Middle Voices mendapat teguran daripada salah seorang pembaca yang menyatakan bahawa setiap entri yang dikeluarkan berkenaan dengan Pro-M atau Mahasiswa Pro Pembangkang merupakan satu helah dan bersifat berat sebelah.
Middle voices akur, dan terpaksa mengeluarkan bukti yang kukuh bagi menangkis segala tohmahan yang dilontarkan kepada Middle Voices dan Rakan rakan penulis.
Maka lihatkan dan nilaikan dengan akal dan fikiran yang bijak;
Video ini merupakan pengakuan daripada Presiden Persatuan Mahasiswa Islam atau yang lebih jelas, orang yang dimandatkan sebagai Jentera Pro-Pembangkang Mahasiswa suatu ketika dahulu yang kini telah pun beralih arah kepada ASPIRASI.
Apa yang perlu ditegaskan melalui video ini adalah, pengakuannya:
"tertarik untuk saya beritahu bahawa landasan perjuangan saya bersama dengan PMI adalah satu landasan perjuangan yang saya kira, saya seolah dipergunakan!,
bila mana saya bersama mereka, mereka menggunakan sepenuhnya daya tenaga dan juga kreativiti yang ada kepada mahasiswa untuk membawa kepada suatu tempat ataupun satu jalan yang mana hanya untuk memperjuangkan individu ataupun satu satu kepentingan, bukan hanya untuk kepentingan secara bersama.
Saya bagi analogi yang mudah, ketika mana saya berada dalam PMI, Saya mengetuai Pro Mahasiswa di UTM yang ketika itu kita menang besar di UTM KL,
Tapi dalam tempoh satu kepimpinan mereka menjanjikan macam macam bentuk manifesto yang ingin diberikan kepada mahasiswa,
tapi sehiggalah satu kepimpinan MPM, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Pro Mahasiswa ini langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada mahasiswa.
Sehinggakan ada suatu ketika salah seorang rakan saya berjumpa disurau, dia tanya mana manifesto yang Pro-Mahasiswa janjikan dan saya ketika itu selaku jentera Pro- Mahasiswa berasa sangat malu dan segan,
sehinggakan saya dipersoalkan jika manifesto ini tidak dijalankan hari ini, kami akan tuntut walaupun di akhirat dan ketika itulah saya tergerak bahawa perjuangan saya bersama Pro-Mahasiswa ini adalah perjuangan yang bukan untuk mahasiswa.
Tetapi untuk kepentingan peribadi di luar. Bilamana saya menyertai, saya keluar daripada Pro Mahasiswa, saya menyertai ASPIRASI bersama rakan rakan yang pada hari ini saya nampak landasan perjuangan mereka lebih jelas,
Perjuangan mereka lebih tuju ke arah memperkasa mahasiswa, untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, dan segala kemudahan yang ada di kampus hari ini segala kemudahan yang telah diberikan kepada mahasiswa hari ini adalah hasil daripada kerja tangan mahasiswa mahasiswa aspirasi yang mana telah bertungkus lumus berbanding perjuangan saya yang sebelum ini.
Jadi saya seru kepada rakan rakan yang masih berada disana, langkahlah kaki anda, sertailah kami, kerana sudah pasti saya tidak mahu anda menyesal seperti saya yang telah terjadi satu ketika dulu"
Prologue: Middle Voices juga ingin mneyeru mahasiswa semua untuk berfikir sejenak. Rendahkan ego, turunkan emosi, redupkan mata, bukakan hati untuk mentelaah dan menilai dialog yang diutarakan oleh Presiden PMI suatu ketika dahulu.
Ingatlah, bahawa tidak rugi untuk anda berfikir, dan tiadanya hak bagi mereka untuk menghalang anda berfikir. Cuma bagaimana, situasi, dan cara anda berfikir itu hendaklah betul dan bukan kerana nafsu, keegoan dan kebongkakan di hati.
Fahamilah kata-kata bekas Presiden PMI UTM ini, kerana jelas menunjukkan bahawa Pro Mahasiswa telah hilang punca perjuangan. Maka tidaklah hairan jika mereka sentiasa bertindak agresif, ganas dan kurang ajar.
Mungkin mereka perlu fikirkan untuk angkatkan kaki dan melangkah seberangi minda mahasiswa untuk beralih kepada ASPIRASI. Maka renung renungkan dan selamat beramal.
#Jika ego itu tinggi maka campakkan ke sungai, jika benci itu banyak maka bakarkan dengan api, maka egomu akan berkurang kerana tiada lagi benci.
alhamdulillah, seorang lagi telah kembali ke pangkal jalan. 'mereka' merancang Allah tentukan.
ReplyDelete