Wednesday, 5 September 2012

Mahasiswa Pamer Ketidakmatangan

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Kuala Lumpur, semalam polis telah menahan seorang mahasiswa daripada sebuah kolej swasta di Cheras bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 Ogos, malam ambang kemerdekaan yang lalu.

Menurut sumber, subjek ditahan selepas menyerah diri dikolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam.

"Subjek ditahan untuk siasatan, termasuk untuk mengenalpasti motif disebalik perbuatan melampaunya" Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

Abd Jalil turut berkata kepada pemberita, subjek dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu.

Ihsan: Berita Harian

Prologue: Perbuatan memaki hamun, menghina secara berlebih-lebihan dan terlampau bukanlah budaya mahasiswa hari ini.

Perlakuan yang memalukan ibu bapa, bangsa, agama dan negara ini harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang kembali. 

Mahasiswa hari ini sudah matang, perbuatan menunjukkan punggung hanya untuk menggambarkan ketidakpuasan hati kepada pemimpin bukanlah akhlak seorang islam malahan bukan juga adab dan budaya seorang yang bergelar melayu di bumi Malaysia.

Kemerdekaan negara kita yang ke 55 harus diertikan dengan semangat cintakan tanah air dan digambarkan dengan satu penghargaan kepada tokoh-tokoh pejuang yang mempertahankan kemerdekaan dengan membawa kemajuan kepada negara.

"Bukanlah merdeka itu harus dipamerkan dengan perasaan protes yang terlampau sehingga memalukan diri sendiri dan hilang rasionalnya sebagai seorang masyarakat terpelajar atau mahasiswa." - Safira Safri, Rakan Middle Voices.

Middle Voices ingin menyeru seluruh kumpulan mahasiswa di setiap pelusuk tanah air, agar tidak menjadikan perlakuan ini sebagai contoh atau idola, tetapi jadikanlah perlakuan yang memalukan ini sebagai pengajaran dan tauladan kepada diri kita sendiri.

#Apalah ertinya, disebalik makian atau rintihan. Tiada guna kau mencaci maki kerana buruknya terconteng di muka sendiri... Mahasiswa Aspirasi, memilih Malaysia

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!