Thursday, 6 September 2012

Mahasiswa Dibuang Kolej

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Kuala Lumpur, Mahasiswa Pamer Ketidakmatangan, Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19 yang merupakan subjek yang ditahan untuk membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 Ogos, dilepaskan selewat jam 10 malam kelmarin selepas polis selesai merekod keterangan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberithau pemberita subjek dilepaskan dengan jaminan polis selepas berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan ketika disoal siasat.

Subjek ditahan bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan serta, Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan. 

Kelmarin subjek ditahan polis kerana dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof Dr Nazaruddin Mohamed Jali, berkata pihaknya mengambil tindakan buang kolej terhadap Muhammad Ammar yang mengakui melakukan perbuatan itu.

Katanya, tindakan terhadap pelajar tahun tiga program Diploma Multimedia Kreatif itu diputuskan sebaik dia ditahan polis kelmarin sejajar prinsip institusi pengajian tinggi itu yang memandang serius tindakan ganas dan biadap.

“Kita mengambil tindakan berdasarkan pengakuan bertulis pelajar terbabit dan memutuskan untuk menamatkan pengajiannya,” katanya di sini, semalam.

Prologue: Middle Voices berharap agar hukuman yang dikenakan ke atas mahasiswa ini dijadikan pengajaran dan ikhtibar kepada semua rakan siswa Middle Voices di dalam mempamerkan ketidakpuasan hati kepada pemimpin.

Hal ini adalah kerana, tindakan yang terburu-buru untuk mempamerkan rasa tidak berpuas hati kepada pemimpin negara dengan perbuatan yang kurang bijak hanyalah akan mengundang padah pada diri mahasiswa itu sendiri.

Malahan lagi, perbuatan yang melampaui batas sehingga mengenepikan adab dan akhlak sebagai seorang yang berpendidikan dan beragama sekaligus meletakkan mahasiswa di tempat yang paling rendah pada pandangan mata masyarakat.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama raikan persamaan dan perbezaan pendapat dengan cara yang lebih berilmu melalui perbincangan perbincangan ilmiah selain menunjuk perasaan yang melampau-lampau sehingga memberi kesan kepada diri sendiri malahan menjatuhkan air muka kedua ibu bapa yang berharapan agar kita berjaya sebaik menjejak kaki ke Institut Pengajian Tinggi.

Biar apa pun, sama sama kita jadikan perihal ini sebagai pengajaran dan pedoman agar kita tidak mengulanginya kelak.

#Perbuatan kita hari ini, adalah masa depan kita pada hari esok...

1 comment:

  1. Geng yang kencing kat Gambar Nik Aziz & Letak gambar Lim Guan Eng atas bontot tak kena apa-apa tindakan. Moral di sini, senang ja... hanya pihak yang menang betul. Perdana Menteri bukan nabi, kalau argument kata dia pemimpin yang dipilih secara demokratik mmg salah sebab Siapa yang undi Najib??? Orang Pekan ja, dia naik sebab Pak Lah letak jawatan.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!