Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.
Middle Voices kongsikan ulasan YDP MPP UiTM Shah Alam yang sedikit sebanyak akan mengguris hati dan medemamkan sekumpulan pelajar yang menggelar diri mereka sebagai Pro Mahasiswa UiTM.
"Calon promahasiswa tidak ada tempat di UiTM", begitulah sedikit sebanyak ulasan yang diberikan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA 2011/2012, Saudara Mohd. Farid Zuhri Ismail kepada Utusan Malaysia hari ini.
Selain itu, farid turut menyatakan bahawa pelajar UiTM sentiasa dan akan sentiasa menyokong segala aspirasi pihak pengurusan universiti malah berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan tempat pengajian kepada mereka.
"Ketiadaan calon pro mahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang ingin hendak menyokong Pro Mahasiswa di universiti ini"
Katanya lagi, "Sekiranya ada sekali pun pihak pro mahasiswa yang mahu bertanding, mereka tahu kehadiran mereka pasti tidak akan diterima oleh pelajar UiTM,".
Selain itu, Pilihan Raya Kampus di UiTM dijangkakan berlangsung dalam keadaan yang aman dan harmoni berikutan tiada kumpulan Pro Mahasiswa yang akan bertindak liar dan tidak terkawal seperti yang berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam, IPTA yang lain berikutan penerimaan yang menolak keberadaan Pro Mahasiswa di universiti melayu itu.
Sumber: Utusan Malaysia
Sebelum itu, pilihan raya kampus di IPTA lain pernah mencatatkan sejarah apabila kumpulan Pro Mahasiswa bertindak liar dengan membawa masuk mayat yang dikafankan serta memecahkan pintu kaca bangunan pentadbiran universiti akibat berang dengan pentadbiran yang kononnya tidak mendengar suara rengetan mereka.
Pro Mahasiswa juga mengikut sumber merupakan kumpulan pelajar yang menggunakan tiket islam melalui pergerakan persatuan-persatuan mereka demi untuk menarik sokongan kumpulan pelajar yang lain. Namun, sifat kumpulan Pro Mahasiswa yang keterlaluan sehingga bertindak biadap kepada Timbalan Naib Canselor mereka seperti yang berlaku baru-baru ini di UKM jelas memupuk bibit bibit benci mahasiswa kepada kumpulan mereka.
#Mahasiswa UiTM, Moh kita turun mengundi calon Aspirasi UiTM...
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!