Sunday 25 March 2012

Aspirasi Mahasiswa UiTM Kempen '1 Motor 1 Gender'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 UiTM.

Middle Voices tertarik untuk berkongsi akan perkembangan Aspirasi Mahasiswa di Universiti Teknologi MARA.

Baru baru ini, UiTM melalui Exco Kerohanian & Kaunseling, Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/12 UiTM, telah pun melancarkan satu kempen '1 Motor 1 Gender' bagi mencegah permasalahan sosial dalam kalangan pelajar pelajar UiTM.
Keselamatan Didahulukan, Maruah Diutamakan yang merupakan tema/slogan kepada kempen ini sedikit sebanyak mempamerkan rasa tanggungjawab barisan majlis itu demi untuk menjaga nama baik dan kebajikan pelajar di universiti itu.

Siswa UiTM melalui Middle Voices, memuji akan tindakan Aspirasi Mahasiswa UiTM yang bertindak bijak dalam menangani kerenah kerenah sosial demi mencegah perlakuan maksiat dalam kalangan pelajar di universiti itu.

Selain itu, ditegaskan oleh barisan kepimpinan majlis itu, bahawa kempen ini hanya merupakan sebuah galakan kepada mahasiswa UiTM agar lebih peka dan berhati-hati demi menjaga nama baik UiTM daripada sebarang isu yang tak diingini.

Penafian juga dibuat oleh barisan majlis itu yang menyatakan bahawa kempen ini bukanlah satu penguatkuasaan undang undang yang menegah pelajar daripada menunggang motor dengan berlainan gender, namun ianya sekadar galakan yang diharapkan memberi kesan jika kena pada caranya.

Muhammad Syafik
Aspirasi Mahasiswa UiTM juga ada membuat pernyataan di dalam laman sosial, Facebook majlis itu yang menyatakan hasrat untuk menjadikan kempen ini sebagai satu undang-undang di kampus universiti itu pada suatu hari nanti.

P/s:

Siswa UiTM menyokong padu Kempen 1 Motor 1 Gender yang dijalankan di Universiti Teknologi MARA demi untuk memelihara pandangan masyarakat setempat dan untuk menambah baik nilai nilai keperibadian mulia dalam kalangan pelajar UiTM.

Tahniah kepada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM amnya dan khasnya kepada Muhammad Syafik, Exco Kerohanian & Kaunseling majlis itu yang berjaya membawa satu wadah kerohanian yang baik dan berkesan. Semoga kempen ini mendapat sambutan baik dalam kalangan mahasiswa UiTM.

#Pro-Pembangkang Mahasiswa UiTM ada yang menolak kempen ini, saksikan di Fan Page Facebook Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!