Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam kabinet disarankan agar tidak menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak turun kawasan.
Rakan-rakan Middle Voices yang hari ini menyertai program anjuran sebuah badan bukan kerajaan, NGO menyatakan pemerhatian jelas terhadap corak percaturan sesebuah parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen berportfolio menteri atau timbalan menteri adalah sedikit terabai berbanding kawasan parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen yang tidak memegang jawatan di dalam kabinet.
Walaubagaimanapun, menurut sumber yang sama, hanya segelintir Ahli Parlimen UMNO yang seolah-olah menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak dapat bersama rakyat di kawasan pada hujung minggu atau pada hari jumaat seperti ahli parlimen yang lain dek kesibukan kerja sebagai menteri.
Menurut salah seorang rakan Blogger yang merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia selain menjadi peserta program tersebut, terdapat juga segelintir ahli parlimen yang berjawatan menteri yang tidak pernah naik ke pejabat parlimen kawasan hanya kerana sibuk menjalankan tugas sebagai menteri.
Tambahannya lagi, ini menyebabkan rakyat tidak dapat merasai hubungan mesra seorang pemimpin terhadap penduduk di kawasan kampung kerana jawatan tersebut seolah memberikan jurang antara mereka dengan wakil rakyat pilihan mereka.
"ada juga YB yang berpangkat menteri tidak langsung turun kawasan pada hujung minggu malah hanya turun untuk berbuka puasa sahaja dan urusan-urusan kebajikan rakyat hanya akan diuruskan oleh pegawai khas menteri tersebut atau setiausaha sulitnya." -Mahasiswa IPTA
menurutnya lagi, kebanyakan penduduk kampung yang datang ke Pejabat Parlimen adalah dengan harapan dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen yang dipilih, namun kesibukan ahli parlimen terhadap komitmen lain menghampakan pengundi mereka sendiri.
Prologue: Middle Voices melihat kesibukan ahli parlimen yang memegang jawatan di dalam kabinet sebagai satu kelebihan untuk parlimen tersebut. Namun, sekiranya kesibukan sebagai menteri mengurangkan kualiti komitmen kepada kawasan, beberapa cadangan dikeutarakan seperti:
1. Jika kesibukan menjadi alasan, maka sudah tiba masanya untuk Kerajaan membuat transformasi untuk rakyat dengan memisahkan secara mutlak antara badan eksekutif dan badan legislatif (perundangan).
2. Jika seseorang ahli parlimen itu dilantik sebagai menteri, sekurang-kurangnya disyaratkan kepadanya untuk duduk di pejabat parlimennya seperti ahli parlimen yang lain kerana rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat, bukannya wakil kepada wakil rakyat.
Walaubagaimanapun, penambahbaikan kepada cadangan ini amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Program Transformasi Kerajaan.
Selain itu, kesan daripada kesibukan menteri ini juga sebenarnya boleh membawa kepada pentejermahan undi penduduk kampung yang semakin merosot dan akhirnya menggembirakan Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari peluang terbuka untuk menipu dan memenangi hati penduduk kampung yang masih belum berjaya.
Namun siapa tahu, Pakatan Rakyat yang komited mungkin akan memenangi hati pengundi luar bandar jika ahli parlimen UMNO berjawatan menteri ini tidak komited dan memberi komitmen di kawasan yang dimenanginya.
#UMNO mesti lakukan perubahan untuk PRU 13, atau kerajaan yang berlaku perubahan.
petanda UMNgok akan jatuh...PR pilihan rakyat
ReplyDeletePR akan menang? KAH KAH KAH! hang pi jaga dulu negeri hang la ni. tok sah dok sibuk kat negeri orang lain. negeri sendiri pun tak terjaga. KAH KAH KAH! HIDUP UMNO, UMNO PERTAHAN ORANG MELAYU!
ReplyDelete