Tepat jam 9.00 pagi tadi 4/5/2012, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gerak Wawasan telah berkumpul di hadapan banggunan Cancelori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam bagi menghantar memorandum untuk menggesa pentadbiran UiTM mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap seorang Mahasewel bernama Khalid Mohd Ismath yang telahh bersetuju semua Polis Malaysia diBUNUH yang telah di tulis di Facebooknya sendiri. Hal ini teah mengundang kemarahan Mahasiswa yang merasakan bahawa selama ini PDRM telah menjaga keamanan negara dan patut dipertahankan dan bukannya diBUNUH seperti yang di inginkan oleh Mahasewel tersebut.
Jam 9.15 pagi tadi, Naib Cancelor Uitm Shah Alam Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar telah menunggu Gerak Wawasan di lobi Cancelori untuk menerima memorandum supaya mahasewel Khalid Ismath diambil tindakan tegas terhadap perbuatannya yang telah memburukkan nama UiTM Shah Alam disamping telah melakukan banyak siri-siri demonstrasi disekitar Ibu Kota dan di Universiti Pendidikan Sultan Idris serta banyak mengeluarkan hasutan-hasutan yang disebarkan supaya membenci pemerintah.
Soalan diajukan kepada NC UiTM sama ada apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak UiTM, beliau berkata "jika betul Khalid bersalah, dia patut di PECAT daripada UiTM kerana semasa masuk UiTM mereka telah berikrar untuk menjaga nama baik UiTM"Memorandum telah diserahkan oleh Kamal Maarof BIN Abd Jamal yang merupakan Yang Dipertua Pewaris Adat Perpatih yang merupakan salah sebuah persatuan yang bernaung di bawah Gerak Wawasan. NC UiTM berasa kagum kerana masih ada Mahasiswa yang peka terhadap nama baik UiTM. Terdapat 3 memorandum beraansingan yang diserahkan serentak hari ini oleh Gerak Wawasan.
MEMORANDUM YANG DISERAHKAN KEPADA NAIB CANCELOR UITM SHAH ALAM
MEMORANDUM YANG DISERAHKAN DI ISTANA NEGARA KEPADA DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG DAN DULI-DULU YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU.
Pemikir Politik : Mahasiswa UiTM bangkit menolak Mahasewel dan Syiah!! jangan terus biarkan mahasewel merosakkan nama institusi sendiri!! TAHNIAH GERAK WAWASAN!!
Sumber: Pemikir Politik
Middle Voices dapatkan untuk maklumat semua rakan di luar sana. Terima kasih Pemikir Politik.
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!