Showing posts with label kerajaan.. Show all posts
Showing posts with label kerajaan.. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

Kerajaan Berjaya Pupuk Masyarakat Penyayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Middle Voices hari ini percaya bahawa sesebuah kumpulan masyarakat yang prihatin adalah daripada kalangan mereka yang penyayang.

Sebuah kajian daripada Professor Lawrence D. Bobo, W. E. B. Du Bois Professor of the Social Sciences di Universiti Harvard berkenaan (Race; ethnicity; politics; social inequality) bangsa, etnik, politik dan ketidaksamaan sosial telah membuktikan kesinambungan antara kerajaan dan masyarakat kepada pembentukan masyarakat yang penyayang.

Menurut Prof. Lawrence; "Daripada sesebuah organisasi politik yang mendidik masyarakat supaya saling prihatin dan bantu membantu boleh melahirkan sifat kasih dan sayang antara kumpulan masyarakat yang terlibat...termasuk dalam menerapkan setiap aspek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial seperti membasmi kemiskinan dan menghulurkan bantuan,"

Perkara ini telah terbukti melalui isu-isu antarabangsa berkenaan campur tangan kuasa asing tehadap negara-negara tertentu seperti Palestin di Gaza, Iraq, Libya, Mesir, Vietnam dan lain-lain. Kesemua masyarakat di negara yang disebut mengalami gelombang pertumpahan darah dan kekurangan bantuan perubatan dan kemanusiaan.

Namun, kuasa sesebuah organisasi politik dari mana-mana negara yang prihatin telah mewujudkan satu kesedaran untuk membantu dalam kalangan masyarakat negara terlibat untuk bangkit menjadi sukarelawan dalam memberikan serba sedikit sumbangan tenaga, wang dan masa.

Contohnya Malaysia; dari pandangan antarabangsa kepada sudut sosio politik dan kemanusiaan, Malaysia tergolong daripada sebuah negara politik yang prihatin dengan tragedi Mavi Marmara, Bantuan Ubat-ubatan ke Gaza, sumbangan serta penerimaan terhadap pelarian penghapusan etnik Rohingya yang datang ke Malaysia.

Malah, pembabitan pucuk pimpinan tertinggi negara, iaitu YAB Dato' Sri Najib Razak juga telah berjaya menarik sokongan masyarakat antarabangsa melalui lawatan rasminya ke Gaza yang jelas membentuk kesedaran yang mendesak agar masyarakat bertegas menamatkan kepungan tidak berperikemanusiaan di Gaza.

Perkara ini dibuktikan lagi apabila Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, Yusuf Al-Qadrawi menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri yang menyatakan sokongannya terhadap lawatan kemanusiaan Najib Razak ke Gaza.

Ulasannya dalam surat tersebut yang difakskan kepada Bernama;

"Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," - Yusuf Al-Qadrawi 

Kembali kepada tajuk asal, secara rumusnya kajian daripada Prof. Lawrence boleh dikaitkan dengan keadaan di dalam Malaysia sendiri. 

Walaupun Malaysia baru sahaja mengalami peristiwa pahit dengan kemasukan pengganas ketenteraan Kiram III, atau Kesultanan Sulu di Sabah yang memakan jiwa wira negara, namun kesinambungan kerajaan terhadap masyarakat berjaya mewujudkan kesedaran sosial dan kasih sayang terhadap wira negara dan keluarga mangsa.

Buktinya, hasutan Tian Chua daripada Pakatan Pembangkang yang kononnya menuduh kematian wira negara di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan, telah mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat penduduk di Malaysia.

Malah, lagu-laguan "Sabah nak hilang" yang dinyanyikan oleh Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyindir-nyindir kematian dan usaha wira negara telah mewujudkan pertanyaan masyarakat akan mengapa mereka gembira sedang masyarakat sedang bersedih.

Akhirnya, dengan keprihatinan kerajaan, sambutan hari wira negara berjaya mempamerkan kasih sayang masyarakat terhadap pejuang yang memelihara keamanan sehingga ketitisan darah terakhir.

Faktanya yang berjaya Middle Voices kumpulkan; 
1. Kutipan Tabung Wira Lahad Datu melambung tinggi oleh kumpulan tertentu, mahasiswa serta masyarakat setempat sekaligus menggambarkan keprihatinan kerajaan, rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO, badan-badan tertentu yang terlibat seperti Media Prima, Maybank sebagai penyumbang kepada kutipan;
2. Segerombolan NGO, mahasiswa dan masyarakat Malaysia di merata tempat termasuk sudut pelusuk semenanjung dan sarawak serta sabah berkumpul dan berhimpun secara aman bagi memperingati jasa dan pengorbanan wira negara pada Hari Polis ke 206 pada 25 Mac 2013 yang lalu; dan
3. Pada hari yang sama, seramai lebih 2800 mahasiswa Universiti Teknologi MARA menyambut baik hari polis dengan menghadiri Malam Memperingati Pahlawan dan Wira Negara bertempat di Shah Alam, dekat Dewan Agong Tuanku Canselor dengan menonton filem persahabatan antara tokoh hebat, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail dalam filem Tanda Putera.
Kembali kepada realiti semasa, bagaimana kajian Prof. Lawrence boleh dikaitkan dengan kehidupan harian masyarakat di Malaysia, Middle Voices ingin mencadangkan agar mahasiswa meluangkan sedikit masa untuk menonton filem pendek yand ditampal dibawah yang bertajuk 'Jiran Saya';


Prologue: "Bila tengok diorang seronok, saya pun tumpang seronok," inilah faktor yang berjaya memupuk kasih sayang antara masyarakat di Malaysia melalui tanggungjawab sosial sesebuah badan politik atau kerajaan yang jelas meringankan beban mereka yang memerlukan.

Safira Safri ingin mengungkap perkataan terakhir yang disebut melalui filem tersebut; "bantuan yang kecil di mata kita, besar untuk mereka," mungkin ungkapan ini hanya sekadar hiasan bagi memaniskan sebuah terbitan filem pendek, namun hakikatnya ia adalah ia.

Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk terus rasional terhadap setiap bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada rakyat. Baucar Buku 1 Malaysia, Bantuan Rumah 1 Malaysia dan banyak lagi hanyalah sedikit malah tidak juga lumayan, namun sekurangnya sampai ke tangan mereka yang memerlukan malah amat bermakna buat mereka.


#Siswa zon tengah, janji ditepati adalah jauh lebih bernas daripada manifesto bukan janji, telitilah...

Sunday, 14 October 2012

YB Halimah Sadique Bidas YB Ampang "Wanita Agenda Negara"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Middle Voices tertarik dengan sesi Sidang Dewan Rakyat yang gamat seketika apabila YB Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique mengambil tempat ketika sesi perbahasan bagi membincangkan kandungan Bajet 2013 berkaitan dengan Wanita dan Kanak-kanak.

Bertenaga, tegas, cepat dan jelas hujah YB Datuk Halimah Sadique apabila membidas celahan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang kian kalinya cuba untuk mempersoal kebolehan kandungan bajet 2013 yang merupakan bajet rakyat yang dibentang oleh Perdana Menteri seminggu yang lalu.

"........kerajaan mengambil berat tentang wanita, wanita dijadikan agenda utama dalam setiap perancangan kerajaan..," jelas Halimah kepada sidang dewan rakyat.


Ihsan klpos.com

#Rumusannya, Adakah Ahli Parlimen pembangkang malas membaca atau cuma ingin kelihatan hebat di dalam sidang? meroyanlah jawabnya di dalam dewan...

Thursday, 27 September 2012

Dato' Sri Najib; "Tahniah Calon Yang Menang PRK"

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini.

Menyifatkan proses pilihan raya itu sebagai atau manifestasi berhemah, Perdana Menteri berharap para pelajar berkenaan dapat berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara. 

"Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Manifestasi demokrasi yang berhemah. Semoga berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara," katanya menerusi laman Twitter malam Rabu. 

Pilihan raya kampus sesi 2012/2013, yang diadakan bagi memilih wakil pelajar baharu dengan mandat bertugas selama setahun, menyaksikan penguasaan calon proaspirasi apabila menang di sebahagian besar universiti di negara ini. 

Sementara itu, dalam tweet berasingan hari ini, Perdana Menteri turut menyarankan agar nilai perpaduan dipupuk kepada rakyat pada usia yang masih muda. 

Beliau berkata kecintaan kepada negara akan datang secara semulajadi apabila seseorang itu menghargai keamanan. 

"Pendedahan kepada nilai perpaduan patut dipupuk pada umur amat muda kerana kecintaan kepada negara datang secara semulajadi apabila kita menghargai perpaduan," katanya.

Sumber: BERNAMA

#Tahniah kepada semua calon Aspirasi yang berjaya dipilih oleh mahasiswa, kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan anda...

Tuesday, 25 September 2012

Mahasiswa Boikot Menteri KDN Jika Gagal Kenakan Tindakan Tegas Hina Islam

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Middle Voices hari ini dimaklumkan oleh rakan penulis berkenaan tindakan seorang mahasiswa berbangsa india yang merupakan pelajar di Universiti Selangor, UNISEL menghina Islam melalui status laman sosial facebooknya.

Gapinath Jayarathnam yang berasal daripada Kelang, dilaporkan mengeluarkan status yang jelas menghina islam secara ekstrim dan melampau yang mengaitkan perkataan Allah dan Nabi Muhammad dengan menggambarkan perbuatan lucah kedua-dua perkataan tersebut melalui laman facebooknya yang kini telah dinyahaktifkan serta merta.


"Biadap dan amat kerterlaluan," komen sebahagian mahasiswa selain ada yang benar-benar marah serta melaknat perbuatan Gapinath yang menghina islam secara melampau sekaligus mencabul keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Selain itu, seorang lagi mahasiswa turut bersuara dengan menyatakan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei yang digeruni itu akan kembali lagi dek kerana marah dengan perbuatan yang terang terang menghina islam.

"hok nie...nok soh berulang peristiwa 13 mei...kalu ore maroh mula royak ore bekeng....," kata Mohamad Shamsul.

Prologue: Tidak cukup dengan penghinaan islam yang sedang diprotes hebat menjadi hujahan, makian dan bualan apabila filem menghina Nabi Muhammad tersebar di Youtube, kini muncul pula mahasiswa yang begitu berani menyentuh sensitiviti islam dengan penghinaan ekstrim.

Middle Voices melihat perbuatan Gapinath itu merupakan suatu yang sangat biadap dan perlu diawasi dan dikenakan tindakan segera oleh kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri.

Dato' Seri Hishammudin yang merupakan Menteri Dalam Negeri kali ini harus mengenakan tindakan tegas dan tanpa maaf terhadap penghina Islam di Malaysia bagi meneruskan keharmonian dan keamanan negara.

Kelembapan dan tolak ansur untuk tidak mendakwa Gapinath dibawah Akta Hasutan 1948 serta merta dan mengenakan hukuman yang tegas sudah tentu membawa kepada keburukan yang lebih besar disamping bersedia diboikot oleh mahasiswa sekiranya gagal berbuat demikian.

Middle Voices juga ingin menyeru seluruh mahasiswa yang sedang sibuk dengan isu Pilihan Raya Kampus agar membuat laporan polis supaya tindakan dan siasatan polis dapat dijalankan sekaligus menyegerakan proses menghumban Gapinath ke muka pengadilan.

#Sekarang Middle Voices melihat bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act, ISA adalah lebih praktikal bagi mengusir manusia jahat seperti Gapinath...

Thursday, 9 August 2012

Adakah Menteri Boleh Bertanding PRU 13???

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

"makcik nak jumpa Dato', dia ada tak?" ujar seorang makcik di sebuah pejabat parlimen. "Dato' takde makcik, dia di Kuala Lumpur, makcik nak jumpa kenapa?" ujar kerani pejabat tersebut yang kemudiannya menyambung kerjanya. "ooo..makcik nak jumpa dato', bila agaknya dia balik ye" ujarnya makcik kepada kerani. "entahlah makcik, dato' busy, dia dekat kementerian sekarang ni" ujar kerani yang menjawab soalan makcik tersebut.

Middle Voices bawakan sambungan daripada entri Ahli Parlimen UMNO Jangan Beri Alasan Sibuk yang lalu berikutan beberapa keciciran maklumat yang rakan Middle Voices serahkan semalam.

Dialog diatas merupakan pengalaman sebenar rakan Middle Voices yang ketika itu berada di pejabat parlimen tersebut yang mana Ahli Parlimennya adalah seorang menteri.

Menurutnya, kejadian yang menghampakan penduduk kampung seperti itu bukan sahaja berlaku sekali, tetapi telah berkali-kali rentetan daripada kesibukan Ahli Parlimen yang gairah menjalankan tugas sebagai menteri di kementeriannya.

Walaupun bantuan daripada pejabat parlimen sampai kepada penduduk, namun kepuasan memilih wakil rakyat sedikit tercemar apabila wakil rakyat berpangkat menteri gagal untuk duduk di pejabat parlimen untuk mendengar rengetan, atau kegembiraan penduduk kampung yang datang untuk berjumpa dengannya samada melalui temujanji kerana temujanji berjumpa wakil rakyat berjawatan menteri seakan mustahil bagi mereka.

"menteri dik, mana ada masa nak duduk kat pejabat ni, kau kene faham tu" kata kerani pejabat parlimen kepada salah seorang rakan Middle Voices.

Jelas, komitmen dan kualiti Ahli Parlimen sebagai seorang menteri benar-benar merosot dan meleset daripada tujuan asal seorang rakyat membuang undi yang memilihnya sebagai wakil rakyat sedangkan kawasan parlimennya akhirnya menjadi kawasan jagaan Setiausaha Sulit, SUS dan pegawai khasnya yang seakan menggantikan wakil rakyat secara mutlak di kawasan.

Middle Voices percaya bahawa kesibukan menteri sedikit sebanyak menggangu fokus seseorang Ahli Parlimen kepada kawasannya sendiri.

"Apabila mulut terkunci, tangan dan jari akan bercakap" inilah yang berlaku apabila YB berpangkat menteri merasakan mereka sebagai seorang diva apabila turun ke kawasan untuk menghadiri majlis-majlis seperti Majlis Berbuka Puasa.

Apakah maksudnya? Diva? Itu tandanya YB berpangkat menteri masih lagi turun bersama rakat dan mereka tidak mengabaikannya? 

Biar Safira tunjukkan! mengikut sumber rakan Middle Voices yang lain, Ahli Parlimen yang berpangkat menteri ini masih lagi turun ke kawasan untuk bersama rakyat dan berbuka puasa bersama.

Namun, apa yang berlaku setiap pelusuk meja yang didiami menteri tersebut akan dipelopori oleh Ketua-ketua Cawangan UMNO, Ajk-ajk Bahagian UMNO, dan Jabatan yang tertentu.

Rakyat pula akan duduk di khemah kelas yang berbeza dan tidak berpeluang untuk berbual santai dengan wakil rakyat yang mereka pilih. Ini dinamakan Majlis Berbuka Puasa Pemimpin bersama Rakyat atau Majlis Berbuka Puasa Pemimpin bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO manakala rakyat pula akan menikmati juadah di Majlis Berbuka Puasa Rakyat bersama Rakyat.

Dimana hilangnya wakil rakyat? Apakah perlunya ketua-ketua cawangan yang sudah selalu bersama untuk duduk bersama menteri? bukan itu sahaja, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN juga turut duduk bersama Ahli Parlimen sedangkan rakyat hanya syok sendiri berbuka puasa dan menerima bantuan bulat-bulat kerana PRU sudah dekat.

[Gambar Hiasan] Majlis Berbuka Puasa Karisma, meriah! Najib sedang menyampaikan sumbangan....

Prologue: Middle Voices menjelaskan, "Apabila mulut terkunci, tangan dan jari akan bercakap" sebenarnya bermaksud mulut yang diam akan tidak bermakna tenang. Akhirnya tangan ini akan bercakap dengan pentejermahan undi pada pilihanraya nanti.

Bukan sebagai ugutan daripada rakyat, jika dipandang secara positif, ianya merupakan peringatan mesra agar ahli parlimen berpangkat menteri tidak mengabaikan kawasan.

Mungkin ada wajarnya untuk dipisahkan secara mutlak badan eksekutif dan legislatif seperti terpisahnya secara mutlak badan kehakiman (judisiari) dengan kedua badan tersebut bagi memastikan wakil rakyat dapat melaksanakan tugas azalinya sebagai Ahli Parlimen atau wakil rakyat.

Mungkin juga menteri ini hanya akan turun ketika waktu berkempen nanti. Apakah layak mereka dinaikkan sekali lagi? Anda? Anda yang pilih.


#Jika hari ini YB sibuk dan tiada masa, Jangan pula luangkan masa untuk bersama rakyat ketika waktu berkempen nanti....

Tuesday, 7 August 2012

Ahli Parlimen UMNO Jangan Beri Alasan Sibuk

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam kabinet disarankan agar tidak menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak turun kawasan.

Rakan-rakan Middle Voices yang hari ini menyertai program anjuran sebuah badan bukan kerajaan, NGO menyatakan pemerhatian jelas terhadap corak percaturan sesebuah parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen berportfolio menteri atau timbalan menteri adalah sedikit terabai berbanding kawasan parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen yang tidak memegang jawatan di dalam kabinet.

Walaubagaimanapun, menurut sumber yang sama, hanya segelintir Ahli Parlimen UMNO yang seolah-olah menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak dapat bersama rakyat di kawasan pada hujung minggu atau pada hari jumaat seperti ahli parlimen yang lain dek kesibukan kerja sebagai menteri.

Menurut salah seorang rakan Blogger yang merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia selain menjadi peserta program tersebut, terdapat juga segelintir ahli parlimen yang berjawatan menteri yang tidak pernah naik ke pejabat parlimen kawasan hanya kerana sibuk menjalankan tugas sebagai menteri.

Tambahannya lagi, ini menyebabkan rakyat tidak dapat merasai hubungan mesra seorang pemimpin terhadap penduduk di kawasan kampung kerana jawatan tersebut seolah memberikan jurang antara mereka dengan wakil rakyat pilihan mereka.

"ada juga YB yang berpangkat menteri tidak langsung turun kawasan pada hujung minggu malah hanya turun untuk berbuka puasa sahaja dan urusan-urusan kebajikan rakyat hanya akan diuruskan oleh pegawai khas menteri tersebut atau setiausaha sulitnya." -Mahasiswa IPTA

menurutnya lagi, kebanyakan penduduk kampung yang datang ke Pejabat Parlimen adalah dengan harapan dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen yang dipilih, namun kesibukan ahli parlimen terhadap komitmen lain menghampakan pengundi mereka sendiri.

Prologue: Middle Voices melihat kesibukan ahli parlimen yang memegang jawatan di dalam kabinet sebagai satu kelebihan untuk parlimen tersebut. Namun, sekiranya kesibukan sebagai menteri mengurangkan kualiti komitmen kepada kawasan, beberapa cadangan dikeutarakan seperti:

1. Jika kesibukan menjadi alasan, maka sudah tiba masanya untuk Kerajaan membuat transformasi untuk rakyat dengan memisahkan secara mutlak antara badan eksekutif dan badan legislatif (perundangan).

2. Jika seseorang ahli parlimen itu dilantik sebagai menteri, sekurang-kurangnya disyaratkan kepadanya untuk duduk di pejabat parlimennya seperti ahli parlimen yang lain kerana rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat, bukannya wakil kepada wakil rakyat.

Walaubagaimanapun, penambahbaikan kepada cadangan ini amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Program Transformasi Kerajaan.

Selain itu, kesan daripada kesibukan menteri ini juga sebenarnya boleh membawa kepada pentejermahan undi penduduk kampung yang semakin merosot dan akhirnya menggembirakan Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari peluang terbuka untuk menipu dan memenangi hati penduduk kampung yang masih belum berjaya.

Namun siapa tahu, Pakatan Rakyat yang komited mungkin akan memenangi hati pengundi luar bandar jika ahli parlimen UMNO berjawatan menteri ini tidak komited dan memberi komitmen di kawasan yang dimenanginya.

#UMNO mesti lakukan perubahan untuk PRU 13, atau kerajaan yang berlaku perubahan.

Tuesday, 22 May 2012

Biasiswa PTPTN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pernahkah rakan Middle Voices terfikir untuk menukarkan pinjaman PTPTN kepada Biasiswa PTPTN? 



#jom dapatkan yang terbaik...

Friday, 11 May 2012

KARISMA; Jangan Berjudi

Assalamualaikum dan salam pencinta negara.

KARISMA, Kumpulan Rakan Siswa Malaysia, dekat Bangunan JPA, Putrajaya semalam telah bangkit menyampaikan pandangan dan pendirian mahasiswa berkenaan dengan Demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas bertentangan dengan amalan hidup rakyat Malaysia.

Perhimpunan Aman ini dilaporkan oleh pemberita telah bermula sekitar jam 1.30 petang dengan kejayaan mengumpulkan hampir 900 mahasiswa berbagai universiti termasuk IPTA dan IPTS sekaligus berjaya membuktikan pendirian mereka yang menolak keganasan di dalam berdemonstrasi.

RAMAI, di perkarangan bangunan JPA
Selain itu tertulis di banner-banner peserta perhimpunan aman ini, "Jangan Perjudikan Keamanan Negara" yang jelas menyampaikan idea mahasiswa seluruh negara yang menolak Demonstrasi BERSIH 3.0 dalam masa yang sama menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Polis Di Raja Malaysia, PDRM yang selama ini terpuji di dalam menjalankan tugas sebagai pengaman Malaysia.

Mengikut sumber, satu deklarasi aman telah berjaya diserahkan kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang diterima oleh Dato' Sufian Awang, Setiausaha Politik beliau selain penyerahan sijil penghargaan kepada Dato' Wira Saleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  di sini semalam yang sedemikiannya menyokong professionalisme polis Malaysia dan tidak terkecuali wakil Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR yang turut menerima sijil penghargaan.

Sementara itu, "kami inginkan perhimpunan aman yang nyata menjaga ketenteraman dan keamanan negara yang boleh dicontohi dan bukannya yang merosakkan." ulasan mahasiswa yang turut serta diperkarangan bangunan JPA yang mengulas kepada keganasan BERSIH 3.0 yang lalu.

# Harus jadikan contoh...agar tidak berjudi dengan tebusan keamanan negara!

Tuesday, 8 May 2012

Tun Dr Mahathir Saran Rakyat Berhati-hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Realiti hari ini, kesejahteraan dan keamanan di Malaysia sedikit demi sedikit merosot dek pertelingkahan barisan pembangkang yang tidak pernah berpuas hati dengan kerajaan dan barisan kerajaan yang sentiasa dipersalahkan walaupun bertungkus lumus memberikan yang terbaik.

Bukannya untuk memuji atau bertindak berat sebelah, namun inilah realitinya yang mana kebaikan daripada pihak kerajaan tidak dijadikan modal perbincangan tetapi keburukan yang sedikit dicela setinggi bukit.

Rakyat Malaysia juga, sedikit demi sedikit terpengaruh dengan permainan individu yang berperanan dan dipertanggungjawabkan untuk menawan Putrajaya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Begitu juga dengan mahasiswa, masing-masing dengan ideologi masing-masing. Pelbagai isu yang dibangkitkan demi untuk mempertahankan ideologi sendiri tanpa mengambil kira perpaduan dan kesejahteraan ummah.

Maka, Middle Voices bawakan pesanan ringkas daripada Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang sangat berpengalaman di dalam menjaga dan mencapai keserasian kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan ucapan beliau,

"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara lain" 

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden AS, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula" 

"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit. 

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," 

"Sudah berkali kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak. 

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," 

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri." 

- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

Prologue: Middle Voices melalui Safira Safri ingin mengajak semua sahabat Middle Voices untuk berfikir sejenak. 

Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah pada masa sekarang selain daripada berbincang?

Apakah demonstrasi yang menggugat keamanan boleh menggantikan perbincangan meja bulat yang berlangsung dengan sempurna?

Apakah Kerajaan hanya bersidang, dan menteri kabinet hanya muncul tatkala Pilihanraya Umum?

Apakah kita selama ini terabai dan kerajaan tidak pernah memerhatikan kita atau kita tidak pernah ambil tahu akan usaha kerajaan?

Apakah jasa mereka yang cuba merobekkan hati pejuang tanah air sehingga kita percayakan kata-kata mereka, dan apakah pula rasanya jika kita diletakkan ditempat pejuang yang berhabisan darah demi untuk mendapatkan keamanan dan keharmonian sesama kita?

Fikirkan sejenak...

Setiap jawapan kepada persoalan ini ada pada kita. Tenangkan fikiran, dan tanyakan diri ini. Apakah pernah aku fikirkan dan berterima kasih kepada kerajaan? Fikirkan dengan baik tanpa prejudis. Pesan sahabat Safira, "gunakan hati dan akal dan gunakan juga iman untuk membuat pertimbangan." - Nur Atikah Shaari.

#Alhamdulillah, saya telah menjawabnya dengan baik. Terima kasih Middle Voices.

Saturday, 24 March 2012

@SafwanAnang GERUN Najib masuk UiTM

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Middle Voices melalui @siswazontgh GEMPAR! dengan tweet daripada Safwan Anang yang seolah olah rasa tergugat dengan kehadiran Dato' Sri Perdana Menteri di UiTM pada 21 Mac yang lalu bagi memenuhi hasrat mahasiswa pada Malam Amanat Perdana Menteri. 

Buktinya?? Mana buktinya?


Ingin Safira Safri gariskan disini bahawa Perdana Menteri ke Universiti Teknologi MARA atas tiket sebagai Kerajaan dan Perdana Menteri dan bukannya atas tiket politik seperti Safwan Anang, UM yang cuba membawa masuk DS Anuar.

Safwan Anang, TERGUGAT
Untuk makluman mahasiswa Middle Voices, ketika DS Anuar diberi mandat sebagai Menteri Kewangan dan memegang tiket kerajaan, DS Anuar sering masuk ke dalam kampus untuk mendekati mahasiswa.

Jadi apa salahnya DS Najib ke UiTM? Salahnya kerana Pro-Pembangkang akan kekurangan undi dan tergugat magat natijahnya.

"tak duduk senanglah golongan mereka yang membangkang apabila melihat 10000 mahasiswa menyokong pimpinan Najib Razak" -Safira Safri

Prologue: Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk menilai dan melihat dengan akal dan mata. Adakah salah seorang ketua kepada Menteri dan orang yang membawa sedikit kuasa yang diturunkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk melancarkan Yayasan Sukarelawan Siswa?

Jawapannya ada pada anda sendiri, kerana anda yang menilainya. Pada pendapat peribadi Safira Safri sendiri, kemasukan DS Najib sebagai Kerajaan boleh dianggap sebagai seorang tokoh yang membawa seangat untuk terus berjaya kepada mahasiswa.

Middle Voices juga berharap mahasiswa tidak bertindak ganas seperti Safwan Anang yang bukan menegakkan pintu universiti tetapi cuba meruntuhkan universiti.

#Kalau Melaka runtuh kerana pembelot begitu juga dengan Malaysia

Friday, 23 March 2012

Pro-M pengaruh filem SERAM


Hampir 89% rakyat Malaysia suka menonton cerita seram khususnya mahasiswa, berduyun duyun mahasiswa ke panggung wayang disebabkan nak tengok cerita seram a.k.a cerita hantu. So, tentulah ada yang terpengaruh disebabkan ketidakmatangan pemikiran mereka. antaranya adalah PRO MAHASISWA. kalau tak percaya tengok je bukti


Pocong!!!!
pro mahasiswa ni, karyawan buat cerita hantu dia nak buat cerita hantu jugak. Inilah pengaruh filem.


FILEM BAJET MURAH, keranda PRO MAHASISWA yang diciplak dari filem melayu


batu nisan PRO MAHASISWA 


last sekali, Al fatihah buat PRO MAHASISWA, semoga bersemadi dengan Aman...but Don't you ever tiru konsep Aman Kampus yer..!!

Tahniah! disebabkan tindakan yang kurang matang.