Showing posts with label Suara Siswa. Show all posts
Showing posts with label Suara Siswa. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Siswa4U Saran Kerajaan Kukuh Platform Bersuara Mahasiswa

Putrajaya, keberkesanan kaedah atau platform penyampaian suara mahasiswa kepada pucuk pimpinan negara perlu ditambah baik dalam memastikan mahasiswa menerima maklumat dan info yang tepat berkenaan dasar dan usaha murni kerajaan.

Perkara itu disebut oleh Pengerusi Siswa4U Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Saudara Zaharin Haris sebaik selesai menyerahkan memorandum cadangan Penambahbaikan Platform Bersuara Mahasiswa kepada Menteri Pendidikan II, YB Dato' Seri Idris Jusoh dekat bangunan kementerian di sini kelmarin.

"penambahbaikan platform ini perlu diambil bagi memastikan setiap dasar yang diperkenal kerajaan difahami dan tidak disalah anggap oleh mahasiswa," katanya.


Menurut Zaharin, platform bersifat akademik seperti dialog bersama menteri, meja bulat dan soal jawab telah sedia ada dan pernah dijalankan. 

"Walau bagaimanapun, keberkesanan atau jaminan bahawa suara yang dimuktamadkan melalui platform tersebut adalah lebih penting untuk disampaikan kepada pimpinan kerajaan agar diambil kira pandangan mahasiswa sebelum sesuatu dasar diumumkan.

Zaharin ketika menjelaskan kandungan memorandum turut mencadangkan agar kerajaan menambah baik cara penyampaian maklumat kepada rakyat dalam proses menerangkan dasar dengan kedah yang lebih terbuka dan difahami mahasiswa.

"selain itu kerajaan disaran menubuhkan jawatankuasa pengkaji dan memperinci dasar yang akan memberi kesan terus kepada rakyat agar rakyat, utamanya mahasiswa tidak terkejut atau terkesan dengan mendadak akan sebarang perubahan daripada dasar yang diperkenalkan.

Sebelum itu Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Abd. Halim Jusoh sebagai mewakili menteri.

Memorandum tersebut secara ringkasnya mencadangkan tiga (3) elemen utama dalam usaha menambahbaik platform bersuara dan menjamin keberkesanan platform bersuara, perbaiki kaedah penyampaian maklumat berkenaan dasar kerajaan serta penubuhan jawatankuasa perinci dasar yang memberi kesan terus kepada rakyat.

#Mahasiswa punya banyak platform, sudahkan anda gunakan sebaiknya dan kesemuanya hingga perlu ke jalanan?

Sunday, 29 December 2013

"Mahasiswa Tumpu Peperiksaan Akhir" Siswa4U

Kuala Lumpur, Gerakan mahasiswa Siswa4U hari ini menasihatkan agar mahasiswa menumpukan seluruh perhatian kepada pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung.

"Jika benar mahasiswa ingin suarakan pandangan, sampaikan pada saluran yang betul dan bukannya bangkit mengguling kerajaan, ini bukan cara golongan terpelajar.

"Tumpukanlan perhatian pada peperiksaan terlebih dahulu, saya percaya mahasiswa bijak dalam membuat keputusan dan bijak menilai.


Jurucakap Siswa4U Shah Alam bercakap demikian ketika dihubungi wakil media Middle Voices ketika diminta mengulas berkenaan dengan khabar yang menyatakan bahawa mahasiswa akan turun beramai ramai di perhimpunan Guling Kerajaan selasa ini.

Dia ketika ditanya berkenaan dengan keprihatinan mahasiswa kepada masyarakat merosot jika tidak turut serta perhimpunan, tegas beliau menjawab bahawa;

"kita tidak turun bukan kerana tidak prihatin dengan masyarakat, tapi kita peka, peka dengan keadaan semasa serta perlu memberi perhatian yang lebih penting kepada peperiksaan" jelasnya.

Ketika dihubungi, jurucakap Siswa4U sempat menyatakan sokongan beliau terhadap saranan YB Dato' Razali Ibrahim yang menasihati mahasiswa agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Sebelum itu, YB Dato' Razali Ibrahim yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditulis wartawan Bernama sebagai mengingatkan mahasiswa agar tidak terpedaya dengan ajakan untuk turun ke perhimpunan tersebut kerana ia merupakan sebuah helah politik pembangkang.

Dalam tulisan bernama, Razali turut menyatakan bahawa pembangkang cuba mengambil kesempatan pada hari tersebut berikutan kebiasaannya ramai orang akan menyambut kedatangan tahun baharu.

Prologue: Middle Voices juga turut ingin menasihati mahasiswa agar bijak dalam membuat keputusan. Soal kenaikan harga barang yang digembar gemburkan secara jelas sebenarnya tidak
diperhaluskan dengan idea sebenar yang mana kerajaan dalam usaha merasionalisasikan subsidi dalam usaha mentadbirurus ekonomi negara dengan baik.

Cari dan dapatkan maklumat yang jelas, anda mahasiswa terpelajar. Akhir kata, seluruh daripada rakan media Middle Voices mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan, dan semoga berjaya.

#Baca dan nilai maklumat, bukannya baca dan terus percaya...

Wednesday, 27 November 2013

Harmoni dan Lancar, PRK UiTM

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA, proses Pilihan Raya Kampus berjalan lancar untuk 12 fakulti yang bertanding bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013/2014.

"berjalan lancar, harmoni dan hampir 80 peratus mahasiswa turun mengundi pada pemilihan kali ini.

Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato' Dr Abdullah Mohamad Said bercakap demikian sebelum mengumumkan keputusan calon yang menang bertanding bagi pemilihan jawatankuasa itu.

Keputusan pemilihan itu diumumkan selewat jam 9 malam sebaik maklumat dan perkiraan telah diserahkan kepada beliau oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus.

Dalam ucapannya; beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam memastikan proses pemilihan ini berjalan lancar.

Sementara itu, Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM melalui laman sosial twitternya menyatakan bahawa Naib Canselor berjanji bahawa wakil MPP terpilih akan dijadikan sebahagian daripada ahli Senat UiTM agar suara lebih didengari.

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus UiTM Shah Alam

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
1. NOR LIANA BINTI HASHIM 
2. NASIHAH BINTI MD JALAL FAHMEY

Fakulti Sains Komputer dan Matematik 
1. NUR ALIYAH BINTI MISRI 
2. NOR IZWAN SHAH BIN ABDUL RAHIM

Fakulti Sains Kesihatan 
1. MOHD FARIEZZUAN HARUN 
2. AMALINA BT MOHD HALIL

Fakulti Pengurusan Maklumat
1. MUHAMMAD WARIDI BIN LOKMAN TEE 
2. SHARIFUDDIN BIN SULAMAN

Fakulti Sains Gunaan 
1. FATHIN NAJWA BINTI AZMAN 
2. MOHAMAD AMIN BIN AHMAD

Fakulti Hotel 
1. MUHAMMAD HAZIM RIDHWAN BIN ZULHAINAN 
2. NURHAYATI BINTI IBRAHIM

Fakulti Art and Design 
1. MAZRUL AZREEN BIN ALADIN 
2. MUHAMMAD QAWIEM BIN SUHAIMI

Fakulti Undang-Undang 
1. ZETTY SUFINA BINTI MOHD ZANIB 
2. MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN MOHD DAUD

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi 
1. ABDUL GHAFFAR BIN MOHAMAD 
2. FAIZAH HANIM BT ZAINUDDIN

Fakulti Filem, Teater dan Animasi 
1. ABANG MUHAMMAD HAFIZIE BIN ABANG BUNSU 
2. SHAH AMEERUL AIDEEN BIN ZULKIFLI

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
1. MUHAMMAD ALIF BIN ABDUL HAMID
2. AFIQAH BINTI ATEN

Fakulti Kejuruteraan Elektrik
1. MOHAMAD ANUAR BIN SAIDIN
2. NUR FATIN IZZATI BINTI KAMARRONI

Tuesday, 26 November 2013

UiTM Difitnah

Shah Alam, dekat Universiti Teknologi MARA; wujud tanggapan negatif dari provokasi, cacian dan makian dalam laman sosial yang jika tidak dibendung bakal memberi kesan buruk kepada UiTM sebagai sebuah gedung ilmu selain mancacatkan pasaran graduan selepas tamat pengajian.

"hakikatnya situasi ini berlainan dengan suasana sebenar yang mana calon berkempen secara aman dan harmoni tetapi perkara ini tidak berlaku di alam maya yang mana maklumat yang tidak benar berkembang pantas.

Pelajar bernama Zaharin Bin Haris bercakap demikian kepada wakil media Middle Voices ketika ditemui di sini semalam selepas tamat menghadiri kuliah pameran dan pengedaran filem di Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Jelasnya, imej kakitangan pentadbiran turut tercemar selain boleh mengecilkan hati mereka yang selama ini merupakan kumpulan sokongan bagi memastikan pengurusan universiti berjalan lancar.

"seperti sekarang wujud tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab seperti menuduh pengurusan universiti sebagai agen parti politik tertentu, hakikatnya itu tidak benar sedangkan mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi untuk mendidik anak bangsa.

"imej dan maruah staff tercemar malah mereka akan berkecil hati dan kesannya hubungan mahasiswa dengan pentadbiran akan menjadi renggang.

"malah, pelapis mahasiswa akan terdidik dengan kensop percaya dengan persepsi liar, fitnah dan cacian dalam menegur pemimpin ataupun pentadbiran," tambah Zaharin lagi.

Zaharin yang merupakan pelajar tahun akhir ketika ditanya pandangannya berkenaan Pilihan Raya Kampus di UiTM; dia menjawab;

"pada dasarnya saya kira wujudnya pilihan raya kampus untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin..yang mana mendidik mereka asas kepada nilai-nilai kepimpinan dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi.

Menurut Zaharin, terdapat dua pihak yang saling berkait perlu menjalankan peranan yang betul, iaitu peranan sebagai pemilih dan peranan sebagai calon yang dipilih.

"para pengundi bertanggungjawab untuk mengtahui ciri yang betul, dan ia semestinya bukan terletak pada paras rupa calon, atau hanya pandai bercakap.

"perlu seseorang calon itu mempunyai ciri kepimpinan, yang boleh bawa suara mahasiswa, memperjuangkan hak-hak mahasiswa, menjadi check and balance kepada pengurusan.

Zaharin bercakap bahawa mahasiswa perlu bijak membezakan peranan seorang wakil rakyat yang dipilih ketika Pilihan Raya Umum dengan peranan perwakilan pelajar yang dipilih ketika Pilihan Raya Kampus.

"rata-rata pelajar tidak dapat membezakannya, berbeza dengan kita hendak mengundi pemimpin negara dengan pemimpin pelajar.

"...untuk memilih pemimpin negara kita akan lihat dari soal ketelusan, dia ada pendidikan, punyai latar belakang yang baik, sederhana dan mesra rakyat, tapi ini berbeza dengan pilihan raya kampus," katanya.

"...dalam memilih pemimpin pelajar, ciri ciri ini langsung tidak terpakai, kerana pemimpin pelajar tidak mentadbir universiti, dia sendiri belum habis belajar, kita tak melihat latar belakang calon, orang mana dia datang, taraf hidup dia..itu bukan ciri yang dominan"

Jelasnya, mahasiswa perlu melihat pemimpin pelajar dari sudut yang lain seperti kewibawaan wakil pelajar dalam membawa suara mahasiswa sebagai perantara mahasiswa kepada pengurusan mahupun ke peringkat yang lebih tinggi dengan idea yang bernas dan intelektual.

Inilah proses sebenar, dalam usaha melahirkan pemimpin yang berkebolehan dalam setiap sektor sebaik tamat pengajian di universiti.

Jika dilihat kepada persepsi, ramai yang meletakkan penanda aras (KPI) yang bahawa kejayaan universiti melahirkan pemimpin terletak pada jumlah graduannya yang menjadi pemimpin negara yang terkenal.

"itu tak semestinya, kejayaan tidak tertumpu pada bidang politik sahaja, ramai alumni uitm yang berjaya menjadi pemimpin dari sektor teknologi, perbankan tokoh korporat, contoh di sektor perundangan kita ada Yang Arif Richard Malanjum, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah Sarawak, Dato' Seri Mohd Kamil, CEO DRB Hicom, sektor GLC serta Syed Moheeb, CEO Takaful Ikhlas. 

Sementara itu, suasana Pilihan Raya Kampus sepanjang tempoh berkempen dilaporkan aman dan harmoni walaupun wujud usaha segelintir pemimpin politik yang cuba mengapi-apikan semangat mahasiswa dan menggugat hubungan baik mahasiswa dengan pengurusan.

Tuesday, 12 November 2013

MPP Bidas Kritikan Tidak Berasas, PEMBINA

Kuala Lumpur, kritikan JK Kajian dan Informasi PEMBINA disifatkan sebagai kurang baik dan sebahagiannya kurang berasas.

Anis, UPM dan Hidayat, UPNM
"Pada pendapat kami, tidak ada salahnya pendapat yang dinyatakan oleh beliau tetapi kritikan tersebut kurang baik dan ada sesetengahnya kurang berasas.

Perkara itu disebut oleh Bekas Exco MPP UPM, Saudari Anis Binti Mohamed Khalidi bersama Bekas Yang Dipertua MPP UPNM, Saudara Wan Nurhidayat Bin Wan Muhamad dalam suatu tulisan yang dikirimkan kepada wakil media Middle Voices bertarikh 6 November 2013.

Jelasnya, penulisan tersebut merupakan kenyataan balas kepada isu yang mempertikai tugas badan perwakilan pelajar di universiti selain mempersoal kredibiliti badan tersebut secara umum tanpa memikirkan modus operandi yang digunakan MPP untuk mendukung hasrat universiti dan negara.

Tambahnya lagi, peranan MPP adalah memastikan pergerakan mahasiswa berada dalam keadaan terpimpin dengan penubuhan organisasi persatuan, kelab, dan majlis tertinggi kolej residen di kampus.

"MPP akan mengenalpasti fungsi khusus sesuatu persatuan tersebut lantas melakukan delegasi tanggungjawab untuk mereka (mahasiswa) mencaknakan sesuatu isu.

"delegasi tanggungjawab akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin mahasiswa yang komited berbanding pengikut, meningkatkan nilai tambah kepada kepimpinan mereka serta peningkatan kecekapan di dalam menyempurnakan tugasan," tegas Anis dan Hidayat.

Anis dan Hidayat menjelaskan bahawa sebenarnya saranan PEMBINA untuk memperkasakan peranan MPP dalam kalangan mahasiswa di kampus universiti telah lama pun dilaksanakan oleh beberapa persatuan di kampus.

Hasilnya mahasiswa berjaya memainkan peranan tanpa sifat kebergantungan kepada pucuk pimpinan seperti MPP dan ternyata mahasiswa dalam negara tidak jauh ketinggalan mengikut keadaan semasa negara kita sekarang selain bersikap prihatin terhadap isu semasa pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.

"Cukup untuk MPP mengingatkan dan memberi panduan terhadap organisasi yang berkaitan untuk sentiasa komited dan berada di jalan yang tepat.

"Jika MPP menggalas semua peranan ‘seorang diri’ seperti yang diperkatakan itu, kami khuatir situasinya akan jadi seperti kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran," tambah mereka sinis.

Sebelum itu, Media PEMBINA atau yang lebih dikenali sebagai Persatuan Belia Islam Nasional pada 3 November lalu melaporkan bahawa JK Kajian dan Informasi PEMBINA, Saudara Muhd Aiman bin Ahmad Faudzi dalam ulasannya ada menyentuh tentang kredibiliti MPP dalam sesuatu Pilihan Raya Kampus selain mempersoal akan tugas sebenar seorang MPP.

Tulisan penuh: [klik di sini]

Wednesday, 25 September 2013

Deligasi Indonesia Puji Malaysia di Nusantara

Jakarta dekat Universiti Indonesia, deligasi Indonesia memuji pendekatan mahasiswa Malaysia dalam menggunakan perspektif tertentu bagi mengubah tanggapan penuntut universiti itu terhadap hubungan Indonesia - Malaysia.

Perkara itu disebut oleh Saudara Angga Fauzan yang muncul sebagai peserta terbaik mewakili deligasi Indonesia dalam program Indonesia Leadership Camp - Nusantara Leadership Camp 2013 (ILC - NLC 2013) dekat sini pada 8 September lalu.

Jelas Fauzan, keserasian Indonesia - Malaysia dapat dirasai sepanjang perjalanan program dengan pembentangan usaha dan komitmen bersama selain menangkis tanggapan negatif terhadap hubungan Malaysia - Indonesia. 

Tambahnya lagi, dia amat tersentuh sebaik nyanyian lagu Negaraku didendangkan selepas nyanyian lagu kebangsaan negara republik Indonesia.

Menurut sumber, program tersebut berjaya mengumpulkan seramai 100 orang pelajar Indonesia, 20 daripada Malaysia dan 10 daripada Thailand dan Brunei yang ratanya merupakan pemimpin pelajar yang berprestasi dan berkomitmen tinggi.

Sementara itu, deligasi Malaysia yang diwakili oleh sekumpulan mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Awam tidak kurang hebatnya apabila penuntut Universiti Teknologi MARA, Saudara Zaharin Haris muncul sebagai peserta ke-dua terbaik keseluruhan dalam mengimplimentasikan keusahawanan sosial dalam kalangan masyarakat.

Zaharin ketika disoal media Indonesia berkenaan cabaran ketika menghadiri program tersebut, dia hanya berseloroh sambil tersenyum menyatakan kegembiraan kerana diberi peluang berdiskusi bersama deligasi Indonesia selain mencetuskan perkongsian minda secara sihat dan positif.

Tidak berpada dengan itu, deligasi Malaysia sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di bumi Jakarta apabila dua kumpulan mereka muncul tempat ke-dua dan ke-tiga bagi kategori projek keusahawanan dan projek sosial.

Portal My Mahasiswa, dalam satu artikel yang ditulis oleh Saudara Fariz Razali, ada mengungkapkan keberhasilan ILC - NLC 2013 yang berjaya menangkis rasa curiga dalam kalangan deligasi Indonesia - Malaysia sebaik diberi peluang berkongsi pengalaman dan berdiskusi secara ilmiah sejurus mendorong kepada wujudnya tali silaturrahim yang baik antara dua negara.

Turut hadir memberi sokongan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Ezam Nor, serta beberapa orang kenamaan Indonesia dan Malaysia.

Program ILC - NLC 2013 yang berlangsung dari 4 sehingga 8 September itu adalah merupakan hasil kerjasama dari Direktorat Kemahasiswaan Universitas Indonesia, Institute of Leadership Development (ILeaD) dan Seketariat Transformasi Serantau (STS) Malaysia.

Sunday, 1 September 2013

Tanda Putera Harmoni dan Bukan Perkauman; Pandangan Pemimpin Pelajar

Bangi, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Saudara Shahrul Akmal Johari bersetuju bahawa tayangan filem Tanda Putera tidak bersifat perkauman atau negatif selain memaparkan kisah yang harmoni dan bersejarah.

"Tanda Putera tidak negatif atau bersifat perkauman, saya setuju ianya harmoni dengan kisah dua pemimpin negara ketika itu yang mana merupakan suatu sejarah.

Tambahnya lagi, tayangan filem patriotik seperti Tanda Putera perlu ada kesinambungan memandangkan ianya suatu filem bersejarah yang menjadi medium baru bagi mengajak generasi muda mengenali tokoh dan negarawan yang banyak berjasa.

"pandangan saya,  mahasiswa khususnya generasi muda perlu menghayati filem ini sebagai gambaran kepada peristiwa bersejarah serta mengenali tokoh dan negarawan yang banyak berkorban dan berjasa kepada negara.

"...perlu ada kesinambungan, jika dilihat pada penceritaannya tentang dua negarawan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, saya fikir jika selepas ini dibuat kisah tentang negarawan seperti bekas perdana menteri ketiga dan empat sudah cukup untuk bina kefahaman dan kesinambungan sebagai gambaran kepada mahasiswa...," katannya lagi.

Shahrul bercakap demikian kepada wakil media Middle Voices sebaik selepas menyambut kedatangan pengambilan pelajar baru di kampus Bangi, UKM dekat sini pada lewat petang tadi.

Ahli Majlis MPP UKM itu sempat mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia utamanya kepada parajurit tanah air yang banyak berjuang demi keamanan dan kedaulatan negara.

Sementara itu, Exco Penerangan dan Penerbitan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia, Saudari Anis Mohamed Khalidi turut melontarkan pandangan positif berkenaan tayangan filem Tanda Putera yang dilihat kontroversi oleh sesetengah pihak.

Jelas Anis, Tanda Putera sememangnya sarat dengan mesej selain mempertontonkan kisah dua negarawan yang berusaha menstabilkan keseimbangan sosial selepas peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969 selain merasai akan perit getirnya pengorbanan dua sahabat yang menderita dengan penyakit masing masing.

Tambahnya lagi, elemen sentimental berjaya disuntik dengan baik melalui tayangan filem tersebut kerana tidak dapat dinafikan bahawa dia merasakan kehilangan besar terhadap kedua pemimpin negara sebaik mengenali rapat watak yang dimainkan melalui penceritaan filem Tanda Putera.

Menurut Anis, dia berpendapat bahawa Tanda Putera adalah sebuah filem patriotik dan sesuai dijadikan filem pendidikan agar dapat memberi gambaran jelas tentang keadaan sebenar peristiwa berdarah 1969. 

Kebijaksanaan dan ketegasan pemimpin juga boleh dilihat dalam memastikan rusuhan kaum ketika itu tidak berlarutan selain dapat dijadikan contoh pada kepimpinan hari ini.

Anis ketika ditanya wakil media Middle Voices berkenaan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan filem Tanda Putera bersifat negatif dan perkauman selain memihak kepada parti Barisan Nasional, dia dengan tegas menjawab;

"Jujurnya, tidak ada satu perasaan negatif yang timbul setelah melihat adegan rusuhan kaum di dalam filem itu kerana ia turut memaparkan sudut pemahaman daripada kedua-dua pihak.

"saya yakin bahawa Tanda Putera tidak menyebelahi mana-mana pihak mahu pun parti politik seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya turut menyukai jalan ceritanya yang tidak terlalu klise untuk sebuah filem tempatan," Tambah Anis dalam sebuah kenyataan yang dihantarkan kepada wakil media Middle Voices kelmarin selepas dihubungi untuk tujuan itu.

Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa filem Tanda Putera semakin mendapat sambutan selain laris di Pulau Pinang sebaik mula ditayangkan lewat dua hari daripada tarikh tayangan sebenar.

Selain itu, tinjauan wakil media Middle Voices mendapati banyak ulasan positif di laman sosial utamanya twitter berkenaan filem Tanda Putera dilontarkan oleh anak muda sebaik selesai menonton filem yang menjadi sebuah ketakutan oleh sesetengah pihak yang memanipulasikan tayangan filem tersebut.

Rata-taranya menjelaskan bahawa Tanda Putera langsung tidak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia selain sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara umumnya.

Friday, 23 August 2013

Siswa4U; Mahasiswa Sokong Peguam Kalimah Allah

Cyberjaya, Pengerusi Siswa4U, Saudara Hafiz Ariffin melafazkan rasa syukur disamping menarik nafas lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan berhubung isu kalimah Allah.

"...Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan lega dengan keputusan mahkamah rayuan yang merupakan satu kemenangan untuk ummat islam di Malaysia hari ini.

"saya juga berharap agar isu kalimah Allah ini dapat selesai dengan harmoni dan kita sebagai ummat Islam sama-sama berdoa, supaya perkara ini tidak menjadi semakin keruh dan berterusan," katanya lagi.

Hafiz bercakap demikian kepada wakil media ketika dihubungi semalam. Jelasnya, dia berharap agar isu kalimah Allah dapat diselesaikan secara baik selain meminta agar ummat Islam berdoa bagi memastikan perkara tersebut kembali jernih.

Ulasnya lagi yang menghargai tindakan peguam, dia mengajak rakyat Malaysia utamanya mahasiswa agar berterima kasih disamping memberi sokongan kepada barisan peguam yang mempertahankan kalimah Allah.

"tahniah, terima kasih kepada peguam yang pertahankan kalimah Allah, semoga usaha mereka diberkati dan dirahmati ke hadrat ilahi.

"..semua rakyat Malaysia utamanya mahasiswa harus berterima kasih dan sentiasa beri sokongan pada barisan peguam untuk mengharapkan yang terbaik dalam mempertahankan kalimah Allah.

Sementara itu Saudara Zaharin Haris, Pengerusi Siswa4U Shah Alam turut memberikan sokongan kepada barisan peguam selain bertegas agar umat Islam tidak terlalu gembira dengan keputusan tersebut berikutan rayuan yang bakal didengar 10 September depan.

"...peguam kerajaan dan majlis agama telah buat yang terbaik, namun masih belum boleh terlalu gembira kerana kemenangan sebenar akan diketahui pada 10 september kelak.

Zaharin berkata sedemikian ketika ditemui wakil media pada sesi temuduga bagi program Nusantara Leadership Camp di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya dekat sini semalam.

Semalam Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel 3 hakim mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah', didengar pada 10 September ini.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Tuesday, 13 August 2013

Demonstran Khalid Ismath, Dipelawa Belajar Di USM

Pulau Pinang, dekat Universiti Sains Malaysia hari ini mengesahkan tawaran Pengajian Jarak Jauh, PJJ kepada Khalid Mohd Ismath yang merupakan bekas penuntut di Universiti Teknologi MARA.

Perkara itu disahkan oleh pegawai bertanggungjawab pada Seksyen Pengambilan Pelajar, SPP USM ketika dihubungi wakil media Middle Voices tengahari tadi.

Menurut beliau, Khalid ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian bagi tempoh pengajian selama 4 tahun dan diminta untuk melaporkan diri pada hari ini.

Walaubagaimanapun, menurutnya sehingga jam 2.30 petang tadi Khalid masih belum mendaftarkan diri di universiti APEX itu berdasarkan daftar kemasukan pelajar baru.

Menurut pegawai daripada pejabat penasihat undang undang USM, pelajar yang digantung oleh mana mana IPTA boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA lain dan perkara itu diakui undang undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, mengikut seksyen 15 D subseksyen 5.

Pegawai tersebut yang ditanya akan persoalan oleh sesetengah pihak bahawa pengambilan ini sebagai menutup peluang pelajar yang 'first timer', dia hanya menjawab ringkas;

"...permohonan kepada tawaran ini adalah bagi program pengajian jarak jauh, PJJ, bukan sepenuh masa dan tidak pun menutup peluang orang lain," katanya ketika dihubungi.

Khalid yang sebelum ini menuntut di UiTM telah dikenakan tindakan tatatertib yang membawa hukuman gantung 3 semester sebaik diputuskan oleh panel tatatertib sebagai bersalah kerana mencemarkan nama universiti dengan perbuatannya.


Selain itu, Khalid yang juga timbalan presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang bangkit bersuara bersama kumpulan pro mahasiswa yang giat menentang kerajaan dan pernah mengkalungkan gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dengan bunga kematian seperti upacara pengkebumian sebagai bentuk menghina.

Menurut sumber, Khalid Ismath juga merupakan penyokong tegar bagi setiap demonstrasi jalanan anjuran parti politik pembangkang selain menyokong penuh perhimpunan BERSIH yang memudaratkan keamanan Malaysia.

Sementara itu, UiTM ketika dihubungi enggan memberikan ulasan berkenaan sama ada Khalid dibuang atau berhenti daripada pengajian selain menjelaskan statusnya sebagai pelajar adalah tidak aktif.

Tuesday, 6 August 2013

MPP UiTM Tampil Perjelas Isu Halau dan Syukur

Kuala Lumpur - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA percaya bahawa wujudnya salah faham dalam konteks pemahaman terhadap pengertian 'syukur' yang cuba disampaikan.

MPP UiTM, Amirfiqri
Perkara itu disebut oleh Penolong Naib Yang Dipertua MPP UiTM, Saudara Muhamad Amirfiqri Bin Samsudin melalui sebuah kenyataan rasmi yang dikirimkan kepada wakil media Middle Voices dekat sini semalam.

Amirfiqri menjelaskan, bahawa pengertian syukur yang dimaksudkan oleh organisasi itu sebenarnya bersifat menghargai sesuatu yang diusahakan disamping melaksanakan penambahbaikan.

"'Bersyukur', yang cuba disampaikan adalah menghargai dengan apa yang telah diusahakan disamping cuba untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap usaha-usaha tersebut.

Tambahnya, isu syukur yang menjadi bualan mahasiswa kampus sejak pertengahan Julai lalu bukanlah bermaksud tidak berusaha untuk memperbaiki apa yang ada atau menafikan keperluan yang perlu diperjuangkan.

Dalam kenyataan yang sama bagi menjawab persoalan yang kononnya badan perwakilan pelajar itu enggan dan tidak boleh dikritik, Amirfiqri menerangkan bahawa kepimpinan organisasi itu sentiasa terbuka dan menggalakkan mahasiswa menyalurkan maklumat berkenaan isu kampus dan mahasiswa.

Tambahnya lagi, cadangan dan idea penambahbaikan juga wajar disalurkan bersama aduan atau kritikan agar konsep kebersamaan wujud dalam membawa suara mahasiswa.

"Barisan kepimpinan MPP tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk membuat aduan berkenaan isu kampus mahupun isu mahasiswa.

"Malah, kami menggalakkan agar aduan tersebut disalurkan bersama cadangan mahupun idea penambahbaikan agar konsep kebersamaan dapat kita adaptasi dalam membawa suara mahasiswa," katanya.

Sebelum itu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM dilaporkan Middle Voices sebagai menerima gesaan daripada sekumpulan mahasiswa agar memohon maaf di atas kenyataan Exco Kerjaya dan Hubungan Majikan yang bertindak menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur untuk keluar dari UiTM.

"Jika anda tidak bersyukur menjadi pelajar UiTM, silalah keluar, ramai lagi yang mahukan tempat anda," kenyataan exco tersebut yang disampaikan melalui laman sosial twitter peribadi.

Walaubagaimanapun, kenyataan Maryam Jamadi yang disifatkan sebagai menghalau ternyata meleset daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh ahli perwakilan tersebut.

Amirfiqri dalam kirimannya turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf bagi pihak kepimpinan badan eksekutif pelajar itu yang menyebabkan perkara tersebut disalah tafsir selain berterima kasih kepada mereka yang memberi perhatian kepada isu tersebut.

"....sempena bulan Ramadhan yang bakal pergi, serta kehadiran Syawal yang dinanti, pihak MPP memohon seribu kemaafan kepada mana-mana pihak kerana menyebabkan isu ini disalah tafsir. 

"...terima kasih kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada isu ini, memberi komen yang membina serta sedikit sebanyak memberi sokongan padu kepada barisan kepimpinan MPP untuk terus menerajui suara mahasiswa pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, dia berharap agar perjuangan bersama mahasiswa UiTM mendapat rahmat dan diberkati Allah S.W.T sambil sempat memuatkan salam aidilfitri dalam kenyataannya.

“Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Prologue: Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM yang tampil mengemukakan penjelasan bagi menjernihkan isu syukur yang disalah tafsir rakan media.

Sewajarnya, sikap bertanggungjawab dan berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan harus dijadikan contoh kepada semua badan perwakilan pelajar di setiap Institut Pengajian Tinggi, IPT memandangkan mereka merupakan kumpulan yang sentiasa mendapat perhatian media.

Rakan Siswa Zon Tengah mencadangkan agar mana-mana badan perwakilan pelajar melantik seorang daripada dalam kalangan mereka sebagai juru cakap kepada setiap perkara yang menjadi sebutan media bagi mengelakkan kenyataan peribadi sesetengah ahli perwakilan menjadi kenyataan organisasi.

Hal ini berikutan, kenyataan peribadi sesetengah ahli perwakilan daripada mana-mana universiti sering bercanggah dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan organisasi tersebut.

Sebagai menghormati kenyataan balas yang dikirimkan kepada wakil media Middle Voices, rakan penulis Siswa Zon Tengah memohon maaf kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, berikutan laporan yang berkemungkinan menggugat kepercayaan mahasiswa kepada organisasi perwakilan itu.

#Tahniah MPP UiTM, rakan media kami gembira dengan perkongsian oleh Saudari MPP, Nor Adibah Rozain ketika sesi diskusi selama 30 minit hasil pelawaannya...

Sunday, 4 August 2013

Halau Pelajar Keluar UiTM; MPP Enggan Mohon Maaf

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA, Exco Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Nazurah Badrul Zaman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa organisasi itu tidak akan meminta maaf kepada pelajar UiTM berikutan isu MPP menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur.

Kenyataan berkenaan dibuat melalui laman sosial Twitter-nya sebaik isu menghalau pelajar tidak bersyukur menjadi perbualan hangat dalam kalangan mahasiswa kampus melayu itu.


Nazurah menulis "I will not apologize for something that is true," sebagai respon kepada isu yang melibatkan rakan exconya, Maryam Jamadi yang mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Kenyataan yang dimaksudkan sebagai bersetuju dengan tindakan menghalau pelajar tidak bersyukur selain menegaskan bahawa dia (MPP) tidak akan meminta maaf kerana bersangkaan bahawa kenyataan Maryam disifatkan sebagai benar.

Sementara itu, beberapa kumpulan mahasiswa yang menyedari akan tindakan Nazurah hari ini mempersoal akan kredibiliti perwakilan itu selain bercadang akan memboikot Pilihan Raya Kampus akan datang kerana kesal memiliki perwakilan Aspirasi yang tidak menghormati pandangan mahasiswa.

Maryam, dua minggu yang lalu dilaporkan telah menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur sebaik mendengar permintaan pemimpin pelajar untuk menuntut kerusi umum pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan datang.

Sebelum itu, rakan media Siswa Zon Tengah telah beberapa kali menghubungi mereka untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Yang Di Pertua MPP UiTM berkenaan isu menghalau pelajar, namun sehingga sekarang kenyataan itu ternyata meleset dan tidak dibalas.

Kronologi:

1. Pemimpin Pelajar UiTM sebulat suara mengusulkan Kerusi Umum dipertandingkan pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, JPP pada Pilihan Raya Kampus akan datang. [Info]

2. Exco Kerjaya dan Hubungan Majikan yang tidak berpuas hati dengan permintaan yang disifatkan tidak bersyukur telah mengeluarkan kenyataan menghalau mahasiswa UiTM. [Info]

3. Kenyataan 'HALAU' menjadi isu dan bualan mahasiswa kampus yang kemudian menuntut permohonan maaf daripada organisasi perwakilan pelajar tersebut.

4. Respon daripada Exco Komunikasi Korporat MPP UiTM, bahawa organisasi perwakilan pelajar itu tidak akan meminta maaf kerana kenyataan Maryam disifatkan sebagai benar.

5. Siswa Zon Tengah menghubungi MPP untuk mendapatkan kenyataan rasmi, dan dijanjikan seberapa segera, namun kenyataan tersebut ternyata meleset kerana tiada jawapan balas berhubung isu menghalau pelajar UiTM.

Prologue: Siswa Zon Tengah berpandangan, bahawa jika sikap MPP yang Precious dan tidak boleh dikritik ini diteruskan, mungkin boleh menjejaskan kepercayaan mahasiswa dalam kampus terhadap organisasi perwakilan itu.

Tambahan lagi, setiap exco mereka begitu ghairah mengeluarkan pandangan daripada kritikan pelajar seolah mereka telah lakukan yang terbaik dalam mewakili suara mahasiswa UiTM, walaupun ia sebenarnya baru bermula.

Persoalannya, jika MPP telah mewakili suara pelajar UiTM dengan baik, mengapa wujudnya gerakan seperti GAMUS, MMP dan yang terkini UiTM Insider?

Mahasiswa Melayu Progressif dalam satu kenyataan pernah bertanya? adakah MPP ini bermaksud Majlis Perwakilan Pentadbiran?

#Tahniah mahasiswa UiTM kerana memiliki MPP yang mewakili suara anda tanpa boleh ditegur dan dikritik...

Sunday, 21 July 2013

Masyarakat Kuala Besut, Terima Baik Mahasiswa Siswa4U

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem,

Besut - Terima kasih Datuk Razali Ibrahim, selain kata dan madah yang tidak dapat menggambarkan rasa terhutang budinya sekumpulan mahasiswa yang dipanggil Siswa4U kerana diberi peluang untuk menimba pengalaman berkempen di bulan ramadhan.

"Kami rasa teruja...terima kasih banyak kepada Datuk Razali, Pengerusi Biro IPT UMNO kerana memanggil kami untuk menzahirkan sokongan kami kepada calon Barisan Nasional dekat sini...jika tidak, kami tak berpeluang,"

Menurut salah seorang daripada mereka, kehadiran mereka di Kuala Besut merupakan satu pengalaman dan peluang yang berharga dalam menerajui landskap politik matang di Malaysia, lebihan lagi pertama kali berkempen pada bulan Ramadhan.

"....kali pertama, ini pengalaman pertama buat kami semua berkempen di bulan ramadhan, dan ini merupakan satu peluang dan kesempatan yang sangat berharga buat kami sebagai mahasiswa dalam menerajui landskap politik matang di Malaysia,"

Wakil gerakan itu memberitahu media ketika bersama kira kira 3000 nelayan dan peladang Kuala Besut yang menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dekat Dataran Kuala Besut semalam.

Sementara itu, Pengerusi Siswa4U Shah Alam, ketika ditemui dekat sini memberitahu media, kehadiran kumpulan itu sebagai bukti bahawa Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan gerakan itu selain telah membuat pengaturan yang baik, agar Siswa4U berpeluang bersama memeriahkan kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

Tambahnya lagi, mereka akan bersama-sama jentera Barisan Nasional untuk turun berjumpa masyarakat sehingga tamat tempoh berkempen pada sehari sebelum tarikh mengundi.


Sebelum itu, gerakan mahasiswa Siswa4U yang tiba di Kuala Besut kelmarin dilaporkan diterima baik masyarakat kampung sebaik mereka memulakan tugas menziarahi rumah ke rumah di sekitar pusat daerah mengundi Bukit Puteri.

Menariknya, Siswa4U sempat menerima amanat daripada Datuk Razali Ibrahim sebelum memulakan tugas ketika menghadiri jamuan berbuka puasa di Rumah Johor dekat sini kelmarin.

#Tahniah Siswa4U Shah Alam...

Wednesday, 17 July 2013

Keluar UiTM Jika Tak Bersyukur

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem,

Shah Alam, dekat Universiti Teknologi MARA mendendangkan kenyataan balas daripada Exco Kerjaya dan Hubungan Majikan, Majlis Perwakilan Pelajar terhadap laporan Middle Voices yang bertajuk UiTM; Pemimpin Pelajar Sepakat Cadang Kerusi UMUM menjadi perhatian warga kampus.

"Jika anda tidak bersyukur menjadi pelajar UiTM, silalah keluar, ramai lagi yang mahukan tempat anda."

Maryam Jamadi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan balas tersebut pada laman sosial twitternya secara tegas berkata demikian sebaik kecewa dengan pernyataan yang bahawanya, konsep syukur yang diperkatakan oleh badan eksekutif pelajar itu dipertikaikan mahasiswa.

Sebelum ini, Middle Voices melaporkan hasil temuduga bersama mahasiswa UiTM semasa program Voice Of Student Leader yang dianjurkan seawal April 2013, menyaksikan kumpulan pemimpin pelajar mencadangkan kerusi umum dipertandingkan pada pemilihan JPP yang akan datang.

Faiz, pemimpin pelajar di UiTM memberitahu wakil media bahawa cadangan tersebut adalah kerana organisasi perwakilan itu yang sangat selesa dengan kedudukan mereka sehingga tidak boleh dikritik dan seandainya berlaku sedemikian, mahasiswa si pemberi cadangan akan dilabel tidak bersyukur.

"MPP sekarang ni dah sangat selesa dengan kedudukan mereka, tiada siapa yang berani tegur sehinggakan kalau kita, mahasiswa beri cadangan di katakan sebagai tidak bersyukur dengan apa yang ada...." kata Faiz.

Ekoran daripada kenyataan Maryam yang dikira tidak bertanggungjawab sebaik dipilih sebagai perwakilan mahasiswa melalui undian ketika Pilihan Raya Kampus, Gabungan Mahasiswa UiTM Se-Malaysia, GAMUS ada pandangan mereka sendiri.

"Tak tahu pula institusi pendidikan tinggi malaysia ambil student berdasarkan treshold kebersyukuran bukan kepandaian seseorang pelajar,"

"Complain and critics tak sepatutnya dianggap sebagai tak bersyukur tapi kerana sayang. Sayang pada Alma Mater kita. Semua sayang uitm.....,"

Katanya lagi, mereka yang masuk UiTM secara menggunakan 'kabel' orang dalam adalah mereka yang sebenarnya mencuri tempat pelajar yang layak menyambung pengajian di UiTM dan bukannya mereka, mahasiswa yang tidak bersyukur.

GAMUS membuat kenyataan itu bagi menafikan tuduhan Maryam yang kononnya, pelajar tidak bersyukur telah merampas hak pelajar lain yang layak menyambung pengajian di universiti melayu itu, dan sebagai balasan sila keluar daripada UiTM.

MPP, Saudara Amir Fiqri
Turut menjadi perhatian, komen sinis daripada rakan laman sosial twitter kepada GAMUS, Bazli Najmeddine yang secara bersahaja berkata; "kalau tak bersyukur menjadi penduduk bumi, silalah keluar ke marikh" sebagai tanda menyanggah kenyataan Maryam.

Sementara itu, badan perwakilan itu ketika ditanya oleh rakan @SiswaZonTengah akan berkenaan cadangan kerusi umum, Penolong Naib Yang Dipertua Skolastik dan Jaringan Industri, hanya menjawab;

"UiTM terlalu besar untuk adakan kerusi UMUM. Apa yang ada pun dah memadai dan kekal releven, Tiada masalah pun dengan cara sekarang,"

"MPP percaya, mahasiswa yang mengundi pada PRK lepas percaya pada kemampuan MPP fakulti masing-masing untuk membawa suara mereka lebih kehadapan,"

Amir Fiqri berkata demikian melalui laman sosial twitternya.

Sehingga kini, Middle Voices dilaporkan tidak mendapat sebarang kenyataan balas mahupun pandangan daripada Yang Dipertua, badan perwakilan pelajar universiti melayu itu.

Selain itu, sebahagian daripada mereka, mahasiswa UiTM yang tidak bersetuju dengan kenyataan Maryam menuntut permohonan maaf daripada organisasi perwakilan pelajar itu atau sebaliknya bersetuju untuk memboikot Pilihan Raya Kampus yang akan datang.

Saturday, 13 July 2013

Siswa4U Beri Sokongan Padu Calon Kuala Besut

Kuala Lumpur, gerakan mahasiswa Pro Barisan Nasional yang ditubuhkan pada sebelum PRU 13 yang lalu di bawah seliaan Biro IPT UMNO, Siswa4U memberi sokongan penuh terhadap calon Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Terengganu.

Bercakap kepada wakil media Middle Voices, Zaharin Haris yang merupakan Pengerusi Siswa4U Shah Alam menjelaskan bahawa seluruh organisasi mahasiswa itu sentiasa memberi sokongan padu terhadap calon pilihan pucuk pimpinan UMNO.

"Kita sentiasa beri sokongan, semua mahasiswa S4U sentiasa beri sokongan padu terhadap siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN bagi DUN Kuala Besut untuk PRK disana...," jelas Zaharin.

Zaharin Haris (kanan)
tambahnya lagi, "lebih-lebih lagi calon (Tengku Zaihan Che Ku Rahman) ni memang calon yang tepat untuk orang Kuala Besut...berkebolehan dan orang muda...,".

Zaharin yang ketika dihubungi, turut menyampaikan rasa yakinnya terhadap Tengku Zaihan sebagai calon DUN Kuala Besut dan percaya bahawa Barisan Nasional akan beroleh kemenangan seperti PRU13 lepas.

"Saya amat yakin dengan Tengku Zaihan, malah kami semua disini yakin dan percaya bahawa Barisan Nasional akan menang di Kuala Besut dengan jumlah majoriti yang lebih banyak dari sebelum ni...,"

Zaharin yang kemudiannya ditanya akan khabar yang menyatakan bahawa S4U tidak berminat untuk membantu Barisan Nasional di Kuala Besut hanya sinis menjawab;

"itu hanya gurauan manja, tiada istilah tidak berminat atau tidak dipanggil, cumanya kami yang memberi ruang kepada jentera mahasiswa disana untuk berkempen, memandangkan besut bukanlah suatu wilayah yang besar sehingga memerlukan seangkatan kapal untuk bertandang..."

Lagi katanya, "ada, ada mahasiswa di sana, jadi jika dan hanya jika berkeperluan dan dipanggil, kita akan turun di Kuala Besut, tambah lagi bulan puasa.......juga merupakan faktor yang perlu diambil kira."

Sebelum itu, Siswa4U pada PRU 13 mempamerkan prestasi yang baik dalam sejarah PRU di Malaysia apabila mereka bangkit memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional yang seterusnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selain simple majoriti di peringkat Negeri Terengganu.

*Sementara itu, wakil media Middle Voices gagal menghubungi Saudara Hafiz Ariffin, Pengerusi Siswa4U peringkat pusat kerana talian berada diluar kawasan liputan pada malam tadi yang kemudiannya mendorong wakil media MV menghubungi Zaharin.

*[PINDAAN kepada daripada] [Kesalahan penulisan dan penyampaian maksud] Sementara itu, wakil media Middle Voices cuba untuk menghubungi Saudara Hafiz Ariffin, Pengerusi Siswa4U peringkat pusat namun panggilan tidak berjawab.

Saturday, 4 May 2013

Ayuh Mahasiswa, Kita Turun Mengundi

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Middle Voices ingin kongsikan bersama semua rakan siswa zon tengah sebuah video galakan turun mengundi. Jom turun mengundi...


#Ayuh mahasiswa, buatlah pilihan yang bijak, jom kita mengundi...

Sunday, 28 April 2013

[Edisi Wajib Baca] Safwan Anang Tipu Mahasiswa UiTM

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

"Saya tidak pernah menyatakan, pihak kami menyokong mana-mana parti politik, Tidak! sama sekali," tegas aktivis jalanan, Safwan Anang, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM merangkap mastermind kepada Gerakan Mahasiswa PRU 13.

Ungkapan manis penuh bermakna itu telah dilaungkan di hadapan mahasiswa UiTM Puncak Perdana pada 25 Mac 2013 dengan harapan mahasiswa UiTM bangkit menyertai gerakan mereka bagi menentang kerajaan sekarang pada PRU 13 ini.

Namun, video ini pasti akan mengecewakan sebahagian daripada rakan Middle Voices yang percaya dengan kenyataan Safwan Anang. Sayangnya, mahasiswa UiTM yang percaya akan kenyataan itu sebenarnya telah ditipu oleh mahasiswa jalanan seperti GM13.


"Saya melihat anda bersama-sama Anwar Ibrahim, bersama-sama pihak pembangkang dan PAS......itu yang anda katakan anda tidak terlibat dengan mana-mana parti pembangkang?" bidas Zaharin Haris, Pengerusi Sukarelawan Siswa4U UiTM.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh ketua persatuan pelajar UiTM (Zaharin) ini suatu pembohongan?? gambar di bawah buktinya;

Safwan Anang bersama Husam Musa di ceramah PAS

Adam Adli, bersama Anwar Ibrahim begitu mesra!

Khalid Ismath, bergambar dengan penyokong tegar PKR dan DAP

GM13 tarik diri, sokong Pakatan Rakyat?

Prologue: Bukankah Safwan Anang dan rakan seperjuangan GM13 secara terang terangan menyokong parti pembangkang dan masih menafikannya? 

Apakah mahasiswa UiTM begitu 'kurang cerdik' untuk menilai perjuangan GM13 sehingga ada yang terpedaya dengan manifesto bukan janji yang diwar-warkan oleh mereka?

Safira Safri sedia maklum, penulisan ini kemudiannya seakan boleh dijangka menjadi suatu gelak ketawa yang kononnya berniat jahat untuk memfitnah GM13.

Namun sejauh mana fitnah itu diukur dengan pembaris, maka mahasiswa juga perlu mengukur kebenaran yang ditonjolkan juga dengan pembaris. Pakukan dalam minda agar faham situasi sebenar mahasiswa yang sedang ditipu aktivis jalanan yang kononnya non-partisan dan berjuang demi mahasiswa.

Harakah Daily pada 18 April sehari sebelum GM13 menyerang UiTM melaporkan bahawa GM13 menarik diri daripada meletakkan calon di Pekan kerana ingin memberikan sokongan kepada calon Pakatan Haram yang menentang Dato' Sri Najib Razak.

Esoknya, GM13 menyerang UiTM Shah Alam kononnya di universiti itu demokrasinya telah di batu dua kan. Malangnya, GM13 sayu kesedihan apabila gerombolan mahasiswa UiTM menerjah melemparkan seribu senyuman berbunyi "Anjing Pakatan".

Seminggu berikutnya, aktivis jalanan ini sekali lagi datang ke UiTM untuk menipu mahasiswa UiTM yang kononnya mereka tidak menyokong mana-mana parti politik.

Mengikut kronologi penipuan GM13 terhadap mahasiswa UiTM, jelas bahawa pelajar UiTM bukan sahaja ditipu, namun telah diperbodohkan oleh Khalid Ismath, yang juga merupakan pelajar buangan universiti melayu itu.

Menurut sumber, GM13 sebenarnya merupakan gerakan yang dirancang Anwar Ibrahim bagi menarik perhatian mahasiswa agar memilih Pakatan Rakyat dan menolak Barisan Nasional. Modus operandinya adalah bergerak sebagai kumpulan neutral atau juga digelar non-partisan.

Soalnya, mengapakah UiTM menjadi pilihan untuk dijadikan kontroversi? jawapannya adalah kerana mahasiswa UiTM merupakan fokus utama Pakatan Rakyat kerana bakal menjana hampir 50 ribu pengundi muda.

Namun, nasib GM13 sedikit bercahaya sebaik kedatangan mereka disambut meriah dengan puisi madah berhelah mahasiswa UiTM; "Bila mana orang tak suka dengan kita, bila mana orang tak selesa dengan kita, terimalah seadanya..." #Ehh... 

Kesannya, sebaik GM13 menemui jalan buntu, muncul pula satu kumpulan baru yang mempromosikan diri mereka sebagai non-partisan seakan mengiakan laporan Middle Voices berkenaan dengan MPP UiTM Pro Mahasiswa yang bertanding atas tiket Aspirasi.

MUSMA, Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia yang merupakan gerakan terbaru mahasiswa UiTM dikepalai secara belakang tabir oleh bekas MPP UiTM sebelum YDP Sekarang. Siapa MUSMA?

Middle Voices melalui Safira Safri pernah ditanya akan mengapa tidak mengketengahkan suara mahasiswa jalanan seperti Khalid Ismath, Safwan Anang, Adam Adli dan beberapa ikon muslimah bertudung labuh yang turun ke jalanan untuk medapatkan perhatian dan publisiti murahan?

Safira Safri hanya menjawab sinis, "Siapa mereka untuk diketengahkan, sedang mereka hanyalah sekadar dijalanan...hebat dibibir berbicara, di sebalik tabir, cumalah seekor kuda tunggangan,"

#Shht...MUSMA akan menarik mahasiswa UiTM untuk menipu mereka kononnya mereka bergerak atas tiket neutral dan non partisan...mahasiswa UiTM bijak menilai! 

Saturday, 27 April 2013

Khalid Samad Enggan Salam Zul Nordin; Calon Parlimen Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Khalid Samad (PAS), enggan salam dengan Zul Nordin (BN)
Shah Alam, dekat sini semalam secara kebetulannya berlaku pertembungan antara dua calon parti Barisan Nasional, Datuk Zulkifli Nordin dengan calon Parti Islam Se-Malaysia, PAS Haji Khalid Samad yang turun bagi mempromosikan kempen pilihanraya masing-masing.

Calon Barisan Nasional, Zul Nordin yang begitu mesra menghampiri rakyat kemudiannya sedar akan kehadiran calon pas, Khalid Samad dan terus mendekatinya untuk bersalaman sebagai contoh mengamalkan politik secara sihat dan professional.

Lainnya, sebagai orang islam yang mementingkan hubungan persaudaraan antara muslim, Zul Nordin mendekati Khalid Samad untuk bersalaman dengannya, namun Khalid Samad bertindak menyembunyikan tangannya kerana enggan bersalam dengan calon Barisan Nasional itu.

"Ce tengok, dia tak nak salam, ce tengok...." kata Zul Nordin yang tersenyum sinis ketika Khalid Samad menarik tangannya daripada menyambut salam dan mengalihkannya ke belakang.


Kejadian ini disaksikan sendiri oleh peniaga-peniaga dan pengunjung pasar malam padang jawa sebaik pertembungan kedua calon Parlimen Shah Alam ini menarik perhatian orang ramai.

Sementara itu, seramai hampir 50 orang mahasiswa Sukarelawan Siswa4U turut serta bertemu masyarakat di situ bersama calon Barisan Nasional bagi membuktikan sokongan padu mahasiswa terhadap calon Barisan Nasional.

Monday, 22 April 2013

Mahasiswa UNISEL; "Harga Yuran Naik, Kerajaan Negeri Tidak Tunai Janji"

Mohd Faris, duduk daripada kiri.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Shah Alam, semalam Sukarelawan Siswa4U Universiti Selangor memberitahu pemberita akan kekecewaan mahasiswa kampus itu kerana kegagalan mengurus tadbir ke atas UNISEL oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kami telah dijanjikan oleh Kerajaan Selangor pendidikan percuma, namun apa yang kami lalui adalah kenaikan bayaran yuran akibat daripada kerugian yang ditanggung oleh pengurusan UNISEL" - Mohd Faris, Mahasiswa UNISEL.

Mohd Faris yang turut serta di dalam sidang media anjuran Sukarelawan Siswa4U Universiti Teknologi MARA bercakap demikian kerana tidak berpuas hati dengan janji kosong Kerajaan Selangor untuk memberikan pendidikan percuma sedangkan yuran di UNISEL semakin meningkat.

Menurut Faris, Kerajaan Selangor telah mencampuri urusan pentadbiran UNISEL hingga melibatkan kerugian berjumlah RM 38.76 Juta. Malah, Infrastruktur UNISEL seperti dewan dan bilik kuliah berada dalam keadaan daif dan tidak dibaik pulih.

"Mahasiswa turut dipaksa untuk belajar di dalam kondisi yang tidak selesa disebabkan pihak unviersiti tidak menyelenggara penghawa dingin yang tidak berfungsi akibat daripada kekurangan peruntukan daripada Kerajaan Negeri,"

"....mengecewakan lagi, mahasiswa terpaksa menyewa di luar universiti akibat daripada pelan untuk menambah bilangan kolej kediaman terpaksa dihentikan, juga akibat daripada Kerajaan Negeri yang tidak memberikan peruntukan,"

Tambah Faris lagi, kenaikan yuran pendaftaran dan pengguguran kursus yang tidak masuk akal menjelaskan bahawa Tan Sri Khalid  mengamalkan sikap lepas tangan dalam mentadbir urus UNISEL.

Jelasnya lagi, "Sekiranya urus tadbir sebuah Universiti ini pun sudah gagal, apatah lagi apabila diberikan peluang untuk mengurus tadbir kesemua universiti di Malaysia,".

Faris bersama beberapa mahasiswa UNISEL kemudiannya memberitahu pemberita akan sokongan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional dan berharap agar Barisan Nasional kembali mengambil alih negeri Selangor agar kebajikan mahasiswa UNISEL dapat dijaga dengan lebih baik.

Tegas Faris, mahasiswa UNISEL tidak lagi percaya dengan segala penipuan dan janji manis Tan Sri Khalid berkenaan dengan pemberian pendidikan percuma yang dicanangkan Kerajaan Selangor selama ini.

Sebelum itu, sidang media bersama Sukarelawan Siswa4U UiTM ini berjaya menghimpunkan lebih 50 orang mahasiswa di Intekma Resort termasuk mahasiswa daripada, Management and Science Universiti, MSU dan Universiti Tenaga Nasional, UniTeN.

Selanjutnya berkenaan sidang media Sukarelawan Siswa4U UiTM, Utusan Malaysia ada laporannya.

Thursday, 21 March 2013

GAMUS, Khalid Ismath malu di Gelar 'Anjing Pakatan' oleh Siswa UiTM


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

KECEWA, Khalid Ismath
"Anjing pakatan, anjing pakatan, anjing pakatan," jerit dan makian sekumpulan siswa Universiti Teknologi MARA, UiTM kepada kumpulan penceroboh yang mengakui mewakili suara seluruh mahasiswa di Malaysia termasuk kampus itu yang diceroboh kelmarin.

Melalui sebuah rakaman daripada siswa universiti itu, jelas akan benci dan marahnya mahasiswa UiTM ketika sekumpulan mahasiswa jalanan bersama Khalid Ismath dan Safwan Anang menerjah dan menceroboh masuk kampus induk universiti itu kelmarin.

Semalam, Middle Voices melaporkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar universiti itu melalui Saudara Azraful Azman, Yang Di Pertua majlis tersebut memberi pencerahan akan maksud dan pendirian organisasi itu yang secara jelas menolak tindakan Khalid Ismath untuk berkempen politik bagi memenuhi agenda parti pembangkang.

Menurut sumber, MPP UiTM mendakwa bahawa mereka tidak langsung terlibat dengan penganjuran tersebut dan mengakui kesal kerana konsep 'Ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi' disalahguna oleh Pro-Mahasiswa untuk mempromosikan program haram mereka.

Sebelum itu, kelmarin selepas kejadian Gerakan Mahasiswa PRU 13, GM13 dihalau sebulat suara oleh siswa UiTM, muncul pula kenyataan daripada beberapa penganjur yang tidak sanggup menanggung malu dek berkongsi nama di dalam sehelai poster yang sama.

Antaranya GAMUS, yang lebih dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia yang terus bertindak pantas menafikan kerjasama mereka dalam penganjuran program tersebut untuk mengelak 'badi' dan rasa malu disama-tarafkan sebagai 'Anjing Pakatan' oleh siswa UiTM.

GAMUS yang kononnya percaya bahawa dengan mengeluarkan kenyataan tidak terlibat dan turut teraniaya boleh mengelakkan nama mereka daripada turut tercemar, namun mahasiswa UiTM telah terlebih dahulu menghidu helah busuk GAMUS sebagai penganjur yang menarik diri selepas program anjuran bersama gagal.

Menurut sumber, seorang mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran tersebut, GAMUS yang kononnya mengaku merupakan medium gabungan dan kesatuan mahasiswa seluruh Malaysia percaya dengan penyertaan mereka bakal menarik lebih banyak sokongan mahasiswa UiTM. Namun mereka sebenarnya silap.

Malah apa yang lebih memeranjatkan, nama Bahagian Hal Ehwal Pelajar pula cuba diheret masuk oleh GAMUS agar dapat mengurangkan rasa malu dihalau dan dicerca mahasiswa universiti melayu itu. Tuduhan dilemparkan keatas HEP agar dapat mengalih pandangan mahasiswa bahawa GAMUS tidak terlibat sedangkan ia adalah sebaliknya.

Menurut seorang bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2011/2012, GAMUS sebenarnya mencerminkan identiti neutral Gabungan Mahasiswa Merdeka, GMM yang dikoordinatkan oleh bekas YDP MPP UiTM.

Prologue: Mahasiswa sebenarnya sudah penat dengan taktik kotor Pro Mahasiswa yang sering menimbulkan kekecohan untuk mendapatkan publisiti murahan.

Kepada seluruh mahasiswa UiTM, Middle Voices bangga dengan anda semua kerana berjaya membuktikan bahawa andalah yang akan menentukan hala tuju universiti anda dan bukannya Safwan Anang penjenayah mahasiswa seperti Khalid Ismath yang merupakan pelajar buangan UiTM.

Jika soal demokrasi dan hak bersuara yang dibawa SMM yang kononnya dikekang, maka tidaklah perlu Naib Canselor UiTM membuka seluas-luas peluang untuk mahasiswa UiTM mengadu dan bersuara melalui laman Facebooknya.

Pokoknya, mahasiswa UiTM perlu bijak menolak anasir pakatan homoseksual yang cuba dibawa masuk oleh Khalid Ismath, Safwan Anang dan juga GAMUS yang neutral, kononnya!

Kepada GAMUS, taktik penafian berkerjasama dan kononnya tidak terlibat merupakan taktik biasa yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang dan amat sesuai dengan status GAMUS sebagai Pro Mahasiswa UiTM yang bergerak secara penakut dan pengecut.

#Shhh...Khalid Ismath kecewa GAMUS taknak kawan dengan dia kerana rancangan memasuki UiTM pada masa hadapan bakal gagal kerana tiada orang dalam seperti GAMUS.