Tuesday 27 March 2012

PMI UTM; Munzir Merajuk, Kecewa Aji LOVE PM

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi.

Middle Voices jelas akan perihal kehilangan arah tuju perjuangan Mahasiswa Pro-Pembangkang melalui Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia samada daripada kepimpinan terdahulu mahupun kepimpinan sekarang.

Penerangan dan pengkemukaan bukti yang pecah di mulut dan memekung di perut menjadi tanda tanya kepada individu si pembaca yang pasti tergelonsor di kerusi dek hayal dibuai rasa sambil menempelak di dalam hati kerana bimbang tidak mendapat UNDI.

Individu yang Safira Safri maksudkan ialah Saudara Presiden PMI UTM yang merajuk dan membuahkan rasa kecewa dek perubahan besar Saudara Bekas Presiden PMI UTM yang kini mengunyah buah buah perjuangan ASPIRASI seperti yang dinyatakn di dalam entri Pro-M Gigit Jari.


Saudara Munzir melalui laman sosial Facebook-nya telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilampirkan bersama Saudara Khairul Nizam, Aji yang mengeluarkan kenyataan siber bahawa perjuangan PMI atau mahasiswa Pro-Pembangkang hanyalah merupakan perjuangan untuk kepentingan peribadi di luar.

Maka dek benar kenyataan itu, pedas cili terasa hangat sehinggakan kenyataan 'We Love PM' dijadikan modal pertikaian dan kredibiliti, akhlak rendah serta serangan peribadi dilontarkan kepada Khairul Nizam tanpa menyedari bahawa mata mata yang melihat punya akal untuk menilai.

We Love PM, dipersoal, Adakah salah memakai baju berslogan 'We Love PM'?
Malah, tidak cukup dengan pertikaian ini, muncul pula serangan peribadi kepada sipenama yang kononnya sipenama hipokrit, rendah akhlak dan membuat maksiat dalam keadaan mengetahuinya. 


Jika penama ini adalah Khairul Nizam yang dimaksudkan Munzir Musa maka, Safira Safri mohon agar Munzir tunjukkan apakah maksiat yang telah dilakukan oleh Bekas Presiden PMI UTM itu bagi mengelakkan tanggapan umum yang Munzir cuba menabur fitnah.

Andaian yang Middle Voices cerapkan daripada luahan luahan Munzir jelas menunjukkan bahawa organisasi Pro-Pembangkang itu mula goyah dan takut tenggelam dek bocornya bunyi bunyi kebenaran.

Jika bunyi ini tersebar luas, maka rosaklah seluruh kapal kepimpinan mahasiswa Pro-Pembangkang kerana pastinya, UNDI yang ingin diraih pada Pilihan Raya Kampus akan datang menjunam sehingga ke perut bumi.

Maka serangan peribadi kepada Khairul dilakukan agar dapat menutup pekung yang berkumandang di dada individu penyandang organisasi Pro Pembangkang.

Prologue: Berfikir dengan nafsu akan berakhir dengan trajedi, namun berfikir dengan ilmu dan tarbiyah akan berakhir dengan muhasabah diri. Maka Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk menjadikan trajedi ini sebagai satu pengajaran dan pedoman agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Berfikir sejenak akan kebenaran, dan jika lawannya kepada keperibadian individu lawan, dan bukannya memperkukuh kepada penafian tuduhan lawan, maka fahamkanlah bahawa penafian akan gagal dan serangan peribadi akan membantu menutup kebenaran.

Jadi itulah rasionalnya kenapa Presiden PMI UTM tidak menafikan kenyataan Khairul Nizam tetapi memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang licik bagi mengalih pandangan umum atau mahasiswa daripada isu sebenar bahawa PMI lari dari landasan memperkasa mahasiswa dan sebaliknya memilih landasan perjuangan yang menjaga kepentingan individu.

Maka renungkan sejenak...

#Wallahualam bissawab..Middle Voices.


No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!