Sunday 6 May 2012

Khalid Ismath Temui Jalan Buntu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Middle Voices mendapat maklumat yang menyatakan bahawa Khalid Mohd Ismath, pemburuk nama Universiti Teknologi MARA atau yang lebih dikenali sebagai Naib Presiden kepada persatuan yang menerima dana daripada Pembangkang hari ini telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pudu untuk disoal siasat.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan Safira Safri apabila informer Middle Voices melaporkan bahawa, Khalid Ismath tidak ditangkap atau yang lebih jelas, dia telah menyerah diri sebaik menerima jalan buntu kerana sedar akan kesilapannya yang mengeluarkan kata-kata hasutan dan kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 28 A Kanun Tatacara Jenayah dan di bawa ke Pusat Tahanan untuk disoal siasat.

Khalid Ismath menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Cheras sebelum ditahan polis sambil berpelukan dengan IBUnya yang dikatakan sakit akibat USUS Pecah pada BERSIH 3.0 yang lalu.  


Sebelum itu, Khalid Ismath sehari selepas Peristiwa Rusuhan BERSIH 3.0 pernah membuat kenyataan bersetuju untuk membunuh semua polis seperti yang dipaparkan di dalam entri Khalid Ismath; Peguam sentiasa bersama...

"Saya setuju jika semua Polis dibunuh" ujar Perosak Bangsa, Khalid Ismath

Prologue: Safira Safri melalui Middle Voices bersetuju jika pihak polis menahan Khalid Ismath dan mendakwanya secepat mungkin tanpa perlu melengah lengahkan masa agar dapat memberi pengajaran kepada mahasiswa yang lain agar tidak bertindak kurang ajar dan mencabul Rukun Negara dengan menghina kedaulatan undang undang.

#Rukun Negara yang ke 4 adalah Kedaulatan Undang Undang manakala yang ke 5 adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Maka bukakan mata dan amalkan terus terapkan....

4 comments:

  1. 1-buang dari IPT
    2-kenekan hukuman berat sebab kenyataannya yang berbaur hasutan
    3-blacklistkan dari menerima mana2x jawatan dalam kerajaan

    ReplyDelete
  2. Memalukan warga Uitm saja

    ReplyDelete
  3. elok lah dia di tahan dan dibicarakan, manusia yang tak tahu bersukur tarik semua kemudahan pelajarannya dan buang terus dari uitm.

    ReplyDelete
  4. suruh abg dia sula jer..

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!