Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

UiTM; Tanda Putera Batal Tayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA semalam mengutuskan bahawa tayangan eksklusif filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak akan ditayangkan berikutan arahan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK berkehendak akan sedemikian.

Menurut salah seorang pelajar universiti itu, tayangan ekslusif ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan diskusi bersama pengarah filem, Shuhaimi Baba pada malam yang sama.

Pelajar itu yang merupakan mahasiswa Fakulti Filem, Teater dan Animasi selain merangkap urusetia yang terlibat dalam anjuran Malam Promosi Filem Tanda Putera turut mejelaskan bahawa tuntutan wang pembelian tiket boleh dibuat pada hari yang sama dan diskusi yang digantikan adalah percuma.

"kepada semua yang telah membeli tiket tayangan Tanda Putera, anda bolehlah membuat tuntutan pulangan wang pembelian tiket di Dewan Sri Budiman pada 8 November ni dan kaunter akan dibuka bermula daripada jam 1 tengahari,"

"Saya bagi pihak urusetia memohon maaf atas segala kesulitan, dan jika anda semua menyokong tayangan filem ini, datanglah beramai-ramai pada malam tersebut kerana akan diadakan diskusi bersama Shuhaimi Baba dan kemasukan adalah percuma," kata pelajar itu yang kesal dengan pembatalan tayangan filem tersebut.

Ketika ditanya akan kerugian, pelajar itu hanya menjawab, "Pesona Pictures akan membayar ganti rugi kepada penganjur,".

Middle Voices sempat menemubual seorang lagi daripada penganjur tayangan tersebut yang menjalankan kerjasama dalam mempromosikan tayangan ekslusif di universiti itu, menurutnya;

"saya amat kecewa dengan pembatalan tayangan Tanda Putera kerana ia merupakan sebuah filem yang berasaskan nilai persahabatan dan tragedi 13 Mei, peristiwa berdarah hanyalah sebahagian daripadanya namun ditakuti pihak yang enggan mempertontonkan sejarah dan fakta sebenar." 

Tambahnya lagi, pembangkang yang takut akan tayangan filem ini sebenarnya memperbodohkan diri mereka kerana jelas akan ketakutan mereka kepada filem yang bernilai ringgit malaysia sepuluh ini kepada mahasiswa UiTM.

"kami mahukan filem ini ditayangkan dan bukan ditangguhkan buat kali kedua," katanya lagi sambil meluahkan rasa tidak berpuas hati kepada pihak yang menghalang tayangan filem ini termasuk Finas dan KPKK.

Sebelum itu, tayangan filem Tanda Putera yang dijadualkan di layar pawagam Malaysia pada 13 September 2012 telah dibatalkan dan dijadualkan akan ke panggung pada ketetapan tarikh 15 November 2012. 

Namun, keputusan terkini daripada Finas dan KPKK menangguhkan tayangan filem tersebut sekali lagi dan menganggarkan tayangannya kepada umum pada tahun hadapan.

Mengikut sumber, filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan pengorbanan dua orang pemimpin yang merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika peristiwa 13 Mei 1969 peristiwa hitam telah mendapat tentangan daripada parti politik pembangkang terutamanya DAP.

Filem tersebut yang berasaskan fakta yang merujuk kepada Laporan Majlis Gerakan Negara, MAGERAN dilaporkan ditakuti DAP dan pembangkang yang lain kerana bakal membogelkan mereka sebagai punca berlakunya rusuhan kaum pada tragedi pertumpahan darah selepas menerima kemenangan besar buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum pada waktu itu.

Walaupun PAS dan Keadilan tidak terlibat, namun pembogelan daripada filem itu bakal memberi kesan terhadap pentejermahan undi penyokong mereka sekiranya tayangan itu berjaya menjelaskan peristiwa sebenar kepada umum.

Prologue: Middle Voices melihat bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seakan-akan tidak mempunyai pendirian yang tetap kerana menunda tayangan filem ini berkali-kali seolah-olah akur dengan kehendak pembangkang.

Selain itu, Middle Voices juga menganggap bahawa tindakan KPKK yang menangguhkan tayangan filem ini merupakan kesalahan besar KPKK selain daripada penerbitan lagu tema kemerdekaan "Janji Di Tepati" yang gagal diteliti sebelum dimuat naik yang akhirnya mendapat kritikan hebat daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Walaubagaimanapun, Middle Voices berharap agar KPKK membuat pertimbangan semula agar tayangan filem bersejarah ini dapat disegerakan agar rahsia kejahatan mereka yang terlibat sebagai punca tragedi hitam itu dapat dibogelkan kepada umum.

#Mahasiswa sokong Tanda Putera...

Wednesday, 5 September 2012

Mahathir Bin Mohamad; "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia"

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Middle Voices tertarik dengan tulisan nota daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berkenaan "Tak akan Melayu hilang di dunia" seperti yang dibawah:

1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?

2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.

4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.

5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

#Ditulis oleh: Dr Mahathir Bin Mohamad, Rabu, 5 September 2012 pada jam 1.58 pm.

Friday, 15 June 2012

Mahasiswa UiTM buat forum Perli Ideologi Pemusnah Kerajaan


Forum Ideologi Mahasiswa Melayu dekat UiTM selasa lepas.

Shah Alam, 12 Jun 2012 dekat Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA telah berlangsungnya satu Forum Ideologi Mahasiswa Melayu anjuran Persatuan Waris Adat Perpatih, WARIS UiTM tajaan Yayasan Negeri Sembilan. 

Forum ideologi ini telah menampilkan YB Dato' Ibrahim Ali, YB Senator Ezam Mohd Noor dan Y. Bhg. Dr Mohammad Fairus Bin Khairuddin sebagai panel jemputan untuk perkongsian pengalaman dalam kehidupan kampus serta pengalaman dalam bergiat sebagai aktivis mahasiswa yang menampilkan kewibawaan sehingga disegani dan disanjungi mahasiswa hari ini.

Forum ini bermula sekitar jam 2.30 petang dengan YB Ibrahim Ali sebagai pemula bicara. Menurut beliau semasa beliau menjadi Kepala Demonstran di UiTM yang mana ketika itu beliau masih lagi bergelar mahasiswa dan ketika itu, UiTM telah ditawan oleh mahasiswa sehinggakan pihak Polis gagal menembusi pintu masuk universiti itu. 

Hasilnya, dalam tahun 1974 pada tahun yang sama, UiTM telah ditutup selama sebulan dan menurutnya lagi, demonstrasi itu bukanlah satu demonstrasi menjatuhkan kerajaan, tetapi lebih kepada memperjuangkan ITM agar dinakkan taraf menjadi Universiti.

"Saya ketika itu memperjuangkan ITM dinaikkan taraf menjadi Universiti dan bukannya berdemonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan."

"Jika Parti Politik masuk dalam Kampus, hancur kampus, mahasiswa akan bertelagah sesama sendiri kerana politik dan tidak akan menumpukan kepada pelajaran.", ujarnya lagi kepada audien.

Selepas itu, Senator Ezam turut berkata, "Parti Keadilan itu tidak pernah ADIL kerana Keadilan dalam Islam adalah meletakkan sesuatu kepada tempatnya, dan Dasar Malaysia Malaysia yang dicanangkan oleh pembangkang itu adalah tidak relevan dan tidak pernah adil mengikut konteks Islam."

"Saya pernah duduk di penjara kamunting selama 1 tahun setengah dan 2 tahun di penjara kajang, saya dahulu kepala demostran dan saya sedar, saya U-TURN semula untuk kembali ke pangkal jalan kerana saya tidak mahu negara saya dijual dan tidak mahu negara saya huru-hara."

Selebihnya, Dr. Fairus yang juga Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa "PAS bukanlah sebuah parti Islam sebenar kerana dalam PAS kuatnya fahaman Syiah dan Wahabbi sehinggakan boleh mengelirukan Ahlul Sunnah Wal Jamaah."

"Kami sedang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji semula perkataan ISLAM yang digunakan pada nama parti yang boleh menyesatkan UMAT ISLAM kerana PAS ini adalah Parti Ajaran Sesat." ujar Dr Fairus kepada audien sebaik tiba gilirannya untuk berkongsi pendapat.

Sumber: Pemikir Politik dan Siswa UiTM

Prologue: Tahniah untuk pihak penganjur yang telah berjaya menjalankan sebuah program berbentuk forum bagi mencerna pembikinan minda yang menjurus kepada perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kalangan mahasiswa.

Seharusnya, program seperti ini terus giat dijalankan bagi memperlihatkan kepada mahasiswa akan kedudukan sebenar dari pandangan mata masyarakat terhadap mahasiswa yang berdemonstrasi di jalanan hanya kerana disogok oleh kumpulan parti pembangkang.

Akhirnya, mahasiswa yang menjadi mangsa! seperti Khalid Ismath yang baru sahaja dikenakan hukuman gantung 3 semester pengajian sebaik didapati bersalah kerana gagal menghadirkan diri ke ujian, syarahan, kuiz dan tutorial tanpa sebab yang munasabah.

Perkara ini jelas berbeza dengan pendemonstran seperti YB Ibrahim Ali yang dahulunya bangkit demi untuk memastikan ITM ketika itu diberikan status universiti.

Oleh yang demikian, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk menilai perjuangan mahasiswa pendemonstran jalanan hari ini seperti Khalid Ismath, Adam Adli dan Safwan Anang, adakah mereka ini pendemostran yang baik dan berintelektual yang menampakkan nilai-nilai yang baik?


Nah! inilah hasil yang dapat SS tunjukkan. Perbuatan syirik yang menjadikan batu nisan sebagai penanda aras demokrasi dalam perjuangan mereka. Perbuatan mereka juga mengenepikan akhlak serta melanggar syariat Islam dengan makian dan kata-kata kesat malah tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

#Biarkan mereka dengan dunia khayalan mereka. Kita? kita teruskan belajar dan belajar....

Tuesday, 8 May 2012

Sayu; Rintih Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum.

Middle Voices ingin kongsikan bersama rakan semua cerita tentang seorang tokoh yang banyak menyumbang tenaga, idea dan keringat demi untuk melihat anak bangsanya berjaya sehinggakan ke akhir hayatnya.

Perkongsian ini Safira Safri dapatkan daripada blog Kulaan Niring hasil perbualan Naushad B. Noor Ali dengan seorang mak cik.

Bacakan untuk diri anda sendiri...

"gua ingin kongsi satu kisah benar seperti yg diceritakan oleh seorang makcik kepada member gua, beberapa hari yang lalu. Cuba teka, siapakah pemimpin Melayu ini? Pemimpin tersebut perlu menjalankan pembedahan jantung. Beliau memilih IJN, Malaysia dan pembedahannya perlu dijalankan oleh seorang Doktor Melayu."

"Doktor yang dipertanggungjawabkan utuk pembedahan tersebut adalah Dr. Hassan (anak saudara makcik ini ), pakar jantung terkemuka di negara pada ketika itu."

"Dr. Hassan memberanikan diri untuk bertanya kepada pemimpin ini, mengapa dan kenapa pemimpin ini memilih IJN dan dia untuk menjalankan pembedahan tersebut walaupun pemimpin tersebut berkemampuan tapi mempunyai pilihan utk memilih sesiapa saja termasuk Doktor yg terbaik di dunia...."

"Inilah jawapan pemimpin tersebut - "Sekiranya saya ditakdirkan mati apabila menjalankan pembedahan ini, saya rela dan biarlah saya mati di tanah air saya sendiri dan biarlah di tangan anak bangsa saya sendiri"."

"Adakah sesiapa yang waras yang sanggup menyoalkan atau mempertikaikan jiwa dan kemelayuan seorang pemimpin macam ini???"

#Sekadar perkongsian, yang baik itu kita jadikan ikutan yang buruk itu sama kita tinggalkan.

Tun Dr Mahathir Saran Rakyat Berhati-hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Realiti hari ini, kesejahteraan dan keamanan di Malaysia sedikit demi sedikit merosot dek pertelingkahan barisan pembangkang yang tidak pernah berpuas hati dengan kerajaan dan barisan kerajaan yang sentiasa dipersalahkan walaupun bertungkus lumus memberikan yang terbaik.

Bukannya untuk memuji atau bertindak berat sebelah, namun inilah realitinya yang mana kebaikan daripada pihak kerajaan tidak dijadikan modal perbincangan tetapi keburukan yang sedikit dicela setinggi bukit.

Rakyat Malaysia juga, sedikit demi sedikit terpengaruh dengan permainan individu yang berperanan dan dipertanggungjawabkan untuk menawan Putrajaya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Begitu juga dengan mahasiswa, masing-masing dengan ideologi masing-masing. Pelbagai isu yang dibangkitkan demi untuk mempertahankan ideologi sendiri tanpa mengambil kira perpaduan dan kesejahteraan ummah.

Maka, Middle Voices bawakan pesanan ringkas daripada Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang sangat berpengalaman di dalam menjaga dan mencapai keserasian kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan ucapan beliau,

"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara lain" 

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden AS, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula" 

"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit. 

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," 

"Sudah berkali kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak. 

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," 

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri." 

- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

Prologue: Middle Voices melalui Safira Safri ingin mengajak semua sahabat Middle Voices untuk berfikir sejenak. 

Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah pada masa sekarang selain daripada berbincang?

Apakah demonstrasi yang menggugat keamanan boleh menggantikan perbincangan meja bulat yang berlangsung dengan sempurna?

Apakah Kerajaan hanya bersidang, dan menteri kabinet hanya muncul tatkala Pilihanraya Umum?

Apakah kita selama ini terabai dan kerajaan tidak pernah memerhatikan kita atau kita tidak pernah ambil tahu akan usaha kerajaan?

Apakah jasa mereka yang cuba merobekkan hati pejuang tanah air sehingga kita percayakan kata-kata mereka, dan apakah pula rasanya jika kita diletakkan ditempat pejuang yang berhabisan darah demi untuk mendapatkan keamanan dan keharmonian sesama kita?

Fikirkan sejenak...

Setiap jawapan kepada persoalan ini ada pada kita. Tenangkan fikiran, dan tanyakan diri ini. Apakah pernah aku fikirkan dan berterima kasih kepada kerajaan? Fikirkan dengan baik tanpa prejudis. Pesan sahabat Safira, "gunakan hati dan akal dan gunakan juga iman untuk membuat pertimbangan." - Nur Atikah Shaari.

#Alhamdulillah, saya telah menjawabnya dengan baik. Terima kasih Middle Voices.