Assalamualaikum dan Salam perpaduan,
"Saya tidak pernah menyatakan, pihak kami menyokong mana-mana parti politik, Tidak! sama sekali," tegas aktivis jalanan, Safwan Anang, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM merangkap mastermind kepada Gerakan Mahasiswa PRU 13.
Ungkapan manis penuh bermakna itu telah dilaungkan di hadapan mahasiswa UiTM Puncak Perdana pada 25 Mac 2013 dengan harapan mahasiswa UiTM bangkit menyertai gerakan mereka bagi menentang kerajaan sekarang pada PRU 13 ini.
Namun, video ini pasti akan mengecewakan sebahagian daripada rakan Middle Voices yang percaya dengan kenyataan Safwan Anang. Sayangnya, mahasiswa UiTM yang percaya akan kenyataan itu sebenarnya telah ditipu oleh mahasiswa jalanan seperti GM13.
"Saya melihat anda bersama-sama Anwar Ibrahim, bersama-sama pihak pembangkang dan PAS......itu yang anda katakan anda tidak terlibat dengan mana-mana parti pembangkang?" bidas Zaharin Haris, Pengerusi Sukarelawan Siswa4U UiTM.
Adakah ini yang dimaksudkan oleh ketua persatuan pelajar UiTM (Zaharin) ini suatu pembohongan?? gambar di bawah buktinya;
Safwan Anang bersama Husam Musa di ceramah PAS |
Adam Adli, bersama Anwar Ibrahim begitu mesra! |
Khalid Ismath, bergambar dengan penyokong tegar PKR dan DAP |
GM13 tarik diri, sokong Pakatan Rakyat? |
Prologue: Bukankah Safwan Anang dan rakan seperjuangan GM13 secara terang terangan menyokong parti pembangkang dan masih menafikannya?
Apakah mahasiswa UiTM begitu 'kurang cerdik' untuk menilai perjuangan GM13 sehingga ada yang terpedaya dengan manifesto bukan janji yang diwar-warkan oleh mereka?
Safira Safri sedia maklum, penulisan ini kemudiannya seakan boleh dijangka menjadi suatu gelak ketawa yang kononnya berniat jahat untuk memfitnah GM13.
Namun sejauh mana fitnah itu diukur dengan pembaris, maka mahasiswa juga perlu mengukur kebenaran yang ditonjolkan juga dengan pembaris. Pakukan dalam minda agar faham situasi sebenar mahasiswa yang sedang ditipu aktivis jalanan yang kononnya non-partisan dan berjuang demi mahasiswa.
Harakah Daily pada 18 April sehari sebelum GM13 menyerang UiTM melaporkan bahawa GM13 menarik diri daripada meletakkan calon di Pekan kerana ingin memberikan sokongan kepada calon Pakatan Haram yang menentang Dato' Sri Najib Razak.
Esoknya, GM13 menyerang UiTM Shah Alam kononnya di universiti itu demokrasinya telah di batu dua kan. Malangnya, GM13 sayu kesedihan apabila gerombolan mahasiswa UiTM menerjah melemparkan seribu senyuman berbunyi "Anjing Pakatan".
Seminggu berikutnya, aktivis jalanan ini sekali lagi datang ke UiTM untuk menipu mahasiswa UiTM yang kononnya mereka tidak menyokong mana-mana parti politik.
Mengikut kronologi penipuan GM13 terhadap mahasiswa UiTM, jelas bahawa pelajar UiTM bukan sahaja ditipu, namun telah diperbodohkan oleh Khalid Ismath, yang juga merupakan pelajar buangan universiti melayu itu.
Menurut sumber, GM13 sebenarnya merupakan gerakan yang dirancang Anwar Ibrahim bagi menarik perhatian mahasiswa agar memilih Pakatan Rakyat dan menolak Barisan Nasional. Modus operandinya adalah bergerak sebagai kumpulan neutral atau juga digelar non-partisan.
Soalnya, mengapakah UiTM menjadi pilihan untuk dijadikan kontroversi? jawapannya adalah kerana mahasiswa UiTM merupakan fokus utama Pakatan Rakyat kerana bakal menjana hampir 50 ribu pengundi muda.
Namun, nasib GM13 sedikit bercahaya sebaik kedatangan mereka disambut meriah dengan puisi madah berhelah mahasiswa UiTM; "Bila mana orang tak suka dengan kita, bila mana orang tak selesa dengan kita, terimalah seadanya..." #Ehh...
Kesannya, sebaik GM13 menemui jalan buntu, muncul pula satu kumpulan baru yang mempromosikan diri mereka sebagai non-partisan seakan mengiakan laporan Middle Voices berkenaan dengan MPP UiTM Pro Mahasiswa yang bertanding atas tiket Aspirasi.
MUSMA, Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia yang merupakan gerakan terbaru mahasiswa UiTM dikepalai secara belakang tabir oleh bekas MPP UiTM sebelum YDP Sekarang. Siapa MUSMA?
Middle Voices melalui Safira Safri pernah ditanya akan mengapa tidak mengketengahkan suara mahasiswa jalanan seperti Khalid Ismath, Safwan Anang, Adam Adli dan beberapa ikon muslimah bertudung labuh yang turun ke jalanan untuk medapatkan perhatian dan publisiti murahan?
Safira Safri hanya menjawab sinis, "Siapa mereka untuk diketengahkan, sedang mereka hanyalah sekadar dijalanan...hebat dibibir berbicara, di sebalik tabir, cumalah seekor kuda tunggangan,"
#Shht...MUSMA akan menarik mahasiswa UiTM untuk menipu mereka kononnya mereka bergerak atas tiket neutral dan non partisan...mahasiswa UiTM bijak menilai!
Tak payah cakap o bongkar...memang dah tahu sngat. Kalau dh pemimpin mereka penipu..anak buah pembohong! Tolak pakatan penipu rakyat!!!!
ReplyDeletezaharin haris n the gang sdg berkempen utk BN atas nama mahasiswa..x reti malu ke??haha..buat banner gantung dpn uitm kata mahasiswa menyokong bn..lantak la saiful anang nk kempen utk spe..kalo plajar uitm x bising pun zaharin haris kempen utk BN mengapa plak nk kecoh saiful anang kempen utk PR?
ReplyDeletekah kah kah.. at least dr awal lg si zaharin haris n the gang tu dah declare awal2 lg diaorg sokong bn siap ada sidang media lagi.. puak mahasewel tu ngaku x sokong sapa2 tp bnyk bukti diaorg dgn parti pembangkang tu.. so nmpak x game dia, nak menipu, kalo declare awal2 kan senang x yah nk menipu2.. point skang dlm blog nih ckp geng safwan anang tipu kononnya x menyebelahi mana2 parti tp hakikinya menyokong.. hipokritnya.. gang2 si zaharin tu dh mmg declare sokong bn.. tak reti nak beza ke.. adoyai.. dasar kaki nipu..
Deleteke nih safwan anang yg backup diri sendiri sbb dah x da modal....hahaha
Delete