Monday 6 May 2013

Mahasiswa UNISEL Gembira; Bakal Terima Pendidikan Percuma

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Keputusan resmi Pilihan Raya Umum ke 13 di Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada jumlah keseluruhan sebanyak 56 kerusi DUN. 

Pakatan Rakyat diumumkan telah berjaya memenangi 44 kerusi manakala Barisan Nasional hanya berpuas hati dengan kemenangan 12 kerusi DUN di negeri itu. Menurut SPR, PAS dan DAP memegang jumlah kerusi yang sama sebanyak 15 manakala PKR menang sebanyak 14 kerusi DUN sahaja.

Kemenangan Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Selangor dengan majoriti 2/3 kerusi DUN merupakan suatu berita gembira buat seluruh mahasiswa Universiti Selangor kerana bakal dihidangkan dengan yuran percuma, elaun sara hidup serta penghapusan hutang PTPTN.

Wakil media Middle Voices ketika menghubungi salah seorang mahasiswa universiti itu diberitahu;

"Saya gembira dan sangat bersyukur...akhirnya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan 2/3 kerusi DUN, lagi-lagi mereka menjanjikan pendidikan percuma termasuk memberikan elaun sara hidup serta melunaskan hutang PTPTN mahasiswa UNISEL... Insya Allah," 

katanya yang gembira dengan pengumuman keputusan pilihanraya umum bagi DUN negeri Selangor. Mahasiswa tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Azrul turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

"....tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya mempertahankan Selangor sekali lagi," katanya lagi.

Prologue: Middle Voices berharap agar kemenangan 2/3 kerusi DUN Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat digunakan sebaik mungkin dalam mentadbir urus negeri dan mahasiswa di Universiti Selangor.

Janji Pakatan Rakyat bolehlah diaplikasikan atau lebih tepat ditunaikan terlebih dahulu di Universiti Selangor bagi meyakinkan rakyat bahawa manifesto Pakatan Rakyat bukanlah hanya satu janji manis yang ditabur hanya ketika pilihan raya dan menjadi kurap sebaik berjaya menakluki sesebuah kerusi.

Kepada mahasiswa UNISEL, tahniah kerana anda bakal terima pendidikan percuma daripada kerajaan negeri yang sekaligus mencipta dan melakar sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia menerima pendidikan percuma secara total selepas Universiti Teknologi MARA.

#Pendidikan percuma merupakan hak mahasiswa UNISEL, tunaikan janji manismu...

20 comments:

  1. Sources? or you are just claiming?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kalau betul. Insya Allah, positif....harapnya Pakatan Rakyat dapat berikan pendidikan percuma...paling kurang, tingkatkan fasiliti dan kurangkan yuran.....

    ReplyDelete
  3. hahaha, cuba buat, student ada 5k x yuran full 4k/sem x 2.5 sem = 50k/year x 4 year ruling = 200k++

    ReplyDelete
  4. wow........kalau betul alhamdullilah...

    ReplyDelete
  5. Betul ke? Jgn padam pulak post ni. Banyak kaki kencing sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. Tak payah free pun tak apa, kurangkan Yuran pun dah cukup.

    ReplyDelete
  7. cmne kire2 200k ni?haha

    ReplyDelete
  8. yuran aku just 32k sahaja utk yuran pengajian...250 idaftar darab dngn brapa bnyk sem yg dh d amek...plus brapa kali dok hostel tu je kot...mne dtg 200k?aku nk PR buat dulu kt unisel...kasi jadi....tunjuk kt rakyat malaysia...tp kalo x jugak just hanya janji 0...xda alasan nk tawan putra jaya baru nk buat...kata perjuangan rakyat...berkorban laaa...selangor kn maju n kaya...kasi jadi laa..jangan bagi alasan kasi jadi...so satu lagi...bangsa ku jangn jadi bodoh...kita suarakan hak kita sebagai org pribumi melayu org kata kita racist....bila kita kata diaorg cakap demokrasi...napa DAP bnyk menang kerusi dari PAS n PKR?sbb nk dominasi...sbb mereka bersatu..xmcm melayu berpecah belah kerana politik...taksub sngt...jika PR mng PRU13...sudah tentu DAP dominant dlm PR..fikirkan lahh wahai org melayu...tengok singapore contoh terdekat..jadikan teladan...

    ReplyDelete
  9. harap semua ni betul lah ye

    ReplyDelete
  10. aku undi pakatan tapi tiba2 aku plak skeptikal benda ni jadi ke tak -_-

    ReplyDelete
  11. The bank always design its database with highest security.
    Lots of people begin doing themselves as one particular great
    MMA mma star but it isn't actually so.

    Here is my web site :: szamba betonowe

    ReplyDelete
  12. Islam membimbing ummatnya tentang kehidupan antara Muslim dan kafir. Orang Melayu nak apa lagi. Pilih kafir yg xsuka Islam melalui tulisan,lisan atau mengangkat senjata mengakibatkan Melayu akan d sakiti lagi. http://dogsandchinese.blogspot.com http://muslimkaffah.blogspot.com/2007/06/tafsir-surah-al-mumtahanah.html?m=1

    ReplyDelete
  13. kah kah dah kena tipuuu dengan PR..

    ReplyDelete
  14. Kalau betul..selalunya muhung aje..Universiti pun nak untung..dari mana untungnya dengan melahirkan graduan yang kaki free semua..mahasiswa yang tak reti berdikari..ijazah yang tak memberi makna..sebut aje graduate from Unisel for sure application you all terbottom sekali..tak caya...masa menentukan..melalui pengalaman yang berurusan dgn HR Depart.. All application from UNISEL will put on hold or KIV..itu masa belum free education kalau dan free..scroll korang dlmdustbin lah jawabnya..fact what..

    ReplyDelete
  15. Kuar kn surat pekeliling rasmi. Keluar3!!ceywah.argh,sudah la,yg nk belajar kt unisel pilihan sape?mk bpak? (diri sendiri leh bankangkn kalo xnk belajo)Dh guna duit ,hutang,pandai2 la byar, tapi yg asal usulnye idea ptptn ni sape? Kerajaan kn? Dn xnk mansuhkn? Sape? Tp ad bgus jugak ad ptptn kalo xd nk byo gan ape? Air? Ha,setiap pekara,sume ad baik gn buruknye Fikirlah sendiri,kalo betol alhamdulilah,kalo xd.kena dpt 3.6. Hehe..bru free maa. Hehe.ceywah,pandai betol lidah berbicra. #Xske salahkn n tunding jari kt sape2 itu saje.

    ReplyDelete
  16. Another jokes (Y)

    ReplyDelete
  17. lol, mana janji manismu, pakatan rakyat = bitch!!!

    ReplyDelete
  18. hahah lawok, pakatan rakyat = bitch!!

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!