Sunday, 6 May 2012

Pembangkang DI TEGUR Pelajar UiTM

Sidang Akhbar di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi Mara, Jumaat - 4 Mei 2012
Shah Alam, diperkarangan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, sekumpulan mahasiswa yang merupakan wakil daripada Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman UiTM yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan bertindak menegur barisan Kepimpinan Pembangkang jumaat lalu selepas memberitahu pemberita ketika sesi sidang akhbar.

Uzey (Waris Wawasan), memberitahu pemberita akan kekecewaannya
terhadap kepimpinan pembangkang yang tidak menunjukkan contoh
dan tauladan yang baik.
Menurut salah seorang daripada mereka ketika ditemubual oleh pemberita, tindakan menegur pihak pembangkang ini dibuat atas dasar anisiatif mereka sebagai kumpulan pemimpin pelajar yang melihat tindakan kepimpinan pembangkang yang sudah melampau dan tidak boleh dibiarkan sehingga mencabul keharmonian Rukun Negara.

Menurutnya lagi, kebangkitan mereka hari ini juga kerana tidak sanggup melihat rakan kampus mereka (Khalid Ismath) mempergunakan nama Universiti Teknologi MARA untuk berdemonstrasi sekaligus menjatuhkan imej dan reputasi universiti itu.

"Kami, Waris Wawasan ingin memberikan teguran tegas kepada barisan kepimpinan pembangkang kerana menunjukkan contoh dan tauladan yang tidak baik kepada mahasiswa dan memperalatkan mahasiswa UiTM seperti Khalid Ismath." 

"Kami kasihankan Khalid Ismath kerana diperguna oleh anasir luar yang berkepentingan politik individu, malah kepimpinan pembangkang ini telah mencabul keharmonian Rukun Negara, oleh yang demikian, Waris Wawasan hari ini akan menghantar 3 memorandum, iaitu yang pertama kepada Naib Canselor UiTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan seterusnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong serta Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu."

Waris Wawasan memberitahu pemberita sebaik sahaja berjaya menyerahkan Memorandum Bantahan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I) kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui pegawai khas beliau yang diwakilkan.

Waris Wawasan diperiksa oleh ASP Shahar sebelum Pengerusinya
diberi kebenaran untuk masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar

Raja Raja Melayu di Istana Negara
Warisan Wawasan yang juga dipengerusikan oleh Mohd. Noraizat Norazam turut memberikan memorandum saranan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, agar menitah mengadap pemimpin pembangkang untuk memberi teguran tegas terhadap tindakan mereka yang selama ini jelas bertentangan dengan Kedaulatan Undang-Undang selain menyarankan agar sebuah Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara ditubuhkan.

Selain itu, Memorandum Saranan kepada SPB YDPA dilaporkan telah berjaya diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja seawal jam 2.30 petang di Istana Negara pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 selain berjaya menghantar 2 memorandum yang lain termasuk kepada DYMM Sultan Selangor.

#Teguran tegas kepada pembangkang yang selama ini jelas bertentangan dengan Kedaulatan Undang Undang...

2 comments:

  1. this kind of issue elate me the most. Since the range of age is somewhat of my area,so i think its cool. thx for the sharing midvoice. (:

    ReplyDelete
  2. yes.it is logic.i can accept it.i know this man.uzey,president of karisma.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!