Friday 1 March 2013

GMUKM Malukan UKM Dengan Bantuan Harakahdaily

Bangi, kelmarin dekat Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian selepas sekumpulan mahasiswi berdemonstrasi dihadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) di universiti berkenaan. Demonstrasi yang diadakan oleh Ikatan Studi Islam (ISIUKM) ini dianjurkan sempena kedatangan Datin Seri Rosmah Mansor yang datang merasmikan satu forum di Dectar semalam (27.2.2013). 

Demonstrasi yang berlangsung juga disaksikan oleh tetamu-tetamu yang dijemput menjayakan forum berkenaan.seperti SME Corporation, PROTON, usahawan-usahawan berjaya dan Ministry of International Trade and Industry (MITI). Situasi yang sangat memalukan ini ternyata menimbulkan persepsi yang sangat negatif berkenaan mahasiswa dan mahasiswi dari UKM terhadap wakil-wakil industri dan wartawan yang turut menyaksikan demonstrasi berkenaan. Malah, terdapat wakil industri yang turun untuk melihat gelagat golongan mahasiswi ini dengan lebih dekat. 

Sikap tidak bertanggung jawab ini kemudiannya mendapat kritikan hebat dari majoriti mahasiswa UKM. Para mahasiswa UKM ternyata kesal dengan GMUKM atas pendekatan yang jelas tidak membawa keuntungan kepada UKM malah isu-isu yang disebut di dalam demonstrasi berkenaan juga langsung tidak menggambarkan keintelektualan mahasiswa. Demonstrasi yang ternyata hanya untuk mendapat publisiti murahan untuk memberi gambaran bahawa “mahasiswa bersama pembangkang” terus disiarkan oleh HarakahDaily selang beberapa jam selepas demonstrasi berjalan. 

Ironinya, HarakahDaily pula melaporkan sekitar 50 orang mahasiswi yang berdemonstrasi sedangkan semua saksi yang berada dilokasi menyaksikan bilangan yang hadir tidak sampai separuh dari yang dinyatakan. Kenyataan tidak bertanggungjawab daripada HarakahDaily menambah lagi luka para mahasiswa UKM yang tidak mahu dijadikan bahan sentimen politik murahan. Sudahlah demonstrasi ini tidak melambangkan minda dan gaya mahasiswa berfikir, mahasiswa pula dijadikan kuda tunggangan mainan politik HarakahDaily. 

Kami berharap agar pihak Gabungan Mahasiswa berhenti memalukan Mahasiswa UKM. Tidak semua mahasiswa setuju dengan apa yang anda lakukan, malah ramai yang kesal dengan insiden ini. Jadilah mahasiswa bertanggung jawab yang mengutamakan kepentingan mahasiswa berbanding kepentingan politik yang tidak memberi manfaat kepada UKM dan mahasiswa. 

Prologue: Hanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Bijak atau buruk tindakan GMUKM, natijahnya perkara yang tidak seharusnya berlaku ini telah pun berlaku. Middle Voices berharap agar mahasiswa UKM peka dan tidak bersekongkol menyertai kumpulan yang bakal dan terus memalukan UKM.

Kepada GMUKM, biar apapun jawapan anda, menghormati tetamu itu sudah pasti satu kewajipan. Biarpun bukan untuk anda, tapi hormatinya untuk mahasiswa UKM yang lain. Kerana UKM bukan milik mutlak anda seorang.

#Adakah ini mempamerkan disebalik tabir siswi bertudung labuh di UKM? Jika ini satu spekulasi, siapakah yang menjadi punca kepada kewujudannya. GMUKM pasti ada jawapannya... Harimau mati meniggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...nama ini yang ingin dicalitkan? fikirkan sendiri!

1 comment:

  1. tu r kan...bukan nak kate ape la kan...sedih gak...korang semua untung taw...la ni nak belajar,sakan je ade ptptn,jpa,mara n memcm pinjaman...masa zaman aq dulu...xde pilihan taw...nak mohon mara pun payah...nak mohon ptptn pun susah...tp sedihnya...korang da dapat study...korang jadi mcmni...hurm...aq yg kerja sebagai tukang sapu semalaysia ni pun xta2 nak kate ape...jgn wat mcmtu ea...xelok...alhamdulillah...kerja tukang sapu pun...tunang aq dato'...kenal pun mase terjatuh depan dye...dye tlg papah...:-) ...hidup kita walau mcm mane susah...bersyukurlah...sehingga Allah kurniakan nikmat~

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!