Assalamualaikum,
Middle Voices melihat ruangan forum Utusan Malaysia yang bermaudukkan "Jangan kurangkan kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA" menjadi satu isu yang membentuk kegelisahan pelajar lepasan diploma samada daripada UiTM sendiri ataupun IPT lain.
SS juga keliru akan tindakan mengurangkan pelajar sedangkan objektif penubuhannya adalah untuk memberikan peluang pengajian orang bumiputera dan melayu untuk belajar disamping mengangkat martabat ilmu dalam kalangan melayu yang berjaya membuahkan hasil pada hari ini.
Buktinya;
"Beliau berkata, kira-kira 500,000 alumni UiTM kini berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dan sebagai orang profesional adalah hasil daripada usaha universiti yang ditubuh kerajaan itu." - DS Najib, PM Malaysia. | Sumber: BH Online
Oleh itu, tindakan mengurangkan pelajar jika beralasankan segelintir pelajar UiTM yang tak SELESA dan TAK BERSYUKUR kerana terpaksa berkongsi kelas, fakulti dan kemudahan universiti, maka Middle Voices mendesak VC UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar agar tidak terpedaya dengan permintaan segelintir pelajar yang tidak reti bersyukur ini.
Pertikaian akan jumlah pelajar yang ramai adalah tidak berasas dan jika ada yang mempertikaikan, maka SS cadangkan agar yang mempertikai itu memberikan peluangnya kepada yang lebih memerlukan.
Prologue: Middle Voices berharap agar keputusan untuk mengurangkan pengambilan pelajar ke Universiti Teknologi MARA dapat dipertimbangkan semula agar sentiasa harmoni dengan ciri dan imej universiti MELAYU terunggul di peta dunia.
#UiTM di hati ku
Tolong jangan bincang pasal UiTM. Anda bukan pelajar UiTM dan jangan memandai2 nk jadi batu api
ReplyDelete@anon 8.54 am
ReplyDeletebiarla dia.. kau pulak nak kecoh2 kat sini.. aku pelajar uitm..
@anon 8.54 am
ReplyDeletesiapa jadi batu api sekarang? ini cerita pasal masa depan uitm...