Thursday 14 March 2013

Sahol Manfaat Facebook

Sebuah coretan buat Ayahanda;

Memulakan tugas sebagai seorang Naib Canselor kepada sebuah universiti melayu terbesar di Malaysia bukanlah suatu tugas yang mudah dan senang. Tanggungjawab yang dipikul untuk membangunkan anak bangsa di gedung ilmu melayu itu dicekup dengan baik dengan harapan suatu ketika nanti nama melayu bertakhta di peta dunia untuk dilihat megah setanding dengan bangsa-bangsa di negara membangun yang lain. Semua ini bermula dengan ilmu. Sesuai dengan kata pepatah, ilmu itu pelita hidup.

Sahol Hamid yang setahun jagung mencangkuk kepimpinan tertinggi pengurusan universiti itu terus memperkenalkan program demi program bagi membentuk personaliti tersendiri uitm sesuai dengan falsafah universiti sebagai pemberi ilmu kepada mereka yang bergelar melayu dan islam. Antaranya, program menuju destini anak bangsa dan penekanan dalam aspek akademik terhadap silibus pengajian di fakulti. Mujur penekanan kepada aspek tradisi dan penulisan yang mewajahkan jati diri melayu islam dipertekankan, maka pembelajaran jawi diprogramkan sebagai permulaan kepada pembikinan rohaniah yang mapan.

Malah, sedar dengan peredaran sains dan teknologi dek perkembangan ilmu, maka wujudnya pula suatu faedah baru. Jika dulu Dia disitu, tetap dan statik dicari tidak mencari. Kini, Dia bergerak megah dengan Bas klinik Optometri dan gigi menjelajah ke setiap destinasi.

Hari ini, wajah uitm memperlihatkan 140000 mahasiswa melayu di bumi UiTM sebagai anak watan yang bangkit mengejar wawasan 2020 agar seiring dengan budaya ilmu dalam kalangan bangsa mereka dan bangsa yang lain. Tiada yang tercicir hendaknya biarpun realiti mengalahkan mimpi.

Namun, sahol hamid tidak lokek dek cabaran. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui dek kerana angin tidak sentiasanya nyaman, bayu jua berkemungkinan panas. "Pelajar uitm tiada kualiti" berdenyit bunyi bunyian kicauan burung burung pungguk yang rindukan bulan. Namun, kata sahol hamid "kita tidak melihat ranking" dan mekarnya sekuntum bunga dengan katanya di bibir, “We are a class of our own…”.

Tidak cukup dengan kicauan burung muncul pula angin ahmar tentang pengurusan pentadbiran uitm dengan staff yang sombong, polis bantuan yang tidak mesra, serta pensyarah yang kurang memuaskan hati pelajar. Penyelesaiannya, kaji selidik sikap dijalankannya sendiri oleh jari jemari pakarnya.

Anak uitm kini dirobek lagi dengan masalah yang tidak-tidak. Berpolitik tidaklah dihalang sebulat bulatnya. Soalnya jitu, perpaduan yang terbentuk sejak bertahun hendak diperjudi dengan sebuah demonstrasi, sebuah ucapan kusut yang kasar dengan tiada nilai bahasa. Biar mereka pelajar mana? Undang undang? Doktor? Jurutera? Niat ini bukan menghalang mereka ceburi politik. Tapi politik itu mencuri masa mereka. Terpersong si melayu lari pula dari jejaknya. Susurnya tidak seperti yang dirancang, tetapi tidak pula terus dibuang. Peluang kedua diberi, mahasiswa uitm digantung kerana lupa amanah dan tanggunjawab belajar disini.

Kini, uitm dilihat sebagai universiti kelas ke tiga. Universiti melayu yang penuh dengan melayu. Si bumiputera seolah menjadi mangsa dek nama melayu. Mengapa? Kerana apa? Hujahnya sedikit tetapi bakal mencungkil segala rasa dek pahitnya sejarah untuk berucap bahawa "melayu mudah lupa". Falsafah dan sejarah uitm dibuka tidak releven lagi katanya. Tidak perlu kutip melayu mengaji, tolong jaga kualiti bukan kuantiti, bisik kuman kuman yang lupa erti dikutip agar menjadi isi.

Runsing sahol, perjuangan tetap diteruskan. Si Perdana Menteri memberi pekerti. Terima kasih. MDAB semakin mendapat tempat biarpun ranking tidak setinggi harvard juga oxford. UiTM terima iktiraf. Lagi Naib Canselornya melakar dan terus melukis sejarah membanggakan bumi malaysia tercinta. Melayu Asia Islam pertama terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Stuttgart.

Sekarang, nampaknya kuantiti itu yang dulu dibenci kian membuahkan hasil. Potensi UiTM meningkat hari demi hari dan moleknya kuantiti seakan bertukar menjadi kualiti. Anak Felda dilabel graduan terbaik UiTM. Bumiputera kini boleh dibanggakan, buktinya 27,626 penerima ijazah dan diploma berkumpul dalam sebuah istiadat masyur. Seri Paduka Baginda tersenyum, manis bunga tergambar diwajah sambil bertegas agar falsafah universiti melayu itu terus mapan malah mampan dek arus zaman.

Pengurusan mula menunjukkan sikapnya yang sebenarnya mesra alam. Polis bantuan kini menjadi tumpuan dengan diskaun saman yang ditawarkan. Siswa? Siswa uitm semakin rapat dengan ayahandanya yang sentiasa berkongsi idea...manis, pahit, sinis, gelak ketawa, kelakar, teguran, nasihat, sindiran manja terus terpahat. Hasilnya dek manfaat sebuah sesawang sosial, pelbagai persoalan dijawab pantas, selari dengan pantasnya gosip artis terkenal bocor di dunia hiburan. Tapi warnanya berbeza, masalah dijenguk sekali, penyelesaiannya dijawab berkali. Biarpun masih wujud cacat celanya, tapi kita tahu, yang terbaik itu telah lama diusahakan olehnya. Inilah rahsia seorang Naib Canselor berkongsi idea dengan sebuah keluarga. Hanya dengan menggunakan jari pakarnya yang melayari sesawang facebook. 

Terima kasih Dato' Sahol.

Sumber: Diemailkan oleh Mahasiswa UiTM. Tarikh: 27 Februari 2013.

#Sahol wajar dijadikan contoh kepada Naib Canselor Institut Pengajian Tinggi yang lain...Seorang ayahanda untuk anakanda...

7 comments:

  1. Terima kasih ayahanda, uitm sentiasa dihatiku...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada ayahanda dato sahol yang memikirkan nasib anak orang miskin...thank you for caring...

    ReplyDelete
  3. Bila nak fikirkan masalah pensyarah kontrak pula? Takkan selamanya kontrak sedangkan tugas tetap sama.Fikir2kanlah masalah mereka juga.Klu pensyarah2 ni xde hancus UITM seluruh negara.Datuk pun hilang juga kemsyhurannnya.Fikirkanlah juga periuk nasi orang lain sama!

    ReplyDelete
  4. terima kasih ayahanda.
    uitm senantiasa di hatiku..

    ReplyDelete
  5. Tolong tolong tolong selesaikan masalah tiru di kalangan pelajar. Sakit hati bila tgk peljar yg hebat meniru sewaktu test dpt dekan. Di mana2 uni pun sama. Tolong buat sesuatu dan bendung msalah ni di uitm supaya uitm dpt melahirkn siswa siswi yg berkualiti bukanny kaki tiru!

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!