Saturday, 31 March 2012

#Aman Kampus - Suara Mereka




Prologue: Middle Voices kongsikan bersama anda. Tiada ulasan lanjut kerana Safira Safri percaya bahawa rakan Middle Voices sudah cukup pandai untuk menilai dan berfikir dengan bijak.

#Ketepikan rasa cemburu buat mereka yang seakan diburu...

Wednesday, 28 March 2012

Taktik Pembangkang Nak Tarik Undi Golongan Muda

Cadangan pembangkang mansuhkan PTPTN tidak relevan: Khaled


2012/03/28

KUALA LUMPUR: Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.
"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS? Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA


ps: tidak relevan untuk hapuskan PTPTN, ini cuma taktik pembangkang untuk tarik undi golongan muda, agak2 la kan kalau dah berkuasa lagi banyak pinjaman dan cukai yang dikenakan, macam Singapura, segala pintu yang ada dikenakan cukai. Itu baru pintu. huhu.

Tuesday, 27 March 2012

Pro-M UMP; #Saksikan 3 in 1

Assalamualaikum w.b.t.

1/3. PRO-M UMP MALU DITEMPAT SENDIRI

Baru baru ini Safira Safri dipersoal oleh barisan kepimpinan mahasiswa Pro-Pembangkang Universiti Malaysia Pahang, UMP apabila Safira Safri dimuat masuk ke dalam "Group Sidang Safety First UMP" oleh rakan seperjuangan di sana.

Group Sidang Safety First UMP ditubuhkan sebenarnya adalah untuk melunaskan keperluan mahasiswa UMP di dalam peloporan isu di sekeliling kampus tempatan selain medium untuk cetusan idea atau untuk kebaikan UMP seperti yang diakui Saudari Ezzra Norannis, UMP.


Namun, apa yang menjadi timbang tara Safira Safri, MPP ini seakan akan cuba untuk mengelak sebarang perbincangan dan diskusi berlaku di dalam sidang tersebut apabila Safira Safri cuba diusir berkali kali.

Menurut, mahasiswa Pro-Pembangkang Mohd Zulwafi Bahaudin, mahasiswa UMP hendaklah memanfaatkan group yang sedia ada dan memaksimumkan penggunaannya seperti Facebook Group MPP UMP.

Namun ini jawapan warga kampus UMP.


"bukankah banyk lg msalah student yg belum diselesaikan...dekat wall mpp tu pn..xda sgt mpp nk beramah mesra dgn student kn..ydp pn stakat post..xda pulak nak bertanya ke sembang2 ke dgn student..rasanya ramai je yg active dlm tuh kn...ada yg bertnya xdak pulak org nk jwb...so xperlu kot nk bsing2 sni kn...peace ^_^ " -Afifa Halim

Haaa?
banyak lagi masalah student yang belum diselesaikan?

Haa?
dekat wall mpp tiada sangat MPP nak beramah Mesra dengan student???


Akhirnya Pro-M UMP termalu di tempat sendiri dek mahasiswa UMP yang menilai kredibiliti dan kemesraan mereka dalam melaksanakan tugas sebagai wakil pelajar.

Prologue: Kepada MPP UMP, seperti yang Safira Safri katakan, bahawa sidang tersebut hanyalah sebagai ruangan perkongsian maklumat. Tidak perlu dirisaukan akan banyaknya ruang perbincangan kerana kebenaran itu akan sentiasa menjelma.

Kecuali pada mereka yang takut akan kebenaran..

"Maka nilailah dengan mata kasar. Pada mereka yang mahukan kebenaran maka nilailah dengan minda dan hati. Kerana kebenaran tidak datang daripada dalam, ianya datang daripada luar dan masuk ke sanubari. Jangan takut wahai Mohd Zulwafi Bahaudin, kerana saya takkan bertanding di UMP..." -Safira Safri

#Akhirnya, secara konklusi SS terpaksa angkatkan kelima lima jari tangan dan letakkan ke mulut SS kemudian, ketawa dan gelak...!! hahaha...dengan santun agar kelihatan sopan.

*Nantikan siri 2/3 dan 3/3 bagi melengkapkan Pro-M UMP, Saksikan 3 in 1.

PMI UTM; Munzir Merajuk, Kecewa Aji LOVE PM

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi.

Middle Voices jelas akan perihal kehilangan arah tuju perjuangan Mahasiswa Pro-Pembangkang melalui Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia samada daripada kepimpinan terdahulu mahupun kepimpinan sekarang.

Penerangan dan pengkemukaan bukti yang pecah di mulut dan memekung di perut menjadi tanda tanya kepada individu si pembaca yang pasti tergelonsor di kerusi dek hayal dibuai rasa sambil menempelak di dalam hati kerana bimbang tidak mendapat UNDI.

Individu yang Safira Safri maksudkan ialah Saudara Presiden PMI UTM yang merajuk dan membuahkan rasa kecewa dek perubahan besar Saudara Bekas Presiden PMI UTM yang kini mengunyah buah buah perjuangan ASPIRASI seperti yang dinyatakn di dalam entri Pro-M Gigit Jari.


Saudara Munzir melalui laman sosial Facebook-nya telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilampirkan bersama Saudara Khairul Nizam, Aji yang mengeluarkan kenyataan siber bahawa perjuangan PMI atau mahasiswa Pro-Pembangkang hanyalah merupakan perjuangan untuk kepentingan peribadi di luar.

Maka dek benar kenyataan itu, pedas cili terasa hangat sehinggakan kenyataan 'We Love PM' dijadikan modal pertikaian dan kredibiliti, akhlak rendah serta serangan peribadi dilontarkan kepada Khairul Nizam tanpa menyedari bahawa mata mata yang melihat punya akal untuk menilai.

We Love PM, dipersoal, Adakah salah memakai baju berslogan 'We Love PM'?
Malah, tidak cukup dengan pertikaian ini, muncul pula serangan peribadi kepada sipenama yang kononnya sipenama hipokrit, rendah akhlak dan membuat maksiat dalam keadaan mengetahuinya. 


Jika penama ini adalah Khairul Nizam yang dimaksudkan Munzir Musa maka, Safira Safri mohon agar Munzir tunjukkan apakah maksiat yang telah dilakukan oleh Bekas Presiden PMI UTM itu bagi mengelakkan tanggapan umum yang Munzir cuba menabur fitnah.

Andaian yang Middle Voices cerapkan daripada luahan luahan Munzir jelas menunjukkan bahawa organisasi Pro-Pembangkang itu mula goyah dan takut tenggelam dek bocornya bunyi bunyi kebenaran.

Jika bunyi ini tersebar luas, maka rosaklah seluruh kapal kepimpinan mahasiswa Pro-Pembangkang kerana pastinya, UNDI yang ingin diraih pada Pilihan Raya Kampus akan datang menjunam sehingga ke perut bumi.

Maka serangan peribadi kepada Khairul dilakukan agar dapat menutup pekung yang berkumandang di dada individu penyandang organisasi Pro Pembangkang.

Prologue: Berfikir dengan nafsu akan berakhir dengan trajedi, namun berfikir dengan ilmu dan tarbiyah akan berakhir dengan muhasabah diri. Maka Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk menjadikan trajedi ini sebagai satu pengajaran dan pedoman agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Berfikir sejenak akan kebenaran, dan jika lawannya kepada keperibadian individu lawan, dan bukannya memperkukuh kepada penafian tuduhan lawan, maka fahamkanlah bahawa penafian akan gagal dan serangan peribadi akan membantu menutup kebenaran.

Jadi itulah rasionalnya kenapa Presiden PMI UTM tidak menafikan kenyataan Khairul Nizam tetapi memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang licik bagi mengalih pandangan umum atau mahasiswa daripada isu sebenar bahawa PMI lari dari landasan memperkasa mahasiswa dan sebaliknya memilih landasan perjuangan yang menjaga kepentingan individu.

Maka renungkan sejenak...

#Wallahualam bissawab..Middle Voices.


Monday, 26 March 2012

Pro-M Gigit Jari

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Middle Voices mendapat teguran daripada salah seorang pembaca yang menyatakan bahawa setiap entri yang dikeluarkan berkenaan dengan Pro-M atau Mahasiswa Pro Pembangkang merupakan satu helah dan bersifat berat sebelah.

Middle voices akur, dan terpaksa mengeluarkan bukti yang kukuh bagi menangkis segala tohmahan yang dilontarkan kepada Middle Voices dan Rakan rakan penulis.

Maka lihatkan dan nilaikan dengan akal dan fikiran yang bijak;




Video ini merupakan pengakuan daripada Presiden Persatuan Mahasiswa Islam atau yang lebih jelas, orang yang dimandatkan sebagai Jentera Pro-Pembangkang Mahasiswa suatu ketika dahulu yang kini telah pun beralih arah kepada ASPIRASI.

Apa yang perlu ditegaskan melalui video ini adalah, pengakuannya:

"tertarik untuk saya beritahu bahawa landasan perjuangan saya bersama dengan PMI adalah satu landasan perjuangan yang saya kira, saya seolah dipergunakan!

bila mana saya bersama mereka, mereka menggunakan sepenuhnya daya tenaga dan juga kreativiti yang ada kepada mahasiswa untuk membawa kepada suatu tempat ataupun satu jalan yang mana hanya untuk memperjuangkan individu ataupun satu satu kepentingan, bukan hanya untuk kepentingan secara bersama.

Saya bagi analogi yang mudah, ketika mana saya berada dalam PMI, Saya mengetuai Pro Mahasiswa di UTM yang ketika itu kita menang besar di UTM KL

Tapi dalam tempoh satu kepimpinan mereka menjanjikan macam macam bentuk manifesto yang ingin diberikan kepada mahasiswa, 

tapi sehiggalah satu kepimpinan MPM, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Pro Mahasiswa ini langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada mahasiswa. 

Sehinggakan ada suatu ketika salah seorang rakan saya berjumpa disurau, dia tanya mana manifesto yang Pro-Mahasiswa janjikan dan saya ketika itu selaku jentera Pro- Mahasiswa berasa sangat malu dan segan, 

sehinggakan saya dipersoalkan jika manifesto ini tidak dijalankan hari ini, kami akan tuntut walaupun di akhirat dan ketika itulah saya tergerak bahawa perjuangan saya bersama Pro-Mahasiswa ini adalah perjuangan yang bukan untuk mahasiswa.

Tetapi untuk kepentingan peribadi di luar. Bilamana saya menyertai, saya keluar daripada Pro Mahasiswa, saya menyertai ASPIRASI bersama rakan rakan yang pada hari ini saya nampak landasan perjuangan mereka lebih jelas

Perjuangan mereka lebih tuju ke arah memperkasa mahasiswa, untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, dan segala kemudahan yang ada di kampus hari ini segala kemudahan yang telah diberikan kepada mahasiswa hari ini adalah hasil daripada kerja tangan mahasiswa mahasiswa aspirasi yang mana telah bertungkus lumus berbanding perjuangan saya yang sebelum ini. 

Jadi saya seru kepada rakan rakan yang masih berada disana, langkahlah kaki anda, sertailah kami, kerana sudah pasti saya tidak mahu anda menyesal seperti saya yang telah terjadi satu ketika dulu"

Prologue: Middle Voices juga ingin mneyeru mahasiswa semua untuk berfikir sejenak. Rendahkan ego, turunkan emosi, redupkan mata, bukakan hati untuk mentelaah dan menilai dialog yang diutarakan oleh Presiden PMI suatu ketika dahulu.

Ingatlah, bahawa tidak rugi untuk anda berfikir, dan tiadanya hak bagi mereka untuk menghalang anda berfikir. Cuma bagaimana, situasi, dan cara anda berfikir itu hendaklah betul dan bukan kerana nafsu, keegoan dan kebongkakan di hati.

Fahamilah kata-kata bekas Presiden PMI UTM ini, kerana jelas menunjukkan bahawa Pro Mahasiswa telah hilang punca perjuangan. Maka tidaklah hairan jika mereka sentiasa bertindak agresif, ganas dan kurang ajar.

Mungkin mereka perlu fikirkan untuk angkatkan kaki dan melangkah seberangi minda mahasiswa untuk beralih kepada ASPIRASI. Maka renung renungkan dan selamat beramal.

#Jika ego itu tinggi maka campakkan ke sungai, jika benci itu banyak maka bakarkan dengan api, maka egomu akan berkurang kerana tiada lagi benci.

Sumber: Blog Brader Jai