Shah Alam, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA hari ini mengulas lanjut berkenaan tindakan sekumpulan mahasiswa dan bekas mahasiswa pro-pembangkang yang menjalankan Ops-Piliharaya Umum 13 di universiti melayu itu kelmarin.
Azraful, YDP MPP UiTM |
Menurut Saudara Azraful, Yang Di Pertua badan perwakilan pelajar itu, Khalid Ismath berjaya menyelinap masuk ke dalam kampus dengan menaiki bas dan seterusnya turun di Kolej Melati dan menyusur masuk ke dalam kolej yang kemudiannya tembus ke Dataran Cendikia di mana lokasi seperti yang dirancang mereka.
Ketika ditanya lagi, melalui perbualan telefon berkenaan pandangan peribadinya dan pendirian organisasi perwakilan tersebut dengan tindakan sekumpulan mahasiswa universiti melayu itu yang menghalau serta memaki hamun pelajar buangan UiTM, Khalid Ismath dan rakan-rakannya, Azraful terus mengulas bahawa;
"bagi saya itu menampakkan semangat pelajar pelajar uitmlah sebenarnya, ye lah kadang-kadang dari segi emosi tu kita tak boleh kawal, bila macam rumah kita kene ceroboh mungkin tindakan sepontannya macam tu…biasalah bila rumah kene masuk orangkan..marahlah kan..itu standarad...mana-mana pun begitu..."
Azraful kemudiannya menambah lagi pendirian dan pandangannya apabila ditanya sekiranya jika Khalid Ismath dan rakan-rakannya bercadang untuk menjalankan modus operandi Pilihan Raya Umum 13 yang ke 2.0 memandangkan kejadian kelmarin menghampakan mereka yang terpekik sambil dihalau mahasiswa UiTM, Azraful tegas menjawab;
"Insya Allah lah kami dan warga uitm akan cuba menghalanglah
perkara yang boleh mengganggu-gugat uitm seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini..."
Azraful yang tegas turut menekankan berkali-kali tentang perilaku Khalid Ismath yang menceroboh masuk ke UiTM sejurus menimbulkan kekecohan dan kemarahan mahasiswa universiti itu sesuai dengan analogi penceroboh yang masuk ke rumah dan adatnya, tuan rumah akan marah.
Turut dibicarakan dalam talian bersama wakil media Middle Voices berkenaan tuduhan GAMUS yang melibatkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, jawab Azraful ringkas;
"Saya tiada komen memandangkan mereka (GAMUS) tiada bukti kukuh.", keterangan Azraful seakan sekaligus menjelaskan bahawa tuduhan GAMUS hanyalah sebuah karangan berbentuk idea penulisan dan kreatif seorang penulis.
Sebelum itu, media melaporkan bahawa kelmarin pada 18 Mac 2013, Universiti Teknologi MARA dikejutkan dengan kemasukan bekas pelajar UiTM yang berstatus 'Buangan' atau 'Gantungan' bersama rakan-rakannya yang cuba menimbulkan kekecohan bagi mengajak mahasiswa mengundi Pakatan Pembangkang.
Walaupun laungan yang mengajak mengundi Pakatan Pembangkang tidak kedengaran tetapi jelas pembawakan hujah dan isi kandungan melalui omongan Khalid Ismath, Safwan Anang dan rakan jalanannya menterjemahkan agar mahasiswa mengundi Pakatan Pembangkang.
Menurut sumber juga, bahawa nama Majlis Perwakilan Pelajar universiti terlibat telah dipergunakan oleh SMM, Pro Mahasiswa dan mereka yang terlibat sebagai kononnya berkerjasama sebagai penganjur kepada program haram tersebut yang kemudiannya dinafikan badan perwakilan pelajar itu melalui laman sosial facebook mereka.
Tambahnya lagi, slogan "Ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi" telah disalahertikan dan dipergunakan dan dipolitikkan oleh pihak tertentu (Pro-Mahasiswa Pembangkang) yang tidak bertanggungjawab.
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran Forum yang dikatakan akan berlaku pada malam ini (18/Mac/2013) di Dataran Cendikia UiTM shah Alam. Kami amat kesal dengan penggunaan konsep “Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi” yang telah disalahgunakan serta dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab." -MPP UiTM Shah Alam
Komen tersebut menjurus kepada penyebaran poster program tersebut yang menggunakan slogan dan konsep ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi seperti yang diwar-warkan badan perwakilan pelajar itu.
Lagi mengikut sumber berita, rombongan haram Khalid Ismath ke universiti melayu di Shah Alam gagal buat kali keduanya. Malah apa yang lebih memeranjatkan, mereka pendatang haram yang melaungkan demokrasi dan kebebasan hak bersuara mahasiswa dihalau bulat-bulat dengan sumpah seranah oleh mahasiswa UiTM yang secara kebetulan lalu berhampiran kawasan mereka berpidato.
#Tahniah mahasiswa UiTM kerana bangkit menentang pengkhianat di dalam UiTM. Tahniah MPP UiTM kerana menyatakan pendirian yang jelas dan tepat sesuai dengan pendirian mendukung Aspirasi universiti...UiTM Di Hatiku...
Bagus adik-adikku kerana tidak terpengaruh dengan mereka.
ReplyDeleteHampeh punya khalid ismath....hidup ko memburukkan nama UiTM je...
ReplyDeleteI think there is something wrong with him mentally especially looking at how he behaves and the statement he makes. I sure many get turned off with this. I hope for someone who is close to him to see the bigger picture and help him to come to his senses. InshaAllah, we only hope the best for him and may Allah give him hidayat.
Delete