Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Friday, 8 June 2012

#UiTM; Khalid Akan Adakan Parti Gas Pemedih Mata

Assalamualaikum dan Salam perpaduan. UiTM sentiasa di hatiku.

Siswa UiTM baru sahaja menerima maklumat daripada beberapa orang rakan daripada Fakulti Undang-undang bahawa satu demonstrasi akan dijalankan secara besar-besaran di Bangunan Budisiswa UiTM, HARI INI pada jam 8.30 pagi bagi membela nasib penuntut fakulti itu yang dipanggil untuk menghadiri satu perbicaraan tatatertib.

Mengikut sumber, Khalid Ismath dan Rakan seperjuangannya telah menjemput semua mahasiswa untuk bersama-samanya menghadiri perbicaraan tersebut melalui laman sosial facebooknya. Namun, apa yang tidak enak, apabila jemputan itu disertai dengan ugutan untuk mengadakan Parti Gas Pemedih Mata dan K-Pop sekiranya keputusan Lembaga Tatatertib tidak menyebelahinya.

Middle Voices berharap agar mahasiswa dapat meneliti pertuduhan ke atas dia dengan baik sejurus menyerahkan pertuduhan kepada Panel Lembaga Tatatertib UiTM untuk membuat keputusan samada Khalid bersalah ataupun tidak.

Khalid yang akan didakwa kerana telah membuat ugutan kepada Polis dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap kepimpinan negara termasuk tidak hadir ke kuliah disahkan oleh dirinya sendiri akan hadir ke Kamar Perbicaraan mengikut waktu dan masa yang dijadualkan.

Menurut sumber lain pula, WARIS WAWASAN yang dihubungi Siswa UiTM petang tadi memperjelaskan kesediaan mereka untuk turut sama berkumpul pagi ini bagi menyampaikan sokongan kepada Panel pendakwaan agar tindakan wajar dikenakan kepada Khalid yang telah banyak membuat ona dengan memburukkan nama dan imej UiTM.

"Kami dapat maklumat kononnya SMM telah mengerahkan budak-budak dia untuk datang membuat demonstrasi untuk memboikot perbicaraan dan keputusan lembaga tatatertib UiTM. Oleh itu kami juga akan turun bersama-sama untuk melihat gelagat mereka disamping memberikan sokongan padu kepada panel pendakwaan UiTM" ujarnya melalui panggilan telefon.

Sebelum itu, menurut seorang pelajar Fakulti Undang Undang yang enggan memberitahu namanya, Khalid Ismath adalah wajar untuk dikenakan tidakan tatatertib dan harus diberikan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua penuntut di universiti melayu itu.

"sebenarnya dia tak layak dibicarakan, eloknya ambil sahaja tindakan tatatertib atau bagi sahaja hukuman tegas seperti buang universiti supaya bagi pengajaran sikit" katanya.

Selepas ditanya lagi, samada tidakan membuang itu begitu drastik, pelajar tersebut sekali lagi memberikan komennya;

"dia buat demonstrasi tu, tak pergi kelas! itu tandanya dia pun memang taknak belajar, jadi tindakan memalukan nama uitm dengan drastik juga harus selari dengan pembuangan secara drastik" ujarnya dengan tegas sambil mendapat sokongan rakan-rakannya yang berkerumun di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam.

Siswa UiTM jelas dengan pergolakan dan perancangan untuk menggagalkan perbicaraan ini ataupun untuk mengganggu keamanan perbicaraan ini daripada berjalan dengan lancar.

Seharusnya, mahasiswa bertindak matang dengan menghormati keputusan dan memberi kepercayaan kepada panel tatatertib untuk membuat pertimbang telitian dan justifikasi.

#Jangan benarkan sesiapa sahaja merabakkan keamanan dan perpaduan pelajar UiTM seperti apa yang cuba dilakukan oleh segelintir mereka yang lupa akan falsafah pendidikan di UiTM.

Saturday, 12 May 2012

1,000 mahasiswa wakili 18 universiti tunjuk sokongan kepada PM

Sebahagian 1,000 Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) dari 18 Universiti seluruh Malaysia berhimpun pada Program Seminar Keamanan Untuk Negara 'Suara Mahasiswa 1Malaysia' dan menyerahkan Deklarasi Aman kepada Perdana Menteri di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 10 Mei - Seramai 1,000 mahasiswa daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) mewakili 18 universiti seluruh negara hari ini menyerahkan deklarasi aman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menunjukkan sokongan penuh mahasiswa terhadap kerajaan.

Penyelaras Deklarasi Aman Karisma, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, deklarasi itu bagi menepis dakwaan pelbagai pihak yang melabelkan mahasiswa propembangkang.

Beliau menegaskan, majoriti mahasiswa tidak menyokong pembangkang sebaliknya berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, lima perkara diketengahkan dalam deklarasi itu iaitu menyokong dan bersama kepimpinan Perdana Menteri, menolak segala bentuk kekacauan, provokasi dan demonstrasi yang menggugat keamanan negara dan menjadikan mahasiswa golongan yang bebas.

"Memastikan penyebaran fakta yang tepat dan berasas agar tidak timbul kekeliruan di kalangan rakyat serta memastikan isu moral dan salah laku bebas ditangani secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan deklarasi tersebut kepada wakil Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian Awang.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa tersebut menghadiri Seminar Keamanan untuk Negara bertajuk "Suara Mahasiswa 1Malaysia".

Mereka kemudiannya mengadakan perhimpunan aman bagi membantah perhimpunan Bersih 3.0 dan menentang isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Kumpulan tersebut kemudiannya menuju ke bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil Polis Diraja Malaysia, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid dan wakil SPR, Timbalan Setiausahanya, Datuk Nordin Che Ngah.

Menurut Muhamad Mukhlis, seluruh mahasiswa yang enyokong perhimpunan tersebut sebenarnya sudah tidak tahan dengan sikap pembangkang yang selalu menggunakan mahasiswa untuk menyebarkan agenda masing-masing.

"Kami datang ke sini kerana sudah jelik, bosan dan marah dengan demonstrasi yang diadakan untuk menggugat keamanan negara di mana mahasiswa dijadikan alat untuk menjayakannya.

"Apa yang mereka lakukan langsung tidak membantu sebaliknya mereka tidur di Dataran Merdeka, merosakkan harta benda awam, kalung bunga pada potret pemimpin dan sebagainya yang menunjukkan rendahnya tahap intelektual mahasiswa kita," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Friday, 11 May 2012

KARISMA; Jangan Berjudi

Assalamualaikum dan salam pencinta negara.

KARISMA, Kumpulan Rakan Siswa Malaysia, dekat Bangunan JPA, Putrajaya semalam telah bangkit menyampaikan pandangan dan pendirian mahasiswa berkenaan dengan Demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas bertentangan dengan amalan hidup rakyat Malaysia.

Perhimpunan Aman ini dilaporkan oleh pemberita telah bermula sekitar jam 1.30 petang dengan kejayaan mengumpulkan hampir 900 mahasiswa berbagai universiti termasuk IPTA dan IPTS sekaligus berjaya membuktikan pendirian mereka yang menolak keganasan di dalam berdemonstrasi.

RAMAI, di perkarangan bangunan JPA
Selain itu tertulis di banner-banner peserta perhimpunan aman ini, "Jangan Perjudikan Keamanan Negara" yang jelas menyampaikan idea mahasiswa seluruh negara yang menolak Demonstrasi BERSIH 3.0 dalam masa yang sama menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Polis Di Raja Malaysia, PDRM yang selama ini terpuji di dalam menjalankan tugas sebagai pengaman Malaysia.

Mengikut sumber, satu deklarasi aman telah berjaya diserahkan kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang diterima oleh Dato' Sufian Awang, Setiausaha Politik beliau selain penyerahan sijil penghargaan kepada Dato' Wira Saleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  di sini semalam yang sedemikiannya menyokong professionalisme polis Malaysia dan tidak terkecuali wakil Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR yang turut menerima sijil penghargaan.

Sementara itu, "kami inginkan perhimpunan aman yang nyata menjaga ketenteraman dan keamanan negara yang boleh dicontohi dan bukannya yang merosakkan." ulasan mahasiswa yang turut serta diperkarangan bangunan JPA yang mengulas kepada keganasan BERSIH 3.0 yang lalu.

# Harus jadikan contoh...agar tidak berjudi dengan tebusan keamanan negara!

Sunday, 6 May 2012

Khalid Ismath Temui Jalan Buntu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Middle Voices mendapat maklumat yang menyatakan bahawa Khalid Mohd Ismath, pemburuk nama Universiti Teknologi MARA atau yang lebih dikenali sebagai Naib Presiden kepada persatuan yang menerima dana daripada Pembangkang hari ini telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pudu untuk disoal siasat.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan Safira Safri apabila informer Middle Voices melaporkan bahawa, Khalid Ismath tidak ditangkap atau yang lebih jelas, dia telah menyerah diri sebaik menerima jalan buntu kerana sedar akan kesilapannya yang mengeluarkan kata-kata hasutan dan kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 28 A Kanun Tatacara Jenayah dan di bawa ke Pusat Tahanan untuk disoal siasat.

Khalid Ismath menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Cheras sebelum ditahan polis sambil berpelukan dengan IBUnya yang dikatakan sakit akibat USUS Pecah pada BERSIH 3.0 yang lalu.  


Sebelum itu, Khalid Ismath sehari selepas Peristiwa Rusuhan BERSIH 3.0 pernah membuat kenyataan bersetuju untuk membunuh semua polis seperti yang dipaparkan di dalam entri Khalid Ismath; Peguam sentiasa bersama...

"Saya setuju jika semua Polis dibunuh" ujar Perosak Bangsa, Khalid Ismath

Prologue: Safira Safri melalui Middle Voices bersetuju jika pihak polis menahan Khalid Ismath dan mendakwanya secepat mungkin tanpa perlu melengah lengahkan masa agar dapat memberi pengajaran kepada mahasiswa yang lain agar tidak bertindak kurang ajar dan mencabul Rukun Negara dengan menghina kedaulatan undang undang.

#Rukun Negara yang ke 4 adalah Kedaulatan Undang Undang manakala yang ke 5 adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Maka bukakan mata dan amalkan terus terapkan....

Saturday, 5 May 2012

BERSIH 3.0: Antara Ketinggian Akhlak atau Keracunan Minda

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim... "Ya Allah, berikan petunjuk mu dan hidayah mu kepada mata mata mereka yang melihat kezaliman dan kemungkaran ini. Tunjukkanlah kebenaran kepada hati hati mereka. Amin"

Bersama ini Middle Voices bawakan gambaran sebenar berkenaan Kronologi BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 yang lalu. Pastikan anda memerhatikan tindakan perusuh BERSIH 3.0 yang melampaui batas batas keamanan dan mencabul keharmonian Rukun Negara.



Apa yang terjadi dan apa yang anda telah lihat merupakan sesuatu yang amat memalukan. Seorang wartawan akhirnya mengherdik seorang betina yang biaDAP dan kurang ajar. 

"Get out of this country....." betina jalang BERSIH 3.0

"Saya boleh cakap bahasa melayu, saya orang Islam, saya tinggal disini dan isteri saya orang Malaysia, jangan BIADAP sangat. Saya buat kerja!!" Ujar seorang wartawan kepada betina jalang BERSIH 3.0

Adakah ini yang kita mahukan. Adakah ini yang difikirkan BERSIH?

Laporan daripada Media Pembangkang:

Pendemonstran telah menterbalikkan kereta polis dan menyerangnya kerana pihak polis telah bertindak kejam dan telah melanggar pendemonstran yang tidak bersalah.

Bukti daripada Video:

Seorang demi seorang telah naik ke atas bumbung kereta polis yang sedang bergerak perlahan dan menendang cermin hadapan kereta polis sehingga terbabas di bahu jalan dan akhirnya mereka menterbalikkan kenderaan polis tersebut.

Adakah video ini menipu? atau ianya merupakan Fitnah?

Serbuan beramai ramai secara gorila terhadap  barisan hadapan polis pengaman? Adakah ini yang dikatakan perhimpunan AMAN??

Kehadiran polis sebagai jentera yang memastikan keselamatan pendemonstran dan penyelamat kepada keamanan di terima buruk oleh pendemonstran. Bas dan kereta polis dibaling dengan botol. "POLIS SIAL" kata mereka.

Adakah ini budaya rakyat Malaysia? Adakah kita gembira melihat kemusnahan hanya demi untuk memastikan kemahuan kita didengari  sedangkan ianya langsung tidak releven?

Inilah tanda kerosakan akhlak dan kebodohan manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang ingin melihat kejatuhan negara sendiri. Butakan mata jika anda lupa akan bencana yang menimpa rakyat Mesir, Libya, Palestin, Iraq, dan Syria.

Fikirkanlah kerana wajah divideo ini tidak akan menipu anda selagi anda sayangkan negara Malaysia. Bangunlah menentang kemurkaan sebelum bala tuhan menimpa anda kerana anda merupakan salah seorang yang menyumbang kepada bencana dan kemurkaan tuhan.

#Benar atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah bagaimana anda menerima kebenaran....

Wednesday, 2 May 2012

KHALID ISMATH; Peguam sentiasa bersama...

Assalamualaikum...

Jika kebebasan yang pernah diperjuangkan oleh mahasiswa kecil yang popular dek perbualan media seketika dulu! hari ini sekali lagi namanya diangkat kerana bersetuju untuk membunuh semua polis di Malaysia.

"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Khalid Ismath kali ini semakin berani mencabar Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang undang walaupun anak kecil yang nakal ini merupakan seorang penuntut undang undang di Universiti Teknologi MARA dan masih bertindak kurang matang di dalam membicarakan isu isu semasa.

Bersetuju untuk membunuh polis atau bersetuju untuk semua polis dibunuh samalah dengan berniat untuk melihat jenayah itu berlaku atau berniat untuk membunuh.

Khalid Ismath yang dibantu peguam yang tidak diketahui identitinya menasihatkan rakannya agar tidak takut kerana yakin bahawa peguam sentiasa bersama mereka di dalam memperjuangkan ideologi mereka menentang polis habis habisan.



Persoalannya, 

1. Apakah polis itu bukan manusia yang punya hak untuk teruskan hidup seperti yang lain?
2. Adakah Khalid Ismath hilang pedoman kerana asyik disogok kemewahan dan dijanjikan kedudukan sehingga sanggup membunuh polis yang rata ratanya beragama Islam dan berbangsa melayu? 
3. Apakah dosanya polis yang selama ini menjaga keamanan negara bertungkus lumus menurunkan kadar jenayah?
4. Apakah salahnya polis yang bertegas dengan mahasiswa yang jelik dan degil serta tidak punya ilmu, akhlak dan budi pekerti mulia?
5. Manakah silapnya polis sehingga kesemuanya harus dibunuh dan dilupuskan?
6. dan Bilakah masanya jasa polis ini hendak dikenang?

Maka Middle Voices menjawab mungkin benar bahawa Khalid Ismath memusuhi orang melayu dan Islam kerana telah dididik Anwar Ibrahim untuk membenci keturunan melayu Islam seperti Anwar membenci Tun Dr Mahathir.

Mungkin juga kerana ajaran Syiah yang menghalalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dibunuh kerana ratanya polis di Malaysia adalah tidak tak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mungkinkah suatu hari nanti Khalid Ismath akan berkata "Saya setuju semua orang melayu (islam) dibunuh" dek kerana Malaysia yang berimaginasikan Iraq dan Syria ketika peristiwa melayu lupa diri di dataran bertuah Merdeka pada 28 April 2012 yang lalu?

Ada kemungkinannya kerana perkara ini sedang berlaku dan telah pun berlaku ketika BERSIH 3.0 yang lalu.



"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan".

Sebenarnya, perbuatan Khalid Ismath ini telah melampaui batas. Hanya undang undang sahaja yang terlalu rigid untuk tidak menghukum perlakuan subur Khalid Ismath menghina panji panji Polis Di Raja Malaysia, PDRM.

Jika diperlihatkan dari sudut yang lain, perbuatan ini sangat merbahaya kerana telah bertindak untuk mempengaruhi dan menghasut rakyat Malaysia dan Mahasiswa khususnya. 

Perbuatan ini sebenarnya adalah untuk menghasilkan benih benih benci terhadap polis dan usaha ini sebenarnya adalah untuk merosakkan prestasi sekaligus mengubah pandangan masyarakat terhadap polis yang telah berjasa sejak berlakunya peristiwa Bukit Kepung.

Jika dahulu komunis membawa watak antagonis di dalam memusnahkan keturunan polis di Bukit Kepung dan hari ini Khalid Ismath akan mencipta sejarah sebagai mahasiswa pertama yang akan merobekkan hati malaya sekaligus meruntunkan jiwa pejuang tanah air.


Maka peristiwa pembunuhan beramai ramai di Balai Polis Bukit Kepung pada 23 Feb 1950 pasti akan kembali di mata seorang anak yang sebelumnya berakhir dengan kematian melihat ibunya dibakar oleh pembunuh kejam dan pengkhianat ini.

Jangan biarkan peristiwa 13 Mei 1969 berbuku dan berwajah baru....


Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
Islam is the way of life....
Melayu itu bangsaku...
Malaysia itu negaraku....

Prologue: Safirah Safri sedih melihat perpecahan antara melayu islam hari ini. Malaysia yang dulunya aman hari ini telah dicabul dengan rakusnya hanya untuk merebut bangunan berkubah tinggi yang terletak di Putrajaya.

Melayu hilang pertimbangan, Agama islam tiada sensitivitinya apabila dipermainkan oleh si pemeluk agama dunia. Yang peliknya, si pemeluk agama langit ini dan si bangsa pemilik tanah ini duduk dan diam dan menunggu perang.

Bangkitlah mahasiswa, janganlah diperlakukan seperti kuda. Jangan biarkan ukhwah sesama islam, melayu dan saudara ini terlerai terputus begitu sahaja.

Jangan ketepikan agama dan akhlak itu hanya kerana inginkan kuasa. Janganlah menindas orang yang tidak berdosa. Tiadanya guna segulung ijazah dan seorang peguam andainya norma kehidupan itu musnah dek rusuhan sesama sendiri.

#Hanya sekadar berpesan pesan sebelum tiadanya waktu untuk berpesan...