Showing posts with label sopan santun. Show all posts
Showing posts with label sopan santun. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

Bekas Mufti Perlis; "Hodoh Akhlaknya"

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Mengimbau kepada entry Middle Voices sebelum ini, Mahasiswa Pamer Ketidakmatangan dan Mahasiswa Dibuang Kolej mendapat teguran selain disifatkan memalukan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri kelmarin bercakap kepada pemberita bahawa masyarakat ditanamkan perasaan benci sehingga menolak adab dan budaya.



"Apa yang berlaku ini adalah perlambangan kepada hilangnya adab hilangnya manusia sudah tidak tahu bagaimana cara untuk mereka berbeza, saya tidak rasa masalah untuk ada perbezaan pendapat, ini adalah negara demokrasi, tetapi apabila sampai kepada peringkat yang begitu buruk perangainya, sampai begitu hodoh akhlaknya, begitu tak dapat diterima oleh sebuah masyarakat yang bertamadun"

Prologue: Middle Voices bersetuju dengan Dr Asri yang berpendapat bahawa perlakuan buruk yang dipamerkan oleh segelintir mahasiswa hanya untuk menunjukan perasaan tidak puas hati merupakan perbuatan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat bertamadun.

Tambahan lagi, perbuatan yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa kebelakangan ini adalah curang dan mencabul kehormatan dan kedaulatan rukun negara yang ke lima yakni Kesopanan dan Kesusilaan.

Sesungguhnya, jika diingat kembali tujuan Rukun Negara diperkenalkan, adalah untuk mendapatkan kesepakatan dan meningkatkan nilai dan semangat cintakan tanah air melalui perpaduan antara kaum yang terbina.

Namun, pencabulan demi pencabulan terhadap rukun negara yang ke lima ini menjadikannya cacat dan terus dicabuli oleh kumpulan mahasiswa tunjuk perasaan yang tidak bertanggungjawab sekaligus menganggu gugat keamanan yang dikecapi negara sejak 55 tahun merdeka.

Walaubagaimanapun, peranan untuk menjaga dan memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara bukanlah hanya disandang di bahu pemimpin negara dan ahli politik semata-mata.

Sebaiknya, mahasiswa dan badan bukan kerajaan, NGO turut bersama berganding bahu memelihara dan menanamkan nilai taat setia kepada rukun negara bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bertamadun, aman dan sejahtera.

#Mahasiswa Aspirasi Negara...

Mahasiswa Dibuang Kolej

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Kuala Lumpur, Mahasiswa Pamer Ketidakmatangan, Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19 yang merupakan subjek yang ditahan untuk membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 Ogos, dilepaskan selewat jam 10 malam kelmarin selepas polis selesai merekod keterangan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberithau pemberita subjek dilepaskan dengan jaminan polis selepas berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan ketika disoal siasat.

Subjek ditahan bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan serta, Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan. 

Kelmarin subjek ditahan polis kerana dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof Dr Nazaruddin Mohamed Jali, berkata pihaknya mengambil tindakan buang kolej terhadap Muhammad Ammar yang mengakui melakukan perbuatan itu.

Katanya, tindakan terhadap pelajar tahun tiga program Diploma Multimedia Kreatif itu diputuskan sebaik dia ditahan polis kelmarin sejajar prinsip institusi pengajian tinggi itu yang memandang serius tindakan ganas dan biadap.

“Kita mengambil tindakan berdasarkan pengakuan bertulis pelajar terbabit dan memutuskan untuk menamatkan pengajiannya,” katanya di sini, semalam.

Prologue: Middle Voices berharap agar hukuman yang dikenakan ke atas mahasiswa ini dijadikan pengajaran dan ikhtibar kepada semua rakan siswa Middle Voices di dalam mempamerkan ketidakpuasan hati kepada pemimpin.

Hal ini adalah kerana, tindakan yang terburu-buru untuk mempamerkan rasa tidak berpuas hati kepada pemimpin negara dengan perbuatan yang kurang bijak hanyalah akan mengundang padah pada diri mahasiswa itu sendiri.

Malahan lagi, perbuatan yang melampaui batas sehingga mengenepikan adab dan akhlak sebagai seorang yang berpendidikan dan beragama sekaligus meletakkan mahasiswa di tempat yang paling rendah pada pandangan mata masyarakat.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama raikan persamaan dan perbezaan pendapat dengan cara yang lebih berilmu melalui perbincangan perbincangan ilmiah selain menunjuk perasaan yang melampau-lampau sehingga memberi kesan kepada diri sendiri malahan menjatuhkan air muka kedua ibu bapa yang berharapan agar kita berjaya sebaik menjejak kaki ke Institut Pengajian Tinggi.

Biar apa pun, sama sama kita jadikan perihal ini sebagai pengajaran dan pedoman agar kita tidak mengulanginya kelak.

#Perbuatan kita hari ini, adalah masa depan kita pada hari esok...

Sunday, 6 May 2012

INGATLAH KITA TERCIPTA DARI AIR YANG AMAT HINA


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya,
 atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar,
atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Ditempat kediaman yang dinaungi,
Kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.






1)“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004]

2) Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”
[Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104]

3) Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —-
Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya [hadis no: 1899]

Terlalu banyak hadis yang memberi keutamaan seorang ibu, walaupun jihad dipandang mulia disisi agama, namun berbakti kepada ibu adalah yang lebih utama. Ibu adalah segalanya, tanpa ibu siapa la kita. 
Redanya Allah terletak pada redanya ibu bapa.

Saturday, 5 May 2012

BERSIH 3.0: Antara Ketinggian Akhlak atau Keracunan Minda

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim... "Ya Allah, berikan petunjuk mu dan hidayah mu kepada mata mata mereka yang melihat kezaliman dan kemungkaran ini. Tunjukkanlah kebenaran kepada hati hati mereka. Amin"

Bersama ini Middle Voices bawakan gambaran sebenar berkenaan Kronologi BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 yang lalu. Pastikan anda memerhatikan tindakan perusuh BERSIH 3.0 yang melampaui batas batas keamanan dan mencabul keharmonian Rukun Negara.



Apa yang terjadi dan apa yang anda telah lihat merupakan sesuatu yang amat memalukan. Seorang wartawan akhirnya mengherdik seorang betina yang biaDAP dan kurang ajar. 

"Get out of this country....." betina jalang BERSIH 3.0

"Saya boleh cakap bahasa melayu, saya orang Islam, saya tinggal disini dan isteri saya orang Malaysia, jangan BIADAP sangat. Saya buat kerja!!" Ujar seorang wartawan kepada betina jalang BERSIH 3.0

Adakah ini yang kita mahukan. Adakah ini yang difikirkan BERSIH?

Laporan daripada Media Pembangkang:

Pendemonstran telah menterbalikkan kereta polis dan menyerangnya kerana pihak polis telah bertindak kejam dan telah melanggar pendemonstran yang tidak bersalah.

Bukti daripada Video:

Seorang demi seorang telah naik ke atas bumbung kereta polis yang sedang bergerak perlahan dan menendang cermin hadapan kereta polis sehingga terbabas di bahu jalan dan akhirnya mereka menterbalikkan kenderaan polis tersebut.

Adakah video ini menipu? atau ianya merupakan Fitnah?

Serbuan beramai ramai secara gorila terhadap  barisan hadapan polis pengaman? Adakah ini yang dikatakan perhimpunan AMAN??

Kehadiran polis sebagai jentera yang memastikan keselamatan pendemonstran dan penyelamat kepada keamanan di terima buruk oleh pendemonstran. Bas dan kereta polis dibaling dengan botol. "POLIS SIAL" kata mereka.

Adakah ini budaya rakyat Malaysia? Adakah kita gembira melihat kemusnahan hanya demi untuk memastikan kemahuan kita didengari  sedangkan ianya langsung tidak releven?

Inilah tanda kerosakan akhlak dan kebodohan manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang ingin melihat kejatuhan negara sendiri. Butakan mata jika anda lupa akan bencana yang menimpa rakyat Mesir, Libya, Palestin, Iraq, dan Syria.

Fikirkanlah kerana wajah divideo ini tidak akan menipu anda selagi anda sayangkan negara Malaysia. Bangunlah menentang kemurkaan sebelum bala tuhan menimpa anda kerana anda merupakan salah seorang yang menyumbang kepada bencana dan kemurkaan tuhan.

#Benar atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah bagaimana anda menerima kebenaran....