1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita; dan
3) Jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna?
1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
Komen: Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dalam majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Middle Voices hari ini dimaklumkan oleh rakan penulis berkenaan tindakan seorang mahasiswa berbangsa india yang merupakan pelajar di Universiti Selangor, UNISEL menghina Islam melalui status laman sosial facebooknya.
Gapinath Jayarathnam yang berasal daripada Kelang, dilaporkan mengeluarkan status yang jelas menghina islam secara ekstrim dan melampau yang mengaitkan perkataan Allah dan Nabi Muhammad dengan menggambarkan perbuatan lucah kedua-dua perkataan tersebut melalui laman facebooknya yang kini telah dinyahaktifkan serta merta.
"Biadap dan amat kerterlaluan," komen sebahagian mahasiswa selain ada yang benar-benar marah serta melaknat perbuatan Gapinath yang menghina islam secara melampau sekaligus mencabul keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Selain itu, seorang lagi mahasiswa turut bersuara dengan menyatakan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei yang digeruni itu akan kembali lagi dek kerana marah dengan perbuatan yang terang terang menghina islam.
"hok nie...nok soh berulang peristiwa 13 mei...kalu ore maroh mula royak ore bekeng....," kata Mohamad Shamsul.
Prologue: Tidak cukup dengan penghinaan islam yang sedang diprotes hebat menjadi hujahan, makian dan bualan apabila filem menghina Nabi Muhammad tersebar di Youtube, kini muncul pula mahasiswa yang begitu berani menyentuh sensitiviti islam dengan penghinaan ekstrim.
Middle Voices melihat perbuatan Gapinath itu merupakan suatu yang sangat biadap dan perlu diawasi dan dikenakan tindakan segera oleh kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri.
Dato' Seri Hishammudin yang merupakan Menteri Dalam Negeri kali ini harus mengenakan tindakan tegas dan tanpa maaf terhadap penghina Islam di Malaysia bagi meneruskan keharmonian dan keamanan negara.
Kelembapan dan tolak ansur untuk tidak mendakwa Gapinath dibawah Akta Hasutan 1948 serta merta dan mengenakan hukuman yang tegas sudah tentu membawa kepada keburukan yang lebih besar disamping bersedia diboikot oleh mahasiswa sekiranya gagal berbuat demikian.
Middle Voices juga ingin menyeru seluruh mahasiswa yang sedang sibuk dengan isu Pilihan Raya Kampus agar membuat laporan polis supaya tindakan dan siasatan polis dapat dijalankan sekaligus menyegerakan proses menghumban Gapinath ke muka pengadilan.
#Sekarang Middle Voices melihat bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act, ISA adalah lebih praktikal bagi mengusir manusia jahat seperti Gapinath...
Kuala Lumpur, semalam polis telah menahan seorang mahasiswa daripada sebuah kolej swasta di Cheras bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 Ogos, malam ambang kemerdekaan yang lalu.
Menurut sumber, subjek ditahan selepas menyerah diri dikolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam.
"Subjek ditahan untuk siasatan, termasuk untuk mengenalpasti motif disebalik perbuatan melampaunya" Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.
Abd Jalil turut berkata kepada pemberita, subjek dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu.
Prologue: Perbuatan memaki hamun, menghina secara berlebih-lebihan dan terlampau bukanlah budaya mahasiswa hari ini.
Perlakuan yang memalukan ibu bapa, bangsa, agama dan negara ini harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang kembali.
Mahasiswa hari ini sudah matang, perbuatan menunjukkan punggung hanya untuk menggambarkan ketidakpuasan hati kepada pemimpin bukanlah akhlak seorang islam malahan bukan juga adab dan budaya seorang yang bergelar melayu di bumi Malaysia.
Kemerdekaan negara kita yang ke 55 harus diertikan dengan semangat cintakan tanah air dan digambarkan dengan satu penghargaan kepada tokoh-tokoh pejuang yang mempertahankan kemerdekaan dengan membawa kemajuan kepada negara.
"Bukanlah merdeka itu harus dipamerkan dengan perasaan protes yang terlampau sehingga memalukan diri sendiri dan hilang rasionalnya sebagai seorang masyarakat terpelajar atau mahasiswa." - Safira Safri, Rakan Middle Voices.
Middle Voices ingin menyeru seluruh kumpulan mahasiswa di setiap pelusuk tanah air, agar tidak menjadikan perlakuan ini sebagai contoh atau idola, tetapi jadikanlah perlakuan yang memalukan ini sebagai pengajaran dan tauladan kepada diri kita sendiri.
#Apalah ertinya, disebalik makian atau rintihan. Tiada guna kau mencaci maki kerana buruknya terconteng di muka sendiri... Mahasiswa Aspirasi, memilih Malaysia
"Skills win you medals, but attitude wins hearts" -ESPN commentator said of Lee Chong Wei (London, 2012 Olympics)
Begitulah corak dan warna komen yang membanjiri laman-laman sosial facebook dan twitter selepas Wira Tangkis Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada set ke-2 dan ke-3 membawa kepada 1-2.
Sejurus ditewaskan, Datuk Lee Chong Wei yang kecewa memohon maaf melalui laman sosial Twitter @Lee_C_Wei nya dengan dua patah perkataan berbahasa inggeris.
"Im sorry" - Datuk Lee Chong Wei
Namun permohonan maaf daripada Wira Tangkis Malaysia itu di tepis oleh beribu penyokong Malaysia yang menyatakan bahawa dia telah pun Menang di hati rakyat malaysia dan tidak perlu memohon maaf setelah berjuang dan mengharumkan nama Malaysia walaupun hanya berjaya merangkul pingat perak di Temasya Olimpik London.
Apa yang tidak menyenangkan adalah, apabila seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN DAP telah mempolitikkan sokongan dan usaha jitu Datuk Lee Chong Wei di laman sosial twitternya yang mempersoalkan kekalahan Wira Tangkis itu sekaligus mewujudkan satu kebencian kaum cina kepada DAP.
"Lin Dan wins, he played better than Lee Chong AWAY"ujarManoharan Malayalam, ADUN DAP melalui laman twitternya yang sekaligus mengundang kemarahan penggemar dan peminat LCW.
Manoharan yang dicela oleh banyak pihak kerana cuba memolitikkan arena sukan negara termasuk kekalahan Datuk Lee Chong Wei hari ini memohon maaf juga melalui laman sosial yang sama.
"I deeply regret the comments I have made and tender my heartfelt apologies to Dato' Lee Chong Wei and his family." -Mano
Namun, kebencian telah terpupuk dan tertanam apabila dimeriahkan lagi tweet tersebut dengan komen yang menolak maaf Manoharan.
selain itu, "@mmanoADUN how you tried to make sports political, I have no idea. When Malaysia was behind him, you has to make smart ass comments. Crazy" ujar Afandi Oh yang marah dengan tindakan Mano mempolitikkan Temasya Olimpik London sementara yang lainnya menyatakan bahawa sudah terlewat untuk memohon maaf kerana rakyat telah mengetahui sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat.
Prologue: "Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata terus jelah" begitulah padahnya kepada Mano dan DAP yang kini bakal mengalami kemelesetan penyokong.
Kepada Mano, Middle Voices sarankan untuk letak jawatan dan berhenti menjadi manusia kerana gagal bertindak seperti seorang yang mempunyai peri kemanusiaan yang nyatanya berbeza jika dibandingkan dengan Barisan Nasional yang pimpinan YAB Dato' Sri Najib, seperti yang boleh dilihat melalui komennya.
Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam kabinet disarankan agar tidak menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak turun kawasan.
Rakan-rakan Middle Voices yang hari ini menyertai program anjuran sebuah badan bukan kerajaan, NGO menyatakan pemerhatian jelas terhadap corak percaturan sesebuah parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen berportfolio menteri atau timbalan menteri adalah sedikit terabai berbanding kawasan parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen yang tidak memegang jawatan di dalam kabinet.
Walaubagaimanapun, menurut sumber yang sama, hanya segelintir Ahli Parlimen UMNO yang seolah-olah menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak dapat bersama rakyat di kawasan pada hujung minggu atau pada hari jumaat seperti ahli parlimen yang lain dek kesibukan kerja sebagai menteri.
Menurut salah seorang rakan Blogger yang merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia selain menjadi peserta program tersebut, terdapat juga segelintir ahli parlimen yang berjawatan menteri yang tidak pernah naik ke pejabat parlimen kawasan hanya kerana sibuk menjalankan tugas sebagai menteri.
Tambahannya lagi, ini menyebabkan rakyat tidak dapat merasai hubungan mesra seorang pemimpin terhadap penduduk di kawasan kampung kerana jawatan tersebut seolah memberikan jurang antara mereka dengan wakil rakyat pilihan mereka.
"ada juga YB yang berpangkat menteri tidak langsung turun kawasan pada hujung minggu malah hanya turun untuk berbuka puasa sahaja dan urusan-urusan kebajikan rakyat hanya akan diuruskan oleh pegawai khas menteri tersebut atau setiausaha sulitnya." -Mahasiswa IPTA
menurutnya lagi, kebanyakan penduduk kampung yang datang ke Pejabat Parlimen adalah dengan harapan dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen yang dipilih, namun kesibukan ahli parlimen terhadap komitmen lain menghampakan pengundi mereka sendiri.
Prologue: Middle Voices melihat kesibukan ahli parlimen yang memegang jawatan di dalam kabinet sebagai satu kelebihan untuk parlimen tersebut. Namun, sekiranya kesibukan sebagai menteri mengurangkan kualiti komitmen kepada kawasan, beberapa cadangan dikeutarakan seperti:
1. Jika kesibukan menjadi alasan, maka sudah tiba masanya untuk Kerajaan membuat transformasi untuk rakyat dengan memisahkan secara mutlak antara badan eksekutif dan badan legislatif (perundangan).
2. Jika seseorang ahli parlimen itu dilantik sebagai menteri, sekurang-kurangnya disyaratkan kepadanya untuk duduk di pejabat parlimennya seperti ahli parlimen yang lain kerana rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat, bukannya wakil kepada wakil rakyat.
Walaubagaimanapun, penambahbaikan kepada cadangan ini amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Program Transformasi Kerajaan.
Selain itu, kesan daripada kesibukan menteri ini juga sebenarnya boleh membawa kepada pentejermahan undi penduduk kampung yang semakin merosot dan akhirnya menggembirakan Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari peluang terbuka untuk menipu dan memenangi hati penduduk kampung yang masih belum berjaya.
Namun siapa tahu, Pakatan Rakyat yang komited mungkin akan memenangi hati pengundi luar bandar jika ahli parlimen UMNO berjawatan menteri ini tidak komited dan memberi komitmen di kawasan yang dimenanginya.
#UMNO mesti lakukan perubahan untuk PRU 13, atau kerajaan yang berlaku perubahan.
Shah Alam, perbicaraan tatatertib bagi pertuduhan ke atas Khalid Ismath hari ini bermula dengan lancar. Hal ini adalah berikutan kawalan ketat oleh Polis Bantuan Universiti Teknologi MARA yang bertindak menghalang sesiapa sahaja termasuk pelajar UiTM untuk mendekati Kamar Perbicaraan di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam demi untuk menjaga keharmonian dan keamanan bangunan pengurusan itu.
Sebaik sahaja selesai dalam jam 12.30 tengahari, Khalid Ismath yang dituduh dan disahkan bersalah telah dihukum mengikut Kaedah 48, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Akta 174 dengan hukuman gantung 3 semester pengajian dan tidak boleh mengambil mana-mana peperiksaan sepanjang dalam tempoh penggantungan termasuk peperiksaan yang terdekat pada semester ini.
Khalid yang baru sahaja keluar daripada kamar terus mendapatkan isterinya serta rakan-rakannya. Turut bersama ketika itu adalah aktivis jalanan Adam Adli, Safwan Anang dan kumpulan pelajar student power yang telah menapak di kawasan letak kenderaan bangunan perbicaraan tersebut sejak awal pagi lagi.
Khalid ketika menarik perhatian pelajar dan beberapa orang awam termasuk wartawan telah menyatakan bahawa, dia akan memastikan Akta 174 yang zalim itu semestinya akan dihapuskan sebaik sahaja Pakatan Rakyat, PR berjaya menawan Putrajaya.
"saya telah digantung 3 semester dan ini menunjukkan Akta 174 telah berlaku zalim kepada mahasiswa yang keluar melontarkan pandangan di luar" - Khalid Ismath
"PR akan pastikan bahawa Akta 174 yang zalim ini akan dihapuskan sebaik sahaja PR menakluki Putrajaya." ujarnya lagi kepada pemberita.
Sebelum itu, sekumpulan pelajar yang hadir bersama Gabungan Kelab Dalaman UiTM, Waris Wawasan bersama Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas Khalid Ismath.
Selepas itu, Waris Wawasan yang ditanya pemberita telah menyampaikan rasa berpuas hati dan bersyukur setelah tuntutan mereka agar pencemar nama baik UiTM dikenakan tidakan tatatertib telah pun didengari pengurusan universiti itu.
"Tahniah UiTM kerana berjaya mengambil satu tindakan tegas untuk dijadikan taudalan kepada semua pelajar dalam menjaga nama baik universiti dan imej mahasiswa di UiTM" katanya sebaik sahaja Khalid beredar dari sekitar bangunan perbicaraan.
#Keputusan yang dihormati oleh semua pelajar UiTM dianggap zalim oleh dia...mahasiswa yang menilai.
Hal ini adalah kerana, tuntutan mereka agar mahasiswa pro-pembangkang, Khalid Ismath dikenakan tindakan tatatertib atas perlakuannya yang tidak wajar disebalik memburukkan imej dan nama UiTM kini mendapat perhatian universiti itu.
Menurut sumber (Sinar Harian), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, dia dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.
Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Secara keseluruhannya, Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM telah mengambil tindakan yang bijak untuk mendakwa perosak nama baik UiTM ini di kamar perbicaraan Mahakamah UiTM.
Menurut seorang pelajar yang enggan memberitahu namanya, Khalid Ismath adalah wajar untuk dikenakan tidakan tatatertib dan harus diberikan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua penuntut di universiti melayu itu.
"sebenarnya dia tak layak dibicarakan, eloknya ambil sahaja tindakan tatatertib atau bagi sahaja hukuman tegas seperti buang universiti supaya bagi pengajaran sikit" katanya.
Selepas ditanya lagi, samada tidakan membuang itu begitu drastik, pelajar tersebut sekali lagi memberikan komennya;
"dia buat demonstrasi tu, tak pergi kelas! itu tandanya dia pun memang taknak belajar, jadi tindakan memalukan nama uitm dengan drastik juga harus selari dengan pembuangan secara drastik" ujarnya dengan tegas sambil mendapat sokongan rakan-rakannya yang berkerumun di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam.
Sebelum itu, Khalid berkata dia akan hadir pada sesi perbicaraan tersebut pada perjumpaan bersama Rafizi petang kelmarin.
Prologue: Walau apa jua cara sekalipun, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk berfikir dan bertindak matang di dalam meneliti hasil perbicaraan itu nanti.
Menghormati panel tidak berkepentingan dan wakil bagi menilai fakta kes untuk menentukan samada Khalid Ismath bersalah ataupun tidak harus ditekankan bagi mengelak pencabulan kedaulatan undang-undang, atau Akta 174 (Tatatertib) 1976 itu sendiri.
Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk tidak membuat sebarang andaian mahupun bertindak secara agresif yang kononnya dia, Khalid bersalah ataupun tidak bersalah.
Serahkanlah penilaian tersebut kepada mereka yang lebih fasih dan arif kerana undang-undang bukan boleh dinilai dengan mulut, akal dan buku sahaja. Tetapi seharusnya dinilai dengan hati, iman dan akal.
Walaubagaimana pun tahniah untuk UiTM kerana berjaya melakukan sesuatu dalam mempertimbang suara majoriti pelajar dan tahniah juga kepada penuntut undang-undang UiTM kerana penderitaan malu mereka akan berakhir.
#Jika dia benar, maka Allah akan memberikan perlindungan kepadanya. Jika tidak, mohonlah agar Allah pamerkan kebenaran tentang dirinya.
Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan ibu
padaku dan pahala yang besar,
atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.
Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Ditempat kediaman yang dinaungi,
Kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
1)“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum,
seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin
baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu
masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia
adalah jihad.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004]
2) Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu
Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin
mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah
dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai
ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan
berbaktilah kepadanya.”
[Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no
3104]
3) Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:
رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط
الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —-
Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya
[hadis no: 1899]
Terlalu banyak hadis yang memberi keutamaan seorang ibu, walaupun jihad dipandang mulia disisi agama, namun berbakti kepada ibu adalah yang lebih utama.Ibu adalah segalanya, tanpa ibu siapa la kita.
Redanya Allah terletak pada redanya ibu bapa.
Bismillahirrahmanirrahim... "Ya Allah, berikan petunjuk mu dan hidayah mu kepada mata mata mereka yang melihat kezaliman dan kemungkaran ini. Tunjukkanlah kebenaran kepada hati hati mereka. Amin"
Bersama ini Middle Voices bawakan gambaran sebenar berkenaan Kronologi BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 yang lalu. Pastikan anda memerhatikan tindakan perusuh BERSIH 3.0 yang melampaui batas batas keamanan dan mencabul keharmonian Rukun Negara.
Apa yang terjadi dan apa yang anda telah lihat merupakan sesuatu yang amat memalukan. Seorang wartawan akhirnya mengherdik seorang betina yang biaDAP dan kurang ajar.
"Get out of this country....." betina jalang BERSIH 3.0
"Saya boleh cakap bahasa melayu, saya orang Islam, saya tinggal disini dan isteri saya orang Malaysia, jangan BIADAP sangat. Saya buat kerja!!" Ujar seorang wartawan kepada betina jalang BERSIH 3.0
Adakah ini yang kita mahukan. Adakah ini yang difikirkan BERSIH?
Laporan daripada Media Pembangkang:
Pendemonstran telah menterbalikkan kereta polis dan menyerangnya kerana pihak polis telah bertindak kejam dan telah melanggar pendemonstran yang tidak bersalah.
Bukti daripada Video:
Seorang demi seorang telah naik ke atas bumbung kereta polis yang sedang bergerak perlahan dan menendang cermin hadapan kereta polis sehingga terbabas di bahu jalan dan akhirnya mereka menterbalikkan kenderaan polis tersebut.
Adakah video ini menipu? atau ianya merupakan Fitnah?
Serbuan beramai ramai secara gorila terhadap barisan hadapan polis pengaman? Adakah ini yang dikatakan perhimpunan AMAN??
Kehadiran polis sebagai jentera yang memastikan keselamatan pendemonstran dan penyelamat kepada keamanan di terima buruk oleh pendemonstran. Bas dan kereta polis dibaling dengan botol. "POLIS SIAL" kata mereka.
Adakah ini budaya rakyat Malaysia? Adakah kita gembira melihat kemusnahan hanya demi untuk memastikan kemahuan kita didengari sedangkan ianya langsung tidak releven?
Inilah tanda kerosakan akhlak dan kebodohan manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang ingin melihat kejatuhan negara sendiri. Butakan mata jika anda lupa akan bencana yang menimpa rakyat Mesir, Libya, Palestin, Iraq, dan Syria.
Fikirkanlah kerana wajah divideo ini tidak akan menipu anda selagi anda sayangkan negara Malaysia. Bangunlah menentang kemurkaan sebelum bala tuhan menimpa anda kerana anda merupakan salah seorang yang menyumbang kepada bencana dan kemurkaan tuhan.
#Benar atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah bagaimana anda menerima kebenaran....
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
Prologue: Assalamualaikum. Masa sekarang semakin suntuk. Dalam masa ini Safira Safri tersentuh mendengar sajak yang dinukil dan dideklamasikan oleh Tun Dr Mahathir ini. "Perjuangan yang belum selesai....." katanya, SS sedih dan tersentak seketika. Sayu dan sepi kerana masa seakan terhenti sedangkan ianya tidak.
Jika difikirkan, apakah kesannya sajak ini suatu ketika dahulu? mungkin jawapannya beerti semangat. Semangat untuk meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara. Namun hari ini, Anak anak melayu ramai yang lupa. Ramai yang leka dan alpa. Sesuai dengan sajak "Melayu Mudah Lupa".
"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati, Dari melihat bangsaku dijajah, Tidak ada yang lebih menyedihkan, dari membiarkan bangsaku dihina"
Realitinya, Anak-anak Melayu sedang sibuk berdemonstrasi. Anak anak melayu sedang sibuk memaki hamun pemimpin. Anak anak melayu sedang sibuk menyalahkan pejuang tanah air. Anak anak melayu sedang sibuk memaki polis yang selalu hilang nyawanya. Anak melayu sedang sibuk meminta minta inginkan yang PERCUMA. Apakah anak melayu ini pernah bersyukur? Apakah anak melayu ini pernah berterima kasih.
Tepuk dada tanya diri sendiri apakah bakti diri ini kepada agama, bangsa dan negara....dan bilakah masanya kita turut sama menghargai pejuang yang telah banyak menyumbang bakti malah pernahkah kita hargai pengertian kemerdekaan negara kita yang sebenar?
Mungkin ada dalam kalangannya yang tidak kesah dan tidak ambil peduli kerana ada juga yang langsung tidak hirau dengan pembawaan dan pembocoran rahsia yang tidak diketahui mereka sedangkan pengisiannya yang sebenar adalah untuk menyedarkan mereka bahawa negara kita kembali dijajah dan perlakuan mereka hari ini akan mengiakan kehancuran bangsa mereka dan agama islam sendiri seperti yang tertulis di dalam entri tersebut.
Namun entri tersebut dipandang sinis oleh melayu islam liberal yang menggelak ketawakan landasan perbincangan dengan maki hamun dan penghinaan kepada bangsa sendiri. Pada masa yang sama, mereka si pemusnah islam yang bercita cita menjadi perdana menteri kristian Malaysia pertama berdebar dan akhirnya kembali tenang melihat tindakan sinis melayu yang berketawa sekaligus memaki hamun pembongkaran rahsia sebenar Perancangan Kristianisasi Malaysia.
Jika diukur dengan mata dan telinga, maka tidak nampak dan dengar kerana ianya satu rahsia. Jika diukur dengan fakta dan logik maka ianya satu pembongkaran besar. Bangunlah melayu dan bersatulah. Bersatulah atas nama Islam dan Melayu.
Sedarlah bahawa Melayu Islam sedang di kecam di Malaysia. Jika faktanya yang diminta tanyalah kepada Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP. Dia seorang Islam yang juga pernah tinggal di gereja di Malaysia selama dua (2) minggu dan akhirnya melihat sendiri usaha-usaha seorang Paderi Marine, warga USA yang telah bergiat selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang islam di Malaysia dan sekurang-kurangnya 2 orang Melayu akan dimurtadkan dalam masa seminggu.
Menurut Razali lagi, Jeff Oi (DAP Jelutong) di dalam ucapannya pernah berkata "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next Prime Minister is christian." selain menyatakan bahawa DAP paling membenci orang Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Rakan Middle Voices sekalian, salahkah kita rasa curiga demi untuk menyelamatkan bangsa dan agama? Salahkah jika kita berjaga-jaga dengan pembongkaran kearah pemusnahan Islam di Malaysia atau kita hanya perlu berdiam diri?! Adakah kita perlu berdiam diri? Adakah kita perlu berdiam diri?! atau kita perlu berdemonstrasi untuk melihat lebih banyak darah yang mengalir? atau lebih banyak pintu pintu rezeki ditutup dek bencana besar hasil daripada rusuhan yang kalanya baik tapi caranya membawa padah besar? anak kecil jua tahu rasa kacau dan takut kerana matanya menangis.
Tidakkah cukup dengan corong corong laungan azan yang dulunya menyelinap keluar membangkitkan seribu ummat bersolat subuh tetapi hari ini corong corong itu telah masuk ke ruang solat untuk menghormati mereka yang bencikan Islam ini. Tidakkah ini merupakan langkah pertama untuk menguji sensitiviti agama dalam kalangan Melayu Islam di Malaysia?
Tidakkah cukup dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dimainkan sambil gelak ketawa oleh awak awak si kafir zimmi? Adakah mereka ini selayaknya diberi hak untuk membaca ayat ayat suci Al-Quran sedangkan ayat itu dipolitikkan dan dipermainkan hanya untuk memperlihatkan yang mereka itu kononnya prihatin kepada ummat islam di Malaysia?
Bukankah anda melihat bahawa peranan PAS yang cantik sebagai Parti Islam yang memperjuangkan Islam sebenar di Malaysia hari ini tidak lagi bertindak sedemikian? Bukankah faktor Anwar Ibrahim cukup penting di dalam melibralisasikan PAS dan meletakkan kuncu kuncunya untuk menguasai parti Islam itu untuk memecahbelahkan orang Melayu?
Adakah ini tidak cukup untuk membangkitkan kita orang Islam dan Melayu untuk bersatu? Adakah ini tidak cukup membuktikan yang Islam di Malaysia sedang terancam? Adakah ini hanya boleh di panggil tilikan yang tidak punya hak untuk dihebahkan? Berfikirlah....takkanlah runtuhnya Melayu Islam nanti baru hendak mencari kudrat untuk bangkit dan bersatu?
Masa semakin suntuk kerana masa semakin dekat dan dekat itu terlalu cepat.
Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
Islam is the way of life....
Melayu itu bangsaku...
Malaysia itu negaraku....
#Hanya sekadar berpesan pesan sebelum tiadanya waktu untuk berpesan...sambil menunggukan hari esok untuk melihat Melayu Islam bangun berpegang tangan dan bersatu menentang penjajahan...
Jika kebebasan yang pernah diperjuangkan oleh mahasiswa kecil yang popular dek perbualan media seketika dulu! hari ini sekali lagi namanya diangkat kerana bersetuju untuk membunuh semua polis di Malaysia.
"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"
Khalid Ismath kali ini semakin berani mencabar Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang undang walaupun anak kecil yang nakal ini merupakan seorang penuntut undang undang di Universiti Teknologi MARA dan masih bertindak kurang matang di dalam membicarakan isu isu semasa.
Bersetuju untuk membunuh polis atau bersetuju untuk semua polis dibunuh samalah dengan berniat untuk melihat jenayah itu berlaku atau berniat untuk membunuh.
Khalid Ismath yang dibantu peguam yang tidak diketahui identitinya menasihatkan rakannya agar tidak takut kerana yakin bahawa peguam sentiasa bersama mereka di dalam memperjuangkan ideologi mereka menentang polis habis habisan.
Persoalannya,
1. Apakah polis itu bukan manusia yang punya hak untuk teruskan hidup seperti yang lain?
2. Adakah Khalid Ismath hilang pedoman kerana asyik disogok kemewahan dan dijanjikan kedudukan sehingga sanggup membunuh polis yang rata ratanya beragama Islam dan berbangsa melayu?
3. Apakah dosanya polis yang selama ini menjaga keamanan negara bertungkus lumus menurunkan kadar jenayah?
4. Apakah salahnya polis yang bertegas dengan mahasiswa yang jelik dan degil serta tidak punya ilmu, akhlak dan budi pekerti mulia?
5. Manakah silapnya polis sehingga kesemuanya harus dibunuh dan dilupuskan?
6. dan Bilakah masanya jasa polis ini hendak dikenang?
Maka Middle Voices menjawab mungkin benar bahawa Khalid Ismath memusuhi orang melayu dan Islam kerana telah dididik Anwar Ibrahim untuk membenci keturunan melayu Islam seperti Anwar membenci Tun Dr Mahathir.
Mungkin juga kerana ajaran Syiah yang menghalalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dibunuh kerana ratanya polis di Malaysia adalah tidak tak Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mungkinkah suatu hari nanti Khalid Ismath akan berkata "Saya setuju semua orang melayu (islam) dibunuh" dek kerana Malaysia yang berimaginasikan Iraq dan Syria ketika peristiwa melayu lupa diri di dataran bertuah Merdeka pada 28 April 2012 yang lalu?
Ada kemungkinannya kerana perkara ini sedang berlaku dan telah pun berlaku ketika BERSIH 3.0 yang lalu.
"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan".
Sebenarnya, perbuatan Khalid Ismath ini telah melampaui batas. Hanya undang undang sahaja yang terlalu rigid untuk tidak menghukum perlakuan subur Khalid Ismath menghina panji panji Polis Di Raja Malaysia, PDRM.
Jika diperlihatkan dari sudut yang lain, perbuatan ini sangat merbahaya kerana telah bertindak untuk mempengaruhi dan menghasut rakyat Malaysia dan Mahasiswa khususnya.
Perbuatan ini sebenarnya adalah untuk menghasilkan benih benih benci terhadap polis dan usaha ini sebenarnya adalah untuk merosakkan prestasi sekaligus mengubah pandangan masyarakat terhadap polis yang telah berjasa sejak berlakunya peristiwa Bukit Kepung.
Jika dahulu komunis membawa watak antagonis di dalam memusnahkan keturunan polis di Bukit Kepung dan hari ini Khalid Ismath akan mencipta sejarah sebagai mahasiswa pertama yang akan merobekkan hati malaya sekaligus meruntunkan jiwa pejuang tanah air.
Maka peristiwa pembunuhan beramai ramai di Balai Polis Bukit Kepung pada 23 Feb 1950 pasti akan kembali di mata seorang anak yang sebelumnya berakhir dengan kematian melihat ibunya dibakar oleh pembunuh kejam dan pengkhianat ini.
Jangan biarkan peristiwa 13 Mei 1969 berbuku dan berwajah baru....
Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
Islam is the way of life....
Melayu itu bangsaku...
Malaysia itu negaraku....
Prologue: Safirah Safri sedih melihat perpecahan antara melayu islam hari ini. Malaysia yang dulunya aman hari ini telah dicabul dengan rakusnya hanya untuk merebut bangunan berkubah tinggi yang terletak di Putrajaya.
Melayu hilang pertimbangan, Agama islam tiada sensitivitinya apabila dipermainkan oleh si pemeluk agama dunia. Yang peliknya, si pemeluk agama langit ini dan si bangsa pemilik tanah ini duduk dan diam dan menunggu perang.
Bangkitlah mahasiswa, janganlah diperlakukan seperti kuda. Jangan biarkan ukhwah sesama islam, melayu dan saudara ini terlerai terputus begitu sahaja.
Jangan ketepikan agama dan akhlak itu hanya kerana inginkan kuasa. Janganlah menindas orang yang tidak berdosa. Tiadanya guna segulung ijazah dan seorang peguam andainya norma kehidupan itu musnah dek rusuhan sesama sendiri.
#Hanya sekadar berpesan pesan sebelum tiadanya waktu untuk berpesan...
Middle Voices mendapat teguran daripada salah seorang pembaca yang menyatakan bahawa setiap entri yang dikeluarkan berkenaan dengan Pro-M atau Mahasiswa Pro Pembangkang merupakan satu helah dan bersifat berat sebelah.
Middle voices akur, dan terpaksa mengeluarkan bukti yang kukuh bagi menangkis segala tohmahan yang dilontarkan kepada Middle Voices dan Rakan rakan penulis.
Maka lihatkan dan nilaikan dengan akal dan fikiran yang bijak;
Video ini merupakan pengakuan daripada Presiden Persatuan Mahasiswa Islam atau yang lebih jelas, orang yang dimandatkan sebagai Jentera Pro-Pembangkang Mahasiswa suatu ketika dahulu yang kini telah pun beralih arah kepada ASPIRASI.
Apa yang perlu ditegaskan melalui video ini adalah, pengakuannya:
"tertarik untuk saya beritahu bahawa landasan perjuangan saya bersama dengan PMI adalah satu landasan perjuangan yang saya kira, saya seolah dipergunakan!,
bila mana saya bersama mereka, mereka menggunakan sepenuhnya daya tenaga dan juga kreativiti yang ada kepada mahasiswa untuk membawa kepada suatu tempat ataupun satu jalan yang mana hanya untuk memperjuangkan individu ataupun satu satu kepentingan, bukan hanya untuk kepentingan secara bersama.
Saya bagi analogi yang mudah, ketika mana saya berada dalam PMI, Saya mengetuai Pro Mahasiswa di UTM yang ketika itu kita menang besar di UTM KL,
Tapi dalam tempoh satu kepimpinan mereka menjanjikan macam macam bentuk manifesto yang ingin diberikan kepada mahasiswa,
tapi sehiggalah satu kepimpinan MPM, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Pro Mahasiswa ini langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada mahasiswa.
Sehinggakan ada suatu ketika salah seorang rakan saya berjumpa disurau, dia tanya mana manifesto yang Pro-Mahasiswa janjikan dan saya ketika itu selaku jentera Pro- Mahasiswa berasa sangat malu dan segan,
sehinggakan saya dipersoalkan jika manifesto ini tidak dijalankan hari ini, kami akan tuntut walaupun di akhirat dan ketika itulah saya tergerak bahawa perjuangan saya bersama Pro-Mahasiswa ini adalah perjuangan yang bukan untuk mahasiswa.
Tetapi untuk kepentingan peribadi di luar. Bilamana saya menyertai, saya keluar daripada Pro Mahasiswa, saya menyertai ASPIRASI bersama rakan rakan yang pada hari ini saya nampak landasan perjuangan mereka lebih jelas,
Perjuangan mereka lebih tuju ke arah memperkasa mahasiswa, untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, dan segala kemudahan yang ada di kampus hari ini segala kemudahan yang telah diberikan kepada mahasiswa hari ini adalah hasil daripada kerja tangan mahasiswa mahasiswa aspirasi yang mana telah bertungkus lumus berbanding perjuangan saya yang sebelum ini.
Jadi saya seru kepada rakan rakan yang masih berada disana, langkahlah kaki anda, sertailah kami, kerana sudah pasti saya tidak mahu anda menyesal seperti saya yang telah terjadi satu ketika dulu"
Prologue: Middle Voices juga ingin mneyeru mahasiswa semua untuk berfikir sejenak. Rendahkan ego, turunkan emosi, redupkan mata, bukakan hati untuk mentelaah dan menilai dialog yang diutarakan oleh Presiden PMI suatu ketika dahulu.
Ingatlah, bahawa tidak rugi untuk anda berfikir, dan tiadanya hak bagi mereka untuk menghalang anda berfikir. Cuma bagaimana, situasi, dan cara anda berfikir itu hendaklah betul dan bukan kerana nafsu, keegoan dan kebongkakan di hati.
Fahamilah kata-kata bekas Presiden PMI UTM ini, kerana jelas menunjukkan bahawa Pro Mahasiswa telah hilang punca perjuangan. Maka tidaklah hairan jika mereka sentiasa bertindak agresif, ganas dan kurang ajar.
Mungkin mereka perlu fikirkan untuk angkatkan kaki dan melangkah seberangi minda mahasiswa untuk beralih kepada ASPIRASI. Maka renung renungkan dan selamat beramal.
#Jika ego itu tinggi maka campakkan ke sungai, jika benci itu banyak maka bakarkan dengan api, maka egomu akan berkurang kerana tiada lagi benci.
Safira Safri ingin menyampaikan rasa kecewa kepada Middle Voices apabila melihat mereka yang bertindak ganas dan kurang ajar.
Adakah mereka ini dididik untuk berkelakuan sebegini? Adakah mereka ini kurang kasih sayang dan perhatian? Adakah tiada medium lain untuk menyampaikan rasa kecewa? Adakah tiada tuhan untuk mereka berdoa dan mengadu domba?
Safira Safri mengorak langkah berbincang bersama rakan siswa di UKM. Mereka berkata bahawa pecahnya pintu di UPM suatu ketika dahulu bukanlah kerana pelajar yang ganas dan kurang ajar.
Tetapi, kerana kesilapan seoarang Timbalan Naib Canselor yang bertindak kurang ajar dan tidak memahami pelajar. Namun apakah video ini ditontonkan untuk menyatakan mahasiswa ini santun?
Pandangkan mata saya dan jelikkan, celikkan dan buntangkan agar dilihat dimana cantiknya sopan itu jika tiada santun. Tunjukkan mana santunnya!
Mereka menjerit sedangkan tidak diheret, mereka berteriak seolah ditolak, mereka tidak sopan! mereka kurang ajar! inilah bahasa yang cantik buat mereka.
Jika mahasiswa diluar sana bertanyakan bukti? jangan menilai disudut hati? gunakan keduanya dan tanyakan ibu dan ayah anda andai mereka suka jika anda begitu! Jika mereka suka, maklumkan kepada Safira Safri dengan segera.
Jika TIDAK! Ajarkan rakan anda agar tidak menjadi kurang ajar seperti mereka. Maka saksikanlah wahai mata-mata yang berakal dan berhati perut.
Saksikan dengan mata...fikirkan dengan akal, nilaikan dengan hati...
Prologue: Middle Voices ingin membawa mahasiswa untuk berfikir sejenak. Ambilkan wuduk, dan dirikanlah solat sunat dan akhirkanlah dengan berdoa. Insya Allah. Allah akan tunjukkan jalan jika anda perlukan petunjuk.
Maka jangan sombong sehingga ketepikan akhlak, dan lupa untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana Rasulullah S.A.W bersabda;
''Bukan termasuk umatku orang yang tak menghormati orang tua, tidak menyayangi anak-anak dan tidak memuliakan alim ulama.'' -HR Ahmad, Thabrani, Hakim
Setelah Middle Voices bawakan kepada anda bukti kepada kemungkaran mereka agar penyampaian ini dilihat dan dinilai oleh mahasiswa yang berakal. Kita tahu menilai yang baik dan yang buruk.
Jangan lupa, biar sejahat manapun mereka, hormatilah mereka sebaik boleh. Jangan sia siakan masa muda anda, kelak anda akan merasa.
Fikir fikirkan.....
#Sayang kerana berakal tidak berjiwa, berperut tidak berhati...
SAYA amat tertarik membaca tulisan Syed Akbar Ali dalam blognya OutSyed The Box bertajukThe One & Only Problem In Malaysia atau Satu-satunya Masalah di Malaysia Ini.
Topiknya lari sama sekali dari politik. Ia berkaitan dengan realiti hidup seharian di Malaysia. Ia berkaitan dengan sikap dan etika kerja. Ia berkaitan dengan bagaimana anda, sama ada kakitangan kerajaan, pelajar, mahasiswa, peniaga, orang makan gaji melayan orang lain atau berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.
Kononnya, orang Melayu itu bersopan-santun, beragama, berilmu? Jika itulah amalannya maka tiadalah masalah yang akan berlaku di kalangan orang kita sekarang atau dalam sistem jabatan kerajaan.
Seperti biasa tulisan Syed Akbar banyak mengondem sikap orang Melayu, namun seperti beliau mempunyai nawaitu yang baik dan murni. Walaupun pedas didengar tapi itulah hakikatnya, yang semua orang Melayu harus menerimanya --- untuk kebaikan mereka.
Syed Akbar yang juga penulis buku Malaysia and The Club of Doom (Malaysia dan Kelab Kemusnahan), menyimpulkan orang Melayu masih gagal bersaing sepenuhnya. Kita harus mencari jalan segera bagi membolehkan mereka bersaing, katanya.
Modal, pendidikan universiti, projek, kontrak, peluang niaga dan lain-lain terlalu banyak. Namun apa yang kita banyak tiada ialah etika kerja dan sikap. Itu sahaja bahagian yang kita hilang.
Beliau dalam entri bertarikh 18 September itu memberikan banyak contoh-contoh peribadi beliau dan dari rakan-rakan mengenai soal sikap dan etika kerja ini.
Satu petikan dalam pra-kata blog itu, Syed Akbar menulis: ''Para lulusan universiti kita langsung tidak boleh menulis ayat yang betul - dalam semua bahasa. Dan tolong lupakanlah pasal kemahiran Inggeris mereka. Jika kerajaan dan GLC tidak mengambil mereka bekerja, maka banyaklah lulusan bumiputera ini tidak akan bekerja. Mereka akan menganggur.
''Perkara yang sama tidak berlaku kepada lulusan bukan-bumiputera kita. Bukan bumiputera yang lulus dari UKM atau UM boleh terus mendapat kerja sehingga ke luar negara di Hong Kong, Australia, UK, New Zealand, Singapura dan di mana-mana. Mereka baca bukan teks yang sama, diajar oleh pensyarah yang sama dan makan pun makanan yang sama di kampus. Tapi apa yang membezakan mereka?''
Itu ialah soal sikap yang tidak mahu berubah. Sikap sambil lewa, yang tidak mahu mengambil peluang tiga, empat, lima tahun di menara gading untuk memperbaiki diri dan kemahiran diri. Tahu-tahu dah keluar --- adalah ijazah, tapi penampilan diri dan keyakinan diri, macam mana?
Begitu juga dengan soal etika kerja. Ia lebih rumit lagi kerana ia membabitkan kepada soal sistem. Jika etika kerja tidak sempurna ia bukan membabitkan satu jabatan itu sahaja, tapi keseluruhan sistem negara akan dinilai.
Saya tertarik mengambil contoh mengenai soal etika kerja dan sikap yang disiarkan oleh ruangan surat pembaca Utusan Malaysia, Forum semalam (5 Oktober di muka 12).
Ia bertajuk Dua bulan sia-sia tunggu ujian darah. Penulis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kecewa: Pesakit Hyperthyroidism Seri Iskandar, Perak menceritakan mengenai masalahnya ketika berharap dengan kakitangan di Hospital Seri Manjung, Perak.
Saya percaya dengan tersiarnya surat itu semalam, pastinya sudah riuh satu hospital. Pengarahnya sudah tentu akan lari ke sana ke mari, telefon sana-sini, kerana mahu siapkan jawapan balas. Ia adalah kerana kisah hospitalnya sudah keluar paper. Tapi bagi kita, terutamanya rakyat marhaen itulah realitinya di mana-mana sekali pun di negara ini.
Berbalik kepada kisah di Hospital Seri Manjung itu tadi, pada 9 Ogos 2010, pesakit Kecewa telah pergi membuat ujian darah. Sampel diambil dan tunggu temu janji berikutnya iaitu pada 18 Ogos 2010 (7 hari menunggu untuk dapatkan keputusan darah). Pada 18 Ogos 10 pagi bulan puasa, dia pergi ke tempat yang sepatutnya. Tapi doktor bertugas berkata ujian darah tidak dilakukan lagi? Borang makmal tidak lengkap? Dan tiada tandatangan pakar?
Oklah, pesakit pun akur dengan kata-kata doktor itu dan pergi menghantar borang ujian ke bahagian makmal. Makmal kata, tak perlu ambil darah baru kerana darah yang diambil pada 9 Ogos masih boleh digunakan untuk ujian. Kaunter makmal mengarahkan dia masukkan saja borang tandatangan pakar dalam bakul borang di kaunter (tanpa ada sebarang cop pengesahan).
Pada 22 September 2010, 10 pagi (sebulan 4 hari dari tarikh 18 Ogos), dia pergi lagi untuk temu janji. Malangnya dia dimaklumkan oleh doktor bertugas ujian darah (masih) tidak siap.
Menurut surat itu, doktor menelefon bahagian makmal bertanya sebab-sebab ujian tidak dilakukan. Makmal memaklumkan sample darah sudah expired kerana sudah lama (pada temu janji 18 Ogos makmal kata darah masih elok untuk ujian).
''Lantas doktor ingin mengatur supaya darah saya diambil sekali lagi. Saya katakan kepada doktor, tidak perlulah kerana saya sudah menunggu berbulan. Saya tinggal jauh. Seandainya perkara itu berulang lagi, maka sia-sia lagi saya ke hospital itu." Tahniah di atas ketegasan pesakit itu. Bukan main ikut semberono arahan doktor itu.
Dalam surat itu, pesakit Kecewa mencatatkan masalahnya (yang mungkin tiada siapa kisah dan peduli): ''Untuk ke hospital, suami saya perlu memohon cuti. Jadi, dua hari cuti suami saya sia-sia. Dua kali juga saya terpaksa pergi ke hospital untuk memeriksa keputusan darah yang sia-sia. Dua hari juga anak saya ponteng ke sekolah kerana tiada penjaga yang boleh mengambil anak saya di sekolah kerana saya berada di hospital."
Itu hanyalah satu contoh daripada banyak lagi. Seseorang yang lama duduk di negara luar, misalnya di negara bertamadun sikit seperti di negara orang putih atau di Jepun akan mengalami trauma sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA, atau ketika berada di atas jalan raya atau berurusan di mana-mana kaunter - kerana sikap kita yang terlalu teruk. Itu tidak lagi menaiki teksi yang fiilnya hanya Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah sahaja yang maha mengetahuinya.
Oleh itu, tuan-tuan sekelian, tidak hairanlah lalu-lintas di Kuala Lumpur sesak tiap-tiap hari. Salah satu penyumbangnya ialah kerana sistem penyampaian di pejabat-pejabat kerajaan yang menyebabkan pelanggannya terpaksa lari ke sana ke mari untuk menyelesaikan satu urusan yang mudah.
Berbalik kepada tulisan Syed Akbar pula, beliau juga menulis mengenai masalah yang sama dalam tulisannya yang bertajuk mengenai masalah di Malaysia itu.
Begini kisahnya: ''Seorang rakan ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan sebuah persatuan baru. Mereka memintanya isu borang itu dan ini, cop dan sain itu dan ini, kepilkan fotostat IC dan macam-macam lagilah.
''Kemudian dia diarahkan masukkan permohonan itu ke dalam kotak di kaunter di pejabat itu. Tiada 'pengesahan penerimaan' dan lain-lain. Apabila ditanya untuk pengesahan, seorang kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' berjalan ke kaunter dan berkata, 'ini ialah sistem baru, tiada pengesahan diperlukan, kami akan hantar surat. Saudara boleh pulang sekarang.'
''Dia pun balik dan tunggu selama dua bulan. Tiada apa-apa berlaku. Dia pun pergi semula ke ROS untuk bertanya apa dah jadi. Orang yang sama iaitu kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' itu berkata mereka tiada rekod menerima permohonannya.
''Kawan saya itu mula naik angin dan menjerit-jerit. Mereka pun memintanya 'tolong isi satu set borang lain, buat fotostat lagi, dan pulangkan dan kami janji dua minggu akan siap.' Kawan saya menjerit lagi, 'jadi maksud kamu, kena hilang dulu permohonan itu, saya kena tunggu dua bulan dan merayu-rayu dan sekarang kamu akan proses permohonan saya dalam masa dua minggu?'
Syed Akbar menulis lagi: Jadi inilah apa yang berlaku di atas kaunter di jabatan-jabatan kerajaan kita. Macam mana mahu memperbaikinya? Mengapa tidak ikut saja apa yang dilakukan di Finland, Iceland, Korea Utara, Singapura atau mungkin Ali Rustam di Melaka. Apa susah sangat? Ambil contoh di Melaka atau Singapura mereka boleh selesaikan masalah itu dalam 48 jam sahaja, mengapa tidak ikut saja cara itu? Apa susah sangat?
Banyak lagi jika mahu bercerita mengenai hal-hal seperti ini. Kita terlalu selesa dalam serba-serbi, sebenarnya.
p/s: semua yang dikata oleh penulis amat betul, sekarang ini, hanya diri kita sendiri yang dapat mengubahnya.