Monday 6 August 2012

"Tahniah Wira Tangkis" - DS Najib

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

"Tahniah kepada wira tangkis Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan meraih pingat perak di sukan Olimpik London. Walaupun tumpas di tangan Lin Dan dengan hanya 2 mata, namun semangat Datuk Lee Chong Wei yang jitu sepanjang tempoh perlawanan telah menyatukan satu Malaysia dan menjadi inspirasi bagi kita semua." - PM, DS Najib.

Begitulah sokongan dan dorongan yang diberikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak melalui laman sosial Twitternya kepada Wira Tangkis, Datuk Lee Chong Wei sebaik sahaja tewas kepada Lin Dan 21-15, 10-21 dan 19-21 di Perlawanan Akhir Perseorangan Badminton pada Temasya Olimpik London.


Prologue: Melalui ucapan beliau, Safira Safri jelas akan keprihatinan YAB PM terhadap arena sukan negara. Malah beliau mengikut sumber, sedang memikirkan tentang apakah yang seharusnya dihadiahkan kepada Wira Tangkis negara yang telah berjuang sehingga ketitisan peluh terakhir sekaligus mengharumkan nama negara walaupun dengan hanya merangkul pingat perak dalam Temasya Olimpik itu.

Kepada Datuk Lee Chong Wei, Middle Voices mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kerana telah mempamerkan semangat kesukanan dan patriotisme yang tinggi berbekalkan usaha yang jitu.

#Lee Chong Wei, is one of Malaysian Heroes.

1 comment:

  1. Walaupun DLCW kalah dalam memburu emas pertama Malaysia, tetapi beliau tetap menang di hati rakyat malaysia...

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!