Sunday 6 May 2012

INGATLAH KITA TERCIPTA DARI AIR YANG AMAT HINA


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya,
 atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar,
atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Ditempat kediaman yang dinaungi,
Kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.






1)“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004]

2) Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”
[Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104]

3) Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —-
Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya [hadis no: 1899]

Terlalu banyak hadis yang memberi keutamaan seorang ibu, walaupun jihad dipandang mulia disisi agama, namun berbakti kepada ibu adalah yang lebih utama. Ibu adalah segalanya, tanpa ibu siapa la kita. 
Redanya Allah terletak pada redanya ibu bapa.


jom layan video pula,








Penulis ingin mengajak mahasiswa untuk terus menyayangi ibu bapa dan keluarga. Mana yang baik itu diambil dan yang tidak baik itu ditinggalkan.

Jangan dibiarkan orang tua kita menangis. Angkatkan tangan dan lapkan air mata mereka jika mereka menangis. Kelak kita akan terima balasannya yang mana jika baik perbuatannya maka baiklah hasilnya dan vice versa.

Bisikkan ditelinga mereka, bahawa kita sayang mereka, minta ampun dengan mereka. mungkin ini adalah kali terakhir kita berbicara dengan mereka.

ps: saya sayang mak ayah saya. saya xnk mereka sedih dengan kelakuan saya.

SUMBER: http://melayulama.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!