiswa berfikir dengan lebih matang tatkala melihat warna -warna sebenar si pencemar maruah mahasiswa.

Mahasiswa yang sebenar adalah mahasiswa yang berfikir sebelum bertindak dan bertindak selepas berfikir yang kedua-duanya perlulah harmoni dan terlaksana.

SS juga ingin menarik perhatian mahasiswa zon tengah agar sentiasa berdiri teguh dan tidak terpedaya dengan si lampir pemusnah keamanan negara ini.

#Lampir oh lampir... :p

Saturday, 4 February 2012

Kembali pada Islam; Hassan Ali




Middle Voices ingin menyentuh sedikit Program Jelajah Dr. Hassan Ali.

Pada pendapat SS sendiri, HA merupakan ulamak yang berpendirian tetap. Berjuang untuk Agama, Orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Sedarlah wahai mahasiswa, kembalilah kepada perjuangan sebenar dan bukannya perjuangan merebut Putrajaya.

#PAS hilang panduan dek pemikiran ulamak liberal Kahlid Ibrahim.