Friday 26 April 2013

Juru Kamera Middle Voices ditemplak Petugas Kempen Khalid Samad

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

"Tidak terbuka, malah menghambarkan...." itulah kata-kata yang dilontarkan oleh juru kamera Middle Voices sebaik dimaki oleh petugas kempen calon PAS, Khalid Samad hanya kerana mengambil gambar calon ketika turun di Pasar Malam di Padang Jawa, Shah Alam.

"Saya hanya ambil gambar seorang calon wakil rakyat, salah ke?" soal juru kamera MV lagi kerana berang dengan makian yang dihamburkan kepadanya secara ambil mudah dan tidak bertanya dengan baik.

Kejadian itu berlaku pada ketika Khalid Samad dan beberapa orang penyokongnya turun di pasar malam tersebut untuk mempromosikan kempen pilihanraya mereka.

Sebelum itu, Khalid Samad dikatakan naik angin apabila petugasnya gagal menghalang Sukarelawan Siswa4U yang secara mesra mendekatinya lalu menyerahkan flyers "Manifesto Pakatan Bukan Janji" yang membezakan manifesto Barisan Nasional dengan manifesto Pakatan Rakyat.

Gara gara itu, petugas kempen Khalid Samad bertindak melepaskan geram kepada juru kamera Middle Voices dengan memakinya malah cuba merampas kamera tersebut dihadapan peniaga-peniaga pasar malam.

Turut menjadi perhatian, pertembungan calon PAS antara calon Barisan Nasional bagi bahagian Parlimen Shah Alam, DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga yang menampilkan Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Haji Nawawi Md Zin, dan Ustaz Yusof Din.

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!