BERSIH 3.0: Antara Ketinggian Akhlak atau Keracunan Minda
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahim... "Ya Allah, berikan petunjuk mu dan hidayah mu kepada mata mata mereka yang melihat kezaliman dan kemungkaran ini. Tunjukkanlah kebenaran kepada hati hati mereka. Amin"
Bersama ini Middle Voices bawakan gambaran sebenar berkenaan Kronologi BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 yang lalu. Pastikan anda memerhatikan tindakan perusuh BERSIH 3.0 yang melampaui batas batas keamanan dan mencabul keharmonian Rukun Negara.
Apa yang terjadi dan apa yang anda telah lihat merupakan sesuatu yang amat memalukan. Seorang wartawan akhirnya mengherdik seorang betina yang biaDAP dan kurang ajar.
"Get out of this country....." betina jalang BERSIH 3.0
"Saya boleh cakap bahasa melayu, saya orang Islam, saya tinggal disini dan isteri saya orang Malaysia, jangan BIADAP sangat. Saya buat kerja!!" Ujar seorang wartawan kepada betina jalang BERSIH 3.0
Adakah ini yang kita mahukan. Adakah ini yang difikirkan BERSIH?
Laporan daripada Media Pembangkang:
Pendemonstran telah menterbalikkan kereta polis dan menyerangnya kerana pihak polis telah bertindak kejam dan telah melanggar pendemonstran yang tidak bersalah.
Bukti daripada Video:
Seorang demi seorang telah naik ke atas bumbung kereta polis yang sedang bergerak perlahan dan menendang cermin hadapan kereta polis sehingga terbabas di bahu jalan dan akhirnya mereka menterbalikkan kenderaan polis tersebut.
Adakah video ini menipu? atau ianya merupakan Fitnah?
Serbuan beramai ramai secara gorila terhadap barisan hadapan polis pengaman? Adakah ini yang dikatakan perhimpunan AMAN??
Kehadiran polis sebagai jentera yang memastikan keselamatan pendemonstran dan penyelamat kepada keamanan di terima buruk oleh pendemonstran. Bas dan kereta polis dibaling dengan botol. "POLIS SIAL" kata mereka.
Adakah ini budaya rakyat Malaysia? Adakah kita gembira melihat kemusnahan hanya demi untuk memastikan kemahuan kita didengari sedangkan ianya langsung tidak releven?
Inilah tanda kerosakan akhlak dan kebodohan manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang ingin melihat kejatuhan negara sendiri. Butakan mata jika anda lupa akan bencana yang menimpa rakyat Mesir, Libya, Palestin, Iraq, dan Syria.
Fikirkanlah kerana wajah divideo ini tidak akan menipu anda selagi anda sayangkan negara Malaysia. Bangunlah menentang kemurkaan sebelum bala tuhan menimpa anda kerana anda merupakan salah seorang yang menyumbang kepada bencana dan kemurkaan tuhan.
#Benar atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah bagaimana anda menerima kebenaran....
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!