Friday 11 May 2012

KARISMA; Jangan Berjudi

Assalamualaikum dan salam pencinta negara.

KARISMA, Kumpulan Rakan Siswa Malaysia, dekat Bangunan JPA, Putrajaya semalam telah bangkit menyampaikan pandangan dan pendirian mahasiswa berkenaan dengan Demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas bertentangan dengan amalan hidup rakyat Malaysia.

Perhimpunan Aman ini dilaporkan oleh pemberita telah bermula sekitar jam 1.30 petang dengan kejayaan mengumpulkan hampir 900 mahasiswa berbagai universiti termasuk IPTA dan IPTS sekaligus berjaya membuktikan pendirian mereka yang menolak keganasan di dalam berdemonstrasi.

RAMAI, di perkarangan bangunan JPA
Selain itu tertulis di banner-banner peserta perhimpunan aman ini, "Jangan Perjudikan Keamanan Negara" yang jelas menyampaikan idea mahasiswa seluruh negara yang menolak Demonstrasi BERSIH 3.0 dalam masa yang sama menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Polis Di Raja Malaysia, PDRM yang selama ini terpuji di dalam menjalankan tugas sebagai pengaman Malaysia.

Mengikut sumber, satu deklarasi aman telah berjaya diserahkan kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang diterima oleh Dato' Sufian Awang, Setiausaha Politik beliau selain penyerahan sijil penghargaan kepada Dato' Wira Saleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  di sini semalam yang sedemikiannya menyokong professionalisme polis Malaysia dan tidak terkecuali wakil Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR yang turut menerima sijil penghargaan.

Sementara itu, "kami inginkan perhimpunan aman yang nyata menjaga ketenteraman dan keamanan negara yang boleh dicontohi dan bukannya yang merosakkan." ulasan mahasiswa yang turut serta diperkarangan bangunan JPA yang mengulas kepada keganasan BERSIH 3.0 yang lalu.

# Harus jadikan contoh...agar tidak berjudi dengan tebusan keamanan negara!

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!