Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, Middle Voices bersyukur kerana Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat Perdana Menteri bersama Warga Kampus berjalan dengan lancar dengan ketibaan YAB Dato' Seri Najib Razak disambut warga kampus seluruh Malaysia dengan meriah dan besar besaran.
Pelancaran ini yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa kampus di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.
Secara holistiknya, Safira Safri anggarkan bahawa ini satu petanda baik yang merupakan penerimaan mahasiswa terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang telah membawa banyak perubahan daripada Pindaan AUKU sehinggalah kepada pemberian Baucer Buku 1 Malaysia.
Selain itu, beliau juga ketika berucap ada menyatakan persetujuan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi untuk menyalurkan dana kepada YSS sebagai tanda memahami dan memenuhi keperluan mahasiswa melalui YSS untuk mencapai objektif penubuhannya.
Rentetan dari itu, seluruh warga kampus yang hadir dengan bangganya melafazkan rasa lega dan berbesar hati dengan perucapan amanat oleh YAB Perdana Menteri.
Info Yayasan Sukarelawan Siswa:
Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011. Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:
i. Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa.
ii. Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
iii. Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti di dalam dan luar Negara.
iv. Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.
Prologue: Middle Voices ingin menyampaikan ucapan ribuan Terima Kasih kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri kerana memberikan ruang dan masa untuk bersama warga kampus sekaligus mempamerkan nilai kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat.
Kepada mahasiswa pula, Safira Safri ingin mengajak anda semua untuk sentiasa menyokong Suara Aspirasi Mahasiswa ke arah pencapaian yang seimbang dengan isu politik luar mahupun kampus bagi memastikan modus operandi sebagai penuntut ilmu itu tidak hanya di sepertiga jalan.
We Love PM. Terima Kasih Dato' Najib.
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!