Thursday 20 September 2012

Pembangkang Terdesak; Sebar Surat Palsu Di UIAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.

Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini gempar apabila pentadbiran universiti itu menerima sekeping surat resmi yang dialamatkan kepada Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin dengan kepala surat daripada United Malays National Organisation, UMNO bertarikh 7 Ogos 2012.

Menyedari bahawa surat yang kononnya dikirimkan oleh Perdana Menteri Malaysia itu palsu, Majlis Syura UIAM mengambil tindakan segera membuat laporan polis di Balai Polis Gombak seawal jam 9 pagi tadi.

Majlis itu dalam satu kenyataan memberitahu kepada pemberita bahawa pihaknya memandang berat dengan perbuatan pembohongan itu selepas mengesahkan bahawa surat yang diedarkan di seluruh kampus dan dimuat naik di blog-blog itu merupakan surat palsu yang merupakan satu pembohongan berniat jahat.

"Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden UMNO."

"Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.

"Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 Sept ini," tambah kenyataan itu. 

Majlis Syura UIAM melalui kenyataan itu turut memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu.

"Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita TV kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata kenyataan itu.

Ihsan Bernama

Prologue: Middle Voices berfikiran bahawa surat palsu yang disebarkan ini merupakan satu tindakan terdesak Pakatan Pembangkang yang cuba menarik perhatian mahasiswa UIAM dengan mengfitnah Najib Razak memandangkan Pilihan Raya Kampus universiti itu semakin dekat.

Secara peribadi, Safira Safri beranggapan bahawa perbuatan sehingga memalsukan surat yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia ini jelas menggambarkan kesempitan pembangkang yang seolah yakin bahawa mereka akan menemui jalan buntu dek penerimaan dan keyakinan mahasiswa terhadap kerajaan hari ini mentadbir negara sehingga wujud keperluan memburukkan Najib dengan cara serendah akhlak iaitu mengfitnah.

Isi kandungan surat atau sedikit fakta menarik boleh didapatkan di Blog Section9inMY

#Jelas kedudukan pembankang goyah di pandangan mata mahasiswa sehinggakan mereka TERDESAK dan TERSEDAK...

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!