Friday 3 February 2012

MPP UiTM Pro Mahasiswa, PENIPU

Assalamualaikum. 

Hari ni Safira Safri baru sahaja menerima maklumat daripada beberapa orang mahasiswa UiTM Shah Alam berkenaan MMPnya yang bertanding atas tiket bebas/fakulti/HEP dan Aspirasi namun secara underground MPP ini sebenarnya adalah Pro Mahasiswa.

Penipu!

Kotor anggapan SS dengan permainan MPP UiTM Shah Alam ini. Seolah menipu pelajar UiTM yang telah membuang undi dengan penuh kepercayaan.

Hubungan antara MPP UiTM dengan pelajar juga ada gap atau seolah ada tembok besar cina antara mereka. BESAR SANGATKAH PANGKAT MEREKA?

UiTM yang memegang satu level MPP yang tidak memberi masalah kepada universiti selama ini kerana setiap kali Pilihan Raya Kampus dijalankan ia akan terlaksana dengan aman dan sentosa.

Tapi golongan mereka ini telah menjadikan tiket aspirasi sebagai modal kenaikan mereka sebagai MPP.

Lagi;

Pada awal bulan januari mana ketika pelajar UiTM sedang menduduki peperiksaan satu isu baru yang bergolak di dalam UiTM apabila geng geng Khalid Ismath, si pencemar nama UiTM telah merancang untuk membuat demo di Main Gate UiTM Shah Alam.

Namun tindakan bijak Gabungan Pelajar melalui Perbincangan Meja Bulat Persatuan-persatuan Dalaman UiTM telah sebulat suara bersetuju untuk menaikkan banner yang menentang pergerakan untuk berdemonstrasi di UiTM.

Maka daripada status post MPP UiTM Shah Alam ini, Middle Voices terperanjat seolah mereka bukan MPP atau orang yang hanya pandai bercakap mengejar pangkat tetapi tidak pandai menjalankan tugas.

Info yang SS dapat, MPP dijemput untuk perbincangan meja bulat tetapi tiada wakil walaupun seorang daripada 52 orang mereka menghadirkan diri. 

Sekarang, apabila keputusan banner dinaikkan, mereka, MPP kata "Kami pernah ditanya ttg banner2 yg dgantung dlm uitm, presiden tersebut: knp kami tidak thu menahu ttg ini? Apkh jwpannya kami pn xtahu?"

Jawapanya, mereka memang tidak pernah mengambil tahu malah tidak masuk campur dengan urusan mahasiswa UiTM, kalau nak diibaratkan sebebagai pekerja kerajaan, mereka ini macam si pekerja yang makan gaji buta.

Mana kredibiliti mereka sebagai Perwakilan Pelajar? Tidak tahu dijadikan alasan? Maka letak jawatan adalah yang paling baik untuk mereka. MMP UiTM, Middle Voices CABAR untuk letak JAWATAN.

Lainnya,

Info daripada salah seorang pelajar UiTM, 

"Farid Zuhri, YDP Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjadikan Anuar Ibrahim sebagai IDOLANYA"

Meletus kesabaran SS sebaik mendengar khabaran ini, seorang anak kepada Exco Kerajaan Negeri Sembilan, menerima Wang saku, Biasiswa Yayasan Negeri Sembilan akhirnya menggigit jari yang memeberi makan.

Tidakannya kebelakangan ini sedikit membelakangkan pihak universiti, menghadiri forum perbincangan AUKU sebagai panel tetapi tanpa pengetahuan HEP universiti.

Namun sejauhmana kebenarannya anda boleh menilainya. Info yang SS dapat ini adalah daripada seorang sahabat SS masa sekolah dulu.

Prologue: 

Kepada mahasiswa UiTM, pastikan tiada seorangpun penikam belakang berada dalam kalangan anda, pastikan pilihan raya kampu berjalan dengan aman dan tenteram tanpa si pembelot.

Jangan hampakan dan hancurkan penat lelah VC UiTM serta pemimpin yang bertungkus lumus untuk menaikkan kependidikan orang melayu dan bumiputera hanya kerana ketaksuban berpolitik.

#Walaupun SS bukan mahasiswa UiTM, namun objektif penubuhannya amat SS kagumi. UiTM di hatiku.



9 comments:

  1. Kamu tidak tahu ttg UiTM.. Harap jangan masuk campur dalam UiTM. Dan jgn menabur fitnah. Jangan tambahkan dosa sedia ada..

    ReplyDelete
  2. Saudara di atas termakan cili nampaknya...

    ReplyDelete
  3. saya mahasiswa UiTM, SILA beri ruang untk PRO-M, apa lekeh sgt ke mahasiswa UiTM, takot??? hidup PRO-M!!!!

    ReplyDelete
  4. oh mpp penipu rupanya

    ReplyDelete
  5. salah ke pro mahasiswa? alahai bangangnya kenyataan tu kononnya x boleh politik. yang MPP UiTM berdamping dengan Umno dari dulu hingga kini tu apa jadahnya? bukan politik? yang pi berarak bantah kerajaan selangor, siap kutuk2 PKR tu bukan politik? pro siswa bertanding macam2 helah dibuat, penuh penipuan. dari aku study dulu sampai sekarang. lagi2 kalau tahu calon tu berfikrah pas atau keluarganya orang pas, la tu jugak kena cantas.

    elok UiTM ni jangan buat PRK jika tahu sah2 satu parti bertanding ala2 komunis. tak hairan xde dalam ranking. tercorot ada la kot. malu aku sebagai bekas siswa. MPP x payah jadi lembu cucuk hidung. bantah sikit dilabel pro pembangkang atau anwar.

    konon nak suruh tumpu belajar saja, apa IPTA lain tu yg ada ranking tu tiada PRK ke? mansuhkan pilihanraya kampus UiTM. Semuanya penipu besar dan pembohong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin engko ni terlalu gairah bercerita atau terlalu sebok bekerja atau hanya pandai beromong kosong. Pung pang pung pang macam tin kosong tapi tak tahu perkembangan terkini. UiTM telah banyak kali masuk dalam ranking malah [TERKINI] berjaya mendapat tempat ke 600 dunia dan ke-6 Malaysia... Jadi janganlah bercakap seperti kuda yang membabi buta.

      http://midvoices.blogspot.com/2012/09/um-in-top-200-now-star.html

      Delete
  6. nih cybertroopers al-falah nih.

    ReplyDelete
  7. apa korg phm. aku mahasiswa uitm. buat relax sudah. pencacai ni bukan phm apa dia cakap.

    ReplyDelete
  8. Fitnah.
    Selagi post ni ada kat internet, selagi tu la penulis site ni berdosa hingga hari kiamat.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!