Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

Karpal Meng'Ia'kan Anwar MELIWAT

Middle Voices hari ini terpanggil sebaik sahaja membaca laporan berita Bernama bertarikh 12 Disember 2011 berkenaan dengan "Pihak Pembelaan Kes Anwar Mempersoalkan Kredibiliti Mohd Saiful".

Sebelum Middle Voices memberikan pendekatan dan maklumat songsang seperti yang membela diri, maka Middle Voices bawakan petikan yang berkenaan daripada laporan tersebut:

“Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) yang bertindak seperti sebutir bom yang patuh dengan arahan tertuduh (Anwar) walaupun banyak peluang untuknya keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Beliau memilih tidak berbuat demikian,” kata Karpal.

Melihat daripada petikan ini, SS dengan pandangan peribadi berfikiran bahawa Karpal sekaligus mengiakan (mengakui) perlakuan anak guamnya itu, yang tertuduh Anwar Ibrahim melakukan seks luar tabie ke atas Mohd Saiful Bukhari.


Rasionalnya?
Perhatikan petikan daripada peguambela Anwar, Karpal mempertikaikan kredibiliti Mohd Saiful yang tidak melarikan diri sebelum dakwaan liwat tetapi sepanjang petikan daripada laporan tersebut tiada dinafikan bahawa kejadian liwat berlaku.

"Beliau memilih tidak berbuat demikian" kata Karpal

Lihat petikan terakhir ini, 'demikian' yang dimaksudkan Karpal ialah Mohd Saiful tidak keluar daripada bilik tersebut walaupun dia punya peluang yang banyak untuk mengelakkan diri daripada kejadian Liwat tersebut.

Sekaligus SS anggarkan bahawa Karpal bersetuju bahawa Mohd Saiful tidak keluar daripada bilik. Kemudian menerima pelawaan Anwar untuk melakukan hubungan seks di luar tabie.

Biarpun kredibiliti Mohd Saiful terjejas akan pertikaian Karpal di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah namun, apa yang penting ialah kelakuan LIWAT Anwar dipersetujui oleh peguambelanya sendiri.

Ini bermakna, Pemimpin yang bakal menggantikan Kepimpinan DS Najib pada hari esok adalah seorang Peliwat, atau penggiat amalan sonsang.

#Middle Voives ingin mengajak mahasiswa di luar sana agar berfikir sejenak.

    Masalah yang dihadapi oleh DS Najib hari ini ialah isu peribadi Isterinya, Rosmah Mansor yang dimainkan oleh pembangkang agar berjaya menarik undi mahasiswa hari ini.

   Masalah yang dihadapi oleh DS Anwar hari ini ialah isu Liwatnya, Video seksnya yang akan dibuktikan oleh mahkamah dalam masa terdekat ini.

Konklusinya: Pilihlah pemimpin dari kalangan yang mana kamu inginkan. Pemimpin yang tidak bermasalah dan hanya isu orang sekelilingnya yang menjadi percaturan ataupun pemimpin yang ternyata akan isu Liwatnya dan kalau ini yang anda pilih, Middle Voices anggarkan anda pun seperti dia.

#SS simpati dengan DS Anwar kerana Karpal tidak sebulu dengannya.

Sumber: Dr. Mim

Monday, 12 December 2011

Izzah Anwar dan Anwar; Anak Beranak Menghina Mahkamah

Middle Voices gemar meletakkan pepatah orang melayu untuk digadingkan dengan dua penama di atas;

"Bapak kencing berdiri, Anak kencing Berlari"

Isunya?

10 Febuari 2011, Anwar dikatakan menghina mahkamah Malaysia ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”, anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation.

"Satu kaki saya di parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari"

"Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan"

Kata kata yang dilontarkan Anwar ini bukan sahaja ingin mendapatkan simpati Negara Luar tetapi lebih menjurus kepada menghina Institusi Kehakiman Negara Malaysia.

Tuduhan yang menyatakan bahawa semua keputusan mahkamah telah dirancang merupakan satu dilema seorang pesalah yang cuba meraih perhatian orang ramai untuk menagih simpati.

Jelas tuduhan ini menghina sistem kehakiman dan selaku 'bakal pengamal undang undang' SS sendiri mencerca pelakuan Anwar yang bukan sahaja memberikan tanggapan buruk tentang Mahkamah Malaysia terhadap negara luar, malah memburukkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Kemudiannya?

12 Desember 2011, Nurul Izzah Anwar diminta keluar oleh ASP Steven dan dia nampak tidak berpuas hati kerana polis tidak mahu ada yang membawa elemen BERSIH masuk mahkamah… Seorang ah so pakai baju kuning, jadi Izzah cuba back-up dan akhirnya dia dihalau keluar dari kamar perbicaraan.

Perlakuan Izzah ini jelas cuba menghina Mahkamah dengan mempertahankan ah so yang memakai baju kuning tersebut.

Middle Voices berfikiran bahawa Izzah kononnya cuba mempertahankan ah so tersebut agar kelihatan bahawa dia menang di hati rakyat namun dalam masa yang sama perbuatannya yang membawa masuk sentimen politik ke dalam Mahkamah sekaligus merupakan satu penghinaan terhadap institusi yang mulia itu.

Prologue: Jelas, kedua beranak ini tidak kenal erti menghormati perlembagaan dan peraturan. Ingin membuat seperti dunia ni, Malaysia ini, Mahkamah itu dia yang punya. Pendapat peribadi SS sama, "Padan muka Izzah kene halau".