Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.
Mengimbau kepada entry Middle Voices sebelum ini, Mahasiswa Pamer Ketidakmatangan dan Mahasiswa Dibuang Kolej mendapat teguran selain disifatkan memalukan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Asri kelmarin bercakap kepada pemberita bahawa masyarakat ditanamkan perasaan benci sehingga menolak adab dan budaya.
"Apa yang berlaku ini adalah perlambangan kepada hilangnya adab hilangnya manusia sudah tidak tahu bagaimana cara untuk mereka berbeza, saya tidak rasa masalah untuk ada perbezaan pendapat, ini adalah negara demokrasi, tetapi apabila sampai kepada peringkat yang begitu buruk perangainya, sampai begitu hodoh akhlaknya, begitu tak dapat diterima oleh sebuah masyarakat yang bertamadun"
Prologue: Middle Voices bersetuju dengan Dr Asri yang berpendapat bahawa perlakuan buruk yang dipamerkan oleh segelintir mahasiswa hanya untuk menunjukan perasaan tidak puas hati merupakan perbuatan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat bertamadun.
Tambahan lagi, perbuatan yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa kebelakangan ini adalah curang dan mencabul kehormatan dan kedaulatan rukun negara yang ke lima yakni Kesopanan dan Kesusilaan.
Sesungguhnya, jika diingat kembali tujuan Rukun Negara diperkenalkan, adalah untuk mendapatkan kesepakatan dan meningkatkan nilai dan semangat cintakan tanah air melalui perpaduan antara kaum yang terbina.
Namun, pencabulan demi pencabulan terhadap rukun negara yang ke lima ini menjadikannya cacat dan terus dicabuli oleh kumpulan mahasiswa tunjuk perasaan yang tidak bertanggungjawab sekaligus menganggu gugat keamanan yang dikecapi negara sejak 55 tahun merdeka.
Walaubagaimanapun, peranan untuk menjaga dan memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara bukanlah hanya disandang di bahu pemimpin negara dan ahli politik semata-mata.
Sebaiknya, mahasiswa dan badan bukan kerajaan, NGO turut bersama berganding bahu memelihara dan menanamkan nilai taat setia kepada rukun negara bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bertamadun, aman dan sejahtera.
#Mahasiswa Aspirasi Negara...
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!