Showing posts with label KARISMA. Show all posts
Showing posts with label KARISMA. Show all posts

Friday, 8 June 2012

#UiTM ; Khalid Ismath Mulakan Revolusi Menentang Akta 174 Yang Zalim

Assalamualaikum.

Shah Alam, perbicaraan tatatertib bagi pertuduhan ke atas Khalid Ismath hari ini bermula dengan lancar. Hal ini adalah berikutan kawalan ketat oleh Polis Bantuan Universiti Teknologi MARA yang bertindak menghalang sesiapa sahaja termasuk pelajar UiTM untuk mendekati Kamar Perbicaraan di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam demi untuk menjaga keharmonian dan keamanan bangunan pengurusan itu.

Sebaik sahaja selesai dalam jam 12.30  tengahari, Khalid Ismath yang dituduh dan disahkan bersalah telah dihukum mengikut Kaedah 48, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Akta 174 dengan hukuman gantung 3 semester pengajian dan tidak boleh mengambil mana-mana peperiksaan sepanjang dalam tempoh penggantungan termasuk peperiksaan yang terdekat pada semester ini.

Khalid yang baru sahaja keluar daripada kamar terus mendapatkan isterinya serta rakan-rakannya. Turut bersama ketika itu adalah aktivis jalanan Adam Adli, Safwan Anang dan kumpulan pelajar student power yang telah menapak di kawasan letak kenderaan bangunan perbicaraan tersebut sejak awal pagi lagi.

Khalid ketika menarik perhatian pelajar dan beberapa orang awam termasuk wartawan telah menyatakan bahawa, dia akan memastikan Akta 174 yang zalim itu semestinya akan dihapuskan sebaik sahaja Pakatan Rakyat, PR berjaya menawan Putrajaya.

"saya telah digantung 3 semester dan ini menunjukkan Akta 174 telah berlaku zalim kepada mahasiswa yang keluar melontarkan pandangan di luar" - Khalid Ismath

"PR akan pastikan bahawa Akta 174 yang zalim ini akan dihapuskan sebaik sahaja PR menakluki Putrajaya." ujarnya lagi kepada pemberita.

Sebelum itu, sekumpulan pelajar yang hadir bersama Gabungan Kelab Dalaman UiTM, Waris Wawasan bersama Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas Khalid Ismath.

Selepas itu, Waris Wawasan yang ditanya pemberita telah menyampaikan rasa berpuas hati dan bersyukur setelah tuntutan mereka agar pencemar nama baik UiTM dikenakan tidakan tatatertib telah pun didengari pengurusan universiti itu.

"Tahniah UiTM kerana berjaya mengambil satu tindakan tegas untuk dijadikan taudalan kepada semua pelajar dalam menjaga nama baik universiti dan imej mahasiswa di UiTM" katanya sebaik sahaja Khalid beredar dari sekitar bangunan perbicaraan.

#Keputusan yang dihormati oleh semua pelajar UiTM dianggap zalim oleh dia...mahasiswa yang menilai.

#UiTM; Bukti Kehadiran Tercorot

Maklumat daripada salah seorang rakan facebook yang telah memuat naik senarai kehadiran kelas Khalid Ismath.

"Assalamualaikum & Salam Jumaat, penghulu penghujung segala hari pada semua warga facebooker...

Ada mendapat berita berkenaan himpunan pelajar Uitm demi menyokong segala tindak tanduk Khalid Ismath pelajar di Uitm Shah Alam. Mereka akan melakukan perarakkan dari Restaurant KFC di seksyen 7 Shah Alam menuju ke UiTM pada pukul 9 pagi ini, dan sebelum ada mana mana pihak atau mahasiswa yang ingin bersama mereka untuk menyokong tindakkan Khalid Ismath ini dari timbulnya isu Auku! dan sebelum ramai yang terus tersalah belajar berkenaan tipu daya dan konspirasi Shaytan Shias Sh*t ini... Sila lihat lampiran kehadiran beliau terhadap kelas beliau sendiri di Uitm Shah Alam yang saya uploadkan ini. Tindakkan tata-tertib terhdap pelajar bernama Khalid Ismath ini adalah wajar! Harap Maklum." - Mohd Faidz Massari

Senarai kehadiran di atas adalah merupakan bahan bukti kepada pertuduhan pertama ke atas Khalid Ismath kerana telah melanggar Kaedah 4, Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Akta 174.

#Mahasiswa nilai sendiri...


Thursday, 7 June 2012

#UiTM; Dilema Penuntut Undang-Undang Akan Berakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dilema penuntut Pengajian Undang-undang dan Gabungan Persatuan dan Kelab Dalaman, Waris Wawasan Universiti Teknologi MARA hampir ke garisanan penamat.

Hal ini adalah kerana, tuntutan mereka agar mahasiswa pro-pembangkang, Khalid Ismath dikenakan tindakan tatatertib atas perlakuannya yang tidak wajar disebalik memburukkan imej dan nama UiTM kini mendapat perhatian universiti itu.

Menurut sumber (Sinar Harian), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, dia dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Secara keseluruhannya, Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM telah mengambil tindakan yang bijak untuk mendakwa perosak nama baik UiTM ini di kamar perbicaraan Mahakamah UiTM.

Menurut seorang pelajar yang enggan memberitahu namanya, Khalid Ismath adalah wajar untuk dikenakan tidakan tatatertib dan harus diberikan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua penuntut di universiti melayu itu.

"sebenarnya dia tak layak dibicarakan, eloknya ambil sahaja tindakan tatatertib atau bagi sahaja hukuman tegas seperti buang universiti supaya bagi pengajaran sikit" katanya.

Selepas ditanya lagi, samada tidakan membuang itu begitu drastik, pelajar tersebut sekali lagi memberikan komennya;

"dia buat demonstrasi tu, tak pergi kelas! itu tandanya dia pun memang taknak belajar, jadi tindakan memalukan nama uitm dengan drastik juga harus selari dengan pembuangan secara drastik" ujarnya dengan tegas sambil mendapat sokongan rakan-rakannya yang berkerumun di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam.

Sebelum itu, Khalid berkata dia akan hadir pada sesi perbicaraan tersebut pada perjumpaan bersama Rafizi petang kelmarin.

Prologue: Walau apa jua cara sekalipun, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk berfikir dan bertindak matang di dalam meneliti hasil perbicaraan itu nanti.

Menghormati panel tidak berkepentingan dan wakil bagi menilai fakta kes untuk menentukan samada Khalid Ismath bersalah ataupun tidak harus ditekankan bagi mengelak pencabulan kedaulatan undang-undang, atau Akta 174 (Tatatertib) 1976 itu sendiri.

Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk tidak membuat sebarang andaian mahupun bertindak secara agresif yang kononnya dia, Khalid bersalah ataupun tidak bersalah.

Serahkanlah penilaian tersebut kepada mereka yang lebih fasih dan arif kerana undang-undang bukan boleh dinilai dengan mulut, akal dan buku sahaja. Tetapi seharusnya dinilai dengan hati, iman dan akal.

Walaubagaimana pun tahniah untuk UiTM kerana berjaya melakukan sesuatu dalam mempertimbang suara majoriti pelajar dan tahniah juga kepada penuntut undang-undang UiTM kerana penderitaan malu mereka akan berakhir.

#Jika dia benar, maka Allah akan memberikan perlindungan kepadanya. Jika tidak, mohonlah agar Allah pamerkan kebenaran tentang dirinya.

Saturday, 12 May 2012

1,000 mahasiswa wakili 18 universiti tunjuk sokongan kepada PM

Sebahagian 1,000 Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) dari 18 Universiti seluruh Malaysia berhimpun pada Program Seminar Keamanan Untuk Negara 'Suara Mahasiswa 1Malaysia' dan menyerahkan Deklarasi Aman kepada Perdana Menteri di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 10 Mei - Seramai 1,000 mahasiswa daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) mewakili 18 universiti seluruh negara hari ini menyerahkan deklarasi aman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menunjukkan sokongan penuh mahasiswa terhadap kerajaan.

Penyelaras Deklarasi Aman Karisma, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, deklarasi itu bagi menepis dakwaan pelbagai pihak yang melabelkan mahasiswa propembangkang.

Beliau menegaskan, majoriti mahasiswa tidak menyokong pembangkang sebaliknya berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, lima perkara diketengahkan dalam deklarasi itu iaitu menyokong dan bersama kepimpinan Perdana Menteri, menolak segala bentuk kekacauan, provokasi dan demonstrasi yang menggugat keamanan negara dan menjadikan mahasiswa golongan yang bebas.

"Memastikan penyebaran fakta yang tepat dan berasas agar tidak timbul kekeliruan di kalangan rakyat serta memastikan isu moral dan salah laku bebas ditangani secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan deklarasi tersebut kepada wakil Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian Awang.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa tersebut menghadiri Seminar Keamanan untuk Negara bertajuk "Suara Mahasiswa 1Malaysia".

Mereka kemudiannya mengadakan perhimpunan aman bagi membantah perhimpunan Bersih 3.0 dan menentang isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Kumpulan tersebut kemudiannya menuju ke bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil Polis Diraja Malaysia, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid dan wakil SPR, Timbalan Setiausahanya, Datuk Nordin Che Ngah.

Menurut Muhamad Mukhlis, seluruh mahasiswa yang enyokong perhimpunan tersebut sebenarnya sudah tidak tahan dengan sikap pembangkang yang selalu menggunakan mahasiswa untuk menyebarkan agenda masing-masing.

"Kami datang ke sini kerana sudah jelik, bosan dan marah dengan demonstrasi yang diadakan untuk menggugat keamanan negara di mana mahasiswa dijadikan alat untuk menjayakannya.

"Apa yang mereka lakukan langsung tidak membantu sebaliknya mereka tidur di Dataran Merdeka, merosakkan harta benda awam, kalung bunga pada potret pemimpin dan sebagainya yang menunjukkan rendahnya tahap intelektual mahasiswa kita," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Friday, 11 May 2012

KARISMA; Jangan Berjudi

Assalamualaikum dan salam pencinta negara.

KARISMA, Kumpulan Rakan Siswa Malaysia, dekat Bangunan JPA, Putrajaya semalam telah bangkit menyampaikan pandangan dan pendirian mahasiswa berkenaan dengan Demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas bertentangan dengan amalan hidup rakyat Malaysia.

Perhimpunan Aman ini dilaporkan oleh pemberita telah bermula sekitar jam 1.30 petang dengan kejayaan mengumpulkan hampir 900 mahasiswa berbagai universiti termasuk IPTA dan IPTS sekaligus berjaya membuktikan pendirian mereka yang menolak keganasan di dalam berdemonstrasi.

RAMAI, di perkarangan bangunan JPA
Selain itu tertulis di banner-banner peserta perhimpunan aman ini, "Jangan Perjudikan Keamanan Negara" yang jelas menyampaikan idea mahasiswa seluruh negara yang menolak Demonstrasi BERSIH 3.0 dalam masa yang sama menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Polis Di Raja Malaysia, PDRM yang selama ini terpuji di dalam menjalankan tugas sebagai pengaman Malaysia.

Mengikut sumber, satu deklarasi aman telah berjaya diserahkan kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang diterima oleh Dato' Sufian Awang, Setiausaha Politik beliau selain penyerahan sijil penghargaan kepada Dato' Wira Saleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  di sini semalam yang sedemikiannya menyokong professionalisme polis Malaysia dan tidak terkecuali wakil Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR yang turut menerima sijil penghargaan.

Sementara itu, "kami inginkan perhimpunan aman yang nyata menjaga ketenteraman dan keamanan negara yang boleh dicontohi dan bukannya yang merosakkan." ulasan mahasiswa yang turut serta diperkarangan bangunan JPA yang mengulas kepada keganasan BERSIH 3.0 yang lalu.

# Harus jadikan contoh...agar tidak berjudi dengan tebusan keamanan negara!

Sunday, 6 May 2012

Pembangkang DI TEGUR Pelajar UiTM

Sidang Akhbar di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi Mara, Jumaat - 4 Mei 2012
Shah Alam, diperkarangan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, sekumpulan mahasiswa yang merupakan wakil daripada Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman UiTM yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan bertindak menegur barisan Kepimpinan Pembangkang jumaat lalu selepas memberitahu pemberita ketika sesi sidang akhbar.

Uzey (Waris Wawasan), memberitahu pemberita akan kekecewaannya
terhadap kepimpinan pembangkang yang tidak menunjukkan contoh
dan tauladan yang baik.
Menurut salah seorang daripada mereka ketika ditemubual oleh pemberita, tindakan menegur pihak pembangkang ini dibuat atas dasar anisiatif mereka sebagai kumpulan pemimpin pelajar yang melihat tindakan kepimpinan pembangkang yang sudah melampau dan tidak boleh dibiarkan sehingga mencabul keharmonian Rukun Negara.

Menurutnya lagi, kebangkitan mereka hari ini juga kerana tidak sanggup melihat rakan kampus mereka (Khalid Ismath) mempergunakan nama Universiti Teknologi MARA untuk berdemonstrasi sekaligus menjatuhkan imej dan reputasi universiti itu.

"Kami, Waris Wawasan ingin memberikan teguran tegas kepada barisan kepimpinan pembangkang kerana menunjukkan contoh dan tauladan yang tidak baik kepada mahasiswa dan memperalatkan mahasiswa UiTM seperti Khalid Ismath." 

"Kami kasihankan Khalid Ismath kerana diperguna oleh anasir luar yang berkepentingan politik individu, malah kepimpinan pembangkang ini telah mencabul keharmonian Rukun Negara, oleh yang demikian, Waris Wawasan hari ini akan menghantar 3 memorandum, iaitu yang pertama kepada Naib Canselor UiTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan seterusnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong serta Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu."

Waris Wawasan memberitahu pemberita sebaik sahaja berjaya menyerahkan Memorandum Bantahan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I) kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui pegawai khas beliau yang diwakilkan.

Waris Wawasan diperiksa oleh ASP Shahar sebelum Pengerusinya
diberi kebenaran untuk masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar

Raja Raja Melayu di Istana Negara
Warisan Wawasan yang juga dipengerusikan oleh Mohd. Noraizat Norazam turut memberikan memorandum saranan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, agar menitah mengadap pemimpin pembangkang untuk memberi teguran tegas terhadap tindakan mereka yang selama ini jelas bertentangan dengan Kedaulatan Undang-Undang selain menyarankan agar sebuah Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara ditubuhkan.

Selain itu, Memorandum Saranan kepada SPB YDPA dilaporkan telah berjaya diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja seawal jam 2.30 petang di Istana Negara pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 selain berjaya menghantar 2 memorandum yang lain termasuk kepada DYMM Sultan Selangor.

#Teguran tegas kepada pembangkang yang selama ini jelas bertentangan dengan Kedaulatan Undang Undang...

Pelajar UiTM BANGKIT Menentang Khalid Ismath

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM.

Shah Alam, 4 Mei 2012 merupakan satu titik permulaan kebangkitan mahasiswa UiTM melalui Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman universiti itu yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan.



Waris Wawasan yang mewakili suara hampir 100,000 mahasiswa UiTM jelas akan imej universiti itu yang selama ini dipergunakan oleh seorang pelajar Sarjana Muda Undang undang tahun ke-2 UiTM yang bernama Khalid Mohd Ismath yang juga merupakan Naib Presiden sebuah persatuan haram yang dinaungi oleh Pihak Pembangkang iaitu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I).

Kronologi Gerakan Waris Wawasan

 1. Tepat jam 8.30 pagi di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, satu memorandum diserahkan kepada Y. Bhg Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM bagi menggesa Universiti Teknologi MARA untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath. Memorandum tersebut telah pun berjaya diserahkan kepada Naib Canselor UiTM.




2. Tepat 9 pagi di bangunan yang sama satu sidang media telah dibuat bagi menyatakan hasrat sebenar penghantaran memorandum kepada Naib Canselor UiTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan tujuan untuk menggesa tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath yang telah memburukkan imej universiti, membantah memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Khalid Ismath yang selama ini menerima bantuan kewangan daripada duit rakyat Selangor, dan Saranan teguran tegas terhadap tindakan pemimpin pembangkang yang bertentangan dengan kedaulatan undang undang negara dan saranan penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara.


3. Tepat jam 10.30 pagi di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, Memorandum Bantahan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I) telah berjaya diserahkan kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri selangor melalui pegawai khas beliau yang diwakilkan.


4. Tepat jam  11 pagi di hadapan Istana Mestika, Shah Alam, Memorandum Saranan Teguran Tegas Terhadap Tindakan Pemimpin Pembangkang Yang Bertentangan Dengan Kedaulatan Undang Undang Negara dan Saranan Penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara telah berjaya diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor melalui Pegawai Khas Istana kepada DYMM Sultan Selangor.


5. Tepat jam 2 petang sebaik sahaja menunaikan solat jumaat, Gerakan Waris Wawasan sekali lagi telah berjaya menyerahkan memorandum yang sama kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk  Saranan Teguran Tegas Terhadap Tindakan Pemimpin Pembangkang Yang Bertentangan Dengan Kedaulatan Undang Undang Negara dan Saranan Penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Di Raja di Istana Negara selepas dipersetujui oleh ASP Shahar yang merupakan Pegawai Polis yang menjaga keselamatan istana dengan membenarkan seorang wakil daripada gerakan untuk naik masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk menyerahkan memorandum saranan.

Waris Wawasan Diperkarangan Istana Negara untuk pemeriksaan Keselamatan oleh ASP Shahar
sebelum dibenarkan masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu
Tahniah diucapkan kepada Waris Wawasan kerana telah berjaya menyerahkan kesemua memorandum tuntutan kepada penama yang ditujukan. Middle Voices memuji tindakan kalian yang bangkit untuk menjaga nama baik universiti selain menangkis suara songsang Khalid Ismath yang mencalarkan imej dan reputasi UiTM sebagai sebuah Universiti Bumiputra Terbesar Di Malaysia. 

Namun satu persoalan yang wujud di fikiran Safira Safri adalah, dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif univesiti itu yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?

#Tepuk dada tanya diri sendiri apakah aku sudah menjalankan tanggungjawab yang diberi??

Saturday, 5 May 2012

UiTM Timbang Buang Khalid Ismath


SHAH ALAM 4 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menimbang untuk mengambil tindakan tatatertib termasuk membuang pelajarnya, Khalid Mohd. Ismath sekiranya didapati terlibat mengugut mahu membunuh semua anggota polis melalui kenyataan dalam akaun Facebook miliknya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tindakan tersebut merupakan antara dalam perhatian pihaknya memandangkan apa yang dilakukan oleh Khalid itu melanggar undang-undang negara selain mencemarkan nama serta imej UiTM.

Beliau berkata, selain dikatakan membuat ugutan tersebut, Khalid yang juga pelajar tahun dua Fakulti Undang-Undang UiTM, dikatakan turut terlibat dengan demonstrasi Bersih 3.0 yang menyebabkan tercetusnya insiden keganasan.

"Ketika ini, kes ugutan berkenaan masih lagi dalam siasatan polis dan kita masih tunggu hasil siasatan itu. Pada masa yang sama, UiTM sendiri sedang mengumpul data dan maklumat kukuh mengenai tindakan Khalid itu.

"Sekiranya dia terlibat dan melanggar undang-undang negara serta peraturan universiti, kita boleh gunakan Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dia termasuklah tindakan menyingkirkannya dari UiTM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Kamal Maarof Abd. Jamal, wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pelajar UiTM yang dikenali sebagai Waris Wawasan.

Pengerusi Waris Wawasan, Mohd. Noraizat Norazam pula berkata, pihaknya mengemukakan memorandum berkenaan bagi meminta pihak pengurusan UiTM mengambil tindakan tegas terhadap Khalid yang menjatuhkan maruah dan imej para pelajar universiti itu dengan mencabar undang-undang negara.

Selain menuntut tindakan tegas terhadap Khalid kata beliau, pihaknya turut mengemukakan memorandum kepada kerajaan negeri agar menghentikan pemberian dana serta sokongan kepada sebuah pertubuhan haram yang dipimpin Khalid.

"Pertubuhan haram itu tidak berdaftar dengan UiTM dan bukan pertubuhan yang mewakili pelajar UiTM," ujarnya.

Bulan lalu, Khalid yang merupakan Naib Pengerusi pertubuhan haram itu telah mengeluarkan kenyataan: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Khalid yang menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai idola, mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas dia terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.


Friday, 4 May 2012

Status pelajar UiTM selepas siasatan


SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata status sama ada Khalid Mohd Ismath akan dibuang atau tidak kerana mengugut mahu membunuh polis akan ditentukan selepas polis selesai melakukan siasatan terhadap pelajar itu.
Sambil menyifatkan tindakan pelajar tahun dua Fakulti Undang-Undang itu mencemar imej UiTM, beliau berkata pusat pengajian tinggi itu boleh menggunakan Akta 174 yang tertakluk di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
“Berdasarkan akta ini, kita boleh pecat atau singkir Khalid. UiTM juga akan kumpul data dan bukti kukuh mengenai kelakuan yang bertentangan dengan pusat pengajian ini. Jadi, kita tunggu hasil siasatan polis sebab pihak berkuasa sedang cari dia sekarang ini.
“Berdasarkan laporan yang dibuat, memang kita lihat Khalid melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang termaktub. Jadi, kita lihat apa tindakan selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) di Bangunan Canselori di sini hari ini.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan, Mohd Noraizat Norazam.
Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Khalid sudah banyak kali gagal hadir kelas, beliau mengarahkan Bahagian hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menyiasat perkara itu.
Ujar beliau, perjuangan yang cuba dibawa Khalid tidak mendapat sokongan kira-kira 200,000 pelajar pusat pengajian itu, kerana ia mempunyai pelbagai unsur yang boleh memudaratkan keharmonian negara.
Noraizat yang ditemui turut menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan pemberian dana serta sokongan kepada Kumpulan Aktivis
Mahasiswa Indipenden (Kami) dengan Khalid sebagai naib pengerusinya.
Kami pertubuhan haram
“Kami adalah pertubuhan haram dan tidak berdaftar dengan UiTM. Kami juga bukanlah pertubuhan yang mewakili pelajar UiTM. Dana yang diberi kerajaan negeri itu ialah duit rakyat dan ia tidak harus diberikan sewenang-wenangnya,” katanya.
Baru-baru ini, Khalid mengeluarkan kenyataan di laman sosial facebook berbunyi “Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan”.
Kenyataan terbabit dikeluarkan sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu kota Sabtu lalu.
Waris Wawasan turut menyerahkan memorandum berkenaan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sementara itu, kumpulan mahasiswa terbabit turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Selangor yang membantah sebarang bantuan kewangan disalurkan kepada Kami.
Memorandum itu diterima oleh penolong setiausaha cawangan biasiswa dan pelajaran, Nurul Faizah Hamzah.
Menerusi memorandum itu, kumpulan mahasiswa tersebut menuntut kerajaan negeri memenuhi dua tuntutan iaitu menamat dan membatalkan sebarang memorandum persefahaman Kami kerana ia bukan sebuah persatuan yang sah berdaftar.
Mereka juga mahu kerajaan negeri menghentikan sebarang tajaan dan penyaluran dana kepada Kami.
Selain penyerahan kepada kerajaan negeri, mereka juga turut menghantar memorandum kepada pihak istana.


Khalid Ismath LAGI; TATATERTIB



Tepat jam 9.00 pagi tadi 4/5/2012, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gerak Wawasan telah berkumpul di hadapan banggunan Cancelori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam bagi menghantar memorandum untuk menggesa pentadbiran UiTM mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap seorang Mahasewel bernama Khalid Mohd Ismath yang telahh bersetuju semua Polis Malaysia diBUNUH yang telah di tulis di Facebooknya sendiri. Hal ini teah mengundang kemarahan Mahasiswa yang merasakan bahawa selama ini PDRM telah menjaga keamanan negara dan patut dipertahankan dan bukannya diBUNUH seperti yang di inginkan oleh Mahasewel tersebut. 



Jam 9.15 pagi tadi, Naib Cancelor Uitm Shah Alam Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar telah menunggu Gerak Wawasan di lobi Cancelori untuk menerima memorandum supaya mahasewel Khalid Ismath diambil tindakan tegas terhadap perbuatannya yang telah memburukkan nama UiTM Shah Alam disamping telah melakukan banyak siri-siri demonstrasi disekitar Ibu Kota dan di Universiti Pendidikan Sultan Idris serta banyak mengeluarkan hasutan-hasutan yang disebarkan supaya membenci pemerintah. 



Soalan diajukan kepada NC UiTM sama ada apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak UiTM, beliau berkata "jika betul Khalid bersalah, dia patut di PECAT daripada UiTM kerana semasa masuk UiTM mereka telah berikrar untuk menjaga nama baik UiTM"Memorandum telah diserahkan oleh Kamal Maarof BIN Abd Jamal yang merupakan Yang Dipertua Pewaris Adat Perpatih yang merupakan salah sebuah persatuan yang bernaung di bawah Gerak Wawasan. NC UiTM berasa kagum kerana masih ada Mahasiswa yang peka terhadap nama baik UiTM. Terdapat 3 memorandum beraansingan yang diserahkan serentak hari ini oleh Gerak Wawasan. 


MEMORANDUM YANG DISERAHKAN KEPADA NAIB CANCELOR UITM SHAH ALAM


MEMORANDUM YANG DISERAHKAN DI ISTANA NEGARA KEPADA DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG DAN DULI-DULU YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU.




MEMORANDUM YANG DISERAHKAN KEPADA S/U KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Pemikir Politik : Mahasiswa UiTM bangkit menolak Mahasewel dan Syiah!! jangan terus biarkan mahasewel merosakkan nama institusi sendiri!! TAHNIAH GERAK WAWASAN!!


Sumber: Pemikir Politik

Middle Voices dapatkan untuk maklumat semua rakan di luar sana. Terima kasih Pemikir Politik.