Showing posts with label UPM. Show all posts
Showing posts with label UPM. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

MPP Bidas Kritikan Tidak Berasas, PEMBINA

Kuala Lumpur, kritikan JK Kajian dan Informasi PEMBINA disifatkan sebagai kurang baik dan sebahagiannya kurang berasas.

Anis, UPM dan Hidayat, UPNM
"Pada pendapat kami, tidak ada salahnya pendapat yang dinyatakan oleh beliau tetapi kritikan tersebut kurang baik dan ada sesetengahnya kurang berasas.

Perkara itu disebut oleh Bekas Exco MPP UPM, Saudari Anis Binti Mohamed Khalidi bersama Bekas Yang Dipertua MPP UPNM, Saudara Wan Nurhidayat Bin Wan Muhamad dalam suatu tulisan yang dikirimkan kepada wakil media Middle Voices bertarikh 6 November 2013.

Jelasnya, penulisan tersebut merupakan kenyataan balas kepada isu yang mempertikai tugas badan perwakilan pelajar di universiti selain mempersoal kredibiliti badan tersebut secara umum tanpa memikirkan modus operandi yang digunakan MPP untuk mendukung hasrat universiti dan negara.

Tambahnya lagi, peranan MPP adalah memastikan pergerakan mahasiswa berada dalam keadaan terpimpin dengan penubuhan organisasi persatuan, kelab, dan majlis tertinggi kolej residen di kampus.

"MPP akan mengenalpasti fungsi khusus sesuatu persatuan tersebut lantas melakukan delegasi tanggungjawab untuk mereka (mahasiswa) mencaknakan sesuatu isu.

"delegasi tanggungjawab akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin mahasiswa yang komited berbanding pengikut, meningkatkan nilai tambah kepada kepimpinan mereka serta peningkatan kecekapan di dalam menyempurnakan tugasan," tegas Anis dan Hidayat.

Anis dan Hidayat menjelaskan bahawa sebenarnya saranan PEMBINA untuk memperkasakan peranan MPP dalam kalangan mahasiswa di kampus universiti telah lama pun dilaksanakan oleh beberapa persatuan di kampus.

Hasilnya mahasiswa berjaya memainkan peranan tanpa sifat kebergantungan kepada pucuk pimpinan seperti MPP dan ternyata mahasiswa dalam negara tidak jauh ketinggalan mengikut keadaan semasa negara kita sekarang selain bersikap prihatin terhadap isu semasa pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.

"Cukup untuk MPP mengingatkan dan memberi panduan terhadap organisasi yang berkaitan untuk sentiasa komited dan berada di jalan yang tepat.

"Jika MPP menggalas semua peranan ‘seorang diri’ seperti yang diperkatakan itu, kami khuatir situasinya akan jadi seperti kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran," tambah mereka sinis.

Sebelum itu, Media PEMBINA atau yang lebih dikenali sebagai Persatuan Belia Islam Nasional pada 3 November lalu melaporkan bahawa JK Kajian dan Informasi PEMBINA, Saudara Muhd Aiman bin Ahmad Faudzi dalam ulasannya ada menyentuh tentang kredibiliti MPP dalam sesuatu Pilihan Raya Kampus selain mempersoal akan tugas sebenar seorang MPP.

Tulisan penuh: [klik di sini]

Wednesday, 6 November 2013

Peranan Sebenar MPP Adalah Memimpin Mahasiswa Dengan Cara Yang Terpimpin

Selepas membaca artikel “MPP Tidak Penuhi Peranan Sebenar”, kami berasa terpanggil untuk menerangkan beberapa perkara atau tanggapan yang mungkin tidak jelas kepada Saudara Muhd Aiman bin Ahmad Faudzi, JK Kajian dan Informasi PEMBINA. Pada pendapat kami, tidak ada salahnya pendapat yang dinyatakan oleh beliau tetapi kritikan tersebut kurang baik dan ada sesetengahnya kurang berasas.

Pernakah beliau sebenarnya terfikir akan modus operandi yang digunakan oleh pihak MPP untuk mendukung hasrat universiti dan negara di dalam memacu pemikiran dan pergerakan mahasiswa? Pada hemat kami, antara peranan MPP zaman kini adalah untuk memastikan pergerakan mahasiswa sentiasa berada di dalam keadaan terpimpin dengan penubuhan organisasi persatuan, kelab, dan majlis tertinggi kolej residen di kampus. Pergerakan terpimpin menunjukkan perbadanan mahasiswa yang sistematik secara keseluruhannya. Seperti yang sedia maklum, MPP memayungi kesemua organisasi persatuan pelajar di dalam kampus dan bertitik tolak dari hal itu, MPP akan mengenalpasti fungsi khusus sesuatu persatuan tersebut lantas melakukan delegasi tanggungjawab untuk mereka mencaknakan sesuatu isu dan melakukan program yang berkaitan.

Realitinya, mahasiswa kini lebih bersifat dinamik mengikut pilihan dan acuan minat masing-masing. Kepelbagaian pilihan ini juga adalah kesan daripada lambakan maklumat yang pantas di capaian internet. Kebanyakan mahasiswa proaktif akan menyumbangkan tenaga dan pengetahuan intelektual mereka pada saluran yang dipilih. Ingin kami tekankan kelebihan delegasi tanggungjawab akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin mahasiswa yang komited berbanding pengikut, meningkatkan nilai tambah kepada kepimpinan mereka serta peningkatan kecekapan di dalam menyempurnakan tugasan. Kesannya, ia mampu mencipta pemimpin yang hebat di arenanya sendiri.

Antara saranan saudara Muhd Aiman untuk memperkasakan peranan MPP dalam kalangan mahasiswa di kampus universiti telah lama pun dilaksanakan oleh beberapa persatuan di kampus contohnya penglibatan aktif NGO Antarabangsa bersama persatuan pelajar yang dikenali sebagai AIESEC dan Enactus yang cenderung di dalam "social entrepreneurship". Malah penglibatan aktif oleh 1M4U secara langsung bersama belia daripada kalangan mahasiswa adalah antara interaksi paling dekat bersama masyarakat di Malaysia. Beratus-ratus program kesukarelawanan yang dianjurkan oleh mahasiswa IPT sendiri menggunakan dana daripada 1M4U telah dijalankan sepanjang tahun 2013. Selain itu juga, kerjasama yang terjalin antara MPP dan persatuan mahasiswa lain bersama penglibatan NGO Aqsa Syarif dan Aman Palestin di IPT adalah salah satu medium yang secara langsung menghubungkan mahasiswa dengan isu antarabangsa dan situasi ancaman umat yang saban hari menghiasi dada akhbar dan televisyen tentang siri kekejaman oleh Zionis Israel.

Manakala, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sesi 2012/2013 telah melaksanakan pelbagai inisiatif di peringkat global dan juga tempatan. Misalnya program “Bayu Peace Project” untuk memberi kesedaran terhadap serangan Lahad Datu dan mengajak mahasiswa untuk menjadi agen keamanan ketika negara dikejutkan dengan insiden serangan di Lahad Datu tempoh hari. MPPK bukan sahaja mengambil inisiatif untuk mendekati masyarakat dan menyampaikan mesej keamanan dan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara, tetapi turut sama menjayakan Tabung Wira Lahad Datu dan menyampaikan bantuan kepada keluarga perwira yang terkorban ketika insiden tersebut.

Jelaslah disini bahawa mahasiswa zaman kini telah memainkan peranan yang sebenar tanpa perlu bergantung terlalu kuat kepada pucuk pimpinan yang teratas sekali dan ternyata mahasiswa di dalam negara tidak jauh ketinggalan mengikut keadaan semasa negara kita sekarang. Menjadi seorang pemimpin mahasiswa pada zaman sekarang adalah sangat mencabar dimana daya saing serta tekanan akademik menjadi kekangan utama untuk menjadi “superior student”. Harus juga diingatkan bahawa sistem pendidikan IPT di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain. MPP perlu menjaga kebajikan umum pelajar di dalam segenap aspek, menghadiri mesyuarat bersama pihak pengurusan universiti dan persatuan mahasiswa dan pada masa yang sama, menghadiri kelas, menyiapkan tugasan kursus, membuat mengulangkaji untuk peperiksaan dan sudah tentu, menjaga keputusan PNGK.

Akhir sekali, tidak perlu bermegah untuk membawa nama MPP di dalam setiap isu yang cuba diketengahkan. Cukup untuk MPP mengingatkan dan memberi panduan terhadap organisasi yang berkaitan untuk sentiasa komited dan berada di jalan yang tepat. Jika MPP menggalas semua peranan ‘seorang diri’ seperti yang diperkatakan itu, kami khuatir situasinya akan jadi seperti kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran.


Pendapat oleh:
Anis Binti Mohamed Khalidi
Bekas Exco Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Universiti Putra Malaysia

Wan Nurhidayat Bin Wan Muhamad
Bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sunday, 1 September 2013

Tanda Putera Harmoni dan Bukan Perkauman; Pandangan Pemimpin Pelajar

Bangi, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Saudara Shahrul Akmal Johari bersetuju bahawa tayangan filem Tanda Putera tidak bersifat perkauman atau negatif selain memaparkan kisah yang harmoni dan bersejarah.

"Tanda Putera tidak negatif atau bersifat perkauman, saya setuju ianya harmoni dengan kisah dua pemimpin negara ketika itu yang mana merupakan suatu sejarah.

Tambahnya lagi, tayangan filem patriotik seperti Tanda Putera perlu ada kesinambungan memandangkan ianya suatu filem bersejarah yang menjadi medium baru bagi mengajak generasi muda mengenali tokoh dan negarawan yang banyak berjasa.

"pandangan saya,  mahasiswa khususnya generasi muda perlu menghayati filem ini sebagai gambaran kepada peristiwa bersejarah serta mengenali tokoh dan negarawan yang banyak berkorban dan berjasa kepada negara.

"...perlu ada kesinambungan, jika dilihat pada penceritaannya tentang dua negarawan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, saya fikir jika selepas ini dibuat kisah tentang negarawan seperti bekas perdana menteri ketiga dan empat sudah cukup untuk bina kefahaman dan kesinambungan sebagai gambaran kepada mahasiswa...," katannya lagi.

Shahrul bercakap demikian kepada wakil media Middle Voices sebaik selepas menyambut kedatangan pengambilan pelajar baru di kampus Bangi, UKM dekat sini pada lewat petang tadi.

Ahli Majlis MPP UKM itu sempat mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia utamanya kepada parajurit tanah air yang banyak berjuang demi keamanan dan kedaulatan negara.

Sementara itu, Exco Penerangan dan Penerbitan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia, Saudari Anis Mohamed Khalidi turut melontarkan pandangan positif berkenaan tayangan filem Tanda Putera yang dilihat kontroversi oleh sesetengah pihak.

Jelas Anis, Tanda Putera sememangnya sarat dengan mesej selain mempertontonkan kisah dua negarawan yang berusaha menstabilkan keseimbangan sosial selepas peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969 selain merasai akan perit getirnya pengorbanan dua sahabat yang menderita dengan penyakit masing masing.

Tambahnya lagi, elemen sentimental berjaya disuntik dengan baik melalui tayangan filem tersebut kerana tidak dapat dinafikan bahawa dia merasakan kehilangan besar terhadap kedua pemimpin negara sebaik mengenali rapat watak yang dimainkan melalui penceritaan filem Tanda Putera.

Menurut Anis, dia berpendapat bahawa Tanda Putera adalah sebuah filem patriotik dan sesuai dijadikan filem pendidikan agar dapat memberi gambaran jelas tentang keadaan sebenar peristiwa berdarah 1969. 

Kebijaksanaan dan ketegasan pemimpin juga boleh dilihat dalam memastikan rusuhan kaum ketika itu tidak berlarutan selain dapat dijadikan contoh pada kepimpinan hari ini.

Anis ketika ditanya wakil media Middle Voices berkenaan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan filem Tanda Putera bersifat negatif dan perkauman selain memihak kepada parti Barisan Nasional, dia dengan tegas menjawab;

"Jujurnya, tidak ada satu perasaan negatif yang timbul setelah melihat adegan rusuhan kaum di dalam filem itu kerana ia turut memaparkan sudut pemahaman daripada kedua-dua pihak.

"saya yakin bahawa Tanda Putera tidak menyebelahi mana-mana pihak mahu pun parti politik seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya turut menyukai jalan ceritanya yang tidak terlalu klise untuk sebuah filem tempatan," Tambah Anis dalam sebuah kenyataan yang dihantarkan kepada wakil media Middle Voices kelmarin selepas dihubungi untuk tujuan itu.

Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa filem Tanda Putera semakin mendapat sambutan selain laris di Pulau Pinang sebaik mula ditayangkan lewat dua hari daripada tarikh tayangan sebenar.

Selain itu, tinjauan wakil media Middle Voices mendapati banyak ulasan positif di laman sosial utamanya twitter berkenaan filem Tanda Putera dilontarkan oleh anak muda sebaik selesai menonton filem yang menjadi sebuah ketakutan oleh sesetengah pihak yang memanipulasikan tayangan filem tersebut.

Rata-taranya menjelaskan bahawa Tanda Putera langsung tidak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia selain sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara umumnya.

Tuesday, 25 September 2012

Mahasiswa Zon Tengah; "Jom Turun Mengundi"

Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.

Middle Voices ingin mengajak seluruh rakan mahasiswa universiti zon tengah untuk memberikan sokongan kepada Aspirasi Mahasiswa di seluruh kampus zon tengah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bakal menghadapi Pilihan Raya Kampus seawal jam 8.30 pagi ini.

Semoga sesi membuang undi berjalan dengan aman dan harmoni tanpa sebarang provokasi ataupun tindakan liar daripada mahasiswa berkolar hijau yang senang di gelar Pro-Mahasiswa.

Kepada mahasiswa universiti zon tengah, Jom beramai-ramai kita turun mengundi.


#Your vote is your voice, and be heard. Vote for Aspirasi Mahasiswa...

Sunday, 2 September 2012

Selamat Datang Ke Universiti

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Middle Voices melalui rakan penulis menerima maklumat bahawa hari ini merupakan hari kemasukan pelajar baru dengan mod pengajian Ijazah Sarjana Muda di setiap Universiti yang bergelar Intitut Pengajian Tinggi Awam, IPTA.

Menurut sumber, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Putra Malaysia telahpun menerima pelajar baru mereka seawal semalam berikutan pengambilannya yang ramai termasuk dengan mod pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Walaubagaimanapun, masih belum terlambat sekiranya Middle Voices, serta semua rakan penulis ingin mengucapkan Selamat Datang Ke Universiti kepada seluruh pelajar baru yang akan bergelar sebagai Mahasiswa.

Laluilah kehidupan kampus dengan pelbagai pengalaman baru dengan suasana dan budaya perkongsian ilmu yang jauh lebih baik daripada sekolah.

Peringatan mesra buat semua, gunakanlah masa dengan bijak dan secukupnya. Selamat Menuntut Ilmu kami ucapkan kepada semua Mahasiswa baru IPTA khasnya buat Mahasiswa Zon Tengah iaitu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


#Tingkatkan usaha sehingga berjaya, serta pohonlah kepada Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Sunday, 25 March 2012

Pro Mahasiswa Kurang Didikan Agama

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Safira Safri ingin menyampaikan rasa kecewa kepada Middle Voices apabila melihat mereka yang bertindak ganas dan kurang ajar.

Adakah mereka ini dididik untuk berkelakuan sebegini? Adakah mereka ini kurang kasih sayang dan perhatian? Adakah tiada medium lain untuk menyampaikan rasa kecewa? Adakah tiada tuhan untuk mereka berdoa dan mengadu domba?

Safira Safri mengorak langkah berbincang bersama rakan siswa di UKM. Mereka berkata bahawa pecahnya pintu di UPM suatu ketika dahulu bukanlah kerana pelajar yang ganas dan kurang ajar.

Tetapi, kerana kesilapan seoarang Timbalan Naib Canselor yang bertindak kurang ajar dan tidak memahami pelajar. Namun apakah video ini ditontonkan untuk menyatakan mahasiswa ini santun?

Pandangkan mata saya dan jelikkan, celikkan dan buntangkan agar dilihat dimana cantiknya sopan itu jika tiada santun. Tunjukkan mana santunnya!

Mereka menjerit sedangkan tidak diheret, mereka berteriak seolah ditolak, mereka tidak sopan! mereka kurang ajar! inilah bahasa yang cantik buat mereka.

Jika mahasiswa diluar sana bertanyakan bukti? jangan menilai disudut hati? gunakan keduanya dan tanyakan ibu dan ayah anda andai mereka suka jika anda begitu! Jika mereka suka, maklumkan kepada Safira Safri dengan segera.

Jika TIDAK! Ajarkan rakan anda agar tidak menjadi kurang ajar seperti mereka. Maka saksikanlah wahai mata-mata yang berakal dan berhati perut.


Saksikan dengan mata...fikirkan dengan akal, nilaikan dengan hati... 

Prologue: Middle Voices ingin membawa mahasiswa untuk berfikir sejenak. Ambilkan wuduk, dan dirikanlah solat sunat dan akhirkanlah dengan berdoa. Insya Allah. Allah akan tunjukkan jalan jika anda perlukan petunjuk.

Maka jangan sombong sehingga ketepikan akhlak, dan lupa untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana Rasulullah S.A.W bersabda;

''Bukan termasuk umatku orang yang tak menghormati orang tua, tidak menyayangi anak-anak dan tidak memuliakan alim ulama.'' -HR Ahmad, Thabrani, Hakim

Setelah Middle Voices bawakan kepada anda bukti kepada kemungkaran mereka agar penyampaian ini dilihat dan dinilai oleh mahasiswa yang berakal. Kita tahu menilai yang baik dan yang buruk.

Jangan lupa, biar sejahat manapun mereka, hormatilah mereka sebaik boleh. Jangan sia siakan masa muda anda, kelak anda akan merasa.

Fikir fikirkan.....

#Sayang kerana berakal tidak berjiwa, berperut tidak berhati...