Showing posts with label AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU). Show all posts
Showing posts with label AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU). Show all posts

Tuesday, 13 August 2013

Demonstran Khalid Ismath, Dipelawa Belajar Di USM

Pulau Pinang, dekat Universiti Sains Malaysia hari ini mengesahkan tawaran Pengajian Jarak Jauh, PJJ kepada Khalid Mohd Ismath yang merupakan bekas penuntut di Universiti Teknologi MARA.

Perkara itu disahkan oleh pegawai bertanggungjawab pada Seksyen Pengambilan Pelajar, SPP USM ketika dihubungi wakil media Middle Voices tengahari tadi.

Menurut beliau, Khalid ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian bagi tempoh pengajian selama 4 tahun dan diminta untuk melaporkan diri pada hari ini.

Walaubagaimanapun, menurutnya sehingga jam 2.30 petang tadi Khalid masih belum mendaftarkan diri di universiti APEX itu berdasarkan daftar kemasukan pelajar baru.

Menurut pegawai daripada pejabat penasihat undang undang USM, pelajar yang digantung oleh mana mana IPTA boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA lain dan perkara itu diakui undang undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, mengikut seksyen 15 D subseksyen 5.

Pegawai tersebut yang ditanya akan persoalan oleh sesetengah pihak bahawa pengambilan ini sebagai menutup peluang pelajar yang 'first timer', dia hanya menjawab ringkas;

"...permohonan kepada tawaran ini adalah bagi program pengajian jarak jauh, PJJ, bukan sepenuh masa dan tidak pun menutup peluang orang lain," katanya ketika dihubungi.

Khalid yang sebelum ini menuntut di UiTM telah dikenakan tindakan tatatertib yang membawa hukuman gantung 3 semester sebaik diputuskan oleh panel tatatertib sebagai bersalah kerana mencemarkan nama universiti dengan perbuatannya.


Selain itu, Khalid yang juga timbalan presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang bangkit bersuara bersama kumpulan pro mahasiswa yang giat menentang kerajaan dan pernah mengkalungkan gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dengan bunga kematian seperti upacara pengkebumian sebagai bentuk menghina.

Menurut sumber, Khalid Ismath juga merupakan penyokong tegar bagi setiap demonstrasi jalanan anjuran parti politik pembangkang selain menyokong penuh perhimpunan BERSIH yang memudaratkan keamanan Malaysia.

Sementara itu, UiTM ketika dihubungi enggan memberikan ulasan berkenaan sama ada Khalid dibuang atau berhenti daripada pengajian selain menjelaskan statusnya sebagai pelajar adalah tidak aktif.

Wednesday, 20 March 2013

MPP UiTM; Akan Halang Jika Cuba Gugat Ketenteraman UiTM

Shah Alam, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA hari ini mengulas lanjut berkenaan tindakan sekumpulan mahasiswa dan bekas mahasiswa pro-pembangkang yang menjalankan Ops-Piliharaya Umum 13 di universiti melayu itu kelmarin.

Azraful, YDP MPP UiTM
Menurut Saudara Azraful, Yang Di Pertua badan perwakilan pelajar itu, Khalid Ismath berjaya menyelinap masuk ke dalam kampus dengan menaiki bas dan seterusnya turun di Kolej Melati dan menyusur masuk ke dalam kolej yang kemudiannya tembus ke Dataran Cendikia di mana lokasi seperti yang dirancang mereka.

Ketika ditanya lagi, melalui perbualan telefon berkenaan pandangan peribadinya dan pendirian organisasi perwakilan tersebut dengan tindakan sekumpulan mahasiswa universiti melayu itu yang menghalau serta memaki hamun pelajar buangan UiTM, Khalid Ismath dan rakan-rakannya, Azraful terus mengulas bahawa;


"bagi saya itu menampakkan semangat pelajar pelajar uitmlah sebenarnya, ye lah kadang-kadang dari segi emosi tu kita tak boleh kawal, bila macam rumah kita kene ceroboh mungkin tindakan sepontannya macam tu…biasalah bila rumah kene masuk orangkan..marahlah kan..itu standarad...mana-mana pun begitu..."


Azraful kemudiannya menambah lagi pendirian dan pandangannya apabila ditanya sekiranya jika Khalid Ismath dan rakan-rakannya bercadang untuk menjalankan modus operandi Pilihan Raya Umum 13 yang ke 2.0 memandangkan kejadian kelmarin menghampakan mereka yang terpekik sambil dihalau mahasiswa UiTM, Azraful tegas menjawab;

"Insya Allah lah kami dan warga uitm akan cuba menghalanglah perkara yang boleh mengganggu-gugat uitm seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini..."

Azraful yang tegas turut menekankan berkali-kali tentang perilaku Khalid Ismath yang menceroboh masuk ke UiTM sejurus menimbulkan kekecohan dan kemarahan mahasiswa universiti itu sesuai dengan analogi penceroboh yang masuk ke rumah dan adatnya, tuan rumah akan marah.

Turut dibicarakan dalam talian bersama wakil media Middle Voices berkenaan tuduhan GAMUS yang melibatkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, jawab Azraful ringkas; 

"Saya tiada komen memandangkan mereka (GAMUS) tiada bukti kukuh.", keterangan Azraful seakan sekaligus menjelaskan bahawa tuduhan GAMUS hanyalah sebuah karangan berbentuk idea penulisan dan kreatif seorang penulis.

Sebelum itu, media melaporkan bahawa kelmarin pada 18 Mac 2013, Universiti Teknologi MARA dikejutkan dengan kemasukan bekas pelajar UiTM yang berstatus 'Buangan' atau 'Gantungan' bersama rakan-rakannya yang cuba menimbulkan kekecohan bagi mengajak mahasiswa mengundi Pakatan Pembangkang.

Walaupun laungan yang mengajak mengundi Pakatan Pembangkang tidak kedengaran tetapi jelas pembawakan hujah dan isi kandungan melalui omongan Khalid Ismath, Safwan Anang dan rakan jalanannya menterjemahkan agar mahasiswa mengundi Pakatan Pembangkang.

Menurut sumber juga, bahawa nama Majlis Perwakilan Pelajar universiti terlibat telah dipergunakan oleh SMM, Pro Mahasiswa dan mereka yang terlibat sebagai kononnya berkerjasama sebagai penganjur kepada program haram tersebut yang kemudiannya dinafikan badan perwakilan pelajar itu melalui laman sosial facebook mereka.

Tambahnya lagi, slogan "Ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi" telah disalahertikan dan dipergunakan dan dipolitikkan oleh pihak tertentu (Pro-Mahasiswa Pembangkang) yang tidak bertanggungjawab.


"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran Forum yang dikatakan akan berlaku pada malam ini (18/Mac/2013) di Dataran Cendikia UiTM shah Alam. Kami amat kesal dengan penggunaan konsep “Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi” yang telah disalahgunakan serta dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab." -MPP UiTM Shah Alam

Komen tersebut menjurus kepada penyebaran poster program tersebut yang menggunakan slogan dan konsep ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi seperti yang diwar-warkan badan perwakilan pelajar itu.

Lagi mengikut sumber berita, rombongan haram Khalid Ismath ke universiti melayu di Shah Alam gagal buat kali keduanya. Malah apa yang lebih memeranjatkan, mereka pendatang haram yang melaungkan demokrasi dan kebebasan hak bersuara mahasiswa dihalau bulat-bulat dengan sumpah seranah oleh mahasiswa UiTM yang secara kebetulan lalu berhampiran kawasan mereka berpidato.

#Tahniah mahasiswa UiTM kerana bangkit menentang pengkhianat di dalam UiTM. Tahniah MPP UiTM kerana menyatakan pendirian yang jelas dan tepat sesuai dengan pendirian mendukung Aspirasi universiti...UiTM Di Hatiku...

Friday, 12 October 2012

UiTM Perak Nafi Kerjasama Parti Politik Pembangkang

Perak, Seri Iskandar dekat Universiti Teknologi MARA malam tadi, Pengarah program gotong royong di Pasir Panjang Segari menafikan pernah menjalankan aktiviti bersama atau dengan kerjasama mana-mana ahli politik pembangkang seperti PAS.

Terdahulu, kelmarin Middle Voices melaporkan sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.

Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.

Pernyataan sekumpulan mahasiswa kampus Perak itu kemudiannya disangkal sekeras-kerasnya oleh Izzati Alias, Pengarah program gotong royong tersebut yang juga penuntut Fakulti Pengurusan Perniagaan di kampus itu sebaik mendapati terdapat perselisihan faham diantara mahasiswa kampus Perak berkenaan aktiviti yang dijalankan.

Izzati ketika dihubungi rakan penulis Middle Voices menjelaskan bahawa kunjungannya bersama ahli Kelab Alam Sekitar UiTM Perak ke program rekreasi tersebut adalah untuk memenuhi undangan Sahabat Alam Malaysia, SAM dan penyertaan mereka telahpun mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.

"Tujuan program ini adalah untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu dan tiada kaitan dengan ahli politik yang sama turut hadir," tegas Izzati yang turut menjelaskan bahawa kedatangan wakil politik adalah diluar kawalan berikutan pihak penganjur iaitu SAM telah menjemput orang ramai untuk turut serta di dalam aktiviti tersebut.

Menurutnya lagi, pihak SAM juga telah menjemput Pengarah Perikanan Negeri Perak namun beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.

Menjawab kepada persoalan laporan Middle Voices kelmarin berkenaan status pendaftaran kelab tersebut sebagai sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Izzati menegaskan kelabnya sebagai berdaftar.

"Kelab Alam Sekitar UiTM Perak adalah berdaftar dan penyertaan kami ke program tersebut hanya untuk lawatan dan gotong-royong sahaja seperti yang terkandung di dalam surat undangan daripada SAM." katanya ketika bercakap kepada rakan penulis Middle Voices semalam.

Mengulas lanjut pertanyaan rakan penulis Middle Voices berkenaan cubaan PAS untuk memanipulasikan penyertaan kelabnya melalui laman blog Media Perak yang cuba memuatkaitkan dengan bantahan PAS terhadap Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel kelulusan kerajaan negeri, Izzati menjawab;

"Kami sentiasa menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana kami percaya pihak kerajaan telah menyelidik sedalam-dalamnya sebelum melakukan pembangunan di kawasan berkenaan,"

"Diharap kenyataan saya ini dapat menjelaskan isu yang berbangkit dan tidak menyalahkan pihak kami serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," katanya lagi yang kemudian memohon agar penyertaan mereka tidak disalah ertikan selain meminta agar nama baik Rektor UiTM Perak tidak diheret bersama demi menjaga imej baik universiti dan Kampus Seri Iskandar.


Selain itu, Izzati turut memberikan penjelasan pada ruangan komen di blog dan fan page Middle Voices dengan harapan agar kenyataannya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Prologue: Middle Voices meneliti percanggahan maklumat yang diterima adalah jelas dan tidak menafikannya. Rakan penulis Middle Voices juga memohon maaf kepada Rektor UiTM Perak sekiranya terdapat percanggahan daripada apa yang diwar-warkan berkenaan aktiviti mahasiswa kampus itu kelmarin.

Walaubagaimanapun, Middle Voices memuji Pengarah progam, Izzati Alias kerana berani dan bersedia tampil menjelaskan perkara yang sebenar sebelum dimanipulasikan oleh mana-mana penglibatan politik seperti cubaan Media PAS Perak yang mengaitkan gambar aktiviti gotong royong tersebut dengan bantahan projek yang diluluskan kerajaan negeri.

Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, bersamalah kita mendokong aspirasi kerajaan demi untuk pembangunan negara ke arah Wawasan 2020 dengan pembentukan perpaduan yang mantap dan jitu melalui Gagasan 1 Malaysia.

Diharapkan agar mahasiswa UiTM Perak lebih berhati-hati untuk membuat sebarang bentuk program diluar kampus agar perkara yang sama tidak berulang kembali.

#Jika kita benar, maka kita tidak perlu bimbang, kerana kebenaran itu pasti akan membenarkannya muncul...

Tuesday, 9 October 2012

Rektor UiTM Perak Gagal Prihatin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seri Iskandar, Rektor Universiti Teknologi MARA Perak disarankan dan seharusnya lebih prihatin di dalam memberi kebenaran kepada mahasiswa universiti itu untuk mengadakan program berbentuk rekreasi di luar daripada kawasan kampus itu sekiranya akan melibatkan mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.

Middle Voices mendapat maklumat daripada sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.

Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.

Selain itu menurutnya lagi, aktiviti yang berlangsung pada 6 Oktober lalu di Pasir Panjang Segari sebenarnya lebih kepada tindakan memprotes secara saraf kerana tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri yang meluluskan Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel selain cuba mendekati mahasiswa untuk menonjolkan sifat mereka yang kononnya prihatin terhadap alam sekitar.

Middle Voices sempat menemui seorang pegawai yang terlibat di dalam proses pindaan Akta 174 Pindaan 2012 yang dipinda supaya harmoni dengan pindaan 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti yang telah membenarkan mahasiswa berpolitik.

Menurutnya, pindaan terkini terhadap akta itu hanya membenarkan individu atau mahasiswa itu sendiri untuk berpolitik di luar kampus dan akta itu tidak pula memperuntukkan atau dengan jelas membenarkan persatuan mahasiswa atau badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk berkerjasama dengan mana-mana parti politik di dalam penganjuran program tertentu.

Pegawai tersebut yang memberitahu kepada Rakan Penulis Middle Voices kemudiannya meminta pihak Rektor UiTM Seri Iskandar menyiasat sama ada Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar itu berdaftar atau tidak kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu atau bergerak secara haram sejurus mengiakan kewujudan Pro-Pembangkang di kampus tersebut.

Malah, sekiranya terdapat penipuan terhadap kebenaran menyertai program atau aktiviti, pihak Rektor juga seharusnya mengambil tindakan segera atau jika perlu menyeret mereka yang terlibat kepada proses tatatertib kerana khuatir sekiranya dakyah politik dan pembawakan ideologi menentang kerajaan ditanamkan di dalam minda mahasiswa di kampus melayu itu.

Prologue: Middle Voices melihat pendekatan yang digunakan oleh Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak yang mengadakan aktiviti bersama mahasiswa UiTM Seri Iskandar sebagai satu tindakan yang cuba menyampaikan dakyah politik mereka secara perlahan-lahan.

Malah, isu yang diketengahkan seperti memprotes projek pembinaan logi sudah cukup menjelaskan bahawa mereka cuba menyampaikan ideologi mereka kepada mahasiswa terlibat agar bersama mereka untuk menyampaikan rasa tidak bersetuju kepada projek tersebut selain bercita-cita untuk merampas semula kerusi Kerajaan Negeri Perak menjelang PRU13.

Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, pastikan anda semua tidak terpedaya dengan ideologi kepimpinan PAS Perak yang ternyata gagal mempamerkan contoh yang baik selain pernah berlaku biadap kepada Raja Muda Perak semasa kemelut perlantikan Menteri Besar yang lalu.

Kata pujangga, "Jangan pula kamu menggigit tangan yang memberi makan" selain selayaknya mengenang jasa kerajaan yang telah sekian lama mempertahankan UiTM daripada disentuh dan dirobek oleh parti pembangkang yang menjadi pak turut kepada DAP yang jelas menentang melayu dan mempersoalkan kedudukan istimewa melayu.

#Mahasiswa UiTM, belajarlah untuk mengenang jasa dan bersyukur kerana orang yang memberi janggal untuk meminta dikenang, selain yang menerima harus faham sendiri...

Thursday, 6 September 2012

Mahasiswa Dibuang Kolej

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Kuala Lumpur, Mahasiswa Pamer Ketidakmatangan, Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19 yang merupakan subjek yang ditahan untuk membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 Ogos, dilepaskan selewat jam 10 malam kelmarin selepas polis selesai merekod keterangan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberithau pemberita subjek dilepaskan dengan jaminan polis selepas berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan ketika disoal siasat.

Subjek ditahan bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan serta, Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan. 

Kelmarin subjek ditahan polis kerana dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof Dr Nazaruddin Mohamed Jali, berkata pihaknya mengambil tindakan buang kolej terhadap Muhammad Ammar yang mengakui melakukan perbuatan itu.

Katanya, tindakan terhadap pelajar tahun tiga program Diploma Multimedia Kreatif itu diputuskan sebaik dia ditahan polis kelmarin sejajar prinsip institusi pengajian tinggi itu yang memandang serius tindakan ganas dan biadap.

“Kita mengambil tindakan berdasarkan pengakuan bertulis pelajar terbabit dan memutuskan untuk menamatkan pengajiannya,” katanya di sini, semalam.

Prologue: Middle Voices berharap agar hukuman yang dikenakan ke atas mahasiswa ini dijadikan pengajaran dan ikhtibar kepada semua rakan siswa Middle Voices di dalam mempamerkan ketidakpuasan hati kepada pemimpin.

Hal ini adalah kerana, tindakan yang terburu-buru untuk mempamerkan rasa tidak berpuas hati kepada pemimpin negara dengan perbuatan yang kurang bijak hanyalah akan mengundang padah pada diri mahasiswa itu sendiri.

Malahan lagi, perbuatan yang melampaui batas sehingga mengenepikan adab dan akhlak sebagai seorang yang berpendidikan dan beragama sekaligus meletakkan mahasiswa di tempat yang paling rendah pada pandangan mata masyarakat.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama raikan persamaan dan perbezaan pendapat dengan cara yang lebih berilmu melalui perbincangan perbincangan ilmiah selain menunjuk perasaan yang melampau-lampau sehingga memberi kesan kepada diri sendiri malahan menjatuhkan air muka kedua ibu bapa yang berharapan agar kita berjaya sebaik menjejak kaki ke Institut Pengajian Tinggi.

Biar apa pun, sama sama kita jadikan perihal ini sebagai pengajaran dan pedoman agar kita tidak mengulanginya kelak.

#Perbuatan kita hari ini, adalah masa depan kita pada hari esok...

Monday, 6 February 2012

Aman Kampus

Salam perpaduan dan salam ukhwah. 

Zhariff Zaf ingin berkongsi tentang Aman Kampus. 

Program Aman Kampus yang berlangsung dari 6-19 Feb 2012 dianjurkan oleh Alumni dan mahasiswa Aspirasi akan mengadakan jelajah ke seluruh semenanjung tanah air. Aman Kampus akan menjelajah ke 20 buah IPTA dan 5 buah IPTS dan melibatkan lebih 1000 penyertaan mahasiswa.


Program Aman Kampus ini bertujuan bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Ianya juga bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahamisecara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Aman Kampus ingin menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa dan untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus. 

Zhariff Zaf dan Middle Voices ingin mendoakan agar Program Aman Kampus ini berjalan lancar dan mencapai matlamat sebenar. Semoga perjalanan mereka ini diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

- Zhariff Zaf

Sunday, 5 February 2012

Mak Lampir; Adam Adli TARIK DS Azizan

Middle Voices ingin menambah sedikit persoalan berkenaan entri Safira Safri yang berjudul; Aziz Bari Terpalit "Buta Undang-undang"

Tapi kali ini SS ingin menarik perhatian mahasiswa untuk menilai golongan siswa kontroversi yang menjadi kekuda lampir seperti mak lampir dalam drama genre seram Indonesia.

Kenapa Adam Adli, SS gelarkan seperti mak lampir?
Kerana apa? kenapa? kenapa? dan kenapa?

Jawapannya kerana, mak lampir ini suka berteriak dan suka menggangu ketenteraman orang kampung dan sama seperti Adam Adli yang suka berteriak dan tiada rasa tanggungjawab kerana memalukan universiti serta mahasiswa UPSI.

Jadi apa kaitannya dengan DS Azizan?

Begini; DS Azizan baru baru ni menggelar Aziz Bari buta undang-undang kerana cuba masuk campur dalam hal pentadbiran universiti, KUIN.

Kemudiannya datanglah mak lampir dengan tuntutan kononnya tindakan DS Azizan tidak menghormati mahasiswa dan curang dengan peraturan Buku Jingga.

Malah mak lampir ini juga turut mengugut DS Azizan dengan ini,



"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya berjanji kosong" - Adam Adli


Sebenarnya mak lampir silap, di dalam ugutannya dia terlupa bahawanya tidak semua mahasiswa selampir Adam Adli.

Mahasiswa faham bahawa peraturan itu perlu ada, maka jika peraturan itu tidak diikut dan setiap kali dituruti digelar tidak bertanggungjawab maka SS kategorikan Adam Adli sebagai lampir yang tak sekolah.

Sedangkan Islam penuh dengan peraturannya! walaupun Islam itu syumul dan mudah. Jadi kalau mudah dan syumul kenapa mesti ada peraturan? Kerana kebebasan mutlak itu bukanlah saranan Islam yang sebenarnya.

Tidak seperti Adam Adli yang meminta kebebasan ni, kebebasan tu seolah ingin hidup tanpa peraturan dan berlagak seperti penentu hala tuju mahasiswa hari ini.

Mungkin juga kedudukan Adam Adli si Lampir ini sama seperti Aziz Bari??

Dijanjikan sesuatau mungkin?? Mungkinkah?

Prologue: Middle Voices tidak dididik untuk menghakimi dan mengadili tindakan Adam Adli, namun penulisan ini hanyalah berbentuk kiasan agar mahasiswa berfikir dengan lebih matang tatkala melihat warna -warna sebenar si pencemar maruah mahasiswa.

Mahasiswa yang sebenar adalah mahasiswa yang berfikir sebelum bertindak dan bertindak selepas berfikir yang kedua-duanya perlulah harmoni dan terlaksana.

SS juga ingin menarik perhatian mahasiswa zon tengah agar sentiasa berdiri teguh dan tidak terpedaya dengan si lampir pemusnah keamanan negara ini.

#Lampir oh lampir... :p

Friday, 3 February 2012

MPP UiTM Pro Mahasiswa, PENIPU

Assalamualaikum. 

Hari ni Safira Safri baru sahaja menerima maklumat daripada beberapa orang mahasiswa UiTM Shah Alam berkenaan MMPnya yang bertanding atas tiket bebas/fakulti/HEP dan Aspirasi namun secara underground MPP ini sebenarnya adalah Pro Mahasiswa.

Penipu!

Kotor anggapan SS dengan permainan MPP UiTM Shah Alam ini. Seolah menipu pelajar UiTM yang telah membuang undi dengan penuh kepercayaan.

Hubungan antara MPP UiTM dengan pelajar juga ada gap atau seolah ada tembok besar cina antara mereka. BESAR SANGATKAH PANGKAT MEREKA?

UiTM yang memegang satu level MPP yang tidak memberi masalah kepada universiti selama ini kerana setiap kali Pilihan Raya Kampus dijalankan ia akan terlaksana dengan aman dan sentosa.

Tapi golongan mereka ini telah menjadikan tiket aspirasi sebagai modal kenaikan mereka sebagai MPP.

Lagi;

Pada awal bulan januari mana ketika pelajar UiTM sedang menduduki peperiksaan satu isu baru yang bergolak di dalam UiTM apabila geng geng Khalid Ismath, si pencemar nama UiTM telah merancang untuk membuat demo di Main Gate UiTM Shah Alam.

Namun tindakan bijak Gabungan Pelajar melalui Perbincangan Meja Bulat Persatuan-persatuan Dalaman UiTM telah sebulat suara bersetuju untuk menaikkan banner yang menentang pergerakan untuk berdemonstrasi di UiTM.

Maka daripada status post MPP UiTM Shah Alam ini, Middle Voices terperanjat seolah mereka bukan MPP atau orang yang hanya pandai bercakap mengejar pangkat tetapi tidak pandai menjalankan tugas.

Info yang SS dapat, MPP dijemput untuk perbincangan meja bulat tetapi tiada wakil walaupun seorang daripada 52 orang mereka menghadirkan diri. 

Sekarang, apabila keputusan banner dinaikkan, mereka, MPP kata "Kami pernah ditanya ttg banner2 yg dgantung dlm uitm, presiden tersebut: knp kami tidak thu menahu ttg ini? Apkh jwpannya kami pn xtahu?"

Jawapanya, mereka memang tidak pernah mengambil tahu malah tidak masuk campur dengan urusan mahasiswa UiTM, kalau nak diibaratkan sebebagai pekerja kerajaan, mereka ini macam si pekerja yang makan gaji buta.

Mana kredibiliti mereka sebagai Perwakilan Pelajar? Tidak tahu dijadikan alasan? Maka letak jawatan adalah yang paling baik untuk mereka. MMP UiTM, Middle Voices CABAR untuk letak JAWATAN.

Lainnya,

Info daripada salah seorang pelajar UiTM, 

"Farid Zuhri, YDP Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjadikan Anuar Ibrahim sebagai IDOLANYA"

Meletus kesabaran SS sebaik mendengar khabaran ini, seorang anak kepada Exco Kerajaan Negeri Sembilan, menerima Wang saku, Biasiswa Yayasan Negeri Sembilan akhirnya menggigit jari yang memeberi makan.

Tidakannya kebelakangan ini sedikit membelakangkan pihak universiti, menghadiri forum perbincangan AUKU sebagai panel tetapi tanpa pengetahuan HEP universiti.

Namun sejauhmana kebenarannya anda boleh menilainya. Info yang SS dapat ini adalah daripada seorang sahabat SS masa sekolah dulu.

Prologue: 

Kepada mahasiswa UiTM, pastikan tiada seorangpun penikam belakang berada dalam kalangan anda, pastikan pilihan raya kampu berjalan dengan aman dan tenteram tanpa si pembelot.

Jangan hampakan dan hancurkan penat lelah VC UiTM serta pemimpin yang bertungkus lumus untuk menaikkan kependidikan orang melayu dan bumiputera hanya kerana ketaksuban berpolitik.

#Walaupun SS bukan mahasiswa UiTM, namun objektif penubuhannya amat SS kagumi. UiTM di hatiku.



Sunday, 1 January 2012

PEMBAWAKAN ISLAM; Mahasiswa Tidak Serius

Middle Voices ingin mengulas sedikit tindakan segelintir mahasiswa yang menyebarkan Video Fitnah terhadap kepimpinan tertinggi Malaysia iaitu DS Najib.

Terkejut Safirah Safri, SS apabila melihat video yang dikongsikan oleh seorang rakan facebook pada awal pagi tadi yang secara jelas ingin memburukkan lagi keadaan malah perpaduan sesama islam dan melayu.


Paparan di atas menunjukkan seorang mahasiswa Islam yang juga merupakan seorang mahasiswa telah menyebarkan link video "Baru Kena Sikit Kata Najib" di dalam laman sosial Facebooknya seperti video di bawah.






Pada pandangan SS, video ini merupakan fitnah. Fitnah yang pertama disebarkan oleh mahasiswa dan yang paling besar buat seorang pemimpin pada hari pertama pada tahun baru 2012.

Tindakan ini bukan sahaja memalukan diri sendiri malah SS beranggapan mahasiswa yang menyebarkan video ini tidak serius dalam pembawakan dan pegangan islam kerana perbuatan menyebarkan fitnah ini jelas memalukan dan mempersendakan Islam.


Seronok dan gembira terpalit di wall mahasiswa ini dengan sepotong ayat, "terima kasih PM utk suprise 2012." yang jelas kononnya memerli Perdana Menteri dan sekaligus menuduh PM sebagai dalang kepada tindakan Polis atau FRU yang mengambil tindakan tegas kepada mahasiswa di dalam video di atas.

Mengikut akal fikiran SS sendiri pembawakan video ini jelas ingin menjejaskan karier politik DS Najib sebagai ketua Barisan Nasional dan Presiden UMNO secara khusus kerana video yang ditampalkan bersama gambar penjenayah tersebut di ambil daripada klip ucapan ketika Persidangan UMNO di PWTC.


Mahasiswa Nafi Ada Kaitan Isu Politik


Unjuran daripada video di atas ada beberapa komen yang menarik untuk SS kongsikan bersama Middle Voices. Komen yang pertama berbunyi:

"Mak bapak berabis duit antar ank msk u suh blajar korang kecoh berpolitik... Masa depan gelap lgi x tau mana hala tuju belajar je la baik2 politik2 ni biar da ada kerjaya tetap baru citer.. Yeahhh!!!!" - KhAi Vonyos

Komen balas daripada penybar link video di atas:

"jap2..firstly..part mane yg ko rase isu mahasiswa upsi yg kne pukul dgn polis nie ISU POLITIK?? adakah dorg nie join mana2 parti politik?? ceciter sket..adakah dgn berhimpun secara aman terus dilabelkn sbg berpolitik?? mahasiswa yg bijak bukan sahaja belajar dlm bilik kuliah tapi belajar dengn keadaan sekeliling..klu x buata apa sedara zamri jd MPP..xgitu?" Muhamad Saad Al Waqas

Dan seorang lagi menyampok dan berkongsi video yang lain.....




"video ni maybe lebih sesuai utk dikongsikan, kita lihat dan renungkan..
http://www.youtube.com/watch?v=mvwn1TVX8m8. amaran sudah diberi.. tp amaran dilanggar, keluar perkataan Barua UMNO dan sbgnya.. polis dan FRU dicabar, klinik dipecahkan.. entahlah.. bagus berjuang utk mahasiswa tp biar kena caranya.." - Meor Iszwan







Nah...video di atas jelas menunjukkan bahawa benar terdapatnya pencampuran politik di dalam demonstrasi yang di adakan di perkarangan UPSI semalam. Inilah yang cuba di tegakkan oleh mahasiswa di atas iaitu "menegakkan benang yang basah dan cuba bersuluh di tempat yang terang".

SS berfikiran bahawa pembawakan Mahasiswa ini tidak tetap dan tidak berpendirian. Satu pemikiran tidak adil yang dapat SS kongsikan kerana perwatakan yang cuba menutup kebenaran ditonjolkan dengan begitu baik umpama wan maimunah sedang berlakon filem.

Prologue: 

Midde Voices ingin mengajak semua mahasiswa zon tengah untuk berfikir sejenak, bertaaruf dan bermuzakarah dengan apa yang cuba disampaikan oleh mahasiswa hari ini.

SS juga merupakan seorang mahasiswa, namun ini tidak bermakna SS menyokong tindakan minoriti mahasiswa yang cuba menghuru harakan pegangan dan keteguhan perpaduan Islam dan Melayu hanya kerana dicucuk oleh orang berkepentingan yang SS rasakan mahasiswa faham akan maksud SS disini. 

Tindakan memaki hamun pemimin dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin untuk kepentingan mahasiswa bukanlah satu tindakan yang baik. Nilailah video di atas dengan akal yang waras dan bijak. 

SS beranggapan bahawa mahasiswa bukan sekadar tidak matang malah tidak serius dalam membawa dan berpegang kepada tali agama Islam kerana apabila isu rasuah, zina dan maksiat dimainkan media, maka mahasiswa akan berlonggok terpekik terlolong ingin membanteras maksiat tersebut. Pujian untuk itu.

Namun apabila maksiat fitnah ini digunakan sebagai medium untuk memenuhi hasrat mahasiswa, maka maksiat ini tidak dilihat jelas sedangkan ia merupakan maksiat yang lebih keji daripada menyentap nyawa seorang manusia.

Kembalilah kepada jalan Allah, dan ingatlah apa yang disyorkan oleh rasullullah. Janganlah mahasiswa lupa akan pesanan ini:


Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. “Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (an-Nahl: 25)

Daripada ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang dipaparkan jelas membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama Muslim.

Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan dan kenyataan yang mengatakan bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah kenyataan beserta syaitan dan tidak benar. Mohon perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.


Nasihat daripada seorang mahasiswa untuk mahasiswa agar mahasiswa tidak lupa akan batas batas mengekspresikan ideologi masing masing sehingga lupa akan anjuran Islam dan larangan Islam.

#Soalan mudah daripada rakan facebook SS;

Siapa tahu, FRU mana yang tak pukul orang?

Wednesday, 21 December 2011

Dato' Seri Khaled Nordin BERSALAH?


Salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, BERITA PANASSS  yang sedang berlaku sekarang adalah isu bendera DSN yang diturunkan oleh sekumpulan mahasiswa minoriti yang KONONNYA memperjuangkan BEBAS pada hari Sabtu yang lepas. 

Kami dari pihak mahasiswa sebenarnya  sangat TIDAK BERPUAS HATI  dengan tindakan mahasiswa minoriti tersebut dan tindakan seorang pemimpin yang terlalu bersikap terbuka kononnya dengan menyokong tindakan keanak-anakan dan tindakan yang langsung tak professional dari pihak diorang nie. 

Dan impaknya, lihatlah sekarang, bukan setakat nama dia tercemar teruk, tak pasal pasal nama Menteri KPT dan nama KPT sendiri tercalit sama. Kalau di beri muka dan member muka sangat macam nie la jadinya...HAMPEH SEMUA!!!!

Sumber; klik sini.

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Dato' Seri Khaled Nordin.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Apa yang Menteri KPT lakukan sehingga namanya turut terpalit tahi? Sampai gambarnya diterbalikkan, dipangkah? THIS IS NONSENSE!!!!!!

“Letakkan diri anda sebagai seorang pemimpin negara yang gambarnya diterbalikkan dan dipangkah sebegitu? Seronok mungkin??????!!!”

Kenapa DS Khaled Nordin berdiam diri pulak berhubung isu nie? Adakah memang sebenarnya DSKN nie memang tak kisah langsung dengan isu yang berlaku?

Sebenarnya,  DSKN TIDAK ADA HAK  untuk campurtangan dalam hal ini kerana perkara ini berlaku di luar kampus dan juga berada dalam luar lingkungan bidang kuasa beliau. Manusia pendengki memang suka memburukkan orang, dan kalau DSKN layan perkara remeh macam nie habislah masa yang beliau ada untuk lakukan tugasnya sebagai Menteri.

Siapa yang menyebabkan perkara kecil ini menjadi satu isu yang besar??!

Untuk pengetahuan korang lah kan, perkara ini tidak akan menjadi besar sekiranya tiada “HERO” yang secara tiba tiba ‘TERBANG’ untuk bersua muka dengan sekumpulan mahasiswa minoriti yang bertindak biadap. “HERO” ini kemudiannya menerima memorandum daripada mahasiswa biadap tersebut.

Persoalannya, mengapa perlu menerima memorandum daripada sebuah persatuan yang tidak diiktiraf??

Tidak mahu tidak, Menteri KPT seharusnya TIDAK DIPERSALAHKAN dalam perkara ini. Kami yang juga merupakan suara mahasiswa memandang dari satu sudut intelektual merasakan tuduhan terhadap Menteri KPT adalah suatu benda yang TIDAK BERASAS dan TIDAK MASUK AKAL.

THIS IS SO NONSENSE!!!

Tuesday, 20 December 2011

Minta maaf bukannya susah sangat pun AA.

Salam rakan-rakan siswa.

Tahukah anda siapakah Adam Adli Bin Abd Halim? MU terbaca pertanyaan rakan-rakan siswa yang prihatin tertanya-tanya tentang siapakah insan ini sehinggakan dunia alam maya ini mula dibanjiri dengan artikel tentang insan ini. 

Adam? Indah sebenarnya maksud nama ini. Ikutan, Teladan, di samping nama Nabi dalam Islam. Namun sayang, MU tidak merasakan insan seperti ini layak dijadikan ikutan, apatah lagi teladan.
Kenapakah? Siswa ini, bakal pendidik kelak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri yang kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Jawapan diterima, itu tindakan di luar kawalan. Sekiranya benar sudah matang, perkara seperti ini TIDAK sepatutnya berlaku.

++++
 



Adakah tindakan-tindakan ini wajar bagi seorang mahasiswa? Wajarkah? Tidak cukup mengetuai demo, bendera Perdana Menteri kita diturunkan seterusnya diganti dengan bendera mereka? 

++++
Terjumpa pula gambar-gambar ini.



Tinggalkan persoalan ini buat kalian.
 
Kata mereka, berhimpunnya mereka adalah untuk menyerahkan memorandum. Tetapi, MU masih mencari rasionalnya menurunkan bendera Perdana Menteri tersebut? Kenapa ya? <buntu>. Syukur insan seperti ini dapat dikesan lebih awal supaya virus-virus nya tidak terus merebak. 

Andai bicara MU ini mungkin sekadar picisan, ingatlah kata-kata ini,

…Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar.
…Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik.
…Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan mereka, masa depan masyarakat, masyarakat orang Melayu.
…Esok dah keluar universiti, dah dapat apa yang kita kejar, nak berpolitik, berpolitikla.
…Duit orang lain, kita belanja buat politik? Tak nak la…
-Tun Dr Mahathir Mohamad-

=========

Terbaca juga status FB seorang rakan, mahasiswa di UPSI:

salam... 
Mencelah seketika...
Renungan untuk semua..
UPSI megah dgn kelahiran pendidik yang membentuk perkembangan negara.
Saya dan sahabat UPSI tetap dengan pendirian tidak bersama ideologi Adam Adli. 
Kami sayang UPSI.. kepada bloger2 luar.. hentikan cemuhan keatas UNIVERSITI kami.. kami pelajar biasa yang tidak terlibat dengan Adam Adli tidak patut menerima cercaan yang sama..

p/s: Kepada Adam Adli Bin Abd Halim dan yang berkenaan, tidak salah rasanya kamu memohon maaf bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri bahkan kepada rakan-rakan siswa yang lain khususnya dari UPSI kerana tindakan itu. 

Kepada bakal-bakal pendidik, buktikanlah anda layak menjadi pendidik anak bangsa kita kelak. Tidak selesa rasanya kalau MU sendiri di tempat rakan-rakan khususnya rakan-rakan siswa di UPSI. Betullah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.