Friday 15 June 2012

Mahasiswa UiTM buat forum Perli Ideologi Pemusnah Kerajaan


Forum Ideologi Mahasiswa Melayu dekat UiTM selasa lepas.

Shah Alam, 12 Jun 2012 dekat Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA telah berlangsungnya satu Forum Ideologi Mahasiswa Melayu anjuran Persatuan Waris Adat Perpatih, WARIS UiTM tajaan Yayasan Negeri Sembilan. 

Forum ideologi ini telah menampilkan YB Dato' Ibrahim Ali, YB Senator Ezam Mohd Noor dan Y. Bhg. Dr Mohammad Fairus Bin Khairuddin sebagai panel jemputan untuk perkongsian pengalaman dalam kehidupan kampus serta pengalaman dalam bergiat sebagai aktivis mahasiswa yang menampilkan kewibawaan sehingga disegani dan disanjungi mahasiswa hari ini.

Forum ini bermula sekitar jam 2.30 petang dengan YB Ibrahim Ali sebagai pemula bicara. Menurut beliau semasa beliau menjadi Kepala Demonstran di UiTM yang mana ketika itu beliau masih lagi bergelar mahasiswa dan ketika itu, UiTM telah ditawan oleh mahasiswa sehinggakan pihak Polis gagal menembusi pintu masuk universiti itu. 

Hasilnya, dalam tahun 1974 pada tahun yang sama, UiTM telah ditutup selama sebulan dan menurutnya lagi, demonstrasi itu bukanlah satu demonstrasi menjatuhkan kerajaan, tetapi lebih kepada memperjuangkan ITM agar dinakkan taraf menjadi Universiti.

"Saya ketika itu memperjuangkan ITM dinaikkan taraf menjadi Universiti dan bukannya berdemonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan."

"Jika Parti Politik masuk dalam Kampus, hancur kampus, mahasiswa akan bertelagah sesama sendiri kerana politik dan tidak akan menumpukan kepada pelajaran.", ujarnya lagi kepada audien.

Selepas itu, Senator Ezam turut berkata, "Parti Keadilan itu tidak pernah ADIL kerana Keadilan dalam Islam adalah meletakkan sesuatu kepada tempatnya, dan Dasar Malaysia Malaysia yang dicanangkan oleh pembangkang itu adalah tidak relevan dan tidak pernah adil mengikut konteks Islam."

"Saya pernah duduk di penjara kamunting selama 1 tahun setengah dan 2 tahun di penjara kajang, saya dahulu kepala demostran dan saya sedar, saya U-TURN semula untuk kembali ke pangkal jalan kerana saya tidak mahu negara saya dijual dan tidak mahu negara saya huru-hara."

Selebihnya, Dr. Fairus yang juga Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa "PAS bukanlah sebuah parti Islam sebenar kerana dalam PAS kuatnya fahaman Syiah dan Wahabbi sehinggakan boleh mengelirukan Ahlul Sunnah Wal Jamaah."

"Kami sedang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji semula perkataan ISLAM yang digunakan pada nama parti yang boleh menyesatkan UMAT ISLAM kerana PAS ini adalah Parti Ajaran Sesat." ujar Dr Fairus kepada audien sebaik tiba gilirannya untuk berkongsi pendapat.

Sumber: Pemikir Politik dan Siswa UiTM

Prologue: Tahniah untuk pihak penganjur yang telah berjaya menjalankan sebuah program berbentuk forum bagi mencerna pembikinan minda yang menjurus kepada perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kalangan mahasiswa.

Seharusnya, program seperti ini terus giat dijalankan bagi memperlihatkan kepada mahasiswa akan kedudukan sebenar dari pandangan mata masyarakat terhadap mahasiswa yang berdemonstrasi di jalanan hanya kerana disogok oleh kumpulan parti pembangkang.

Akhirnya, mahasiswa yang menjadi mangsa! seperti Khalid Ismath yang baru sahaja dikenakan hukuman gantung 3 semester pengajian sebaik didapati bersalah kerana gagal menghadirkan diri ke ujian, syarahan, kuiz dan tutorial tanpa sebab yang munasabah.

Perkara ini jelas berbeza dengan pendemonstran seperti YB Ibrahim Ali yang dahulunya bangkit demi untuk memastikan ITM ketika itu diberikan status universiti.

Oleh yang demikian, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk menilai perjuangan mahasiswa pendemonstran jalanan hari ini seperti Khalid Ismath, Adam Adli dan Safwan Anang, adakah mereka ini pendemostran yang baik dan berintelektual yang menampakkan nilai-nilai yang baik?


Nah! inilah hasil yang dapat SS tunjukkan. Perbuatan syirik yang menjadikan batu nisan sebagai penanda aras demokrasi dalam perjuangan mereka. Perbuatan mereka juga mengenepikan akhlak serta melanggar syariat Islam dengan makian dan kata-kata kesat malah tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

#Biarkan mereka dengan dunia khayalan mereka. Kita? kita teruskan belajar dan belajar....

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!