Saturday 20 April 2013

[Edisi Wajib Baca] Islam atau Melayu Sedang Terancam Di Malaysia

Assalamualaikum, peringatan penulis;

"Ketepikan ego dan politik kamu sebelum engkau mengorak bacaan kamu ke bawah"

Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak Melayu sibuk dengan demonstrasi dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Jiwa muda mereka berkobar, kerana itu memang menjadi kelaziman bagi darah muda seperti mereka.

Namun, ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Seakan boleh dijangka, penulisan ini juga tidak akan begitu popular, kerana segala yang berkaitan akan dilabelkan sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan. Tapi tidaklah menjadi cubaan, jika suatu masa nanti, anak muda rasa seperti yang telah dirasa nenek moyang kita suatu ketika.

Kini, perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Perancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. 

Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor anak muda begitu penting. Keupayaan anak muda dengan generasi intelek bergelar mahasiswa cukup penting. Keupayaan darah muda, tak dinafikan berjaya menggoncang dunia. Benar kata pujangga "berikan aku 10 jiwa muda, akan ku ranapkan segala harta dunia,". 

Pergerakan anak muda juga cukup kuat, momentum agama terlempar sebagai isi kepada perjuangan mereka. Nah, manakan tidak berjaya menarik perhatian, syurga dijadikan sebagai jaminan. Tapi anak muda lupa, bahawa urusan pendaftaran ke pintu syurga, bukanlah tugas seorang manusia.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, kewujudannya begitu dominan dengan usaha yang sedang dijalankan. Keupayaannya dalam memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS dan golongan muda.

Walaupun jelas, rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. 

Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.
Istana Kampong Gelam kini Malay Heritage Centre di Singapura

Mungkin ada anak muda yang lupa untuk menyingkap sejarah kesultanan melayu singapura, Istana Kampong Gelam, dulunya megah berdiri, segak bergaya. Kini istana itu menjadi sebuah muzium ternama, ternama dengan reka bentuknya. "Malay Heritage Centre" lagi megah dari dulu, tapi jiwanya sudah tiada. Sultannya pula hanya bertakhta dan duduk dengan sebuah nilai yang dipanggil Dollar Singapura.

Berbalik kepada tajuk penulisan ini, Apakah yang membuatkan mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP telah berjaya membuktikan bahawa usaha dan pakatan kepada rancangan mereka kian membuahkan hasil. Anwar telah dilantik sebagai Kapten bagi menutup segala kebocoran tentang perancangan mereka. 

Dengan masalah peribadi dan moral Anwar sudah cukup untuk melenyapkan bibit-bibit rahsia yang bocor ke telinga PAS dan anak muda. 

Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew akan dibenarkan memerintah Malaysia buat sementara, syarat PRU13 daripada PAP kepada DAP.

"Sebelum saya mati, saya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun seminit," pesan Lee Kuan Yew kepada Dr. Chan Men Hin. 

Tidak hairanlah kenapa Lee Kuan Yew kerap ke Pulau Pinang berjumpa dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Semuanya hanyalah untuk memastikan perancangan rapi berjalan dengan lancar.

Sumber dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya di dorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO. 

Golongan muda pula diasah agar bangkit tunjukkan jiwa membara. Tunjukkan mereka punya kuasa, biarpun akhlak ditolak ketepi, biarpun manusia dipanggil babi, biarpun kalimah Allah dipermainkan. Anak muda akan setia pada mereka. Kerana anak muda ini gemuruh, jiwa mereka suka memberontak.

Namun, dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. 

Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Menurut sumber terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita yang sibuk untuk bertanding. Yelah, jiwa muda, alangkah gahnya seorang anak muda bergelar ahli parlimen. Ahli perundangan yang berhak membuang undi kepada penetapan dasar di Dewan Rakyat.

Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari ummat Islam. Ini rahsianya, bacalah dengan serius dan ketepikan prasangka yang kononnya penulisan ini fitnah dan tidak benar hanya untuk sementara sahaja.

1. PERTEMUAN DENGAN WAKIL GEREJA DAN DANA LUAR

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang PRU 13.

Tambahan lagi, Dana PRU yang diperoleh daripada para penderma Kristian di luar dan dalam negara sudah cukup mewah untuk menampung keseluruhan kos berkempen pada PRU 13 ini. Termasuk juga membiaya golongan muda yang cenderung kepada mereka.

Buktinya, Jeff Ooi yang menyampaikan pesanan penderma, bahawa mereka inginkan suatu kejutan pada keputusan Pilihan Raya Umum 13 ini sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan mereka.

2. PASUKAN PRU DARIPADA SINGAPURA

Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu Pakatan Rakyat yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS.

Ada yang tidak percaya bahawa kereta sokongan daripada Singapura telah masuk ke Johor untuk mempromosikan kempen bersihkan Malaysia. Inilah kumpulan yang diarah oleh Lee Kuan Yew sendiri.

Menurut sumber, modus ini tidak melibatkan PAS. Hal ini kerana cubaan menguji keteguhan pas gagal ketika Guan Eng mendesak penggunaan kalimah Allah yang ditolak Majlis Syura. 

Biarpun Nik Aziz, Hadi Awang dan Mat Sabu amat bersetuju dengan usul itu.

3. KHALIMAH ALLAH UJI SENSITIVITI ISLAM MELAYU

Isu penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam Bible Versi Melayu turut menjadi bahan cubaan kepada sensitiviti orang melayu Islam. Nyata, DAP berjaya di Pulau Pinang sebaik mengumumkan usulnya. PAS, melalui Nik Aziz begitu gembira dengan khabaran itu malah bersetuju.

Cuma sedikit kerisauan muncul, apabila Majlis Syura PAS menolak penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Versi Melayu tersebut. Tapi masih lagi tidak menjadi halangan, kerana Anwar telah membuat kenyataan akan terus menyokong penggunaan kalimah tersebut walaupun PAS menolak.

Yang cukup membimbangkan, kejayaan besar DAP ialah apabila PAS berjaya manjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan, kononnya majlis ini berat kepada kerajaan. Maka rakyat tidak perlu mendengar nasihat daripada majlis ini yang menghimpunkan ulama UMNO.

4. RANCANGAN MENOLAK NEGARA ISLAM BERJAYA

Biarpun dahulu PAS bercadang untuk tubuhkan negara Islam, namun sejarah telah tercatat bahawa cita-cita itu tidaklah menjadi perangsang dan impian perjuangan PAS masa kini. Negara Islam bertukar kepada Negara Berkebajikan.

Alasannya, kebajikan adalah sebahagian daripada unsur-unsur negara Islam. Walaupun dahulu Hadi Awang mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC, namun kini, PAS pula yang berkerjasama dengan Kafir yang jelas menentang Islam.

Biarpun Karpal dengan semberono dan bangga mengugut PAS, "Negara Islam? Over my dead body!". Apakah anda lupa? Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

Sekadar isu laungan azan, tidak lagi dipandang serius oleh Islam di Malaysia atas pemikiran asas menghormati jiran tetangga seperti yang telah berlaku sejak bertahun lamanya di Singapura.

5. RANCANGAN MEMASUKKAN SEMULA SINGAPURA KE DALAM MALAYSIA

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat Pakatan mesti menubuhkan kerajaan selepas PRU 13 walaupun hanya dengan kemenangan majoriti mudah.

Hari ini, seramai 28,000 pengundi baru yang telah daftar mengundi di Gelang Patah datangnya dan asalnya daripada negeri Perak dan sekarang bekerja di Singapura. Pengundi ini adalah terdiri dan majoritinya kaum cina. Inilah rancangan Lim Kit Siang yang ingin menjatuhkan kubu kuat Barisan Nasional di Gelang Patah.

Hasilnya, dengan kemenangan majoriti mudah, maka Singapura akan di bawa masuk ke dalam Persekutuan sebagai wilayah baru. Inilah rancangan terbesar Lee Kuan Yew bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini.

Ada antaranya, golongan muda, ahli PAS yang tidak percaya. Katanya, tidak mungkin Singapura boleh masuk dalam Malaysia sebagai sebuah negeri ataupun wilayah.

Walaubagaimanapun, Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan, dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 2 (a); Parlimen boleh melalui undang-undang menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan; 

Menurut perlembagaan, keputusan majoriti tanpa dua pertiga ahli dewan sudah cukup untuk meluluskan usul memasukkan Singapura sebagai wilayah baru bagi Persekutuan atau Negara Malaysia.

Apakah yang akan berlaku sekiranya Singapura dimasukkan ke dalam Persekutuan sebagai sebuah wilayah baru? 

6. PARLIMEN MAJORITI DUA PER TIGA KERUSI

Singapura memiliki 87 Kerusi Parlimen dengan kemenangan besar PAP pada Mei 2011 yang lalu sekaligus memberi mandat kepada Lee Kuan Yew untuk terus menghapuskan melayu Islam di Singapura.

Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya 87 kerusi ini bercampur dengan majoriti mudah Pakatan Rakyat? Mereka akan membentuk kerajaan majoriti dua per tiga sekaligus boleh mengusulkan pindaan kepada perkara-perkara tertentu termasuk menghapuskan Akta Hasutan dan membuat pindaan bagi menamatkan kedaulatan Raja Melayu.

Jangankan cerita kedudukan istimewa melayu, kesemua yang berkaitan dengan islam termasuk Islam sebagai agama persekutuan akan ditukarkan kepada Agama Kristian.

7. PEMECATAN HASSAN ALI SEBAGAI EXCO AGAMA

Pemecatan Dr. Hassan Ali sebagai Exco Agama di Negeri Selangor telah berjaya dispin oleh PAS atas desakan Anwar Ibrahim. Ini satu lagi petanda buruk yang tidak dilihat oleh anak muda dan PAS.

Hassan Ali yang menjalankan siasatan kerana curiga dengan Gereja Kristian di Selangor yang membawa masuk Islam Melayu ke dalam gereja dan mendapati ada dan wujud cubaan memurtadkan orang melayu telah dipecat.

Untuk menutup dan mengelakkan ramai pengikut PAS beralih arah, maka PAS adakan cerita bahawa Hassan Ali tamak akan duit dan khuatir sekiranya tidak dicalonkan pada PRU 13. Adakah kita sedar?

Prologue: Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka.

Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri? Apakah soalnya nanti? Penulisan ini hanyalah cubaan menipu golongan muda? Penulisan ini suatu fitnah kepada PAS atau Pakatan Rakyat?

Sayangnya inilah realiti anak muda, PAS, dan UMNO yang masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. 

Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh pada suatu ketika dahulu serta kepimpinan ulama Islam yang mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

#Jika anda rasakan bahawa ini suatu fitnah, maka ini merupakan satu lagi kejayaan DAP, kerana Islam di Malaysia tidak lagi sensitif kepada serangan saraf oleh Kristian dan Kafir ini.

13 comments:

  1. assalamualaikum, adakah benar dakwaan kamu ini ? kalau begitu , di mana bukti dan sumber yg sahih ? biarpun kalimah Allah hanyalah untuk tafsir Al-quran sahaja, tetapi berapa ramaikah yg benar-benar membaca serta menghayatinya ? fikir-fikirkanlah :)

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum. Jujur saya katakan, Malaysia kini dihakis oleh pendatang luar. bukan mau bersikap racist tetapi mereka kini makin giat memperkasakan diri ke kawasan BANDAR. tu untuk melayu dan kini melayu semakin lupa cina semakin kuat.

    Untuk Agama, dimana melayu jatuh, disitu agama Islam sebagai agama rasmi di MALAYSIA akan terancam. oleh itu makin menjadi2 propa yang mungkin menyebabkan kita menjadi seperti Indonesia dimana yahudi dan islam pun kita tak dapat bezakan. wallahualam maaf kalau saya salah tetapi ini pandangan saya.

    Jika Melayu dihakis, Nescaya Islam terancam. Itu yang patut dirisaukan. Tanpa kuasa kewangan dan pangkat, pabila pendatang luar memerintah, surely islam akan musnah sikit demi sikit.. terima kasih.. asalamualaikum

    ReplyDelete
  3. satu comment yang hanya boleh disifatkan sebagai:-
    KONON2NYA TAU,TAPI PEMIKIRAN YANG KURANG WARAS !
    Ada huraian tapi tiada logik,
    ada faktar tapi tiada bukti,
    ada andaian tapi tiada kebenaran,

    rakyat malaysia adalah bijak dan mind clear,
    bukan senang nak diperdayakan oleh mana2 pihak..
    sebarang peraturan yg dicatat dlm perlembagaan negara,
    tiada mana2 satu parti boleh ubahnya,sebab:-
    kami malaysia berbilang kaum,apa yg tak betul oleh 1 pihak,akan di bantah oleh pihak lain..
    so,
    u r actually singging in your own bath room..
    nice voice,but no one hear..

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu Islam7:03 am, April 22, 2013

    Sampah, tulisan yang mengarut dan paranoid, kristian hanya 9% dari majoriti rakyat Malaysia dan Islam 61% dan hal agama berada di Bawah raja2, raja melayu adalah raja berdaulat yang tidak mungkin sistemnya dapat dihapuskan, berbeza dengan situasi sultan di Singapura, sultan singapura pada awal lantikannya juga sememangnya adalah rancangan British untuk mendapatkan Temasik, pada akhir abad ke 17, Johor Lama berpecah kepada beberapa wilayah yang memisahkan tanah Melayu dan Indonesia sekarang, ia bermula apabila waris sebenar Singapura, Tengku Hussain tidak dilantik menjadi Sultan Johor walaupun mengikut monarki beliau yang paling layak, ini kerana pada waktu Ayahanda Tengku Hussain gering dan mangkat, beliau berada di luar wilayah dan menurut adat istiadat kesultanan Melayu, Waris Sultan perlu lah dilantik sebelum jenazah Al Marhum dapat dikebumikan, maka pada ketika itu, adik kepada Tengku Hussain terpaksa di lantik menjadi Sultan Johor lama yang baru. Apabila Tengku Hussain kembali ke Istana Johor dan mengetahui akan perkara tersebut, beliau yang kecewa membawa diri ke Siak Sri Inderapura di wilayah Riau, pada ketika itu juga selain adik kepada tengku Hussain diangkat menjadi raja, Temenggung Johor mengistiharkan sebagai raja Johor daratan, maka bermulalah wangsa temenggung dalam pemerintahan Johor sehingga sekarang.

    British dapat menghidu tentang pergolakan di Istana Johor, dan British berjumpa dengan Tengku Hussain untuk menawarkan Baginda menjadi Sultan di Singapura, kerana sememangnya British ingin kan Singapura, maka Tengku Hussain dilantik menjadi Sultan Singapura yang baru, dan pada masa sama, British membawa kaum Cina dari wilayah China bagi tujuan menghapuskan kuasa politik Tengku Hussain. Keadaan berterusan sehingga Tengku Hussain mangkat, waris kepada tengku hussain masih digelar sultan Singapura sehingga kan waris ketiga Tengku Hussain tidak digelar sebagai Sultan Singapura lagi oleh British. Lama kelamaan British tidak mengiktiraf terus waris Sultan Hussain sebagai Sultan Singapura, tetapi masih dibenarkan tinggal di Istana Kampung Gelam sehingga Istana tersebut diambil pihak kerajaan Singapura pada tahun 2004 dan dijadikan Taman Melayu dan Muzium dengan nama Malay Heritage. Ini faktanya :) dari awal penubuhan kesultanan pun memang dengan tujuan untuk mendapatkan tanah Singapura. Benda ni boleh dibaca dan dirujuk di buku2 sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Orang Melayu Islam,

      First & foremost,my reply to you is only to help and revise the accuracy details of some facts you stated above.

      1.Istana Kampong Glam falls into the govt. on november 1999,
      not in 2004.

      Best Regards,
      Orang Islam Jugak :-)

      Delete
  5. Bijak atau diperalatkan??? huh.. sekrang ramai rakyat Malysia yg memandai-mandai daripada yng btul2 pndai...suruh belajar sume nk berdemo sane sini...

    ReplyDelete
  6. pandangan begitu sempit..siapa penulis nie?

    ReplyDelete
  7. It's very hard to believe that Singapore will be able to be sipped into Malaysia again, I'm sure many MPs over here and there would not agree to this binding. There's one factor I'd like to point out which is the economic factor, why would Singapore want to join Malaysia when clearly their economy is so much better than Malaysia, and what happened with their currency Sing Dollar? Abolished? Become RM or RM becomes Sing Dollar? Why would the Singaporean want that? Their currency is more than double from RM. If u look at GBP which higher than Euro, even when all the European countries are all using Euro but British are adamant of using Pound Sterling just because their currency is higher than Euro. I'm not an economist I'm just looking at this perspective as how I see British not wanting to use Euro. Any economist reading this please show me the right way. "Show me the money!!!" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore kecik...xcukup tanah..tu sebab dia nk masuk Malaysia..!!! apa punya otak x pikiaq...!!!

      Delete
  8. baca ni

    http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/syahredzan-johan/dongeng-tanpa-perlembagaan-1.152519

    ReplyDelete
  9. semua yg kita baca...memang ada kebenarannya...maka janganlah kita leka...terutamanya ...anak2 muda...masa depan kamu terletak ditangan kamu...mahukah kamu dijajah dlm era baru....jangan biaerkan mak bapak ,nenek moyang kita kecewa dgn tindak tanduk kita yg terlalu tidak sensitif kpd ...agama ISLAM...bangsa MELAYU...kita kena sama2 perjuangkan....bila kita orang ...melayu/islam...kuat...baru orang lain merasa gerun dan takut...kita hanya nakkan ...hak kita ..sebagai orang melayu/islam..dan negara ini ,...negara kita....mesti di bela dan diperjuangkan...hanya satu wadah yg mesti dipilih....UNDILAH ...UMNO/BN... DEMI MASA DEPAN KETURUNAN KITA...negara ini negara kita dan tentukan ia akan terus menjadi ....hak kita selamanya..dengan izin....ALLAH....

    ReplyDelete
  10. penyebaran bible versi bahasa melayu? bodoh, takkan lah sebar bible ni untuk tarik kristian masuk islam, dah tentulah untuk menambahkan lagi jumlah islam yg murtad masuk kristian.... LGE memang nak jadikan negara ni negara kristian...

    ReplyDelete
  11. Kita melayu islam sibuk gaduh, mengata sesama kita hanya sesetengah dasar kerajaan tak menyebelahi kita bangsa kafir mengambil kesempatan berkuasa. Kalau nak sangat bangsa kafir memerintah undilah mereka. Kita lihat ape yang jadi pada Iraq , libya, mesir dan lain negara arab. Hanya beberapa persen bangsa syiah itulah yang menjadikan negara itu runtuh.. Sapa yang untung amerika dan sekutunya. Kita nak apa lagi.? Syukurlah wahai pejuang agama dan bangsa.

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!