Wednesday 10 April 2013

Mahasiswa UiTM Gembira Bersama Sahol

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA semalam seramai lebih 3000 mahasiswa kampus itu berkumpul di dalam sebuah majlis yang dinamakan Malam Mesra NR (Non Resident) yang dianjurkan Jawatankuasa Perwakilan Non Resident, JPNR UiTM.

Malam mesra tersebut dianggarkan bermula seawal jam 8.30 malam sebaik sahaja, Dato' Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor univerisiti itu tiba bersama Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) diiringi beberapa pegawai kanan univerisiti.

Ketibaan Sahol, disambut baik dalam keadaan santai dan sangat mesra bersama mahasiswa UiTM seperti sesuai dengan perwatakannya yang mesra, prihatin dan mudah untuk didekati mahasiswa universiti itu seakan terbitnya kemesraan anak-anak bersama ayahandanya.

Tambahan lagi, pendekatan yang berbeza dengan jenaka-jenaka kecil secara rawak oleh Dato' Dolah seakan menambat hati dan jiwa-jiwa muda mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada malam mesra tersebut. 

Menurut salah seorang daripada ahli jawatankuasa perwakilan non resident yang juga merupakan penganjur kepada malam mesra tersebut, program ini dijalankan bagi merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kampus melayu itu.

Selain itu, kehadiran Dato' Sahol dan Dato' Dolah dengan mesra merupakan tempat yang paling sesuai untuk semua mahasiswa Non Resident UiTM bertukar pendapat termasuk membincangkan pelbagai masalah yang melibatkan kebajikan Non Resident dengan masa yang tepat dan paling sesuai.

Sebelum itu, seorang daripada mahasiswa UiTM ketika bercakap kepada wakil media sebaik ditanya tentang malam mesra tersebut; dia menjawab;

"Best, terima kasihlah kepada VC dan TNC sebab sudi turun santai dengan kami, rasa macam kami ni dekat sangat dengan diorang...lagi pun kami ni tinggal berdikari sendiri, jadi malam ni jadi satu kelainan buat saya dengan yang lain.." - Ahmad Syafiq Abdul Rahman, FSPU UiTM Shah Alam.

Dato' Sahol, melalui laman sesawang sosial Facebooknya, turut memberikan pandangan positif berkenaan dengan malam mesra yang baru sahaja berlangsung selewat 16 Jam tadi dengan kata kata akhirnya, sweet dreams anak anak sekalian.


Prologue: Middle Voices bangga dengan kemeriahan yang digambarkan mahasiswa UiTM sekejap tadi ketika bersama-sama Dato' Sahol dan Dato' Dolah. Hubungan mereka ibarat seperti cantik dan hebatnya hubungan kekeluargaan di dalam sebuah rumah tangga.

Tahniah kepada Datin Hjh. Fodzilah dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident yang berganding bahu bagi merialisasikan penganjuran malam mesra yang saya kira sebagai sebuah hari keluarga non resident yang sangat meriah di kampus melayu itu.

Keseluruhannya, mahasiswa UiTM seharusnya bersyukur kerana memiliki Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang begitu mesra pelajar serta prihatin dengan suara mahasiswa UiTM. Malah keterbukaan mereka mendekati mahasiswa, dibanggakan!

#UiTM Di Hatiku....Terima kasih Dato' Sahol...

1 comment:

  1. Teruskan amalan yang baik untuk semua warga UiTM ini.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!