Wednesday 5 September 2012

Mahathir Bin Mohamad; "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia"

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Middle Voices tertarik dengan tulisan nota daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berkenaan "Tak akan Melayu hilang di dunia" seperti yang dibawah:

1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?

2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.

4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.

5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

#Ditulis oleh: Dr Mahathir Bin Mohamad, Rabu, 5 September 2012 pada jam 1.58 pm.

3 comments:

  1. Hang tuah, dengar khabar orang china islam o.... Hehe

    ReplyDelete
  2. orang cina semua benda, makanan, orang, etc dorang mengaku dorang punya atau orang dia. tanah melayu ni pn dorang nak

    ReplyDelete
  3. PAP di singapoda.
    Dap.igs di malaysia.

    Bangkang jgn xbangkang.
    Biar melayu jadi bengkang

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!