Sunday, 6 May 2012

Ibu Tua Yang Sedang Menipu

Assalamualaikum dan Selamat Hari Ibu Safira Safri ucapkan kepada semua Ibu ibu dan rakan Middle Voices.

"Ibu Tua yang sedang menipu" menjadi pilihan SS kerana pemikiran pendek dan akal tunjang mahasiswa pembangkang gagal berfungsi dengan baik. Kerana sejauh mana pun kebenaran itu, tapi jika ia tidak memihak kepada Anwar, maka UMNO akan dipersalahkan.

Maka mereka katakan "Ibu Azmin Ali dibayar oleh UMNO" sekaligus menjelaskan betapa rendahnya akhlak mahasiswa yang telah dirosakkan mindanya oleh dakyah dakyah pembangkang.

Azmin Ali, dipandang lebih mulia daripada ibunya yang merintih. Berkecil hati wanita tua itu menangis mendengar kata kata wakil rakyat yang berjaya itu tatkala hari raya menjelma.

"Saudara saya ialah Anwar Ibrahim" ujar Azmin Ali kepada Ibunya. Sentap! Tidak bernyawa seketika Ibunya barangkali mendengar suara syaitan yang memutuskan talian persaudaraan tatkala hari baik yang menggalakkan ikatan talian persaudaraan.

Hayatilah..... Makanan di rumah ibu sendiri yang dikatakan makanan haram! Hancur hati ibu itu.. menangis!

Masih UMNO yang dipersalahkan.... mereka doakan kehancuran ibu ini. Nauzubillah...



Prologue: Akhir kata, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk terus menyayangi ibu bapa dan keluarga. Mana yang baik itu diambil dan yang tidak baik itu ditinggalkan.

Jangan dibiarkan ibu kita menangis.... Mari bersama katakan kepada ibu kita, "Ibu, Saya sayang ibu". Angkatkan tangan dan lapkan air mata ibu kita jika mereka menangis. Kelak kita akan terima balasannya yang mana jika baik perbuatannya maka baiklah hasilnya dan vice versa.

#Telefon ibu anda sekarang sebelum orang lain menghubungi anda kerana ibu anda tidak lagi boleh berbuat demikian....

2 comments:

  1. Tak tahu lah siapa yang sanggup komen mcm itu.Seorang ibu takkan senang2 melahirkan rasa hatinya seperti Che Tom,ibu yb azmin..melainkan terlalu sedih sehingga tak mampu menahan sedih.Janganlah semua benda dipolitikkan.Hairan sungguh orang Malaysia lani..politik mengatasi segala2nya.api kebencian dlm masyarakat kita semakin marak.Semoga api itu padam dengan hujan kasih sayang sesama kita.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!