Tuesday, 9 October 2012

Rektor UiTM Perak Gagal Prihatin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seri Iskandar, Rektor Universiti Teknologi MARA Perak disarankan dan seharusnya lebih prihatin di dalam memberi kebenaran kepada mahasiswa universiti itu untuk mengadakan program berbentuk rekreasi di luar daripada kawasan kampus itu sekiranya akan melibatkan mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.

Middle Voices mendapat maklumat daripada sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.

Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.

Selain itu menurutnya lagi, aktiviti yang berlangsung pada 6 Oktober lalu di Pasir Panjang Segari sebenarnya lebih kepada tindakan memprotes secara saraf kerana tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri yang meluluskan Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel selain cuba mendekati mahasiswa untuk menonjolkan sifat mereka yang kononnya prihatin terhadap alam sekitar.

Middle Voices sempat menemui seorang pegawai yang terlibat di dalam proses pindaan Akta 174 Pindaan 2012 yang dipinda supaya harmoni dengan pindaan 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti yang telah membenarkan mahasiswa berpolitik.

Menurutnya, pindaan terkini terhadap akta itu hanya membenarkan individu atau mahasiswa itu sendiri untuk berpolitik di luar kampus dan akta itu tidak pula memperuntukkan atau dengan jelas membenarkan persatuan mahasiswa atau badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk berkerjasama dengan mana-mana parti politik di dalam penganjuran program tertentu.

Pegawai tersebut yang memberitahu kepada Rakan Penulis Middle Voices kemudiannya meminta pihak Rektor UiTM Seri Iskandar menyiasat sama ada Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar itu berdaftar atau tidak kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu atau bergerak secara haram sejurus mengiakan kewujudan Pro-Pembangkang di kampus tersebut.

Malah, sekiranya terdapat penipuan terhadap kebenaran menyertai program atau aktiviti, pihak Rektor juga seharusnya mengambil tindakan segera atau jika perlu menyeret mereka yang terlibat kepada proses tatatertib kerana khuatir sekiranya dakyah politik dan pembawakan ideologi menentang kerajaan ditanamkan di dalam minda mahasiswa di kampus melayu itu.

Prologue: Middle Voices melihat pendekatan yang digunakan oleh Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak yang mengadakan aktiviti bersama mahasiswa UiTM Seri Iskandar sebagai satu tindakan yang cuba menyampaikan dakyah politik mereka secara perlahan-lahan.

Malah, isu yang diketengahkan seperti memprotes projek pembinaan logi sudah cukup menjelaskan bahawa mereka cuba menyampaikan ideologi mereka kepada mahasiswa terlibat agar bersama mereka untuk menyampaikan rasa tidak bersetuju kepada projek tersebut selain bercita-cita untuk merampas semula kerusi Kerajaan Negeri Perak menjelang PRU13.

Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, pastikan anda semua tidak terpedaya dengan ideologi kepimpinan PAS Perak yang ternyata gagal mempamerkan contoh yang baik selain pernah berlaku biadap kepada Raja Muda Perak semasa kemelut perlantikan Menteri Besar yang lalu.

Kata pujangga, "Jangan pula kamu menggigit tangan yang memberi makan" selain selayaknya mengenang jasa kerajaan yang telah sekian lama mempertahankan UiTM daripada disentuh dan dirobek oleh parti pembangkang yang menjadi pak turut kepada DAP yang jelas menentang melayu dan mempersoalkan kedudukan istimewa melayu.

#Mahasiswa UiTM, belajarlah untuk mengenang jasa dan bersyukur kerana orang yang memberi janggal untuk meminta dikenang, selain yang menerima harus faham sendiri...

32 comments:

  1. pelajar UiTM Perak6:40 pm, October 09, 2012

    I see, so kalau buat program dengan UMNO or BN boleh pulak? bukan kah tu pun PARTI POLITIK? ke mcm mana? and kalau PM or TPM datang kampus pun, ianya atas kapasiti sebagai PERDANA MENTERI, bukan KETUA PARTI, kenapa sibuk2 cemarkan kampus dengan BENDERA PARTI-PARTI POLITIK TAK KIRA DARI MANA, kami mahasiswa UITM PERAK bukannya kuda tunggangan mana2 pihak sama ada parti politik kerajaan atau pembangkang, bebaskan INSTITUSI KAMI DARI SEBARANG AGENDA POLITIK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak kata lepas ni PM tak payah sibok sibok nak suntik peruntukan kat uitm sebab PM merupakan Presiden UMNO...klau xceredik tu dok diam2 balaja...

      Delete
    2. setuju dengan pelajar UiTM Perak. slalu sgt dh kene..

      Delete
    3. keh keh keh.... pelajar UiTM Perak...busuk bebenor..buat statement lepas tu sokong dengan Anonymous...keh3x...

      Delete
    4. Program ini adalah anjuran Sam dengan kebenaran Pengarah jabatan perikanan Perak

      Delete
  2. Ada balaci PAS dr kalngan staff2 ni...bodoh punyer staf.rosakn uitm je...kerajaan BN dh byk tolong lg nak kerjesame dgn PAS SI BApak turu DAP.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahnya membuat tuduhan...semak fakta yang sebenar. Penulisan asal yang terpesong dan berniat tidak baik

      Delete
  3. "Jangan pula kamu menggigit tangan yang memberi makan"

    #Mahasiswa UiTM, belajarlah untuk mengenang jasa dan bersyukur kerana orang yang memberi janggal untuk meminta dikenang, selain yang menerima harus faham sendiri...

    KAMI MAHASISWA UiTM Seri Iskandar TOLAK SEKERAS-KERASNYA PENDEKATAN PAS BERSAMA MAHASISWA UiTM PERAK

    ReplyDelete
  4. komen 1 dgn komen 3 ... bodo !

    ReplyDelete
  5. Namapaknya mengelirukan Program Anjuran Sahabat Alam Malaysia dengan Kebenaran Jabatan Perikanan Negeri perak - Program Gotong Royong Pembersihan Pantai di Pusat Pemuliharaan Penyu Pasir Panjang telah diperhangatkan dan lari dari perkara sebenar.

    Program telah menarik penyertaan banyak pihak dan ada usaha untuk 'spin' menjadi isu politik apabila yang hadir termasuk orang pembangkang yang dikenali walaupun bilangannya kecil. Persepsi menjadi pelbagai mengikut selera penulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap ada kebenarannya, gambar boleh disalah ertikan tanpa mendapat makluamat yang sebenarnya.....janganlah dimangsakan pelajar UiTM yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Pelajar UiTM adalah pelajar yang yakin pada Ilmu, Takwa dan Mulia

      Delete
  6. kami mahasiswa uitmperak menolak mane2 parti politik yg cuba utk dekat dgn kami atas dasar meraih undian...xkira la pas ke umno!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu sama melayu gaduh merugikan bangsa sendiri... kekuatan mengurang... bangsa lain sama bangsa lain gaduh.. agenda bangsa tetap dijunjung....

      Delete
  7. betul ke? xde video ke? xde video x caye la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada video. Kalau mahu ditayangkan tentang apa yang berlaku hari tu, boleh hubungi saya...mediaperak at gmail dot com.

      Delete
  8. Betul ke kerjasama ni?

    ReplyDelete
  9. Membersihkan pantai dengan Sahabat Alam suatu yang murni
    Sahabat Alam jemput NGO, bergambarar ada org PAS yg datang dibwh nama NGO program menjadi anjuran PAS .....apahal ni. Kesihan Nama penganjur SAM pun hilang

    ReplyDelete
  10. Prihatin kepada alam sekitar, tanpa kecederungan politik adalah apa yang diharapkan kepada semua pelajar tanpa mengira universiti untuk membentuk pelajar yang mempunyai tanggungjawab sosial untuk masa hadapan. Kesediaan rakan pelajar untuk turun tanpa memfikirkan pulangan kewangan sangat dibanggakan
    SAM terus akan aktiviti yang bermanaffat untuk alam sekitar dan generasi akan datang

    ReplyDelete
  11. Salam
    Saya selaku pihak yang bertanggungjawab mengendalikan program berkenaan ingin menjelaskan beberapa perkara. Pertama, kunjungan kami ke Pasir Panjang adalah atas undangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk program lawatan dan gotong-royong SAHAJA. Program ini telah mendapat kelulusan pihak HEP Uitm Perak. Tujuan program ini adalah untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu. Kedua, pihak penganjur iaitu SAM telah menjemput orang ramai untuk turut serta. Oleh itu, kedatangan wakil politik adalah diluar kawalan. Pihak SAM juga telah menjemput Pengarah Perikanan Negeri Perak namun beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir. Ketiga, Kelab Alam Sekitar Uitm Perak adalah berdaftar dan penyertaan kami ke program tersebut HANYA untuk lawatan dan gotong-royong sahaja seperti yang terkandung di dalam surat undangan daripada SAM. Kami sentiasa menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana kami percaya pihak kerajaan telah menyelidik sedalam-dalamnya sebelum melakukan pembangunan di kawasan berkenaan. Semoga kenyataan saya ini dapat menjelaskan isu yang berbangkit dan tidak menyalahkan pihak kami serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan kenyataan saya ini tidak menyinggung mana-mana pihak kerana saya hanya ingin menjelaskan perkara yang sebenar. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mohon hubungi rakan penulis Middle Voices di UiTM dengan kadar segera atau text your number to our fan page as soon as possible...we'll call you back. Tq

      Delete
  12. Salam, saya mohon agar ditarik balik kenyataan yang telah mencemarkan nama baik rektor uitm perak. tidak sepatutnya kenyataan ini dikeluarkan tanpa menyiasat terlebih dahulu apa sebenarnya yg terjadi. saya sabagai pelajar uitm perak amat kecewa sekali. sepatutnya pihak middle voices menyelidik tentang kesasihan berita ini sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini yg boleh mengundang kontroversi dan secara tidak langsung menjatuhkan reputasi uitm perak.

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sila tinggalkan nama dan no tel untuk dihubungi oleh Admin UiTM.

      Nombor anda tidak akan dipamerkan. TQ

      Delete
  13. Salam..saya merupakan salah seorang peserta yang terlibat dalam program gotong royong yang diadakan pada minggu lepas. Saya berasa amat kesal dengan tindakan pihak Middle Voice yang mengembar-gemburkan berita yang tidak diketahui kesahihannya sehinggakan tergamak memperburukkan nama baik UiTM Perak sekaligus mengaibkan Rektor UiTM Perak. Sebenarnya kami telah menerima jemputan daripada pihak SAM untuk bersama-sama menjayakan gotong royong di kawasan pendaratan penyu di Pasir Panjang.Tiada video-video yang dirakam oleh pihak kami kerana tujuan asal kami ke sana untuk bergotong royong bukan untuk bersuka ria. Niat murni kami telah disalah ertikan oleh pihak Middle Voice apabila menyebarkan berita palsu ini. kami tidak tahu menahu langsung tentang kehadiran aktivis-aktivis dan ahli politik seperti yang disebut oleh pihak anda. oleh itu,kami ingin menegaskan bahawa walaupun dengan kehadiran aktivis-aktivis tersebut,ia sama sekali tidak mempengaruhi niat asal kami. kami harap pihak anda memperbetulkan balik kenyataan yang memperburukkan nama baik Rektor UiTM Perak sekaligus menebus kembali maruah UiTM Perak di mata umum.Jangan memperburukkan orang lain demi kepentingan sendiri. "Majulah UiTM untuk bumiputera"

    ReplyDelete
  14. Salam…saya merupakan salah seorang peserta aktiviti gotong royong di pasir panjang pd 6hb 10 yg lepas. Saya terpanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar yang tidak diketahui oleh pihak anda setelah melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak anda. Saya berasa amat kesal dengan tindakan pihak anda yang menggembar-gemburkan berita yang saya pasti anda sendiri tidak pasti kesahihannya. Untuk pengetahuan pihak anda, kelab alam sekitar UiTM Perak telah menerima jemputan gotong-royong daripada pihak SAM pada tarikh tersebut. Kami langsung tidak tahu menahu tentang kehadiran pihak aktivis dan parti politik yang juga ingin turut serta menjayakan program tersebut. Walaubagaimanapun, kehadiran para aktivis dan parti politik tersebut tidak sedikit pun mengganggu gugat niat asal kami yang ingin sama-sama memelihara tempat pendaratan penyu. Hal ini bertambah teruk apabila nama Rektor UiTM Perak turut menjadi isu kononnya beliau tidak prihatin sedangkan beliau sendiri amat menitik berat tentang alam sekitar. Oleh itu, saya berharap pihak anda dapat memulihkan kembali keadaan sekaligus memperbaiki nama baik Rektor UiTM Perak serta UiTM Perak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan komen diatas. Projek Gotong Royong itu dianjurkan oleh SAM. Saya dari Mediaperak dijemput untuk hadir. Bukan itu saja, kami membantu SAM untuk mewar-warkan projek ini.

      Tentang kehadiran pemimpin politik, itu bukan atas undangan SAM. Malah dia tidak diminta berucap pun...sebaliknya dia yang mintak mikrofon. Kita bagi dia mikrofon kerana bersangka baik, tapi bila dia cuba mengambil kesempatan...yang tu sapa boleh kontrol?

      Delete
  15. Hai assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian,

    Saya Muhammad Aliff Asyraf Bin Rosli, selaku Mantan Presiden Kelab Alam Sekitar UiTM Perak ingin memohon ruang kepada rakan-rakan untuk menjelaskan beberapa isu berbangkit kebelakangan ini.

    Pertama, saya secara peribadi merasa kecewa dengan tindakan sebuah blog yang memaparkan berita berunsur fitnah, berniat jahat serta tidak menepati etika penulisan dalam artikel mereka yang terbaru berkenaan isu kononnya Kelab Alam Sekitar UiTM Perak mengadakan aktiviti bersama dengan pergerakan politik di luar kampus seperti yang ditulis oleh penulis. Penulis juga bertindak menimbulkan persepsi mengatakan Kelab Alam Sekitar UiTM Perak merupakan sebuah persatuan haram dan tidak berdaftar di bawah UiTM Perak. Artikel tersebut juga dikatakan memberi imej buruk terhadap pentadbiran UiTM Perak kononnya gagal prihatin berkenaan aktiviti pelajar UiTM Perak di luar kampus.

    Kedua, Program Gotong Royong Pembersihan Pantai di Pusat Pemuliharaan Penyu Pasir Panjang merupakan Program Anjuran Sahabat Alam Malaysia dengan Kebenaran Jabatan Perikanan Negeri Perak merupakan program berbentuk aktiviti kemasyarakatan dan kesedaran yang dianjurkan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan ia penglibatannya terbuka pada orang awam unuk menyertainya. Pihak pentadbiran UiTM Perak juga sudah meluluskan aktiviti ini dan memberi kebenaran kepada ahli-ahli Kelab Alam Sekitar UiTM Perak untuk menyertai program yang diadakan.

    Ketiga, sebagai Mantan Presiden Kelab Alam Sekitar UiTM Perak, kelab ini tidak bernaung di bawah mana-mana pergerakan politik tanah air, dan kami mempunyai inisiatif sendiri dalam menyampaikan mesej alam sekitar kepada masyarakat melalui program jelajah kampung, program kesedaran serta beberapa aktiviti dan modul lain yang melibatkan alam sekitar. Justeru itu, berkenaan artikel mengatakan sebuah parti politik menggunakan ahli-ahli Kelab Alam Sekitar UiTM Perak adalah berniat jahat, fitnah dan tidak mempunyai nilai berita yang sah.

    Sejujurnya, kami sering melakukan kerjasama dengan beberapa NGO dan jabatan lain dalam menyampaikan mesej alam sekitar seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM), Kelab Pengguna UiTM Perak, KPDNKK, Jabatan Alam Sekitar, JPS dan sebagainya. Segala aktiviti kelab telah direkodkan dan segala laporan aktiviti telah kami sampaikan kepada Hal Ehwal Pelajar UiTM Perak untuk rekod. Justeru itu, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kami adalah sebuah pertubuhan yang sah di bawah peraturan universiti.

    Sebagai penutup, saya memohon rakan-rakan yang terdengar dan terbaca mengenai kisah ini, mohon membantu kami dalam memberikan gambaran situasi sebenar. Diharap penulis blog tersebut menarik semula artikel tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kelab Alam Sekitar UiTM Perak dan juga pihak pentadbiran UiTM Perak khususnya.

    Segala pertolongan dari pihak saudara/i, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Mari bersama melestarikan alam sekitar dan menjaga keseimbangan ekosistem alam!

    Sekian,

    MUHAMMAD ALIFF ASYRAF BIN ROSLI
    Mantan Presiden,
    Kelab Alam Sekitar UiTM Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorh cepatnya melatah hangpa ni.... memang betoi lah pon rektor kne prihatin...klu berlaku kes mcm ni...hak tu yg rektor kne jawab....dia sepatutnya tau....kan depa kata dah rektor harus prihatin @ berhti-hati klu nk bg kebenaran peljar wt prog kat luar...ni tidak....tak tau pa diaa..

      Delete
    2. Siapa yang melatah....Org yang tidak melihat kepada hasrat murni tetapi sentisa bersifat prasangka. Jadi manusia biar melihat kepada kesejahteraan sejagat, bukan atas dasar kebenciaan sesama kita. Apabila ia suatu kebenaran wajib diterima.

      Delete
  16. Apa maksud prihatin? Pelajar terlibat dalam aktiviti membentuk pelajar yang agar tahu tanggung jawab perlu disokong tambahan pula ada Agensi bertanggung jawab Jabatan Perikanan. Berita ditulis kebenaran sudah tiada, masih ada komen dari hamba Allah yang berfikiran kolot dan tidak terbuka.

    ReplyDelete
  17. jgn layan sgt.. the blogger is pro-kerajaan. hahaha... kepada middle voices,, get your fact straight. sedangkan KJ pernah masuk UiTM shah alam, and Puteri UMNO pernah cube untuk menggunakan Kolej Mawar untuk program meraka,,inikan pulak program kat luar. Mahasiswa ini haruslah dilayan matang. Tulisan anda ini menunjukan anda ini seorang partisan. saya cadangkan, jadilah pembodek yg tegar menggunakan nama yg betul dan tidak berselindung seperti ini. jangan guna baju mahasiswa untuk mebodek sgt. anda haruslah lebih adil dlm melaporkan sesuatu perkara. kalau anda buat mcm ni,,org makin bnci dengan kerajaan..

    salam
    -ahli pemuda umno berdaftar-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih3x seorang pemude UMNO yg kononnya UMNO... muke berlapek3x

      Delete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!