Thursday 7 June 2012

#UiTM; Dilema Penuntut Undang-Undang Akan Berakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dilema penuntut Pengajian Undang-undang dan Gabungan Persatuan dan Kelab Dalaman, Waris Wawasan Universiti Teknologi MARA hampir ke garisanan penamat.

Hal ini adalah kerana, tuntutan mereka agar mahasiswa pro-pembangkang, Khalid Ismath dikenakan tindakan tatatertib atas perlakuannya yang tidak wajar disebalik memburukkan imej dan nama UiTM kini mendapat perhatian universiti itu.

Menurut sumber (Sinar Harian), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, dia dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Secara keseluruhannya, Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM telah mengambil tindakan yang bijak untuk mendakwa perosak nama baik UiTM ini di kamar perbicaraan Mahakamah UiTM.

Menurut seorang pelajar yang enggan memberitahu namanya, Khalid Ismath adalah wajar untuk dikenakan tidakan tatatertib dan harus diberikan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua penuntut di universiti melayu itu.

"sebenarnya dia tak layak dibicarakan, eloknya ambil sahaja tindakan tatatertib atau bagi sahaja hukuman tegas seperti buang universiti supaya bagi pengajaran sikit" katanya.

Selepas ditanya lagi, samada tidakan membuang itu begitu drastik, pelajar tersebut sekali lagi memberikan komennya;

"dia buat demonstrasi tu, tak pergi kelas! itu tandanya dia pun memang taknak belajar, jadi tindakan memalukan nama uitm dengan drastik juga harus selari dengan pembuangan secara drastik" ujarnya dengan tegas sambil mendapat sokongan rakan-rakannya yang berkerumun di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam.

Sebelum itu, Khalid berkata dia akan hadir pada sesi perbicaraan tersebut pada perjumpaan bersama Rafizi petang kelmarin.

Prologue: Walau apa jua cara sekalipun, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk berfikir dan bertindak matang di dalam meneliti hasil perbicaraan itu nanti.

Menghormati panel tidak berkepentingan dan wakil bagi menilai fakta kes untuk menentukan samada Khalid Ismath bersalah ataupun tidak harus ditekankan bagi mengelak pencabulan kedaulatan undang-undang, atau Akta 174 (Tatatertib) 1976 itu sendiri.

Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk tidak membuat sebarang andaian mahupun bertindak secara agresif yang kononnya dia, Khalid bersalah ataupun tidak bersalah.

Serahkanlah penilaian tersebut kepada mereka yang lebih fasih dan arif kerana undang-undang bukan boleh dinilai dengan mulut, akal dan buku sahaja. Tetapi seharusnya dinilai dengan hati, iman dan akal.

Walaubagaimana pun tahniah untuk UiTM kerana berjaya melakukan sesuatu dalam mempertimbang suara majoriti pelajar dan tahniah juga kepada penuntut undang-undang UiTM kerana penderitaan malu mereka akan berakhir.

#Jika dia benar, maka Allah akan memberikan perlindungan kepadanya. Jika tidak, mohonlah agar Allah pamerkan kebenaran tentang dirinya.

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!