Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

Siswa4U Beri Sokongan Padu Calon Kuala Besut

Kuala Lumpur, gerakan mahasiswa Pro Barisan Nasional yang ditubuhkan pada sebelum PRU 13 yang lalu di bawah seliaan Biro IPT UMNO, Siswa4U memberi sokongan penuh terhadap calon Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Terengganu.

Bercakap kepada wakil media Middle Voices, Zaharin Haris yang merupakan Pengerusi Siswa4U Shah Alam menjelaskan bahawa seluruh organisasi mahasiswa itu sentiasa memberi sokongan padu terhadap calon pilihan pucuk pimpinan UMNO.

"Kita sentiasa beri sokongan, semua mahasiswa S4U sentiasa beri sokongan padu terhadap siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN bagi DUN Kuala Besut untuk PRK disana...," jelas Zaharin.

Zaharin Haris (kanan)
tambahnya lagi, "lebih-lebih lagi calon (Tengku Zaihan Che Ku Rahman) ni memang calon yang tepat untuk orang Kuala Besut...berkebolehan dan orang muda...,".

Zaharin yang ketika dihubungi, turut menyampaikan rasa yakinnya terhadap Tengku Zaihan sebagai calon DUN Kuala Besut dan percaya bahawa Barisan Nasional akan beroleh kemenangan seperti PRU13 lepas.

"Saya amat yakin dengan Tengku Zaihan, malah kami semua disini yakin dan percaya bahawa Barisan Nasional akan menang di Kuala Besut dengan jumlah majoriti yang lebih banyak dari sebelum ni...,"

Zaharin yang kemudiannya ditanya akan khabar yang menyatakan bahawa S4U tidak berminat untuk membantu Barisan Nasional di Kuala Besut hanya sinis menjawab;

"itu hanya gurauan manja, tiada istilah tidak berminat atau tidak dipanggil, cumanya kami yang memberi ruang kepada jentera mahasiswa disana untuk berkempen, memandangkan besut bukanlah suatu wilayah yang besar sehingga memerlukan seangkatan kapal untuk bertandang..."

Lagi katanya, "ada, ada mahasiswa di sana, jadi jika dan hanya jika berkeperluan dan dipanggil, kita akan turun di Kuala Besut, tambah lagi bulan puasa.......juga merupakan faktor yang perlu diambil kira."

Sebelum itu, Siswa4U pada PRU 13 mempamerkan prestasi yang baik dalam sejarah PRU di Malaysia apabila mereka bangkit memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional yang seterusnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selain simple majoriti di peringkat Negeri Terengganu.

*Sementara itu, wakil media Middle Voices gagal menghubungi Saudara Hafiz Ariffin, Pengerusi Siswa4U peringkat pusat kerana talian berada diluar kawasan liputan pada malam tadi yang kemudiannya mendorong wakil media MV menghubungi Zaharin.

*[PINDAAN kepada daripada] [Kesalahan penulisan dan penyampaian maksud] Sementara itu, wakil media Middle Voices cuba untuk menghubungi Saudara Hafiz Ariffin, Pengerusi Siswa4U peringkat pusat namun panggilan tidak berjawab.

Monday, 6 May 2013

Mahasiswa UNISEL Gembira; Bakal Terima Pendidikan Percuma

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Keputusan resmi Pilihan Raya Umum ke 13 di Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada jumlah keseluruhan sebanyak 56 kerusi DUN. 

Pakatan Rakyat diumumkan telah berjaya memenangi 44 kerusi manakala Barisan Nasional hanya berpuas hati dengan kemenangan 12 kerusi DUN di negeri itu. Menurut SPR, PAS dan DAP memegang jumlah kerusi yang sama sebanyak 15 manakala PKR menang sebanyak 14 kerusi DUN sahaja.

Kemenangan Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Selangor dengan majoriti 2/3 kerusi DUN merupakan suatu berita gembira buat seluruh mahasiswa Universiti Selangor kerana bakal dihidangkan dengan yuran percuma, elaun sara hidup serta penghapusan hutang PTPTN.

Wakil media Middle Voices ketika menghubungi salah seorang mahasiswa universiti itu diberitahu;

"Saya gembira dan sangat bersyukur...akhirnya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan 2/3 kerusi DUN, lagi-lagi mereka menjanjikan pendidikan percuma termasuk memberikan elaun sara hidup serta melunaskan hutang PTPTN mahasiswa UNISEL... Insya Allah," 

katanya yang gembira dengan pengumuman keputusan pilihanraya umum bagi DUN negeri Selangor. Mahasiswa tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Azrul turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

"....tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya mempertahankan Selangor sekali lagi," katanya lagi.

Prologue: Middle Voices berharap agar kemenangan 2/3 kerusi DUN Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat digunakan sebaik mungkin dalam mentadbir urus negeri dan mahasiswa di Universiti Selangor.

Janji Pakatan Rakyat bolehlah diaplikasikan atau lebih tepat ditunaikan terlebih dahulu di Universiti Selangor bagi meyakinkan rakyat bahawa manifesto Pakatan Rakyat bukanlah hanya satu janji manis yang ditabur hanya ketika pilihan raya dan menjadi kurap sebaik berjaya menakluki sesebuah kerusi.

Kepada mahasiswa UNISEL, tahniah kerana anda bakal terima pendidikan percuma daripada kerajaan negeri yang sekaligus mencipta dan melakar sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia menerima pendidikan percuma secara total selepas Universiti Teknologi MARA.

#Pendidikan percuma merupakan hak mahasiswa UNISEL, tunaikan janji manismu...

Friday, 26 April 2013

Juru Kamera Middle Voices ditemplak Petugas Kempen Khalid Samad

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

"Tidak terbuka, malah menghambarkan...." itulah kata-kata yang dilontarkan oleh juru kamera Middle Voices sebaik dimaki oleh petugas kempen calon PAS, Khalid Samad hanya kerana mengambil gambar calon ketika turun di Pasar Malam di Padang Jawa, Shah Alam.

"Saya hanya ambil gambar seorang calon wakil rakyat, salah ke?" soal juru kamera MV lagi kerana berang dengan makian yang dihamburkan kepadanya secara ambil mudah dan tidak bertanya dengan baik.

Kejadian itu berlaku pada ketika Khalid Samad dan beberapa orang penyokongnya turun di pasar malam tersebut untuk mempromosikan kempen pilihanraya mereka.

Sebelum itu, Khalid Samad dikatakan naik angin apabila petugasnya gagal menghalang Sukarelawan Siswa4U yang secara mesra mendekatinya lalu menyerahkan flyers "Manifesto Pakatan Bukan Janji" yang membezakan manifesto Barisan Nasional dengan manifesto Pakatan Rakyat.

Gara gara itu, petugas kempen Khalid Samad bertindak melepaskan geram kepada juru kamera Middle Voices dengan memakinya malah cuba merampas kamera tersebut dihadapan peniaga-peniaga pasar malam.

Turut menjadi perhatian, pertembungan calon PAS antara calon Barisan Nasional bagi bahagian Parlimen Shah Alam, DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga yang menampilkan Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Haji Nawawi Md Zin, dan Ustaz Yusof Din.

Thursday, 28 March 2013

DUN Negeri Sembilan Bubar: Catat Sejarah Baru

SEREMBAN, 28 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik Rabu tengah malam berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.

Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya.

Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan pilihan raya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(4) dan satu oleh PAS.

Pada 11 Okt 2009, satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).

Ia menyaksikan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Sumber: klpos.com